Completed
88973
Airil Shah meraba-raba tempat tidur di sebelahnya. Aikk,awat tak rasa apa-apa? Ada orang ke tak? Sesaat selepas itu,Airil Shah merasa dia terpegang sesuatu. Lalu dia mencapainya. Tangan yang kecil itu digenggamnya. 'Waitt..asal kecik sangat tangan isteri aku?' Sedang dia memikirkan persoalan tersebut,Airil Shah mengerang kesakitan. Tapak tangannya seolah-olah baru sahaja lepas dicakar. Airil Shah membuka mata. Terkejut dibuatnya apabila melihat Mr. Adr sedang enak menggigit lengannya minta dilepaskan setelah Mr. Adr dengan bangganya mencakar tapak tangannya . 'Haish..sabar jela dengan Mr. Adr nie. Dia mana pernah suka aku.' Airil Shah bangun melihat tempat di sebelahnya.Kosong. "Mana pulak isteri aku ni?!!!"
Airil Shah bangun lalu mengambil phonenya. Dia membuka lagu nyanyian My Chemical Romance dan seterusnya mendekatkan di telinga Mr.Adr. Habis terkejut Mr. Adr mendengar jeritan kumpulan tersebut. Mr. Adr mengeling tajam melihat Airil Shah ketawa terbahak-bahak. "Kau kena faham Mr.Adr, kadang-kadang kita di atas, kadang-kadang di bawah. Hidup ni kan umpama roda."
Bunyi deheman seseorang di pintu menarik perhatian Airil Shah dan Mr.Adr. "Tak payah la kejam sangat dengan Mr.Adr,Airil. Kau sakitkan hati dia,tu yang dia balas dendam. Sini,Mr.Adr. " Arash Shah memanggil Mr.Adr. Dengan riangnya Mr. Adr datang menghampiri Arash Shah. Ternganga dibuatnya Airil Shah apabila Mr.Adr dengan mudahnya mendengar kata Arash Shah berbanding dirinya. Airil Shah menuruni tangga mencari isterinya.
"Awak kenapa? Monyok je mukanya." Soal Maya Ariana setelah Airil Shah mengambil posisi di sebelahnya. Jus mangga baru sahaja ingin diteguknya apabila gelas yang dipegangnya itu dirampas oleh Airil Shah. Airil Shah meneguk dengan rakus. Mudah-mudahan dapat menyejukkan hatinya yang sedang panas membara.
"Mr.Adr tulah. Kalau benci saya pun agak-agaklah. Tak payahlah nak cakar,nak gigit bagai. Lepas tu boleh pulak bila abang Rash panggil, dia dengar je. Saya tahulah semua suka abang Rash. Tak ada siapa suka saya. Awak pon suka abang Rash that's why Mr.Adr pon ikut perangai awak."
"Aikk,saya pulak yang kena? Okay,fine. Suka hati awaklah nak cakap apa. Malas saya nak layan awak." Maya Ariana mendengus. Airil Shah tersenyum manja melihat rajuk isterinya. Wajah isterinya itu dialih menghadap wajahnya. Airil Shah mendekatkan wajahnya kepada wajah Maya Ariana. Maya Ariana tertunduk malu. Adegan romantik bakal berlaku dalam beberapa saat sahaja sebelum ia dilenyapkan dengan kekacauan oleh Mr.Adr. Mr.Adr menyergah tuannya lalu duduk di pangkuan Maya Ariana. Sekali lagi jelingan dibalas dengan jelingan.
"Mr. Adr!!!!!!!!!"
*************************************
"Mummy and daddy,Arash minta maaf andai Arash tak mampu memberi yang terbaik. Maafkan Arash daddy sebab Arash ingkar arahan daddy untuk mewarisi syarikat daddy."
Dato' Amran dan Datin Qaisara pelik melihat perangai anak sulung mereka. "Abang Rash kenapa? Minta maaf tetiba. Selalunya orang yang minta maaf tetiba ni sebab...... " Airil Shah terhenti seketika. 'Tak mungkin!!!'
"Hah,tula banyak sangat tengok drama. Apa salahnya kalau tiap-tiap hari minta maaf. Bukannya minta maaf time nak pergi je."
"Yela. Semua Airil je yang salah."
"Haha..Airil jaga Maya baik-baik tau."
Airil Shah mengangguk. Dato' Amran dan Datin Qaisara mengeluh. Memikirkan apa yang sebenarnya berlaku. Arash Shah terlihat Maya Ariana yang ingin turun ke bawah. Segera dia menghampiri Maya Ariana.
"Maya, saya minta maaf sangat-sangat sebab tinggalkan awak. Saya...."
"Enough Arash. Kita pon dah tak ada apa-apa. Saya harap awak akan jumpa someone yang lebih better dari saya. Someone yang akan benar-benar mencintai awak."
"Tak. Saya takkan cari sesiapa lagi. Biar jela awak menjadi cinta pertama dan cinta terakhir saya." Arash Shah berlalu pergi. Maya Ariana mengalihkan pandangan. Tapi,Airil Shah yang sedang memerhatikan mereka tahu yang Maya Ariana sedang menangis.
'Sekali lagi bukan saya yang berada di hati awak ,Maya. Semuanya hanya abang Rash.'
**************************************
"Maya,stop la kejap. Aku tahula kau excited nak tengok bunga api,tapi tunggulah kitorang kejap." Alya menjerit melaung nama Maya Ariana. Dia bersama-sama Airin dan Maya Ariana ingin melihat pertunjukan bunga api pada malam hari.
"Cepatlah sikit. " Maya Ariana memerlahankan langkahnya. Akhirnya dapat juga Alya dan Airin mengejarnya semula. Mereka mula melangkah bersama-sama. Pada saat itu juga seorang budak terjatuh akibat terlanggar orang yang ramai di kaki lima. Skateboard milik budak itu bergerak laju ke jalan raya. Disebabkan pada waktu itu tiada kereta yang lalu lalang,Maya Ariana mengambil keputusan untuk mendapatkan skateboard milik budak lelaki itu.
"Bagus. You sendiri yang memudahkan kerja I, Maya Ariana." Enjin kereta dihidupkan semula. Hanya menunggu masa. Maya Ariana berjaya mendapatkan skateboard hanya perlu menyerahkannya sahaja. Bunyi kereta yang menghala ke arahnya membuatkan Maya Ariana tergamam. Keadaannya sama seperti apa yang dilihat dalam mimpi. Maya Ariana memerhatikan wajah pemandu.
"Julia? Wait,aku ingat semuanya!!"
Belum sempat Maya Ariana menggagahkan kakinya untuk bergerak dari situ,dia ditolak ke tepi oleh Arash Shah. Akibatnya Arash Shah yang dilanggar oleh Julia. Julia pula yang cemas segera berlalu dari situ. Maya Ariana dan Arash Shah masing-masing dikejarkan ke hospital.
Share this novel