BAB 46

Romantic Comedy Completed 88973

"Hafreezzzz..ala tome tome. Ni,aunty Alya. Kenal tak? Mestilah kenal kan sebab Riz akan jadi anak buah kesayangan aunty dan aunty akan jadi aunty kesayangan Riz. Aww,comelnya Riz!" Alya bermanja-manja dengan anak buahnya yang baru lahir. Airin menerpa ke arah Alya lalu mengambil Hafreez Shah yang berada dalam pangkuannya apabila Hafreez Shah tetiba menangis kerana pipinya yang gebu itu dipicit oleh Alya.

"Riz jangan nangis. Riz tak suka aunty Alya ye? Aunty Airin pun tak suka aunty Alya. Yes,kita ada persamaan." Airin menjerit kegembiraan. Alya hanya mencebik melihat perangai Airin yang makin lama makin menjadi.

"Airin!!! Bagilah Riz kat aku semula. Dia tak nak kau!!"

"Dia nak aku. Kan Riz?"

"Sudah. Kalau korang nak bergaduh,jangan gaduh depan Riz. Dia terpengaruh nanti siap korang. Jom Riz,uncle Adham bawa Riz masuk dalam rumah.

Julia memerhati secara sembunyi kemesraan keluarga Airil Shah tanpa disedari langsung kelibatnya oleh sesiapa. "Aku hanya nak hidup bersama Airil. Aku yang mengenali dia dulu daripada orang lain,tapi kenapa hati dia, cinta dia hanya pada Ana dan Maya? Apa kurangnya aku? Adakah Airil melihat harta? Tapi..macam mana aku nak hidup tanpa dia?" Julia membuka pintu keretanya membawa laju keluar dari perkarangan kediaman Dato' Amran.

Setibanya di rumahnya,Julia mengemas pakaiannya untuk dibawa bersama ke London. Kali ini dia mengalah. Dia takkan merosakkan rumah tangga Airil Shah lagi. Lebih-lebih lagi setelah Maya Ariana mengetahui rahsianya. Julia membuka beg tangannya dan diambil sekeping gambar seorang bayi. Gambar Hafrrez Shah ditatapnya. Julia baring di atas katilnya. Tiada benda lain yang dibuatnya melainkan hanya menangis. Menangis sambil menatap gambar Hafreez Shah. Pertemuan terakhirnya dengan Maya Ariana diimbas kembali.

*flashback*

Pertemuan antara dia dan Maya Ariana di Seoul Garden bukan rancangannya. Julia segera keluar untuk melarikan diri namun panggilan dari Maya Ariana tidak mampu untuk dia berpaling. Takkanlah nak buat kecoh kat sini pulak kan.

"I rasa you dah tahu kan yang I langgar you? So,what's now? You nak hantar I ke balai polis? Well,I don't care!" Julia menjerit geram. Kalau Maya nak saman aku pon aku dah tak kisah. Aku dah tak mampu nak dapatkan Airil semula.

"Ya,aku tahu kau yang langgar aku. Tapi aku nak beritahu kau sesuatu. Sebenarnya,Airil suruh polis siasat tentang kemalangan sebelum ni. Tapi,aku faham perasaan kau. Aku faham kenapa kau buat semua tu. Jadi,kau tak payah risau,Julia sebab aku dah gugurkan kes tu. Cuma,kau jangan cakap dengan Airil sebab dia tak tahu pasal ni. Satu permintaan je aku harap kau boleh tolong. Aku minta agar kau jangan sesekali libatkan diri dalam hal keluarga aku. Jangan pernah muncul hadapan kitorang lagi. Kalau kau berani buat hal,jangan tanya kenapa polis tangkap kau!"

"You tak perlu risau Maya,sebab I akan stay kat New York and I takkan balik Malaysia dah . I takkan ganggu you lagi. You just take care of your family. Tapi sebelum tu,yes I know I jahat. Tapi,I minta maaf sangat-sangat sebab I.. " Julia berhenti seketika. Air matanya deras mengalir. Betapa Julia benar-benar menyesal akan tindakannya. "I cuma nak hidup bersama orang yang I cinta. Kenapa I tak boleh dapat semua ni! I mengaku I memang banyak kali jatuh cinta dengan lelaki lain tapi bila I jumpa Airil,I baru tahu apa itu cinta. Tapi kenapa bukan I yang Airil cinta. Kenapa Ana,kenapa you? Why not me!!!"

Maya Ariana serba salah. Dia juga seorang perempuan. Dia faham apa yang ada di hati Julia. Dia memeluk Julia erat. Tangan Julia dipegang dan digenggamnya.

"Julia. Ada sesuatu yang kita takkan pernah tahu rahsianya. Awak tak ditakdirkan bersama Airil adalah mungkin kerana ada seseorang yang sedang menunggu awak sekian lama . Awak tak perasan kewujudannya sebab di mata awak hanya ada Airil. Terima lah kenyataan Julia. Tidak semua yang kita inginkan akan dapat kita miliki.But once kita dah dapat sesuatu itu,yakinlah itu adalah yang terbaik buat kita. Same goes to me and Airil. Arash betul. Tidak semestinya kita akan bersama dengan cinta pertama kita. Walaupun Allah mengambil Ana dan Arash daripada hidup kami,tapi Dia menghadirkan pengganti."

"Adakah maksudnya memang kita takkan bersama dengan cinta pertama kita?"

"Tak semua orang akan mengalaminya. Dan saya tak menafikan ada yang bersama dengan cinta pertamanya hingga akhir hayat. Tapi awak kena tahu,cinta sejati bukan hanya terletak pada cinta pertama. Setiap insan akan sentiasa diuji kehidupan mereka. Awak diuji,tak terkecuali saya dengan Airil. Cuma sejauh mana kita mampu menghadapinya. Move on Julia. Lupakan Airil. Dia bukan milik awak dan takkan pernah jadi milik awak sebab saya akan sentiasa berada di sisi dia. Awak bukalah pintu hati awak untuk orang lain Julia."

"Maya,I betul-betul minta maaf sebab cuba menghancurkan segala-galanya. "

"Kalau awak tak merosakkannya,saya tak mungkin akan kahwin dengan Airil. Malah,Airil tak mungkin akan mencintai saya seperti sekarang kerana ada Ana di dalam hatinya waktu itu. Satu lagi saya nak beritahu awak,mencintai dan niat untuk memiliki adalah dua benda yang berbeza."

*end of flashback*

************************************

"Andai mencintai dan niat untuk memiliki berbeza,sebenarnya aku mencintai Airil atau tak? Huh,aku memang tak mungkin mendapatkan cinta yang sebenar." Julia menarik bagasinya,melihat suasana di sekelilingnya. Nekadkah dia untuk meninggalkan Malaysia? Dalam pada dia membuai perasaannya,Julia terlanggar seseorang. Gadis itu mengutip passport Julia yang jatuh sebentar tadi. 'Muka dia familiar. Tapi,kat mana aku nampak dia?' Bisik Julia. Ditenungnya muka si gadis itu.

"This is yours right?" Gadis itu menyerahkan passport milik Julia. "Err,kita pernah berjumpa ke sebab saya rasa awak familiar la." Soal Julia sambil mengucapkan terima kasih atas bantuan gadis itu.

"I don't think so. Saya dah lama tinggalkan Malaysia dan selama ini saya stay di Singapura."

"Mungkin saya salah orang. Tapi,kita boleh berkawan kan? I'm Sara Juliana."

"It's a pleasure. I've got to go now. By the way,I'm Ana Batrisyia."

Julia amat terkejut apabila mendengar nama gadis itu. Phonenya dicapai dan didail satu nombor yang sudah terlalu lama tak dihubunginya. Panggilannya diangkat. Terdengar suara seorang lelaki menjawab.

"Danny,siapa nama sebenar Ana?" Julia terus menyoal. Dia tidak boleh bergerak lambat untuk mengetahui kepastian ini.

"Wait. I rasa Ana Batrisyia tapi kenapa you berminat pasal dia? Diakan dah... faham-faham jelah."

"No! Dia masih hidup lagi. I baru lepas terlanggar dia. Takkan la I langgar roh dia kot."

"Sudahlah tu Julia. Kemalangan Ana tu tragik, takkan la dia hidup lagi. Lagipun,mungkin ada yang rupa sama ke dan nama sama ke biasalah tu."

Julia menutup perbualan bersama Danny. 'Kenapa aku rasa tak sedap hati je. Perlu ke aku stay kat Malaysia lagi. Tapi,aku memang yakin itu adalah Ana sebab selepas kemalangan tu tak ada berita yang aku dengar lagi. Lagipun,aku yakin Airil tak pernah pergi melawat kubur Ana!' Kali ini Julia yakin,sekurang-kurangnya ada sesuatu yang dapat dia perbetulkan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience