Completed
88973
" Okay. Maya dah cantik dah. Tepuk tangan." Airin bersorak riang selepas menjadi ' make-up artist' sementara. Penat juga dia dan Alia membebel dengan fesyen yang dipakai oleh Maya. Harap je lulusan designer tapi dia sendiri jadi fashion disaster.
" Jom kita keluar." Alia segera menarik tangan dua teman baiknya itu. Selangkah sahaja untuk melepasi pintu, tapi, aunty Zara sudah bercekak pinggang depan mereka.
" Kau orang nak keluar,aunty tak kisah. Tapi,Maya kena bekerja. Pukul lima petang nanti aunty lepaskan Maya. Dahlah bermake - up kat butik aunty. Nasib baik pelanggan tak lari." Aunty Zara menarik tangan Maya. Tangan kanan Maya berada dalam genggaman aunty Zara. Tangan kiri pula ditarik oleh Alia dan Airin. Pertandingan tarik tali bermula!!
***************************************
" Aunty,lagi satu minit pukul lima. Aunty lepaskanlah Maya sekarang bukannya ada customer pun." Alia merengek. Tiba- tiba,kedengaran bunyi pintu dibuka. Ada customer!
" Siapa yang berani datang waktu sekarang ini??!!" Marah Alia.
" Oh,kedai dah tutup ke?" Suara seorang pemuda bertanya.
" Aku dah cakap. Kita datang esoklah." Rakannya membalas.
" Airil Shah!!!!" Alia dan Airin menjerit serentak. Fan-girling is coming. Maya pula cuba mencari tempat bersembunyi sebaik sahaja mendengar nama Airil Shah. ' Janganlah dia cam aku.' Doa Maya Ariana.
" Maya!!! Tengoklah siapa yang datang!!"
'Aduh Alia..Yang kau jerit nama aku kenapa? Penat aku cari tempat bersembunyi kau pula dedahkan. Aku tak tahu macam mana aku boleh kawan dengan kau.'
Maya Ariana segera menampilkan dirinya. Berdepan dengan Airil Shah pun dia tak berani apatah lagi nak menghadap muka dia. Dia memandang penyanyi popular itu. Tak perlu cakap, muka Airil Shah sendiri menampakkan yang dia terkejut melihat orang yang menumpahkan air ke bajunya ada di hadapannya sekarang!
" What's your name?" Airil Shah bertanya.
" Awak tanya saya ke?" Maya Ariana menyoal kembali. Mestilah Maya. Dah dia tunjuk dekat kau.
" Maya Ariana binti Dato' Idham." Maya Ariana membalas. Kenapa dia nak tahu nama aku? Ke dia nak saman aku? Oh tidak Maya,apa kau dah buat??!!
" Maya Ariana binti Dato' Idham. I know you don't love me and I don't love you to. So, will you marry me?"
Share this novel