BAB 38

Romantic Comedy Completed 88973

"Mentang-mentang aku tak ingat siapa kau,kau nak lepaskan aku macam tu je?" Maya Ariana menjerit marah. Airil Shah hanya terdiam. Memang salah dia tapi..Meskipun tidak ingin masuk campur dalam urusan rumah tangga mereka,namun Datin Qaisara,Dato' Amran dan Arash Shah setia di situ andai apa-apa terjadi.

"Habis tu kau mengharap aku buat apa?! Kau cintakan abang Arash, kau tak cintakan aku,so biarlah aku buat keputusan yang betul. Walau kau cuba menafikan,aku tetap suami kau,and aku nak tengok kau bahagia meskipun bukan aku puncanya." Airil Shah menjawab lemah. Dia tahu yang dia terlalu berkeras tetapi suami mana yang sanggup menahan semua ini. Pemergiaan Ana digantikan dengan kehadiran Maya tapi kenyataannya dia tak mampu memiliki kedua-duanya.

"As a husband,kau sepatutnya sedar yang isteri kau perlukan kebahagiaan dari kau not from someone else! Be a true husband if you really a husband and don't be such a coward. Kalau betul awak nak lepaskan saya,saya harap ini bukan satu penyesalan apabila ingatan saya pulih!" Maya Ariana mengelap air matanya. Dia merampas buku di tangan Airil Shah lalu berjalan keluar dari pintu rumah. Hajat di hati untuk menemui ibu mertuanya,melepaskan rindu. Namun,lain pula yang jadi. 'Memang aku tak patut datang rumah tu.'

Phone Maya Ariana berdering. Dia mengangkat lemah. Phonenya diletakkan di telinga.

"Maya Ariana,this is me,Sara Juliana or known as Julia. I nak jumpa you sekarang can I?" Julia menjawab dari sana. Tempat pertemuaan telah ditetapkan hanya menunggu kehadiran Maya Ariana.

***************************************

Julia menunggu Maya Ariana dalam keadaan resah. 'Dia datang ke tak? Dahla haritu aku marah dia.' Bisik Julia. Pandangannya dialihkan ke arah lain. Kemunculan Maya Ariana menenangkan hatinya.

Maya Ariana duduk menghadap Julia. Wajah Julia dipandangnya. "Julia,boleh saya mulakan dulu. Sebab saya harap lepas ni kita tak perlu berjumpa dah. Airil will let me go. So,take care of him please."

'Wow..Aku tak payah nak bersusah-susah lagi. After Airil lepaskan Maya, he seriouly gonna take me as his wife. Perghh..daebak..'Hati Julia membisik kejam.

"Kalau tak ada apa-apa,saya pergi dulu." Maya Ariana berlalu. Meninggalkan Julia yang memerhati dengan penuh persoalan. 'Maya Ariana,don't say that you had fall in love with your own husband?! It can't be! You should let him go!'

Maya Ariana sedar ini bukanlah perkara yang terbaik. Namun tidak mampu lagi difikir apa yang patut dilakukannya. Hanya Airin dan Alya sahaja yang tahu rahsia ini. Dia sudah dapat mengingat kembali ingatannya meskipun hanya kabur-kabur. Dia tahu yang Airil Shah adalah suaminya,tapi di saat hatinya telah membuka pintu untuk suaminya,Airil Shah pula ingin melafazkan kata pisah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience