Completed
88973
Maya Ariana melihat jarum jam di tangannya. Lima belas minit berlalu,tapi Airil Shah masih tidak kelihatan. 'Tadi kata jangan lambat,ini dia yang lambat.' Bisik Maya Ariana.
"Hekhem"
Seseorang berdehem. Maya Ariana memusingkan badan ke belakang. Dilihatnya Airil Shah begitu segak meskipun tanpa tuxedo. Bayangkan kalau pakai tuxedo. OMG!!!
"Jangan pandang saya lama-lama. Nanti awak jatuh cinta dengan saya." Airil Shah mengusik. Dilihatnya Maya Ariana tunduk tersipu malu. Airil Shah tergelak kecil.
"Siapa yang nak suka awak? Awak yang lamar saya,okay? Dahlah,jom masuk. Mereka dah lama tunggu awak." Maka, Airil Shah dan Maya Ariana segera memasuki ke set penggambaraan Hlive!.
Maya Ariana hanya berdiri di tepi melihat Airil Shah menjadi tetamu jemputan.
"Assalamualaikum dan salam sejahtera para penonton. Hari ini,tetamu undangan Hlive! adalah...cuba teka siapa?" Ahmad Nabil sebagai pengacara mula menjalankan peranannya." Okay,tidak mengapa. Biar saya sahaja yang beritahu. Tetamu kita pada haru..haru pulak. Haru tu bahasa Korea..haha..pada hari ini tak lain tak bukan penyanyi yang terkenal pada abad ini dan kami mempersilakan Airil Shah!!!!" Sebaik sahaja Airil Shah masuk ke dalam, Ahmad Nabil dan camera man di situ memberi tepukan yang gemuruh.
**************************************
*flashback*
"Ramai peminat awak tidak bersetuju dengan keputusan awak meninggalkan bidang nyanyian. Adakah kerana memang Airil nak take over your father's company or you want to get marry? Cause you had said before that you will quit from singing when you already have someone you love..So,can you explain a little?"
"Ermm,saya tak tahu nak cakap apa. Tapi,saya ikut apa yang ayah saya rasa betul. And...ermm,i will get marry soon. Pray for me..hehe.."
*end of flashback*
"Apa yang awak berangan tu?" Airil Shah menyoal apabila melihat Maya Ariana berdiam diri sejak dari tadi.
"Tak. Saya..betul ke yang sepatutnya abang awak yang handle syarikat tu?" Soal Maya Ariana. Airil Shah mengangguk, membetulkan soalan Maya Ariana.
"Siapa nama abang awak?"
"Arash. Arash Shah. Hah! Dulu dia belajar kat London. Awak tak jumpa dia ke?"
"Tak. London kan besar." Maya Ariana memasang earphonenya lalu memilih lagu untuk didengarinya. 'Aik,aku dah pasang radio buat apa dia pakai earphone lagi. Tak faham betul aku gan perempuan ni.' Bisik hati kecil Airil Shah.
'Tak semestinya kalau nama dia sama,dia memang Arash yang aku kenal. Maya, lupakan Arash jela. Kalau betul dia suka kau,dia sepatutnya dah kembali.'
Share this novel