BAB 30

Romantic Comedy Completed 88973

'Aduh Airil..Tengok apa kau dah buat?! Kau nak pulihkan ingatan Maya but kau pergi layan si Julia tu dah kenapa? Ala,Maya kan suka abang Arash,better aku satukan diorang kalau itu yang terbaik. Betul ke?? Huaaaa,bukak radio laaa.' Airil Shah bermonolog. Balik sahaja di rumah dia nampak Maya Ariana masih berkepit dengan Arash Shah. Dia balas dendam apa? Tapi,tu benda yang positivekan..Dia dah boleh terima aku!! Yaahooo!! Airil Shah segera membuka radio. Dalam masa yang sama dia masih berteka teki dengan perasaannya.

"Jika harus ku bertukar,
Menjadi seorang yang terbaik untuk dirimu,
Akan ku lakukan demi percayakan cinta,
Melihat kebahagianmu.

Jika harus ku berdiam,
Menjadi seorang yang tak bisa berbicara,
Sanggup ku lakukan semua ini kernamu,
Supaya tidak ada ruang untuk berpisah..."

"Haih,boleh pulak dia mainkan lagu macam ni. Eh,kau tak tau ke aku tengah bersedih??" Airil Shah memarahi siaran radio tersebut. Dia menukar siaran yang lain pula.

"The best thing about tonight's that were not fighting, Could it be that we have been this way before, I know you don't think that I am trying, I know you're wearing thin down to the core.

But hold your breath
Because tonight will be the night
That I will fall for you over again
Don't make me change my mind

Or I won't live to see another day
I swear it's true
Because a girl like you's impossible to find
You're impossible to find..."

"Kau pun satu Airil,kalau nak tenangkan diri pergilah dengar ayat al-Quran. Kau tak belajar ke apa?" Airil Shah mengomel sendirian apabila semua radio yang dibukanya seolah-olah berpakat untuk memerlinya.

***************************************

Di meja makan sekali lagi hanya bunyi krik krik yang menemani. Maya Ariana dan Airil Shah hanya bermasam muka dari tadi. Arash Shah awal-awal tadi dah keluar rumah sebab tak nak berada di tengah-tengah antara Maya dan adiknya.

"Airil,Maya,kenapa diam je? Takkanlah semua rindu abang Arash? Oh,by the way,how's lunch tadi Maya? Airil bawak Maya gi mana? Mesti romantic place lagi." Datin Qaisara cuba memecahkan kesunyian di meja makan.

"Romantik sangat mummy,siap bawak dia punya bakal isteri. Patotlah dia cakap ada hal. Nasib baik Arash sudi temankan Maya lunch." Maya Ariana tersenyum sinis. Datin Qaisara dan Dato' Amran dah buat muka. Terkejut dengan pernyataan Maya Ariana.

"Betul ke Airil? Siapa perempuan tu? Habis kamu nak letak Maya kat mana?" Soalan Dato' Amran meresahkan Airil Shah. Aduhh,daddy marah la pulak..

"Takkanlah mummy gan daddy percaya cakap Maya? Dia bukan tahu apa-apa pun. Yang dia tahu cuma abang Arash,macamlah abang Arash tu suami dia!" Arghh,Airil..Kalau kau marah Maya sekalipon janganlah luah kat mummy gan daddy..Aduhh..

"Awak fikir dengan perangai awak macam ni nak ke saya ingat siapa awak yang sebenarnya? Sukati sayalah nak ingat Arash je. Saya cintakan dia!" Jerit Maya Ariana.

Airil Shah bangun dari tempat duduknya lalu memandang Maya Ariana. "Hari ni awak tidur kat ruang tamu. Esok awak balik rumah awak semula. Jangan datang sini selagi awak tak ingat siapa saya!"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience