BAB 26

Romantic Comedy Completed 88973

Maya Ariana dikejarkan ke hospital. Panggilan kepada keluarga telah dibuat. Airil Shah dari tadi tak senang duduk. Merasakan dirinya punca segala-galanya. 'Kalaulah aku tak sibuk dengan panggilan tu. Ya Allah,Kau selamatkanlah isteri aku . ' Doa Airil Shah. Dia tahu yang mampu dilakukannya saat ini adalah terus berdoa sehinggalah doktor keluar.

"Airil!!" Jeritan Dato' Amran mengejutkannya. Airil Shah memeluk daddynya kemudian dia memandang Dato' Idham. "Papa,maafkan Airil sebab Airil tak berjaya menjaga Maya. Maafkan Airil pa." " Mana abang Arash?" Airil Shah menyoal apabila kelibat Arash Shah tidak kelihatan. " Nanti abang Arash datang. Dah nak sampai dah tu." Jawab Datin Qaisara.

Pintu bilik ditolak. Doktor yang merawat Maya Ariana keluar. Nak senyum serba salah,nak sedih,seolah-olah tolak takdir Tuhan. "Macam mana dengan isteri saya doktor?" Airil Shah mendekati doktor tersebut. "Alhamdulillah isteri encik selamat. Tapi..." Aduh,serba salah pulak aku nak cakap. Tak mungkin dia mampu menerima. Airil Shah segera memasuki bilik Maya Ariana tanpa menanti ayat Doktor Raina. Maya Ariana sedang duduk merenung ke luar jendela.

"Maya..." Panggil Airil Shah lembut. Maya Ariana memandang pemilik suara tersebut. Airil Shah segera menerpa ke arah Maya Ariana dan memeluknya erat. "Hei,lepaslah!!! Apa awak buat ni? Siapa awak??!! Lebih baik awak keluar sebelum saya jerit!" Ugut Maya Ariana. Airil Shah melepaskan pelukannya. Takkanlah Maya...

Jeritan Maya Ariana mengejutkan mereka yang di luar bilik. Semua mata memandang Airil Shah. Airil Shah hanya menjongket bahu. "Mama,papa,lelaki tu peluk Maya tadi. Siapa dia? Dia salah bilik ye?" Maya Ariana menanya Datin Syarifah dan Dato' Idham. Belum sempat mereka menjawab,pintu terbuka dan seseorang masuk.

"Arash!!!" Jerit Maya Ariana kegembiraan. Arash Shah yang tak tahu apa-apa cuma tersenyum.

"Arash,bila kita balik Malaysia? Bukan kita sepatutnya kat London ke? And tadikan,lelaki tu peluk saya. Kenapa awak lambat datang?" Maya Ariana merengek sambil menunjuk Airil Shah.

"Doktor,apa maksud semua ni?" Dato' Amran bertanya bagi pihak Airil Shah. Airil Shah yang terkejut dengan perubahan Maya Ariana hanya berdiam diri.

"Disebabkan kemalangan tersebut,otak Maya mengalami sedikit goncangan. Macam ni jelah,saya straight to the point. Maya hilang ingatan tapi dia cuma ingat memori dari dia kecil sehingga dia bertemu Arash di London. Pendek kata,Maya tak kenal Encik Airil,Datin Qaisara dan Dato' Amran. Encik Airil dan Encik Arash,sila masuk bilik saya sekejap." Terang Doktor Raina panjang lebar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience