BAB 29

Romantic Comedy Completed 88973

"Kesian aku tengok si Airil. Dia cuba macam mana pun tetap hati Maya milik abang Arash. Maya sepatutnya beruntung dapat Airil." Adham memecahkan kesunyian yang melanda. Dia,Airin dan Alya sedang bersarapan bersama-sama.

"Bukannya Maya tak beruntung dia dapat Airil,cuma she lost her memory for a while. Lepas sedar nanti dia tahulah siapa suami dia.Kalau kau tak tahu apa-apa pasal Maya kau diam jelah." Marah Alya. Sukati mak bapak dia je marah kawan aku. Aku sekeh kepala dia nanti.

"Aik,aku pulak kena marah? Airin,back up la aku.." Adham merengek manja. " Apa yang Alya cakap betul. Siapa suruh awak cakap macam tu? Awak lagilah,orang dah kata tak nak lagi dia nak tunggu. Ramai je perempuan kat luar sana tu." Jawab Airin lalu mengangkat kaki dari situ.

"Hish kau ni kan..Pergi pujuk balik bakal isteri kau tu. Aku tau kau tak kahwin gan Airin nanti,siap kau. Aku akan pastikan kau takkan kahwin gan sesiapa." Alya membebel. 'Annoying betullah si Adham ni. Macam manalah Airin boleh suka kau?' Adham segera berlari mengejar Airin.

"Airin,sampai bila baru awak boleh terima saya? Saya dah cakap dengan mak saya. Awak tak payahlah risau." Adham memujuk Airin. "Adham,boleh tak kalau kita stop kejap fikir pasal kita? Kita bantu Maya dengan Airil dulu. Lagipon,saya masih tak boleh terima awak sepenuhnya." Adham mengeluh. Aku bagi nasihat untuk Airil tapi aku sendiri tak mampu hadapinya. Adham,kalau Airin memang jodoh kau,tiada apa yang kau perlu risau.

***************************************

Arash Shah menolak pintu butik aunty Zara. Bisnes aunty Zara makin lama makin maju. Meskipun Maya hilang ingatan, Maya tetap bekerja dengan aunty Zara. "Aunty,saya nak bawak Maya lunch. Aunty nak ikot tak?" Soal Arash Shah. Aunty Zara menjeling. "Kamu saja kan. Kalau aunty ikot,siapa nak jaga kedai?"

"Hehe.." Arash Shah tersengih.

"Eh,kamu ingat tau. Kamu keluar ni atas arahan Airil sebab dia ada hal. Jangan buat benda lain pulak. Aunty pasang spy ni.."

"Ye aunty. Saya tau. Maya,cepatlah. Tak payahlah nak bermake up bagai." Sahut Arash Shah. Maya Ariana memunculkan diri. "Mana ada saya make up.."

***************************************

"Maya awak nak makan apa?" Tanya Arash Shah.Dia membelek lama menu. Maklumlah orang baru balik dari London.

"Arash,kenapa Airil tak datang? Bukan sepatutnya hari ni turn dia lunch dengan saya ke?" Tanya Maya Ariana. Entah kenapa bila aunty Zara bagitahu yang Airil Shah ada hal, Maya Ariana kecewa.

"Dahlah tu. Esok turn Airil lah.Airil amik turn saya,okay?" Pujuk Arash Shah. "Awak nak makan apa?" Sambungnya lagi.

Maya Ariana baru sahaja ingin menjawab apabila dia ternampak Airil Shah dengan seorang perempuan. Dia berjalan ke arah Airil Shah. "Awak kata awak ada hal. Ni ke yang awak maksudkan? Keluar dengan perempuan lain? Saya tak patut percayakan awak!" Marah Maya Ariana. Maya Ariana segera berlalu tanpa menghiraukan panggilan Airil Shah.

'Maya,kau cemburu ke tengok Airil dengan perempuan lain? Tapi, sejak bila aku suka dia? Aku suka Arash. Arghh!!! Maya Ariana, apa kau dah buat??!!'

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience