BAB 9

Romantic Comedy Completed 88973

" Oh my Gucci!!" Jerit Alia sambil memeluk erat beg Guccinya. " Maya,sepatutnya kau jawablah 'yes' or 'no'. Bukannya susah pon. Ke susah?" Alia memandang Airin untuk meminta jawapan tetapi hanya gelengan yang diterima.

" Maya,mama tak kisah apa jua jawapan Maya. I'll support all your decision. Atau,Maya masih menunggu Arash?" Soalan dari Datin Syarifah dipandang sepi. Hanya keluhan didengari.

" Maya tak nak fikir tentang Arash lagi. He will be my history. Tapi...,Airil Shah itu tak pandai melamar ke? Maya dah decide Maya akan terima sesiapa sahaja yang lamar Maya,tapi ,dah gaya dia macam itu,memang Maya reject lah." Maya meluahkan apa yang terbuku di hatinya.

" Lagipun, macam mana kalau ini cuma satu perangkap?! Dia mesti nak balas dendam."

"Haha.." Habis kecoh satu rumah Dato' Idham dengan gelak tawa. " Papa dah cakap jangan terlalu layan novel dan drama kat tv. Ada fikir macam itu pulak." Tersengih Dato' Idham mengenakan Maya Ariana.

" Hurmm.."

'Airil Shah,siapa awak yang sebenarnya? Kenapa awak mesti muncul dalam hidup saya? Arash,ke mana awak menghilang? Andai awak ada di sini,saya ada alasan untuk menolak Airil. Ya Allah,tunjukilah hambaMu jalan yang benar.'

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience