PART 25

Romance Series 28783

"Ada apa apa yang honey nak bagitahu?" soal tengku dayyan pada ayra , kini mereka berada di bilik tidur mereka oleh kerana makcik nora berada di ruang tamu jadi mereka berbincang di bilik sahaja...

Ayra yang sedang duduk di atas katil itu hanya menunduk kan kepalanya sahaja , hujung bajunya di pintal entah kenapa dia rasa bahawa suaminya sedang menahan marah terhadapanya....

"Abang marah saya ke?" perlahan sahaja suaranya , jantungnya makin laju bila mendengar keluhan berat dari suaminya dengan pantas dia mengangkat kepalanya....

Terlihat suaminya memicit perlahan pelapis dahinya itu entah kenapa dia rasa sakit hati bila harris memberitahunya tentang tengku sharid dan yang paling buat dia geram adalah harris memberitahu bahawa dirinya memendam rasa terhadap ayra...

"Abang , kalau pasal tengku sharif ayra tak thu pun dia ada dekat situ , dia tegur ayra dan dia ada..."

"Ini bukan pasal sharif , selama honey ada dekat sini siapa yang teman honey? siapa yang ambik berat tentang honey?" soal tengku dayyan....

Ayra yang tidak faham akan soalan tengku dayyan mula berkerut , "Apa soalan abang ni? makcik nora la yang jaga saya , selama ni saya dengan makcik nora je tak ada sesiapa pun"

"lier" marah tengku dayyan , jerkahan tengku dayyan itu membuatkan kedua bahu ayra terangkat tiba tiba terasa panas di kawasan matanya argh dia tak suka di bentak lagi lagi dengan keadaan dia yang mengandung....

Tengku dayyan yang tersedar itu terus meraup kasar wajahnya , dia perlu bertenang dan tak boleh membiarkan perasaan cemburunya itu mengawal dirinya kalau tak buruk padahnya nanti....

"Honey , sorry abang tak boleh kawal tadi" pujuk tengku dayyan dengan perlahan dia meraihkan kedua belah tangan ayra lalu di kucup lembut kekura tangan isterinya itu...

"Jan...jangan marah saya macam tu , saya tak boleh la kalau awak marah marah saya macam ni" terisak isak ayra dengan pantas tengku dayyan menarik isterinya ke dalam pelukkannya...

"Sorry honey , abang tak sengaja tinggikan suara pada honey"

Tengku dayyan terus duduk di sebelah isterinya , kedua belah bahu ayra di pegang lembut sebelum dia membawa badan isterinya menghadap ke arahnya , dia perasaan akan air mata ayra yang mula membasahi pipi tembam itu keluhan keluar dari mulutnya...

"Sorry , abang minta maaf sangat sangat , maafkan abang sayang" pujuk tengku dayyan...

Ayra hanya berdiam sahaja , tindakkan tengku dayyan yang mencium dahinya itu dapat mengubar sedikit perasaan sedihnya itu ish kenapa dia mudah sangat keluarkan air mata ni....

"Ay...ayra ada benda nak bagitahu abang , tapi ayra harap abang dapat terima dan jangan marah" pesan ayra...

Tengku dayyan mengangguk sahaja , padahal hatinya sendiri meronta ronta ingin tahu apakah itu dan kenapa ayra memesan sebegitu , penting sangat ke atau benda ini ada melibatkan rumah tangga mereka?...

Ayra menghulurkan telefonnya pada dayyan , "Dengar la" arah ayra dan dayyan terus menekan button play...

Wana yang sedang duduk di bangku taman itu hanya memerhatikan budak budak yang sibuk bermain , dia ada temu janji dengan tengku ameer katanya ada hal penting untuk di bincangkan dan benda ni tak boleh berbual di dalam telefon....

"Hi baby , lama tunggu?" soal tengku ameer yang baru datang , kedua belah tangannya memegang aiscream...

"Baru je , kenapa awak nak jumpa saya ni?" jawab wana sambil menyambut aiscream yang dihulur oleh tengku ameer...

Tengku ameer mengambil tempat di sebelah wana , mereka sama sama menikmati aiscream dengan suara budak budak yang sibuk bermain...

"Hmmm , awek saya kan?"

Wana mengangguk perlahan , "Kenapa awak ada awek lain selain saya ke? ouh jadi awak datang nak putuskan hubungan kita ke?"

"Eh bukan la baby" kelam kabut tengku ameer menjawabnya , bukan itu maksudnya mana mungkin dia ada awek lain selain wana , sebab wana adalah jantung hatinya , boleh gila dia bila wana tak ada dengannya...

"Habis tu?" tanya wana , kali ini kedengaran nada marah dan nada kecewa itu bersatu , disebabkan soalan boleh tengku ameer tu kini moodnya hancur di bawak lanun...

Tengku ameer memusingkan badannya untuk menatap wajah suci milik wana , manakalaa wana pula memandang ke tempat lain dia masih dalam mood merajuk ni...

"Saya nak ajak awak kahwin , jom kita kahwin"

Terkaku seluruh badannya bila mendengar hajar si tengku ameer , "Baby, I asked you and I need your answer" kata tengku ameer lagi...

Tengku ameer masih menatap wajah wana , kelihatan wana mengabaikan ajakkannya untuk perkahwin walhal wana masih lagi terkejut..... "Fine, if you don't want to marry me, it's okay, but I'll keep waiting for you until you agree"

Tengku ameer berdiri dari duduknya perasaan kecewa mula menghingap dalam hatinya , Dia yakin dengan keputusan nya untuk mengajak wana berkahwin kerana dia tahu wana adala pilihan terbaik untuknya...

"Saya setuju"

"Humm tu la saya pun se..."

Tengku ameer terus menoleh ke arah wana , "Saya setuju nak kahwin dengan awak sebab saya cintakan awak tengku ameer" ucap wana sambil menunduk...

Tengku ameer perasaan akan berubah warna di pipi warna , arghh ada orang blushing la ish geram je dengan bakal isteri yang comel ni...

"Betul?"

"Hmm betul" Jawab wana , tengku ameer terus melompat kegembiraan dengan pantas dia mengeluarkan kotak cincin berwarna merah dan melutut di hadapan wana...

"Eh apa awak ni? bangun bangun , malu la orang tengok" arah wana dia terasa segan bila mata mata orang lain melihat ke arahnya...

Tengku ameer hanya tersenyum manis , "Willl you marry me my baby?" tanya tengku ameer dan ramai yang bersorak untuk wana menerima lamaran tengku ameer...

Balasan wana hanya mengangguk dan serentak itu orang orang menepuk tangan mereka , meraihkan moment bahagia untuk wana dan tengku ameer lalu muncul la wajah rita dan tengku faiz....

"Rita kau?"

"Ye , aku tahu plan tengku ameer" jawab rita dengan tenang , sudah lama tengku ameer memendam niat untuk melamar wana dan ia hanya perlu menunggu timing yang sesuai dan waktu itu adalah sekrang...

Tengku faiz pula hanya memaparkan senyuman kecik , walaupun senyuman itu kecik tapi dalam hatinya turut bahagia bila tengku ameer sudah berjumpa dengan bidadari syurganya , kalau tak disebabkan wana perangai ameer masih macam dulu iaitu suka menyakat semua perempuan even perempuan tu tidak di kenali...

Tapi selepas sahaja official dengan wana , perangai ameer berubah dimana dia akan menujukan wajah dingin bila ada perempuan yang cuba dekati dirinya itu salah satu perangai yang tengku faiz nampak...

"So lagi 3 minggu perkahwinan faiz dan rita , perkahwinan kita pula lagi 2 bulan okey?"

"Boleh , saya ikut awak" balas wana pula , sempat dia memandang sekelilingnya syukur ramai yang dan bersurai dari situ...

"Sekarang ni kita tunggu dayyan dengan ayra pula balik , lepas tu kita boleh settlekan si budak tu" ucap tengku faiz lalu ameer mengangguk manakala wana dan rita pula hanya terpinga pinga....


*****************

"Abang" panggil ayra bila dia melihat dayyan mengenggam kuat phonenya , selepas sahaja mendengar rakaman suara itu dayyan seakan akan di simbah api , kini kemarahannya sudah pun memucak tunggu masa untuk meletup sahaja...

Wajahnya yang bengis itu kini mula redah bila terasa lengannya di usap perlahan oleh ayra , betul kata orang hanya isteri sahaja yang dapat melegakan kemarahan dan menghilangkan kepenatan suami....

"Abang dah tahu benda ni cuma abang tak sangka yang sharif akan buat abang macam ni , apa salah abang pada dia sampai dia sanggup khianat abang?"

"Abang sayangkan dia , abang percaya kan dia , abang ingat selama ini dia pelindung abang tapi rupa rupanya dia musuh dalam selimut" tambah tengku dayyan lagi...

"Tadi ikut kan abang nak ajar dia tapi abang masih waras" ujar nya lagi...

Ayra hanya mendengar luahan suaminya , dia sendiri terkejut bila mendengar pegakuan sharif padanya tadi tapi dia cuba beriak biasa dan tenang supaya rakaman suara itu tidak ketahui oleh sharif...

"Abang nak buat apa? abang kena ingat walauapapun dia tetap sedara abang , dan dia ada pertalian darah dengan abang" ujar ayra sambil lengan dayyan diusap perlahan...

"Abang tak thu , nanti balik kl abang uruskan" jawab dayyan...

"Jom bersihkan diri , sekrang dah pukul 6.20 dah nanti nak masuk maghrib" ajak ayra dan dayyan terus berdiri sempat juga towel nya di capai...

Ayra pula hanya memandang belakang badan suaminya aumm nampak macho dan hot , ayra tersenyum kelat mesti hati suaminya sakit bila dapat tahu hal sebenar lagi lagi ini melibatkan sharif sedara yang paling rapat dengan dayyan kini bertukar menjadi musuh yang paling ketat....

Harris melemparkan pandang ke luar tingkap , langit yang sedikit gelap itu di tenung kini dia berada di dalam kapal terbang untuk ke kl demi camilla dan aiman...

Sebelum dia menuju ke klia sempat juga dia berjumpa dengan dayyan di hotel tempat dia menetap , dia sendiri terkejut bila melihat dayyan bersama ayra masuk ke hotel itu...

Kini dia tahu ke apa makcik nora tak nak dia menganggu ayra , sebab ayra sudah pun berbaik dengan dayyan dan kelihatan wajah ayra sangat bahagia , wajah itu , wajah yang belum pernah dia nampak sepajang dia bersama ayra...

~ FLASBACK ~
"Tengku dayyan" panggil harris sambil bahu dayyan di pegang , tengku dayyan terus memusing belakang untuk melihat gerangan orang yang memanggilnya dan dia baru sahaja selesai hubungi tengku faiz untuk bertanya tentang si dia....

"Kau" dengan pantas tangan harris di tepis sebelum dia melayangkan tumbokkan padu di wajah tampan harris...

"Berani kau tunjuk muka kau kan? tak puas lagi apa yang kau pernah buat pada aku?" soal tengku dayyan dan harris pula memegang tepi bibirnya yang mengeluarkan sedikit darah....

Harris mengeleng laju , "Aku bukan nak cari pasal dengan kau , aku cuma nak bagitahu yang musuh kau adalah tengku sharif dan camilla , diorang berkerjasama untuk hancurkan hubungan kau dengan ayra" tegas harris...

"Dulu ya memang betul aku yang suruh camilla tinggalkam kau , tpi bersebab dan kau kena tahu yang sharif pun ada hubungan sulit dengan camilla"

"Dia tikam belakang kau , dia tak senang dengan apa yang kau ada sebab tu dia sanggup khianat kau , aku minta maaf pasal hal sebelum ni , aku betul betul sayang kan camilla dan pasal camilla biar aku uruskan dia , kau cuma uruskan sharif dan keluarga kau"

Tengku dayyan memandang harris dengan tatapan tidak percaya , "Untuk kali ni je percaya kan aku lepas kes ni selesai , kau boleh anggap aku musuh kau semula"

"Hmm" itu sahaja jawapan dari tengku dayyan tapi itu sudah melegakan perasaan harris yang berniat mahu membantu ayra dan dayyan...

"Kirim salam dengan ayra , kejap lagi aku dah gerak balik kl"

Berkerut wajah dayyan dengan ucapan harris , "Macam mana kau kenal isteri aku?"

"Aku dah jumpa dia dari minggu lepas lagi dan aku juga yang hantar dia ke hospital waktu dia bleeding , aku minta maaf sebab tersentuh isteri kau tapi tu sebab keadaan darurat sangat"

"Aku mengaku yang aku ada sikit perasaan suka pada ayra , dia cantik , baik dan sangat lembut itu sebab aku boleh tertarik dengan dia"

"Kau" kolar baju milik harris di genggam kuat oleh tengku dayyan , sebelah tangannya lagi di genggam erat...

Harris hanya diam sahaja dan langsung tidak melawan , "Tu dulu , sekarang aku sedar siapa yang patut aku kejar dan siapa yang patut aku lepaskan , aku tahu dia isteri kau dan hanya nama kau yang ada dalam hati dia , just chill jangan risau sebab nama aku tak ada langsung dalam hati dia"

"perkenalan kami sangat singkat tapi perasaan tu datang secara tiba tiba , aku harap kau boleh jaga dia dengan baik , sebab aku pernah ada niat untuk jaga dia sebagai seorang suami selepas kau lepaskan dia"

"Tapi nampaknya jodoh kau sangat kuat dengan ayra , so yeah aku turut bahagia untuk korang" tambah harris..

Perlahan lahan genggaman pada kolar baju harris di leraikan , "Aku tak akan sesekali lepaskan dia" ujar dayyan dan terus beredar sempat juga dia menyambut kad kerja milik harris supaya senang untuk mereka berkomunikasi....

~ END FLASHBACK ~


*****************

Harris sampai sahaja di kl dia di jemput oleh anak buahnya yang selama ini mengikuti jejak langkah camilla , sekrang jam menunjukkan pukul 8.00 malam dan dia terus balik ke condominium yang sudah di beli olehnya atas nama camilla...

"Macam mana berkembang anak dan bini aku?" soal harris riak wajahnya kini serius sahaja , anak buahnya hanya mengangguk dan tersenyum..

"Dah 3 hari puan camilla tidak keluar dari rumahnya , aiman pula tidak ke sekolah saya dah cuba siasat siapa lelaki yang bernama khai itu tapi saya belum jumpa apa apa maklumat lagi tentang dia"

Harris mengangguk faham , "Teruskan cari dan teruskan follow camilla , apa apa terus update pada aku dan ingat esok hari yang aku tunggu tunggu"

"Faham tuan harris" jawabnya dan terus fokus memandu sehingga ke condominium milik bossnya , dia sudah lama berkerja dengan harris...

Selesai makan malam bersama mereka semua terus ke bilik masih masih , ayra yang sibuk menyapu losyen di tanganya hanya memandang sekilas wajah dayyan melalui cermin...

"Lambat lagi ke honey? abang nak tidur peluk honey ni" kata dayyan mengangguk lamunan ayra , ayra menutup botol losyennya dan ikatan rambutnya pun di lepaskan maka jatuh la rambutnya yang lembut dan bersinar itu...

Ayra membuka langkah ke katil dengan perlahan lahan dia duduk di tepi suaminya yang dari tadi hanya memerhatikan dirinya sahaja , rasanya kini dia berada di zon kurang selamat atau memang tidak selamat....

Ayra agak tersentak bila pinggangnya di peluk oleh dayyan dari tepi dan wajah dayyan pula berada di leher ayra , haruman yang menerjah masuk ke rongga hidungnya membuatkan nafsu kelakiannya bergelora...
"Can i have you for tonight?" soal dayyan yang masih mengerjakan leher ayra , ayra tidak menjawab malah badannya terus di baringkan....

Dayyan yang melihat respon isterinya sudah tersenyum nakal dan dengan pantas dia menindih tubuh genit ayra itu , "Abang"

"I promise to do it slowly" ujar dayyan dan ayra menganggul , dia sendiri rindu dengan belaian suaminya yang sudah beberapa minggu menjauh....

Tangan dayyan terus mencapai button lampu tidur bilik itu dan dengan pantas dia menekan menjadikan bilik itu gelap dan hanya di temani dengan satu lampu sahaja tetapi ia akan samar samar sahaja....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience