BAB 14

Romance Series 28783

Baru sahaja camilla nak menjawab dia terpandang ke luar cafe lalu dia tersenyum , "Ayra" panggil rita bersama tengku ameer dan tengku faiz...

"Hai rita sini sini" ajak ayra dan mereka pun pergi ke meja ayra , "Shit apa perempuan tu buat dengan ayra" kata tengku faiz sendiri...

Ameer dan faiz memandang satu sama lain , "Kau nak bagitahu dayyan tak? aku risau dia cakap benda yang tak betul pada ayra" tanya ameer pada faiz..

"Tengok dulu macam mana , aku takut perempuan ni ada plan lain" jawab faiz dan ameer mengangguk perlahan...

Mereka duduk di kerusi yang disediakan camilla berhadapan dengan ameer manakala faiz berada si sebelah faiz... "Kenal kan ni camilla ini pula anak dia aiman"

Terkedu seketika ameer dan faiz , "anak? means anak dia dengan dayyan? atau anak dia dengan orang lain" soal faiz sendiri..

Mereka lunch bersama berbual kosong dan sehingga la habis waktu lunch mereka , "I pergi dulu ayra maaf tk boleh lama lama dengan you guys sebab i ada kerja" ujar camilla pada mereka semua..

"Okey , baik baik tau camilla bye aiman" balas ayra dan camilla pun membawa anaknya keluar dari cafe tersebut , "Kejap aku dengan ameer nak pergi kedai sana kejap" kata faiz secara tiba tiba dan terus menarik lengan ameer...

"Oi , macam mana kau boleh datang dengan diorang ha?" soal wana pada rita , hairan dia melihat rita keluar dari kereta tengku faiz bersama tengku ameer..

"Hmm..tengku faiz ajak aku sebenarnya" ayra dan wana memandang satu sama lain dengan senyuman bermakna....

BUM

pintu kereta yang dibuka oleh camilla terhempas kuat bila tengku faiz menolaknya dengan kasar , "Apa motif kau jumpa ayra?" soal faiz dengan nada tegas...

Camilla diam dia kemudian mendudukan aiman di tempat duduk pemandu pintu di biarkan buka , "Main phone mama kejap ya" ujar camilla pada aiman..

"Cakap la , orang tanya ni kan dah bisu ke? tadi bukan main banyak suara kau" marah faiz...

"I nak dayyan , dayyan perlu tahu yang dia ada anak dengan i" lawan camilla dan lengan yang di pegang oleh faiz di tarik kasar..

"Anak? aiman ni anak kau dengan dayyan? sure ke? bukan anak laki lain?" tanya faiz dengan senyuman sinisnya..

"Kau tu dah tidur dengan ramai jantan , jadi kau jangan nak bodohkan dayyan atau kau nak aku buat ujian dna?" tambah faiz lagi...

Camilla mengangguk , "Boleh jom kita buat ujian dna test dan kalau betul aiman ni anak dayyan , i nak dia bertanggungjawab atas aiman"

"Wow , tak takut kantoi ke? aku yakin sangat yakin yang kau ada plan lain kan? ingat camilla kau kenal aku dan kau tahu apa yang aku mampu buat , jangan cari masalah dengan orang salah takut kau yang akan merana nanti" ujar faiz kemudian dia beredar dari situ..

"Dengar tak? jangan cari masalah dengan eh apa tadi dia cakap? aku lupa la ha kau faham faham la oke bye" kata ameer..

"Eh kejap boleh minta nombor? nanti kan nak buat ujian dna so kena la ada nombor kan? aku nak bgi kt dayyan"

Camilla mencapai phone ameer yang di hulur oleh nya lalu nombornya di taip , "Okey aku save nama kau mak jemah gila okey" kata ameer dan terus mengejar faiz...

"Aku kena minta tolong doktor hani" ucap camilla dan terus masuk ke dalam keretanya bersama aiman , dia tahu yang doktor hani akan menolongnya tpi macam mana kalau plannya terbongkar...


****************


"Korang ni kenapa? dah habis lunch terus jadi gila ke?" soal dayyan bila pintunya di buka agak kasar oleh ameer..

Ameer tersengih , "Haah gila sebab dah jumpa kekasih hati aku si wana tu ish comel dia hari ni wey , bini kau pun comel"

"Menyempat si bebalnya" bisik faiz dan dayyan terus mencapai pen pada ameer tepat mengena dahi ameer...

"Aduh sakit wey tu pen sakit nanti dahi aku berdarah macam mana? tak hensem dah" marah ameer sambil dahinya di gosok perlahan..

Faiz mengeleng lalu pandangan dinginnya d hadiahkan pada dayyan , "Ada apa apa ke yang korang sorok dari aku?" soal dayyan bila menerima pandangan faiz itu...

"About camilla" sampuk ameer...

"So korang tahu dia ada dekat malaysia?" soal dayyan pada ameer dan faiz yang berada di pejabatnya , ameer duduk di kerusi berhadapan meja kerja dayyan kaki di silang...

"Kau tahu?" soal faiz dan dayyan mengangguk dia sendiri masih lagi was was dengan keterangan camilla tentang aiman...

Ameer diam lalu pen di main , "Hummm kau kenal buat ujian dna lagipun dia setuju dan dia dah jumpa ay..." ameer menepuk mulutnya perlahan..

"Ayra? dia jumpa ayra ke?" soal dayyan suaranya agak tinggi lalu faiz menjeling tajam ke arah ameer bodoh si bebal ni tak boleh berahsia sikit...

Ameer mengangguk perlahan , "Shit apa dia nak dengan ayra? perempuan ni menyusahkan aku la dia sendiri dah tinggalkan aku sekrang dia sibuk cari aku semula"

"Kalau betul tu anak dia means kau kena kahwin dengan dia and jaga aiman sama sama?" sampuk ameer

Soalan yang dianjuhkan oleh ameer membuatkan dayyan terdiam , tak dia tak menduakan ayra tak akan sesekali dia menyakitkan ayra...

"No , aku boleh je jaga tanpa perlu kahwin dengan camilla lagipun aku tak nak duakan ayra , dia isteri yang baik untuk aku dan aku tak akan sia sia kan dia" ujar dayyan lalu mereka mengangguk faham...

"Tu whatsapp tu aku ada bagi nombor mak jemah gila kat kau ha jangan tanya siapa mak jemah , dia camilla" kata ameer nak tergelak dayyan mendengarnya tapi di tahan....

Yup dia perlu melakukan ujian dna pada aiman dan sekiranya betul anak dia bersama camilla dia perlu memberi kasih sayang pada aiman....

Sampai sahaja rumah dayyan di sambut baik oleh ayra , mereka solat maghrib bersama dan makann malam bersama...

"Abang nak tahu tadi saya jumpa seorang akak ni dengan anak dia aiman , budak tu baik kecik kecim lagi dah handsome"

dayyan terkedu , "Bapak dia tak anggap aiman tu anak dia , kesian ayra tengok kak camilla tu kalau saya la kan dah lama saya tinggalkan lelaki macam tu" sambung ayra lagi...

"Abang" panggil ayra , "Ha ye ha abang dengar" ujar dayyan terbangun dari lamunannya...
"Dah la honey , tu urusan dia jadi honey tak yang masuk campur okey? lagipun honey tk kenal dia kan abang risau je"

ayra mengangguk , "Tpi anak dia comel bang , saya suka tengok muka dia"

"Nanti ada anak sendiri lagi comel , sebab anak abang dengan honey , abang handsome honey pula cantik mesti anak kita lagi handsome dan cantik"

Ayra tergelak lalu tangan nya di usap perlahan pipi dayyan , "Ayra selalu berdoa tentang cahaya mata insha allah dengan izin tuhan kita akan merasa menjadi parents" dayyan tersenyum...


*****************

Seminggu berlalu dan hari ni dia akan mendapat jawapan tentang ujian dna mereka , dayyan telah mengajak camilla membuat dna test dan camilla bersetuju...

"Aku dah buat macam mana yang kau suruh , ujian dna dayyan dan aiman sepadan ikut kan aiman bukan anak dayyan tpi disebabkan keluarga kau banyak tolong keluarga aku masa belajar dulu aku terpaksa buat kerja gila ni" kata doktor hani pada camilla...

Keluarga camilla banyak menolong keluarga doktor hani dari segi kewangan dan dayyan tidak mengenali doktor hani oleh kerana camilla berpesan pada doktor hani jangan rapat dengannnya sewaktu di kolej dahulu...

Baru camilla nak menjawab dayyan terlebih dahulu menegur mereka , "Macam mana result? aku dah tak sabar nak tengok result" tanya dayyan...

"Ini dia tengku dayyan , mengikut result yang keluar menyatakan aiman sememangnya anak kepada tengku dayyan"

Dayyan terus mengeluarkan surat itu dan baca , dia tak salah dengar ke? aiman anak dia? jadi apa yang di katakan camilla betul , dia tinggalkan dayyan sebab mengandungkan aiman...

"I tak pernah tipu you dayyan , i sayang kan you dan i nak you bertanggungjawab atas aiman itu aje"

Dayyan memandangan aiman yang duduk di kerusi disediakan , dia duduk di sebelah aiman dan terus memeluk aiman dia rasa serba salah sebab dia tak ada di sisi camilla sewaktu camilla mengandungkann zuriatnya itu...

"Aku mintaa maaf sebab biarkan kau menderita seseorang , aku akan jalankan tanggungjawab aku pada aiman tapi aku tak akan kahwin dengan kau , aku tak akan duakan isteri aku" ujar dayyan tegas...

"Aku nak kau jauhkan diri dari ayra kalau kau nak aku jalankan tanggungjawab aku pada aiman"

Camilla bersetuju , "I tak akan bagitahu ayra lagipun i dah bersyukur sebab you terima aiman dengan baik" bohong camilla dengan senyuman bermakna...

Selesai berbincang dayyan membawa aiman ke mall untuk puas mereka shopping barang keperluan aiman dan sedikit sebanyak peluang camilla mula cerah...

Selepas dia menghantar camilla dan juga aiman ke rumah mereka , dayyan terus masuk ke pejabatnya semula lalu dia memberitahu hal tersebut pada ameer dan faiz...

Mereka berdua sendiri terkejut dengan apa yang di beritahua oleh dayyan , "Happy kau?" soal faiz dayyan diam dia tak thu mengapa tapi hatinya masih was was...

"Buat dna test dekat hospital lain ataupun kau buat senyap senyap tanpa pengetahuan camilla , aku tak yakin la aiman tu anak kau" ucap faiz lagi..

"Haah la dayyan , kau yakin ke?" sampuk ameer dayyan mengeleng...

"Tpi ujian dah menyatakan aiman anak aku so memang betul la dia tu anak aku , dah la aku terima kenyataan yang aiman tu memang anak aku"

"Habis ayra? macam mana perasan ayra? kau nak berahsia dengan dia sampai bila?" tanya faiz serius sahaja mukanya..

"Sampai masa yang sesuai"

Faiz mengeluh kasar , "Jangan lambat lambat aku takut jadi lain je nanti" pesan faiz dan terus keluar dari bilik dayyan meninggalkan ameer di situ..

"Aku pun masih was was , kau kenal camilla tu macam mana kan? tapi terpulang kau la nak buat apa , apa yang aku nak besar jangan tersalah langgah" sampuk ameer pula....

Hampir 2 minggu dayyan memberi perhatiannya pada aiman , dia hanya mahu menebus kesalahannya pada camilla dan aiman kerana dia punca camilla terseksa seorang diri....

Ayra memandang jam dinding tepat pukul 11.30 malam tak pernah dayyan balik selewat ini dan ini kali pertama bagi ayra , "Abang mana abang ni saya call abang tak angkat" ujar ayra...

Mendengar bunyi detuman enjin dayyan ayra terus berlari ke pintu utama , "Abang kenapa balik lambat ni? saya tunggu abang , abang kata nak makan malam sa.."

"Diam boleh diam , abang baru balik kerja ni ayra tolong la jangan bising" marah dayyan dan terus naik ke bilik...

"Abang" panggil ayra , tpi panggilan itu langsung diabaikan oleh dayyan ayra mengeluh perlahan dia ada berita penting untuk diberitahu pada dayyan tapi nampaknya di salah timing..

Phone ayra menyentakkan lamunan ayra , phone yang berada di kocek di keluarkan dan terus di angkat lalu di letakkan pada telinga...
"Hello anak mak apa khabar? sihat? macam mana kandungan okey tak?" tanya makcik sarimah...

"Mak.." air mata serta merta mengalir dia sendiri tak tahu kenapa dirinya jadi cengeng mungkin pembawakkan orang mengandung..

"Kenapa ni ayra? ayra kenapa ni sayang?" soal makcik sarimah yang kalut bila dia mendengar tangisan halus dari ayra..

"Ayra happy sebab ayra akan jadi mummy , ayra akan ada baby"

Makcik sarimah tersenyum dia sendiri teruja bila ayra memberitahu nya tengah hari tadi bahawa dia mengandung 3 minggu dan dia akan menjadi nenek tak lama lagi...

"Ayra jangan stress , jangan buat kerja berat dan ingay jangan makan makanan yang boleh menjejaskan kandungan lagipun kandungan ayra baru lagi dan masih lemah jadi kena berhati hati" pesan makcik sarimah...

Dibilik dayyan sibuk call dengan aiman dan sesekali dia bergurau dengan aiman terdengar gelak ketawa dari camilla dan aiman..

"I happy sebab you layan aiman dengan baik , kalau la kita boleh jadi keluarga kan bagus"

Dayyan terdiam , dia tidak pernah sesekali pun berfikir untuk berkahwin dengan camilla dia hanya mahu melayan aiman sahaja tidak lebih..

"Camilla aku dah kata yang aku tak akan kahwin dengan kau , cukup la aku dah jalankan tanggungjawab aku pada aiman dan aku tak akan khianat isteri aku" jawab dayyan lalu dia menamatkan panggilan....

Dayyan yang terus masuk ke bilik air untuk membersihkan badannya , manakala ayra pula terus membaringkan diri ke katil dan terus melelapkan matanya.... dia masih terasa hati dengan layan dayyan padanya tadi sedikit sebanyak ayra perasan akan berubahan pada dayyan...

TING

Phone ayra berbunyi menandakan whatsapp masuk , dia mencapai dan dahinya berkerut nombor yang tak di kenali whatsapp dia...

"Hi ayra ni camilla , esok boleh tak lunch sama sama? aiman rindu pada you sebab tu i ajak" mesej dari camilla..

Ayra tersenyum , "Boleh nanti bagi alamat ya saya datang" balas ayra dan butan send di tekan , phone di letakkan semula di nightstand mata dilelap...

10 minit masa yang di ambik oleh dayyan untuk membersihkan dirinya , selesai memakai baju dia baring disebelah ayra dahi ayra di kucup perlahan...Satu perangai ayra yang disukai dayyan walaupun ayra terasa hati dengannya atau marah ayra tetap tidur menghadap dirinya...

Tidak pernah sekali pun ayra tidur membelakangkan dayyan dan itu membuatkan dayyan bersyukur dapat isteri sebaik ayra....

"Sorry honey , abang tak boleh cakap sekarang sebab abang belum bersedia nak tengok reaksi honey , abang takut , abang takut honey akan tinggalkan abang"

"I can't lost you , honey nyawa abang dan honey segala galanya bagi abang , maaf kalau selama 2 minggu ni abang abaikan honey but i promise esok akan baik seperti dulu" tambah dayyan dan bibir ayra di kucup perlahan...

"Good night honey" bisik dayyan lalu dia memeluk ayra matanya di lelapkan....


****************


Ayra terbangun dari lenanya dia memandang ke tempat dayyan kosong satu keluhan di lepaskan , dia bangun dari tempat tidur dan rambutnya di sangul tinggi...

"Bau apa ni?" soal ayra bila kaki nya menjejak ke ruang tamu , "honey dah bangun jom breakfast sama sama jom" ajak dayyan...

"Abang cutenya" puji ayra dia tergelak besar bila melihat dayyan yang tak berbaju tapi memakai apron hello kitty di badannya..

"What? ah apron ni je ada dekat dapur nk buat macam mana? honey la ni semua apron berkartun"

"Memang la sebab saya je masak , dapur tu kan tempat saya" jawab ayra dayyan tersengih kecil lalu badan ayra di angkat lalu di dudukan di kerusi makan...

Dayyan duduk di sebelah ayra jari jemari ayra di genggam erat , "Abang nak minta maaf sebab abang abaikan sayang , abang minta maaf sangat pada honey" tangan ayra dikucup lembut..

"Ayra maafkan abang , ayra tahu abang banyak kerja dekat pejabat lagipun pejabat tu amanah daddy untuk abang" balas ayra dan pipi dayyan dicium..

"Abang bersyukur sangat dapat isteri macam ayra , sangat memahami abang dan abang minta supaya ayra percaya kan abang"

Ayra mengangguk perlahan , dayyan perlahan lahan mendekatkan wajahnya pada ayra dan bibir ayra di kucup sekilas lalu kedua belah pipi ayra pula dicium lembut..

"I love you"

"I love you more" ucap ayra....

Tiba waktu makan lunch ayra pergi ke cafe yang di tetapkan oleh camilla , dayyan mengizinkan ayra untuk keluar oleh disebabkan dayyan mempunyai meeting bersama client....

"Untie" panggil aiman yang duduk di sebelah camilla , "Hi aiman sorry dah lama untie tak jumpa aiman"

"Mana awak dapat nombor saya?" soal ayra pada camilla , "Kawan awak yang dekat cafe tu" jawab camilla..

camilla meminta nombor ayra pada wana , disebabkan camilla juga kawan kepada ayra jadi wana memberinya tanpa ada syak wasangka pada camilla...

"Macam mana keadaan awak sekrang okey? papa aiman?"

"Alhamdulilah , papa aiman dah terima kenyataan yang aiman mememang anak kandungnya hubungan kami pun makin baik" ucap camilla..

"Alhamdulilah la kalau mcam tu" jawab ayra dengan ikhlas bersamaa senyuman di bibir cantiknya itu...

"Awak makin tembam sekarang , ada apa apa ke?"

Ayra tersenyum , "Saya pregnant 3 minggu"

serta merta senyuman di bibir camilla pudar , tak ayra tak boleh mengandung , ayra kena gugur kalau tak semua rancangan dia tak akan berjaya...

"You pernah tanya kan siapa papa aiman?" ayra mengangguk dia sendiri tak thu kenapa perasannya berlompat lompat mahu tahu siapa papa kandung aiman...

"Tengku dayyan bin tengku halim"

Bagai kan panah memetik , jantungnya bagai nak berhenti apabila camilla sebut nama panjang suaminya , kepalanya mengeleng laju dia perlu percayakan suaminya dan buka orang luar..

"Ni hasil dna test aiman dan dayyan"

Ayra terus buka dan baca setiap sudut , "Aw..awak tahu saya isteri dia?" camilla mengangguk perlahan..

"Selepas saya tahu hasil dna test baru saya tahu yang awak isteri dayyan , saya tak ada niat nak rosakkan rumah tangga awak tapi ini kenyataannya ayra" bohong camilla dalam hati sudah menjerit suka..

"Kenapa? kenapa abang tipu ayra?" bisik ayra dia tak sangka suaminya menipu dan curang belakangnya , janji manis yang keluar dari mulut dayyan semuanya satu kebohongan...

"Papa" Jerit aiman lalu dia berlari ke arah dayyan yang baru masuk ke cafe tersebut , ayra membelakangi dayyan jadi dayyan tidak dapat melihat siapa...

Dayyan mengedong aiman smpai sahaja di meja mereka , ayra terus memandang wajah dayyan dan terserlah wajah terkejut dayyan..

"H..honey"

ayra terus bangun dari duduknya result dna test itu si lempar pada wajah dayyan , "So ini la meeting awak tengku dayyan? awak curang belakang saya dan awak bohong saya dayyan" marah ayra dan terus keluar dari cafe itu..

"What the fuck are doing?" soal dayyan pada camilla aiman di turunkan laju langkahnya mengejar ayra , tak ayra tak boleh tinggalkan dia , ayra hanya salah faham...

"honey" lengan ayra di tarik lembut , pintu kereta yang dibuka ayra di tutup rapat oleh dayyan semula...

"Lepaslah" lengan ayra ditarik kuat tapi genggaman di kuatkan oleh dayyan..

"Bagi abang terangkan semuanya , honey memang betul aiman anak abang dengan camilla tapi abang tak ada hubungan apa apa pun dengan camilla , kami cuma nak yang terbaik untuk aiman"

"Awak bohong saya , selama ni awak curang belakang saya , kenapa awak buat saya macam ni? apa kurangnya saya ha sampai awak sanggup duakan saya?"
Dayyan meraup rambutnya kebelakang apabila mendengar soalan dari ayra , panggilan juga di tukar nampaknya ayra memang dalam keadaan marah dan kecewa...

"Saya..saya menyesal kahwin dengan awak" ucap ayra dan itu membuatkan hati dayyan sakit , perasan seperti hatinya di tikam banyak kali...

"Me..menyesal?"

"Awak pergi la dengan aiman semula kahwin dengan camilla besarkan anak awak sama sama , sa.."

percakapan ayra terhenti , "Argh" rintih ayra dan lengan dayyan di paut lembut ayra menoleh ke arah kaki nya terlihat ada darah yang mengalir , tangan kiri ayra memegang perutnya...

"Ho..honey" panggil dayyan , mendengar ayra yang menahan kesakitan dayyab terus mengangkat ayra masuk ke dalam kereta menuju ke hospital berdekatan...

"No , no sa...saya ta..tak nak hilang an..anak saya" kata ayra dengan tersekat sekat , dayyan memecut laju keretanya tangannya satu lagi memegang erat jemari ayra dalam hatinya berdoa supaya tidak ada apa apa yang serius terjadi pada ayra....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience