"Mommy daddy kenapa kelam kabut sangat ni? nak kemana ni?" soal yuhanis sambil mengedong zahara , pelik dia apabila tengku ayu dan tengku halim bergegas..
"Ayra dia masuk hospital , tadi dayyan baru call mommy sekrang ni mommy nak ke hospital la , kamu kalau nak pergi ajak suami kamu mommy nak cepat" jawab tengku ayu dan terus keluar..
"Apa apa daddy update" ujar tengku halim sebelum mengikut jejak isteri , Sampai sahaja di hospital mereka terus menerpa tengku dayyan yang duduk di kerusi hospital..
"Macam mana keadaan ayra?" soal tengku ayu lalu memeluk dayyan , "Mommy semua salah dayyan" ucap dayyan tapi mereka hanya berdiam tak tahu apa yang sudah berlaku antara ayra dan dayyan...
Baru sahaja tengku halim nak mencelah seorang doktor lelaki keluar , "Macam mana keadaan isteri saya?"
"Syukur alhamdulilah puan ayra stabil dan kandungan puan ayra selamat , kalau boleh jangan bagi puan ayra rasa stress atau tekanan sebab itu akan memudaratkan kandungan puan ayra"
"Ka..kandungan?"
"Taniah tengku , kandungan puan ayra mencecah 3 minggu" jawab doktor lalu dia meminta diri , mereka akan memindahkan ayra ke wad vvip itu kerana tengku dayyan mengarahnya...
"Syukur alhamdulilah bang , bertambah la cucu kita" ucap tengku ayu dengan senyuman , "Mommy daddy biar dayyan masuk dulu boleh? dayyan ada benda sikit nak bincang dengan ayra"
"Kamu pergi la masuk , lagi pun itu isteri kamu" kata tengku halim pada dayyan , dayyan mengangguk dia bahagia dengan berita tersebut dan dia perlu jelaskan semuanya pada ayra...
Selesai memindahkan ayra ke wad vvip dayyan terus masuk ke dalam , "Honey" panggil dayyan tapi ayra tidak menjawab malah wajahnya menoleh ke arah lain malas mahu melihat wajah suaminya..
"Honey" panggil dayyan sekali lagi tpi kali ini jemari ayra di genggam , "Lepas la saya tak suka la" marah ayra dan terus menarik tangannya semula..
"Tolong keluar , saya tak nak diganggu"
Ayra cuba untuk bangun dari baringnya , "Honey kena rehat" halang dayyan tapi ayra langsung mengabaikannya perlahan lahan badannya di bangunkan..
Dayyan yang melihat itu mampu mengeluh perlahan dan menolong ayra untuk duduk bersandar di kepala katil , batal di letakkan di belakang agak ayra selesa dengan kedudukan dirinya...
"Honey bagi abang terangkan semuanya , abang cuma minta honey percayakan abang"
Ayra tersenyum sinis , "Percaya kan awak? setelah awak tipu saya , awak rasa saya akan percaya kan awak ke? dayyan awak tipu saya , awak curang belakang saya" kata ayra kini dia memandang tepat anak mata dayyan..
Dayyan diam , "Saya tak thu apa lagi yang awak berahsia dari saya , saya dah tak nak ambik kesah lagi dan saya boleh besarkan anak saya seorang diri tanpa awak"
"No" tegas dayyan dan dia duduk di katil ayra , wajah ayra di tengkup dan dahi mereka bersatu ....... "Please jangan seksa abang macam ni honey , abang sayangkan honey please dengar apa yang abang nak cakap"
"Honey, you once promised that you would trust me, I never cheated on you honey, I love you too deeply, please honey trust me" ucap dayyan dan dahi ayra di kucup lembut...
"Honey dah janji dengan abang yang honey akan percayakan abang" sambung dayyan lagi dan kedudukan mereka masih sama...
Ayra mengeluh perlahan , "Saya perlukan masa jangan paksa saya dayyan" balas ayra dan kali ini dayyan terpaksa akur dia tak nak memaksa ayra kerana dia bimbang pada kandungan ayra..
Tangan kanan dayyan menekap di perut kempit ayra manakala tangan kiri pula masih menyentuh wajah suci ayra , "Kita dah janji akan jaga anak kita sama sama so please pegang pada janji kita , abang tak akan sesekali abaikan honey"
Lambat lambat ayra mengangguk , dia tak ada hak untuk pisahkan dayyan dengan anaknya sendiri walauapapun anak mereka perlukan kasih sayang seorang bapak....
"Abang rasa teruk sangat ke masalah diorang? tengok dar air muka ayra pun saya rasa macam masalah diorang ni berat je bang" tanya tengku ayu pada suaminya..
"Abang tak tahu la sayang , tapi kita sebagai orang tua hanya mampu doakan yang terbaik je , masalah diorang biar diorang selesai kan kalau teruk sangat baru kita masuk campur" jawab tengku halim dan kepala isterinya yang berbalut tudung itu di usap perlahan...
******************
Tengku faiz yang baru keluar dari kereta itu berkerut dahi bila melihat rita yang seakan akan bergegas laju , "Rita" jerit tengku faiz dan serta merta rita berhenti..
Rita menoleh kebelakang , "Ye tengku faiz ada apa?"
"Tahu la nak balik tapi tak payah la berlari , rumah tu tak kemana pun"
Rita tersengih , "Yang sebenarnya saya nak cepat sebab nak ke hospital , ayra dia masuk hospital tu sebab saya berlari tu"
"What?? masuk hospital? asal dayyan tak bagitahu aku pun?" rita mengangkat kedua bahunya menandakan dia tak thu...
TING
"Kejap" kata tengku faiz pada rita , dia mengeluarkan phonenya mesej yang baru di terima di baca olehnya , "Humm aku baru dapat mesej dari dayyan , jom la pergi dengan aku"
"Eh tak apa , saya boleh pergi naik teksi je tak nak susahkan tengku lagipun tengku nak jumpa dengan tengku ameer kan?"
"Sekrang ni kita satu jalan , sama tempat apa salahnya kalau kau naik teksi lambat la nak dapat lagi lagi petang macam ni , ha kereta kau mana?"
Rita hanya tersenyum , keretanya dia memberi pada adik lelaki nya untuk ulang alik ke kolej dan memudahkan adiknya biarla dia bersusah yang penting adiknya...
"Jom" ajak tengku faiz lengan baru rita di tarik , rita pula hanya pasrah sahaja tak ada guna dia melawan nanti dia juga yang kalah..
Dalam perjalanan hanya suara radio sahaja yang kedengaran , faiz fokus pada pandu nya makala rita pula sibuk bermain dengan jarinya...
"Bila kau nak bawa aku jumpa calon suami kau tu?" tanya faiz secara tiba tiba , Rita mengetap bibirnya apa dia nak jawab dia mana ada calon suami..
"Hmm se..sebenarnya saya ta..tak ada lagi calon suami , saya....saya tipu tengku" perlahan sahaja suara rita tapi masih boleh di dengari oleh faiz...
Faiz tersenyum kecik , "Kau tak ada calon lagi la ni?" rita mengeleng dia tak boleh menipu lagi kalau tak habis dia nanti...
"So boleh aku jadi calon suami kau?"
Diam , "Rita boleh tak aku nak jadi calon suami kau? imam kau dan jadi ayah kepada anak anak kau?" soal faiz sekali lagi..
Rita masih lagi diam , dia masih tengah proses apa yang di katakan oleh faiz lelaki itu serius ke dengan dia atau sekadar gurauan sahaja.....
"Aku tak main main rita , aku serius dan aku perlukan jawapan kau"
"Sa...saya ra..rasa saya tak sesuai dengan tengku faiz , hm tengku cari la orang lain saya boleh cari calon suami lain"
"No , kau tak boleh cari calon suami lain aku tak suka tengok kau dengan lelaki lain" tegas faiz cukup kedengaran agak dingin pada rita...
"Aku tak pernah rasa perasan ni pada mana mana perempuan kecuali kau dan aku tak pernah main main dengan apa yang aku cakap , kalau benda tu aku nak , aku akan dapatkan benda tu sampai dapat sama macam kau , kau hak milik aku jadi aku akan berusaha dapatkan kau" tetang faiz dan serentak itu kereta di matikan..
"Jom turun dah sampai , nanti kalau kau dah ada jawapan tu kau bagitahu aku" pesan faiz dan terus keluar dari keretanya diikuti rita...
"Dayyan , macam mana ayra okey?" soal faiz bahu dauyan di tepuk perlahan , nampak wajah kawannya ini agak murung.
"Dia..dia dah tahu pada camilla dengan aiman , dia tak percayakan aku faiz dia minta masa"
Faiz diam sama juga rita , "Ayra mengandung 3 minggu aku happy sebab tak lama lagi aku akan jadi ayah , anak aku dengan ayra" bibir dayyan tersenyum..
"Tapi" senyuman yang terlakar di bibir tiba tiba hilang , dayyan mengangkat wajahnya dan memandang kawannya lalu kepalanya di gelengkan faiz yang faham itu terus memeluk tubuh dayyan..
"Dia benci aku faiz"
"Apa kau ni cakap macam ni? tak ayra tak benci kau dia cuma perlukan masa je dayyan" pujuk faiz..
"Dah dah , tenangkan diri kau dulu apa pun yang terjadi insha allah ada jalan penyelesaian dayyan" tambah faiz lagi...
Rita memandang wajah faiz , faiz mengangguk perlahan dan rita terus masuk ke bilik ayra terlihat ayra masih berbaring...
"Ayra"
Ayra menoleh senyuman di ukirkan , "Kau okey?" ayra mengangguk perlahan .... "Taniah aku akan jadi untie tak lama lagi"
Ayra hanya tersenyum tak ada niat untuk membalas , "Kau gaduh dengan dayyan? kau tak nak cerita dengan aku ke masalah kau ? aku ada dengan kau dan aku akan sentiasa ada disisi kau saat kau perlu tempat mengadu"
"Dia"
Rita masih menunggu ayat seterusnya dari ayra , "Dia curang belakang aku , dia ada anak denga perempuan lain rita , pere..perempuan tu camilla"
Rita terkejut dengan penyataan ayra , "Kau jangan fitnah suami kau macam ni ayra? berdosa tahu tak?"
"Camilla dia sendiri bagitahu aku , result dna test tepat menyatakkan aiman tu anak dayyan , aku ...aku tak tahu macam mana nak hadap benda ni"
Tubuh ayra terus di tarik dan dipeluk erat , ayra menangis di bahu rita sungguh dia kecewa dan dia agak marah pada dayyan ..... "Kau bincang elok elok dengan dayyan kau jangan macam ni , kesian anak kau"
"Na...nak bin..cang apa? dio...rang ada an..ak bersama rita tak mus...tahil day..yan akan kah..win deng..an camilla"
Tersedu sedu ayra menghabiskan ayra nya , "Tak aku tak rasa yang dayyan akan kahwin dengan perempuan tu , dia sayang kau ayra , cintakkan kau sangat sangat dan aku yakin dia ada sebab kenapa dia rahsiakan dari kau"
"Ka..lau jalan per..pisah ad.adalah ya....yang ter..baik ak..aku sang..gup" ucap ayra..
Rita menolak badan ayra perlahan wajah ayra di tatap air mata yang mengalir laju itu di lap lembut oleh rita , "Ya allah ayra apa kau cakap ni? tak baik kau cakap macam tu , perpisahan bukan jalan yang terbaik"
"Kau sayangkan dayyan?" ayra mengangguk perlahan...
"Kau cintakan dayyan?" sekali lagi ayra mengangguk..
"Kau nak pisahkan anak kau dengan ayah dia?" ayra mengeleng perlahan...
Dia cintakkan dayyan , dia sayangkan dayyan dan dia juga tak sanggup nak pisah kan anak mereka dengan dayyan tpi dia perlukan masa , masa untuk percayakan suaminya semula.....
"Jadi bincang elok elok , jaga rumah tangga kau jangan biarkan lembu betina tu rampas laki kau , kau lagi berhak dari dia ayra" pesan rita....
Sekali lagi tubuh ayra di peluk erat , dia menyumbangkan kekuatannya pada ayra kawan baiknya perlukan kekuatan dan dia akan berada di sisi ayra selama yang mungkin....
******************
sharif yang baru tiba di hospital terus menerpa dayyan , "Dayyan macam mana ayra? okey?" soal sharif dia sendiri dapat tahu dari mamanya...
"Kau dah makan?" soal sharif lagi , dayyan mengeleng dia tak ada selera untuk makan dari tadi dia duduk di luar...
"Kau pergi la makan dulu dekat cafe tu , kau kena ada tenaga untuk jaga ayra kalau kau lemah ayra pun akan lemah"
"Perempuan tu , perempuan tu dah balik" ujar dayyan sharif faham maksud dayyan tpi dia berpura pura ..... "Siapa? camilla ke?"
Dayyan mengangguk , "Dia nak apa? tak cukup ke dia buat kau menderita dulu sekrang dia nak apa lagi dari kau?"
"Aku ada anak dengan dia"
"What? anak pasti ke?"
"Aku dah buat dna test , yang pasti budak tu memang anak aku" jawab dayyan lalu sharif tersenyum kecil puas itu yang dia rasakan nampaknya ombak besar akan melanda tak lama lagi...
"Kau dah solat? kalau belum pergi la solat isyak dulu"
"Kau?"
"Aku dah solat sebelum datang sini tadi , pergi la aku duduk depan ni je" balas sharif dan dayyan pun terus bangun sempat dia menoleh ke bilik ayra dan keluh berat di lepaskan..
"Jaga kan isteri aku kejap , aku tak lama" sharif mengangguk lalu dayyan pun terus pergi ke masjid yang di sediakan oleh pihak hospital...
Melihat kelibat dayyan hilang sharif tersenyum sinis dan dia membuka pintu bilik ayra , "Sharif awak buat apa dekat sini?" soal ayra terkejut melihat sharif yang masuk ke dalam..
"Saya ada benda nak cakap dengan awak , tapi saya rasa mcam tak patut saya cakap sebab ni ada kena mengena dengan dayyan dan saya tak nak disebabkan saya rumah tangga awak dengan dayyan bergoyang"
Ayra mengerut dahinya , "apa benda yang awak cuba cakap ni?" sharif menarik kerusi disebelah katil ayra lalu dan duduk disitu wajah ayra di pandang sekilas..
"Saya tahu pasal camilla , awak mesti dah tahu pasal tu kan?" ayra mengangguk perlahan sakit hatinya bila menyatakan hal camilla dengan dayyan...
"Mereka bercinta sejak zaman kolej lagi , diorang pernah terlanjur tapi bukan sekali tapi berkali kali , saya dah cuba nasihat dayyan tapi dia langsung tak peduli nasihat saya tu , dia cakap dia hanya nak rasa keseronokkan itu aje sampai la camilla tinggalkan dia dan sekrang dia datang semula pada dayyan sebab dia ada anak bersama dayyan" terang sharif terselit kebohongan disitu...
"Percaya cakap saya , dayyan still sayangkan camilla , camilla cinta pertama dia" tambah sharif lagi..
Sedikit sebanyak ayra percaya akan penjelasan sharif , air matanya mula jatuh matanya pula mula sembab dia tak tahu apa yang patut dia buat...
"Awak sanggup ke nak pisahkan anak dengan bapak? aiman tu tak pernah dapat kasih sayang seorang bapak"
Ayra mengeleng , "Saya tak thu" jawab ayra dan terus membelakangkan sharif selimut di tarik sehingga bahu dia perlu masa , kenapa semua ni datang selepas dia mendapat berita gembira??
Camilla baru selesai membuang sampah di depan rumahnya tubuhnya di pusingkan untuk masuk semula tapi secara tiba tiba lengannya di tarik kuat...
"Apa ni?" marah camilla dan menarik lengannya semula dari lelaki itu , sempat lelaki itu tersenyum dia ...
"Balik pun malaysia , aku ingat kau dah tak kenal malaysia rupanya kenal siap balik bawak hadiah lagi kan" ujar sharif matanya memandang ke arah aiman yang berdiri di depan pintu..
"You nak apa?"
"Tu budak tu anak aku ke anak harris?" soal sharif lalu lengan camilla di usap perlahan dengan cepat camilla menepis..
Sharif tersenyum , "Ofcourse itu anak harris sebab anak aku kau dah gugurkan" lengan camilla terus dicengkam kuat...Camilla cuba untuk menarik lengannya semula tapi usaha sia sia genggaman sharif sangat kuat sampai dia terpaksa mengadu kesakitan..
"You nak apa? kalau you nak cakap pasal anak you , you sendiri tahu yang i dah gugurkan anak you" ujar camilla..
cengkaman di kuatkan berkerut dahi camilla menahan sakit , "Kau bunuh anak aku sebab kau tergila gilakan jantan sial tu tapi lepas kau jumpa harris kau lain , kau tinggalkan dayyan sebab mamat tu"
"Sakitla"
"Ini baru sikit , tapi tak apa aku tak akan kasar dengan kau tpi kau kena tolong aku , kalau tak semua rahsia kau akan terbongkar termasukla siapa bapak kandung budak tu" sharif menuju ke arah aiman..
"You nak apa la?"
Lengan camilla di lepaskan rambut di raup kebelakang , satu senyuman penuh makna di hadiahkan pada camilla...
"Aku nak kau berkerjasama dengan aku"
camilla tersenyum mengejek , "You ajak i kerjasama dengan you? kenapa pula i kena kerjasama dengan you?"
"Sebab aku nak kan ayra dan kau nak kan dayyan , jadi kita kena buat plan together supaya semuanya berjalan lancar"
Camilla diam , "Simple je camilla habuan kau adalah dayyan dan habuan aku ada ayra , so we have to work together and the work will be easy" ujar sharif sekali lagi..
Sharif merapatkan dirinya pada camilla mujur kawasan rumah camilla sunyi , Wajah camilla di usap perlahan camilla hanya membiarkan kerana belaian sharif sungguh lembut dan membuatkan camilla terbuai...
"This face that drives me crazy, I'm in love with you, I love you and I'm capable of betrayal dayyan" ucap sharif...
"Tapi itu dulu , sekrang aku dah tak cintakan kau sebab aku dah jumpa buah hati aku yang tepat tapi si sial tu ambik ayra dari aku so kau kena tolong aku" bibir camilla di usap lembut..
"You pasti i akan dapat dayyan?" sharif mengangguk
"Okey i tolong you dan you tolong i" balas camilla dan itu membuatkan sharif tersenyum puas , sebelum dia beredar sempat di mengucup bibir camilla sekilas..
"Anak i ada la" marah camilla , sharif hanya tergelak kecil lalu dirinya di masukkan dalam perut kereta...
camilla pula hanya memerhatikan nampaknya dia ada rakan untuk pecah belahkan rumah tangga ayra dan juga dayyan , tak lama lagi akan dia akan dapatkan dayyan sepenuhnya....
Share this novel