Makcik nora berlari anak ke dapur untuk mendapatkan ayra yang sibuk mencuci pinggan mangkuk yang telah di gunakan untuk sarapan tadi , "Ayra ni wana ada call" kata makcik nora..
"Biarkan je pinggan mangkuk dekat situ , biar makcik basuh kamu tak payah susah susah" ucap makcik nora lagi manakala ayra pula sibuk lap tangannya dekat kain kering...
"Tak apa , biar ayra buat kejap lagi ayra sambung ya"
Telefon yang dihulurkan makcik nora bertukar tangan , sebelum ayra melangkah keluar sempat dia menoleh ke arah makcik nora yang mengantikan tempatnya tadi..
Sungguh dia rasa segak , selama dia duduk di sini makcik nora menghalang dia dari buat kerja rumah kerana bimbang terjadi sesuatu yang tidak di ingini....
"Hello wana"
"Hello ayra , ha ya allah mana telefon kau? aku risau dengan kau dari tadi aku call kau tapi telefon kau mati , kau okey tak?"
Ayra tergelak kecik , "Aku okey la lagipun aku matikan telefon sebab..." ucapan ayra terhenti lalu terdengar bunyi keluhan lembut wana..
"Tengku dayyan call kau kan?" soal wana , rita yang turut ada disebelahnya itu di pandang dengan wajah yang di cebik kan...
Ayra terdiam lalu matanya terasa panas , entah kenapa sejak dia mengandung dia rasa dirinya sangat cengeng mudah sangat menangis dan mudah terasa hati...
"Salah aku ke wana?"
"Salah kau? maksud kau?" sampuk rita pula , "Salah aku kan sebab aku tinggalkan suami aku dan aku dengan mudah serahkan dia dengan perempuan lain" jawab ayra kini mereka berdua diam..
Rita menarik nafas panjang , "Bukan salah kau dan bukan salah tengku dayyan , semua ini adalah dugaan untuk korang berdua , dugaan alam perkahwinan dan aku tahu korang mampu hadap semua ni"
"Please ayra , jangan lemah dan kau kena kuat demi anak kau dengan tengku dayyan , aku tahu kau sayang dia separuh jiwa kau" tambah rita kini dia pula yang terasa sebak...
Wana yang dari tadi memandang rita turut terkesan dan dia mengusap perlahan badan rita untuk tenangkan kawannya itu , tahu sangat dengan perangai rita yang mudah sangat simpati pada orang...
"Ayra kau pergi sana untuk kau tenangkan minda kau , kami call ni pun sebab nak tahu khabar kau bukan nak bagi kau serabut lagi tak , aku nak kau tenang cari ketenangan dan jangans stress , ingat kau mengandung jadi jangan bahaya kan kandungan kau"
"Bila kau dah bersedia untuk balik kau bagitahu aku , tapi ingat bila kau dah balik sini aku tak nak kau jadi lemah , kau kena kuat dan lawan perempuan tak guna tu" pesan wana dan kini ayra mengangguk lemah...
Mereka semua memerhatikan wajah dayyan yang dari tadi hanya menunduk sahaja , hairan tengku ayu dan tengku halim bila dayyan mengajak mereka semua berkumpul di ruang keluarga.....
"Ada apa ni dayyan? kenapa ajak berkumpul ni?" soal tengku ayu sambil rambut zahara di main , zahara pula duduk di ribanya anak patung di peluk erat olehnya..
"Sebelum dayyan cerita apa yang terjadi , dayyan harap mummy dengan daddy percayakan dayyan , dayyan perlukan sokongan keluarga sekrang ni"
Kata kata dayyan mendapatkan anggukkan mereka berdua , "Just tell me , what wrong?" tanya tengku halim pula...
Dayyan menarik nafas panjang lalu ia menceritakan a hingga z pada mereka semua , kelihatan yang tengku ayu dan tengku halim cuba menerima segala cerita dayyan , pada mulanya kelihatan wajah tengku halim berkerut tapi kini wajah itu tenang sahaja...
Hampir 1 jam setengah dayyan bercerita dan mereka pula tidam menyampuk malah hanya menjadi pendengar yang baik bagi tengku dayyan....
"Habis tu sekrang macam mana? apa dayyan nak jawab dengan keluarga ayra kalau mereka tahu hal ni?" soalan tengku ayu membuatkan dayyan terdiam seketika..
"Kalau mummy ada di tempat ayra , mummy pun akan percaya dengan apa yang mummy dapat , kepercayaan yang ayra bagi pada dayyan dah musnah disebabkan gambar gambar macam ni dan bertambah sakit bila dayyan mengaku yang dalam gambar ni sememangnya dayyan" tambah tengku ayu lagi...
Gambar gambar itu di letakkan atas meja , gambar yang memalukan tpi dayyan langsung tak kesah berkongsi dengan keluarganya kerana dia perlukan jalan penyelesaian...
"Mummy sekrang dayyan cuba cari bukti , bukti yang dayyan betul betul tak salah , dayyan tak nak kehilangan ayra dan anak dayyan mummy" jawab dayyan lalu wajah syurganya di pandang...
"Biar kan ayra tenang dulu" ujar tengku halim pula...
Tengku halim yang dari tadi hanya berdiam kini bersura , walaupun dia agak kecewa dengan tengku dayyan tapi tengku halim tidak terus menyalahkan anaknya , "Biarkan dan kamu selesaikan masalah ini secepat mungkin" ujar tengku halim lagi...
Dayyan hanya akur , "Sekrang macam mana keputusan dna tu? dah dapat ke?" soal yuhanis pula lalu kepalanya di jatuhkan pada bahu suaminya...
********************
"Memang tak boleh postpone ke? i takut la sharif" kata camilla pada tengku sharif , tengku sharif mengeluh perlahan badannya di sandar pada keretanya...
"I pergi kejap je camilla , lagipun urusan kerja bukan nya i saja saja nak ke sana tu"
Tangan camilla di capai dan dikucup lembut , "Don't worry okey , khai ada jaga you dekat sini lagipun i nak ke langkawi tu 3 hari je kalau kerja siap awal , ha awal la i balik" pujuk tengku sharif pula...
Bibir camilla yang muncung itu di cubit geram , "Jangan macam ni camilla , hutang kau pada aku masih belum selesai , sampai sekrang kita masih tak tahu ayra ada dekat mana"
mendengarkan itu camilla terus menarik tangannya , "i cuma risau kalau dayyan tahu semua plan kita , you tahu dia macam mana kan? kalau benda tu dia tak buat dia akan cari bukti sehabis baik dia"
"I know , but don't worry selesai kerja aku dekat langkawi aku akan settlekan dayyan dengan tangan aku sendiri" ucap tengku sharif....
Selesai sesi pujuk memujuk akhirnya tengku sharif pun berangkat untuk ke klia , "Ish manaa la ayra pergi puas aku suruh khai cari tapi still tak jumpa lagi"
"Ayra aku nak kau , kau perempuan yang dah berjaya menarik perhatian aku tpi kenapa kau pilih dayyan?" bebel sharif sendiri sambil fokus memandu...
Tengku faiz menoleh ke sisi kirinya , jelas wajah rita yang mencuka itu membuatkan dia tersenyum kecil rasa nak tergelak pun ada tpi di tahan sebaik mungkin agar tidak mengecilkan hati gadis kesayangan itu....
"Lain kali boleh tak awal call saya dulu? awak main datang je tadi nasib saya ni jenis cepat bersiap kalau tak ha mereput la awak dalam kereta ni" bebel rita dengan wajahnya masam mencuka..
Mana tidaknya selepas sahaja lunch bersama wana tadi di rumah mereka di kejutkan dengan kedatangan tengku faiz di depan rumah mereka , nasib dia sudah mandi awal pagi jadi dia hanya perlu salin baju dan memakai tudung sahaja...
Tengku faiz tersenyum kecil bila mendengar bebel rita , jarang dia nak dengar bebelan rita kerana sebelum ini rita sangat pemalu bila berduaan dengannya kini rita agak terbuka mungkin disebabkan hubungan mereka yang tidak lama lagi akan melangkah ke alam perkahwinan...
"Kau bebel lagi aku cium bibir kau yang cantik tu sayang , dari tadi aku geram dengan bibir tu" kata tengku faiz...
Rita terus mendiam kan diri bibirnya di kemam perlahan , "Tahu pun senyap , aku ingat kau nak sambung bebel lagi boleh aku rasa bibir kau yang manis tu"
"Eh kenapa awak gatal sangat ni?" soal rita dan badannya di sandarkan pada pintu kereta faiz , tiba tiba dia rasa seram sejuk pula bila tengku faiz miang begini sebelum ni tak pernah pula cakap macam ni...
Tengku faiz tergelak kecik apabila dia melihat rita seakan akan menjauh darinya , "Aku tak akan sentuh kau selagi kita tak halal , tunggu la kita dah halal lagi aku gomol kau sepuas hati aku" ujar tengku faiz...
Rita hanya mengelengkan kepalanya , "And one more thing...." kening rita yang cantik itu tertaut bila tengku faiz mengantung ayatnya....Kereta milik tengku faiz itu berhnti apabila lampu isyarat bertukar warna merah lalu wajah nya di alih ke arah rita yang turut memandangnya..
"Aku tahu yang kau tahu mana ayra pergi , jangan sesekali tipu aku rita sebab aku tak suka di tipu atau di khianat" ucap tengku faiz riak wajahnya dingin sahaja..
Rita yang mendengar kenyataan tengku faiz terus menundukkan wajahnya , dia permain dengan jemarinya entah kenapa dia rasa takut bila melihat wajah dingin itu...
"Saya tak tahu ayra pergi mana , saya dah cuba call dia tapi tak di jawab" nafi rita , tengku faiz mengeluh perlahan lalu wajahnya di pandang ke hadapan kereta itu sudah pun bergerak bila lampu bertukar hijau...
"Aku tak suka ditipu , lagi lagi orang yang tipu aku tu orang yang aku sayang , jadi please jangan tipu aku dan jangan buat benda yang aku tak suka rita"
Rita masih sibuk bermain dengan jemarinya , walaupun suara tengku faiz biasa sahaja tpi baginya suara itu terselit ketegasan yang buatkan jantungnya bagai mahu tercabut....
"Saya buat semua ni demi ayra dan kandungan ayra , saya tak nak dia stress sebab itu boleh bahayakan kandungan dia" perlahan sahaja suara rita menjawab tpi masih boleh di dengar oleh tengku faiz....
"Kau buat sebab ayra adalah kawan baik kau , dayyan pun kawan baik aku jadi aku tak boleh tengok dia terseksa macam ni tapi tak apa aku tak akan bagitahu dia pasal ni"
Mendengarkan itu rita terus mengangkat wajahnya , "Awak marah saya ke?" soal rita yang sibuk memandang wajah tengku faiz dari sisi , handsome....
"Tak , aku tak marah lagipun aku faham keadaan ayra sekarang macam mana so aku tak marah kau sayang" ujar tengku faiz sambil mengukitkan senyuman kecik...
"Aku nak dayyan cari bukti yang kukuh untuk ayra , aku nak semua ni selesai dengan cepat" tambah tengku faiz lagi...
Sampai sahaja di hospital rita terus memandang pelik wajah tengku faiz , "Keputusan dah keluar ke?" tanya rita dengan wajahnya berkerut...
"Dah , sebab tu aku ajak kau jadi aku ada la peneman bosan kalau pergi seseorang"
"Eh mengada" kata rita lalu keluar dari perut kereta , mereka berjalan ke dalam lalu bilik doktor peribadi tengku faiz di tolak awal awal lagi ia sudah pesan pada tengku faiz agar terus ke ruangannya untuk memudahkan mereka berbincang...
"Macam mana?" soal tengku faiz dan menolak kerusi untuk rita lalu baru la dia duduk di sebelah rita , "Jangan sweet depan aku boleh? aku masih singlet lagi ni" kata doktor umar manakala tengku faiz pula menjeling tajam....
Hubungan tengku faiz dan doktor umar sangat rapat mungkin kerana dahulu ayah doktor umar juga merupakan doktor peribadi keluarga tengku faiz , tapi sekrang doktor umar pula mengantikan tempat ayahnya sebagai doktor peribadi keluarganya dan umur mereka juga tidak jauh yang membuatkan mereka lebih selesa bercakap sebegini daripada bercakap secara formal...
"Sibuk la kau , sekrang mana keputusan tu? aku tak sabar nak tahu ni"
Doktor umar terus mencapai satu kertas dan di hulurkan pada tengku faiz , "Ujian dna diorang tak sama dan tak sepadan langsung" tengku faiz terkejut dan terus membuka surat result itu...
"What? kenapa haritu sepadan? kau tak main main kan umar? aku risau kau salah je ni"
"Aku doktor la faiz , kau ingat aku ikut firasat ayah pin ke? aku ni buat kerja mana pernah main main , lagi lagi melibatkan tengku dayyan , siapa je yang berani main dengan keluarga tu" jawab doktor umar riak wajahnya serius sahaja...
Rita menoleh ke arah tengku faiz lalu surat yang berada di dalam genggaman tengku faiz di tenung ....
"Sebelum tu aku nak tanya? siapa yang buat dna test yang dulu? doktor mana yang tak habis belajar ni?" soal doktor umar...
"Aku tak ingat siapa tapi nanti aku tnya dayyan , pape aku roger kau" jawab tengku faiz sambil bangun dari duduknya...
"Jom sayang" ajak tengku faiz pada rita , mereka terus beredar dari hospital lalu nombor dayyan di dail...."Dayyan kau kat mana? jumpa aku port biasa" kata tengku faiz dan terus matikan panggilan...
Dayyan yang baru melaburkan punggungnya di kerusi itu dia pandang dingin sahaja oleh tengku faiz , rita yang berada di sebelahnya itu hanya mampu mendiamkan diri sahaja...
"Macam mana?" soal tengku dayyan , pandangan dingin itu di abaikan macam la dia tak biasa dengan pandangan tengku faiz itu...
"Kau dah buat kerja bodoh selama ni dayyan" jawab tengku faiz sambil surat itu di campak betul betul di hadapan wajah tengku dayyan...
Dayyan terus mengambilnya , "Aiman bukan anak kau dan camilla tipu kau , aku dah lama syak yang budak tu bukan anak kau pun setakat iras sikit tak semestinya dia tu anak kau , sekrang apa kau nak buat? ayra dah anggap aiman tu darah daging kau" kata tengku faiz manakala tengku dayyan pula masih fokus membaca...
"Shit , perempuan sial ni memang nak mati" maki tengku dayyan dan terus bangun dari duduknya tapi di lengannya di tarik kasar oleh tengku faiz...
"Kau nak buat apa? buat benda tu biar guna akal jangan biarkan perasaan marah tu kawal diri kau nanti buruk padahnya"
Tengku dayyan duduk semula , wajahnya di raup kasar lalu matanya tertumpu pada rita ..... "Kau apahal tengok dia macam tu?" soal tengku faiz dia rasa tak senang dengan pandangan tengku dayyan pada rita...
"Awak tahu dia dekat mana?" tanya tengku dayyan pada rita , rita pula terus mengeleng laju ....
"Saya tahu awak mesti tahu keberadaan ayra , please rita bagitahu saya dan biarkan saya ke sana pujuk dia" ucap tengku dayyan , wajahnya meminta simpati dia berharap agar rita termakan dengan pujuk rayunya...
Rita menundukkan pandangannya , "Dia tak tahu mana ayra , walaupun dia kawan baik ayra tak semestinya semua benda ayra akan bagitahu dia" backup tengku faiz...
Dayyan mengeluh perlahan , "Aku tak tahu macam mana nak buat sekrang ni , aku...aku rasa lemah kalau ayra tak ada disisi aku lagi lagi keadaan dia sekarang yang tengah mengandungkan anak aku , aku nak ada disisi dia , kalau dia jauh macam ni , aku tak akan tahu tentang keselamatan dia"
Mereka berdua hanya diam dan mendengar luahan tengku dayyan , "Aku nak ayra" serentak itu air matanya jatuh membasahi pipinya....
Rita yang melihat itu turut rasa simpati , dia tahu ayra juga turut terluka bila berjauhan dengan tengku dayyan tapi itu semua demi kebaikkan ayra dan kandungan ayra...
"Saya boleh bagitahu , tapi awak kena janji dengan saya yang awak tak akan sakitkan hati ayra lagi" ujar rita...
Mendengarkan ayat rita tengku dayyan terus mengangkat wajahnya , "Saya janji kalau saya lukakan ayra lagi awk bawak lah dia jauh dari saya" janji tengku dayyan dengan bersungguh sungguh...
Sempat rita menoleh ke arah tengku faiz lalu tengku faiz mengangguk kecik kepalanya , dia pun tak sanggup nak tengok kawannya sebegini , sebahagian dari jiwanya sudah di bawak pergi oleh ayra....
Rita menarik nafas panjang sebelum dia membuka cerita semuanya pada tengku dayyan , mendengarkan cerita rita tengku dayyan menghembuskan nafas lega kerana tahu keselamatan ayra terjamin disebabkan makcik wana yang menjaga ayra di sana....
*******************
Ayra menikmati angin pantai yang menerpa pada dirinya , apa yang dia rasakan sekarang adalah ketenangan yang dia perlukan dengan suasana yang agak meriah disebabkan budak budak bermain di tepi pantai itu....
"Baby rindu daddy tak?" soal ayra sendiri perutnya yang masih kempis itu di usap lembut , "Mummy pun rindu daddy"
"Anak mummy dah nak masuk 2 bulan dah , mummy harap anak mummy ni membesar dengan baik sebab baby bukti cinta mummy dan daddy"
Matanya mula memanas , "Kita bagi daddy ruang sekejap okey , biar daddy settlekan masalah yang ada sekarang , maaf kan mummy sebab mummy tak ada disisi daddy , sebab...sebab mummy tak kuat sayang" kata ayra sendiri....
Harris yang melihat ayra dari jauh itu mengeluh kasar , "Apa yang kau dah buat camilla ? kenapa kau sanggup rosakkan rumah tangga yang baru nak mencapai kebahagian?" tanya harris sendiri....
Harris menarik nafas panjang sebelum langkahnya di buka ke arah ayra ........ "Hey , tak sangka kita akan jumpa lagi" tegur harris dari sisi kanan ayra , ayra menoleh sekejap lalu pandangan ke hadapan semula bunyi ombak itu sangat menyenangkan....
"Awak buat apa dengan sini? sorang je ke?" soal harris
"Tak , saya dengan makcik saya dia ada je dekat sana cuma saya minta untuk berseorangan"
"Still tak selesai lagi ke problem awak tu?" ayra hanya diam dia tidak mengeleng mahupun mengangguk apa yang dia rasa sekrang adalah kosong....
Harris yang melihat kebisuan ayra itu hanya mengangguk faham , "Selesai kerja saya dekat sini saya akan balik kuala lumpur , saya nak jumpa isteri dan anak saya semula"
"Wah , bagus la kalau macam tu , saya doakan agar hubungan awak sekeluarga sentiasa bahagia dan ingat jangan sakitkan isteri awak lagi" pesannya dengan senyuman..
"Saya dah janji pada diri saya sendiri , saya tak akan sesekali naik tangan lagi pada isteri saya , saya nak jaga keluarga saya dengan baik dan bahagia macam keluarga yang lain" ucap harris yang turut melemparkan pandangan ke hadapan...
Baru ayra nak membalasnya tiba tiba perutnya rasa sakit seperti di cucuk cucuk , ayra merasakan ada sesuatu yang mengalir di kakinya lalu dia menoleh ke kakinya alangkah terkejutnya dia terdapat darah yang mengalir di bahagian kakinya itu...
"Arghhhh" jerit ayra badanya terasa lemah , harris yang melihat ayra hampir jatuh itu terus memegang erat pinggang ayra...
"What wrong with you?"
"Da....darah" harris dengan cepat mengangkat ayra dan dengan dia membuka langkah ke arah keretanya manakala ayra pula merintih kesakitan...
"Hey mana awak nak bawak dia?" jerit makcik nora sambil berlari ke arah harris , sampai sahaja di hadapan harris mulut makcik nora terlopong...
"Ya allah ayra , kenapa jadi macam ni?" soal makcik nora....."Boleh makcik buka kan pintu , kita kena cepat ni" arah harris dengan cepat makcik nora membuka pintu kereta harris mereka terus bertolak ke hospital terdekat....
Hampir setengah jam ayra berada di bilik kecemasan , tidak senang duduk mereka berdua di buatnya lagi lagi melihat darah yang mengalir pada kaki ayra membuatkan makcik nora takut....
"Makcik dah bagitahu wana , dia kata dia akan bagitahu dayyan tapi dia kena minta izin pada ayra dulu"
"Kenapa nak kena minta izin ayra pula? dengan keadaan ayra macam ni dia memang perlukan suami dia disisi dia makcik" jawab harris wajahnya mengeluarkan reaksi kerisauan...
"Makcik..."
KLIKKK
Pandangan mereka terus teralih pada doktor yang baru keluar dari wad kecemasan itu , makcik nora terus melulu ke arah doktor ...... "Macam mana doktor?" soal makcik nora
"Maaf sebelum tu saya nak tanya , ini suami cik ayra ke?" doktor itu menunjuk ke arah harris yang berada di sisi kiri makcik nora...
"Ha? ha ye saya suami nya" bohong harris lalu doktor itu pun mengangguk sambil tersenyum.....
"Alhamdulillah kandungan isteri encik selamat , terjadinya pendarahan mungkin kerana isteri encik menerima tekanan yang membebankan fikirannya dan terlalu banyak berfikir disebabkan itu berlakunya pendarahan kecik jadi selepas ini elakkan memberi tekanan pada cik ayra , kandungannya juga masih lemah walaupun usia kandungannya sudah hampir 2 bulan"
"Alhamdulilah" ucap mereka serentak , "Doktor tolong pindahkan isteri saya ke wad vvip" ujar harris dan doktor itu hanya mengangguk tersenyum....
"Saya akan pindahkan cik ayra ke wad vvip atas arahan encik harris jadi saya minta diri dulu" doktor perempua itu terus beredar.....
Harris mengucapkan syukur bila mendengar berita baik itu , "Maafkan saya sebab saya mengaku sebagai suami ayra" kata harris secara tiba tiba pada makcik nora...
"Tak apa , makcik faham" jawab makcik nora pula , Melihat ayra di tolak oleh misi misi di situ mereka sama sama lega dan terus mengikuti jejak misi yang membawak ayra ke wad biasa itu....
Harris pula hanya memandang wajah ayra yang pucat itu , sungguh tidak di nafikan ayra memang mempunyai wajah yang sangat cantik dan manis tapi dia masih waras , masih ingat bahawa dia mempunyai isteri dan dia melawat ayra pun disebabkan camilla la punca rumah tangga mereka goyang....
Share this novel