Seperti yang di janjikan oleh dayyan , kini aiman berada di rumah mereka berdua manakala puas camilla memujuk untuk membawa dia sekali ke rumah mereka tapi dayyan tidak pedulikannya...
"Hey aiman , aiman dah makan?" soal ayra bila mereka berdua sampai di depan pintu utama , beg aiman yang berada di tangan dayyan kini bertukar tangan..
"Hey untie cantik , aiman belum makan tapi aiman dah kenyang" jawab aiman dengan senyuman manis , budak itu dapat mencuit hati ayra...
"Honey tak nak tanya abang pula ke?"
"Buat apa nak tanya abang? abang dah mesej saya kata abang makan dengan faiz ameer tadi kan"
Dayyan tersengih kecik , "Abang pergi la naik atas dulu , saya nak mandikan aiman dekat bilik tetamu kalau abang nak apa apa panggil saya" ucap ayra sambil tangan aiman di genggam..
Dayyan memerhatikan ayra dan aiman yang menaiki anak tangan untuk ke tingkat dua , "Abang mandi la kenapa tercegat dekat situ lagi?" soal ayra dari tingkat dua..
"Ha nak naik ni honey" jawab dayyan dan terus memanjat anak tangga ke arah biliknya , baju di buka lalu dicampak ke bakul kotor tuala yang tergantung elok dicapai oleh dayyan....
"Aiman ada nak makan apa apa tak? untie boleh masakkan?" tanya ayra pada aiman , rambut aiman di lap lembut wangian yang terbit dapat dihidu oleh ayra...
Aiman mengetuk dagunya denga jari telunjuk , "Hmm aiman tak nak apa apa , tapi aiman nak main dengan untie boleh? aiman rindu untie"
Ayra pantas mengangguk , "Jom kita main ps5 dekat bawah nak? tu papa aiman punya tapi tak apa kita main je oke" kata ayra...
"Okey boleh mummy"
Ayra yang sibuk lap rambut aiman terhenti , "Mummy? kenapa panggil auntie mummy?" tanya ayra dia sebenarnya tak kesah aiman memanggilnya dengan nama mummy..
"Mama , papa dan auntie pula mummy aiman , sebah aiman sayang auntie" balas aiman dan memeluk leher ayra ... ayra turut membalas pelukkan aiman dia happy tiada langsung perasan benci pada aiman cuma dia perlukan masa untuk menerima kenyataan yang aiman merupakan anak suaminya dengan perempuan lain...
"Kau memang tak ada kerja ke dekat office kau tu?" soal ameer sambil menatap laptop miliknya , fail berlambak di meja membuatkan ameer mengeluh perlahan...
"Ada tapi aku suruh staff aku buat , kalau benda penting je aku uruskan lagipun aku malas ah nak hadap semua ni"
Ameer mengangkat wajahnya lalu wajah faiz di tenung , "Apa hal kau pandang aku macam tu? ada masalah ke? tak suka aku lepak sini dengan kau? kalau tak suka aku boleh bla?"
"Bukan macam tu , aku suka je kau lepak dekat office aku ni tpi aku rasa mcam kau ada niat lain la" teka ameer wajah faiz hanya beriak tenang..
"Rita? ha kau sahaja lepak sini sebab kau nak usya ritakan?" soal ameer dan faiz hanya mengangguk sahaja , buat apa dia nak berahsia dengan kawan baiknya sendiri..
"Kalau dah suka tu ikat la dia , takut dia kena kebas pula sebab ramai je staff laki yang cuba dekat dengan rita yelah rita tu cantik , lembut , cakap pun aduh cair beb yang dengarnya , ha sebab tu aku suruh kau cepat cepat buka langkah" terang ameer..
Faiz pula hanya mendengar , "Okey la bye aku nak balik office" kata faiz setelah 5 minit berdiam .... dia terus keluar dari bilik ameer dan membuka langkah k lift..
"Takut la tu awek kena kebas" bisik ameer smbil memerhatikan faiz yang keluar dari biliknya , pandangannya bertukar ke fail fail yang berlambak di atas meja..
"Ni kalau bukan sebab dayyan yang suruh tak adanya aku nak buat" bebel ameer sendiri sekrang baru pukul 4.30 petang dia ada masa lagi untuk siapkan semuanya...
Sementara menunggu lift faiz mengeluarkan phonenya untuk semak mesej yang di terima olehnya , "Hey tengku faiz" tegur seorang perempuan ia merupakan staff di syarikat dayyan..
Faiz hanya mengangguk sahaja , malas nak layan tapi kalau rita yang tegur maybe dia akan menjawab ..... "Tengku apa khabar ? sihat?" soal wanita itu lagi
Langkah rita terhenti bila mendengar soalan wanita itu , dia terus bersembungi di balik dinding untuk mencuri dengar berbualan mereka berdua...
"Kalau aku tak sihat aku tak akan berdiri dekat sini sekrang , maybe aku dekat wad atau kubur" jawab faiz dingin sahaja suaranya...
Wanita itu mengemam bibirnya , "Hm boleh saya tanya sesuatu?" .... Faiz mengangkat keningnya dan wanita itu tersenyum...
"Tengku dah berpunya ke?" tanya wanita itu straight to point sahaja pada tengku faiz...
Tengku faiz memandang tepat pada anak mata wanita itu , bibir nya mengoyakkan senyuman kecik kerana wanita yang berada di depannya ini cantik dengan tubuh badan yang agak melentik dan baju yang agak ketat dan sedikit terdedah di bahagian dada...
"Kenapa tanya? kau ada niat nak jadi calon isteri aku ke?" soal tengku faiz , wanita itu tersenyum manis cukup manis padanya tapi bukan pada faiz..
Rita yang mendengarnya turut terkejut , fikiran rita terus bermain ayat di mana faiz meluahkan padanya sewaktu mereka dalam berjalanan ke hospital....Rita sedikit terasa dengan soalan tengku faiz pada wanita itu dia mengaku yang dia juga mempunyai perasan pada tengku faiz...
Wanita itu memandang sekeliling nampak macam clear sahaja line , terus dia dekatkan dirinya pada tengku faiz tangannya di letakkan pada dada bidang tengku faiz...
"Boleh ke? saya dah lama sukakan tengku cuma saya tak berani nak tegur tengku" ucap wanita itu lalu mengusap perlahan dada itu....Rita mengintai sedikit dan memang terlihat wanita itu cuba mengoda tengku dayyan dengan daya tarikan yang dia ada..
Rita menanti jawapan dari tengku faiz dengan degupan jantung yang laju , "Mesti la boleh , tapi sayang kau bukan cit..."
Terhenti ayat faiz bila mendengar bunyi benda terjatuh di lantas , dengan pantas faiz menolak wanita itu supaya menjauh kaki nya berlari ke arah itu...
"Ri..rita"
Rita memandang sekilas ke arah faiz kemudian dia dengan cepat mengambil fail yang terjatuh dan terus berlari menjauh dari faiz , "Rita" panggil faiz yang mengejak rita...
Pandangan staff lain di abaikan , rita terus mempercepatkan langkahnya supaya dia dapat melarikan diri dari faiz ..... "Kacau betul la sikit lagi aku dah dapat dia" bising wanita itu kemudian beredar dari situ..
Melihat rita yang tidak peduli dengan panggilannya larian faiz di cepatkan , lengan rita di rentap perlahan .... "Lepaskan saya tengku faiz , staff lain tengok" marah rita dan faiz memandang sekelilingnya..
Faiz tidak menjawab malah dia menarik lengan rita dan sekarang mereka berada di tepi kereta faiz , suasana agak sunyi dan itu memudahkan mereka berbincang....
Faiz menarik nafas panjang , kalau boleh di undurkan masa dia tak akan buka mulut dengan wanita itu.....
"Kau salah faham , aku dengan dia.."
"Saya tak kesah , saya bukan siapa siapa pada tengku jadi ia tak ada kena mengena dengan saya , maaf sebab saya ganggu tengku tadi" ujar rita tanpa memandang faiz lengannya cuba di tarik tapi sia sia sahaja..
"Kau salah faham ni aku dengan dia tak ada apa apa pun , aku cuma sayangkan kau sorang je rita tak ada orang lain selain kau"
Mendengarkan pujukan faiz rita terus menarik kuat lengannya , "Jangan permainkan saya , saya ni manusia yang ada hati dan perasan , saya bukan patung untuk tengku main main kan perasan saya dan kalau tengku tak ada perasan sayang pada saya jangan cakap atau ucapkan kata kata cinta tu sebab saya tak percayakan itu"
Faiz meraup rambutnya kebelakang , "Aku minta maaf sebab sakitkan hati kau tapi"
"Kita tak ada apa apa jadi tak perlu minta maaf dengan saya jadi dengan siapa tengku nak bersama itu terpulang pada tengku , siapa saya nak halang? saya minta diri dulu" sampuk rita...
Baru sahaja lengan rita nak dicapai , rita terlebih dahulu menarik lengannya dan terus beredar dari situ dia tak nak berlama lama disitu kerana dia takut mutiara jenih itu akan terjatuh membasahi bumi...
"Jangan jatuh , jangan jatuh kau tak ada kena mengena pun dengan dia dan dia bukan sesiapa pun dengan kau , please rita don't cry" pujuk rita sendiri...Faiz pula hanya memerhatikan rita yang semakin jauh darinya sedikit amarah pada dirinya kerana semua ini berpunca dari wanita itu...
Hilang sahaja kelibat rita , "Arghh sial la" amuk faiz dinding di tumbok melepaskan rasa geram , faiz kembali ke lift tersebut tapi wanita itu sudah tiada di situ...
*******************
"Tadi camilla call abang , dia tanya pasal aiman je tak lebih dari tu pun" ujar dayyan lalu duduk di sebelah isterinya tangan ayra di capai..
Lepas makan malam sahaja camilla hubungi dayyan dan berbual dengan aiman , cukup lama mereka berbual tapi dayyan faham kerana ini kali pertama aiman berjauhan dengan camilla...
"Kenapa bagitahu saya?"
"Sebab abang tak nak honey salah faham , abang tak nak ada rahsia dari honey lagi cukup la apa yang abang pernah lalu abang tak nak lagi macam tu" jawab dayyan dan tangan ayra di cium lembut..
Ayra tersenyum , "Puas main dengan aiman " tanya dayyan pada ayra lalu kepalanya di jatuhkan pada riba ayra , "Abang apa macam ni? malu la aiman tengok"
"Tak apa la , aiman tak kesah pun" jawab dayyan , aiman yang sibuk mewarna itu di pandang sekilas sebelum dia memandang wajah isterinya dari bawah , sungguh cantik pemandangan sekrang...
"Honey kenapa buat kerja tadi? abang kan dah kata tak payah masak atau pun kerja rumah biar pembantu rumah je buat"
Ayra tersenyum rambut lembut dayyan di main , "Abang saya bosan la kalau tak buat kerja rumah , saya kuat saya buat la kalau saya penat saya boleh rehat"
Tangan dayyan di bawah ke pipi ayra , usapan lembut di beri ayra pula hanya membiarkan sahaja tindakkan suaminya itu.... "Abang risaukan honey , abang tak nak honey sakit sebab tu abang halang honey buat kerja"
Ayra tergelak kecik , "Abang saya tak boleh duduk goyang kaki je , saya tak suka macam tu lagipun saya buat kerja ringan ringan je tak berat pun"
"Tap.."
"Papa mummy tengok ni?" sampuk aiman dan terus menerpa ke arah dayyan , dayyan terus bangun dari baringnya lalu aiman di letakkan atas ribanya..
"Mummy?" soal dayyan pada ayra , "Aiman panggil auntie cantik mummy sebab aiman sayang auntie cantik" jawab aiman mengantikan tempat ayra..
Ayra tersenyum , "Tak apa la saya suka dia panggil saya macam tu sebab nanti anak kita pun akan panggil saya mummy jadi saya boleh la saya biasa kan diri dengan gelaran mummy tu"
"Abang daddy?" ayra mengangguk , "Daddy pada anak anak saya dan suami saya" ujar ayra lalu pipi dayyan di kucup lembut..
Aiman hanya memerhatikan sahaja , dia sendiri tersenyum melihat terlatah ayra dan dayyan .... "Honey you kiss me?"
"Mummy kiss papa? tak kiss aiman?" tanya aiman dan membuat muka rajuknya itu , ayra terus mencium pipi montal aiman lalu aiman tersenyum lebar..
Mereka bertiga menghabiskan masa bersama seperti keluarga bahagia , aiman turut selesa dengan layan ayra dan dayyan padanya dia seronok kerana ayra pandai melayan dan pandai memujuk....
"You rasa plan kita ni akan berjalan dengan lancar ke?" soal camilla...
"Aku tak pasti tapi aku akan pastikan semuanya berjalan lancar seperti yang di rancang" jawab sharif sambil kepala camilla di usap perlahan...
Camilla bangun dari baringnya selimut yang menutupi badannya di pegang erat , "Hey kenapa ni? kau risau ke?" soal sharif dan memeluk belakang badan camilla..
Mereka sekarang berada di hotel , pada mulanya sharif mengajak camilla tahu rancangan camilla tapi lain jadinya bila mereka sama sama bernafsu....
"I cuma takut rancangan kita gagal , nanti i tak dapat dayyan dan you tak dapat ayra jadi diorang akan hidup bahagia , kita pula terseksa" ujar camilla..
Sharif tergelak kecik lalu bahu camilla yang terdedah itu di cium , "Aku akan pastikan semua tu tak akan terjadi walauapapun aku akan dapatkan ayra dan kau akan dapat dayyan"
"Promise?"
"Ye aku janji , dan sekrang aku nak hadiah aku lagi boleh?" soal sharif dengan senyuman bermakna peha camilla yang tertutup itu di usap lembut...
"Tak puas lagi ke tadi? ni dah malam la i nak tidur"
Sharif terus tolak camilla untuk berbarinf tubuhnya menindih tubuh kecik camilla , "Siapa izinkan kau tidur? aku perlukan kau malam ni sayang jadi kau kena layan aku , kalau kau tolak aku akan buat kau sampai tak boleh jalan nanti"
"Ish , yelah yelah" balas camilla lalu leher sharif di peluk erat ... mereka sambung semula aktiviti haram mereka tak kira status camilla sebagai isteri orang apa yang mereka mahu adalah kepuasan dan kenikmatan yang mereka cipta bersama...
Share this novel