"Leganya dapat rehat" ujar ayra sambil melaburkan punggungnya fdi sofa L jam menujukan waktu 6.00 petang , "Baik puan lin bagi kita tutup awal cafe untung kita dapat majikan macam puan lin tu sentiasa memahami perkerja" puji wana dan ayra mengangguk memang betul apa yang di katakan wana puan lin sungguh baik terhadap perkerjanya....
Baru sahaja ayra nak melelapkan mata wana secara mengejut melompat lalu badan di hadapankan pada ayra...
"Kau ni kenapa? terkejut aku kau lompat macam tu" marah ayra...
Wana tersenyum kambing.... "Kau apa citer? tadi macam mana okey?" soal wana yang duduk di sebelah nya..
Ayra menghulurkan tangannya pada wana , "Aku tak nak tengok tangan kau la ak.."
Wana diam , jemari milik ayra di belek dan di tatap olehnya rasanya cincin ni baru sebab wana tak pernah nampak ayra memakainya...
"Wey ni cincin apa? kau eh serius la?" soal wana , dia pula terlebih seronok macam dia yang di lamar...Ayra mengangguk sambil tersenyum fikiran dia mula terbayang kejadian dia dilamar oleh tengku dayyan..
"Aku dah buat keputusan aku yang aku terima dia , aku anggap dia jodoh aku walaupun aku masih 20 tahun tapi tak salah kahwin muda kan" kata ayra..
"Arghhh aku jelesss , bila aku nak ada pakwe ni alaaa aku nak jugaaa" rengek wana lengan ayra di tepuk tepuk...
"Sakit la , ish kau ni sabar la mana tahu jodoh kau dengan tengku ameer tu ha" wana terus diam , "Doakan la ya" jawabnya dan terus berlari naik ke atas..
"Gatal miang ish" bisik nya , "Assalamuailaikum"
Ayra bangun dari duduknya lalu pintu rumah di buka , "Waalaikumusalam , cik ni cari siapa?" soal ayra pada seorang perempuan...
"Cik ayra?" ayra mengangguk , "Saya pembantu peribadi tengku dayyan hm saya datang sebab ada hadiah dari tengku dayyan untuk cik ayra , sekejap ya saya ambik"
Dahi di kerutkan sambil mata ayra memerhati tindakkan jiha , "Hadiah apa pula dia bagi? cincin ni tak cukup ke?" bisik ayra perlahan...
"Apa ni?" soal ayra bila jiha menghulurkan bungkusan hitam yang panjang berserta hanger di situ , "Baju saya baru je beli baju ni itu pun tengku dayyan yang meminta saya beli lepas dia balik lunch dengan cik ayra" terang jiha..
"Selebihnya cik ayra boleh tanya pada tengku sendiri ya , saya tak thu lebih lebih dan saya cuma ikut arahan tengku sahaja" tambah jiha lagi...
Ayra mengucapkan terima kasih pada jiha lalu bungkus tu di bawah ke biliknya , ayra letak bungkusan tu di atas katil lalu phonenya di keluarkan...
Dayyan tersenyum sambil menatap phonenya nama ayra di screen , "Hello honey , miss me hmm?" soal tengku dayyan dengan suara yang agak manja..
"Jangan tergoda noo ayra dia belum sah lagii" bisik ayra , padahal jantungnya bagai mahu terlompat keluar..
"Honey" panggil tengku dayyan..
"Aw..awak ba..bagi saya apa ni?" soal ayra ek tertiba jadi gagap pula minah ni...
"Cuba buka dan tengok" arah tengku dayyan , ayra terus buka zip dan keluar la satu dress berwarna merah sungguh cantik dan nampak mahal di mata ayra..
"Kenapa awak bagi saya dress ni?" tanya ayra sambil tangannya menyentuh lembut dress tersebut , "It's for my sweetheart"
"Pakai , esok malam saya ambik awak kita jumpa keluarga saya"
Terkejut ayra kenapa awal sangat , "Awak baru lamar saya tengah hari tadi esok malam terus nak jumpa keluarga awak? tak cepat sangat ke tengku dayyan?"
"Stop call me tengku dayyan , just call me dayyan or you want to call me abang?" tegas suara dayyan rasa benci pula bila ayra memanggil nya tengku dayyan..
Ayra mengeluh perlahan , "Pukul berapa awak nak ambik saya dayyan?"
"Good honey , esok pukul 8.00 malam saya ambik see you tomorrow honey and i will miss you" ucap dayyan lalu panggilan di matikan...
"Awat nakal sangat dia ni?" kata ayra tpi bibirnya mengukirkan senyuman ish , di sebabkan nakal tengku dayyan itu ia dapat membuatkan ayra mula jatuh hati padanya...
"Bahagia nampak? mentang mentang la lamaran dah di terima seronok ah dia" usik ameer pada dayyan , "Mesti la seronok sebab tak lama lagi ayra akan jadi hak milik aku" balas dayyan dan senyuman nya masih lekat di bibir...
"Aku harap kau bahagia selalu dengan ayra , lupakan la pasal hal lama tapi kau tetap kena bagitahu ayra pasal ni dia perlu tahu , aku tak nak hal buruk jadi di kemudian hari" pesan ameer sambil menepuk bahu dayyan lalu terus beredar....
"Tengku kereta" ujar security di situ sambil menghulurkan kunci kereta milik dayyan , "Hmm terima kasih" ucap tengku dan terus masuk ke dalam keretanya...
*******************
"Sharif kenapa ni? mama tengok sharif banyak termenung lepas balik dari rumah pak long? kenapa?" soal tengku mariam pada anaknya..
"Mama marah tak kalau satu hari nanti sharif khianat dayyan? maksud sharif , sharif rampas sesuatu yang berharga bgi dayyan?"
Tengku mariam tersenyum , "Mama yakin yang anak mama tak akan sesekali khianat dayyan sebab mama tahu sharif terlalu sayangkan dayyan , dari kecik kamu berdua bersama tak kan kamu sanggup nak buat macam tu"
"Mama sayangkan kamu dan mama juga sayangkan dayyan , dayyan dah banyak bantu kamu keluarga dia pun banyak bantu kita jadi mama yakin kamu tak akan buat benda tak baik pada dayyan , andai kata kamu buat mama orang yang paling kecewa pada kamu" tambah tengku mariam lagi lalu kepala sharif di usap lembut..
Mendengarkan luahan tengku mariam tengku sharif terdiam , "Tergamak ke aku nak khianat dayyan? tapi aku sayangkan ayra" bisik sharif sendiri lalu wajah mamanya di tatap...
"Sekiranya kamu tak berpuas hati pada dayyan , kamu luahkan pada dia dan selesaikan cara baik kerana setiap masalah pasti ada jalan penyelesaian insha allah ada" kata tengku mariam...
Tengku sharif mengangguk sahaja , lidanya keluh untuk dia bercakap mengenai ayra pada tengku mariam terasa sebak di dada bila tengku mariam meluahkan perasaan nya begitu....
"APA? KAU BIAR BETUL?"
"Kak slow sikit suara kau , aku tak pekak lagi la" ujar tengku dayyan lalu telinganya di gosok , rasanya bergegar rumah bila tengku yuhanis menjerit sebegiti rupa...
"Sayang kenapa jerit ni? dayyan cakap dia nak kahwin yang awak menjerit kenapa?" soal tengku rafiq pula zahara yang berada di ribanya sibuk bermain mainan baru yang di beli oleh tengku rafiq..
"Tak la , saya terkejut dia kata minggu depan masuk minang lepastu nak nikah secepat mungkin mana saya tak terkejut bang"
Tengku dayyan riak bersahaja , "Kamu betul ke ni dayyan? betul minggu depan nak masuk merisik terus tunang?" tanya tengku ayu lalu lengan anaknya di usap..
Tengku dayyan menoleh ke arah mommy nya , "Betul mommy dayyan nak kahwin secepat mungkin sebab dayyan tak nak kehilangan dia , dayyan betul betul sayangkan dia mommy"
Tengku ayu memandang suaminya , lalu tengku halim mengangguk tanda setuju dengan cadangan dayyan rasanya sudah sampai masa anaknya menamatkan zaman bujangnya..
"Bagus la tu , tak ada la aku pening kepala pasal kau , kepala aku ni asyik terfikirkan kau je yelah mana tahu kau tu gay" ucap tengku halim selamber dia je cakap anak dia gay...
"Come on la daddy , dayyan terlalu handsome nak jadi gay" jawab tengku dayyan dan mereka terus tergelak mendengar jawapan dayyan , tak sah kalau tak memuji diri sendiri..
"Ouh ha sebelum dayyan lupa , esok dayyan bawak dia datang sini jadi mommy boleh berkenalan dengan dia dan dayyan yakin mommy akan sukakan dia , dia lembut macam mommy cuba dia ada garang sikit la"
Tengku ayu mengangguk , "Mommy tak sabar nak jumpa bakal menantu mommy , nama pun dah sedap ayra mesti orangnya pun cantik padan dengan anak mommy" puji tengku ayu...
Tengku ayu mengucapkan syukur dalam hatinya kerana telah membuka hati anaknya untuk berkahwin dan dia juga akan berterima kasih pada ayra kerana dia dayyan banyak berubah....
***********************
Ayra yang sibuk lap meja secara tiba tiba lenganya di tarik kuat oleh seseorang , "andi kenapa ni? awak nak bawak saya kemana ni?" soal ayra bila andi bawak dia keluar dari cafe dan pergi ke lorong tengah...
"Apa awak ni?" marah ayra lengannya di rentap kuat...
"Awak tak ada hak nak sentuh saya , awak jangan kurang ajar andi" suara ayra mula naik terasa geram pada andi yang suka suka menarik lengan orang tahu tak sakit...
"Saya cuma nak tahu apa hubungan awak dengan lelaki semalam?" soal andi , Hari ni dia berpeluang untuk bercakap dengan ayra sebab sebelum ni wana asyik memerhatikan dia sahaja pantang dia dekat dengan ayra mula la suara harimau wana keluar...
"Awak sibuk kenapa? itu urusan saya jadi awak tak ada hak nak masuk campur , siapa awak nak tahu hal saya?"
"Jauh kan diri dari lelaki tu ayra , saya tak nak awak salah langkah saya kenal lelaki tu dia tengku sharif anak sedara kepada tengku halim" kata andi dan cuba memegang lengan ayra tapi ayra lebih pantas menepis pegangan andi..
"Awak ni kenapa? saya thu dengan siapa saya berkawan jadi awak tak payah sibuk , awak bukan sesiapa bagi saya awak tu pun cuma kawan saya je dan awak juga tak ada hak nk pegang pegang saya sesuka hati awak" tengking ayra dan terus berlari ke cafe semula tapi andi pula menahan lengan ayra..
"Lepas la"
"Dari hari pertama saya dah jatuh cinta dengan awak ayra tapi kenapa awak langsung tak pandang saya? ouh sebab saya tak berharta macam tengku sharif? awak cuma nak kan harta dia je kan?"
Ayra diam malas dia nak bergaduh dengan andi sekrang ni dia cuma nak lepaskan diri dari andi je , "Kenapa la lorong ni sunyi" bisik ayra..
"Ke awak dah tidur dengan dia sebab tu awak nak dengan dia je? berapa dia bayar awak? kalau betul awak dah tidur dengan dia apa kata awak layan saya pula? mesti awak pandai puaskan saya kan?"
PANGG
Satu tamparan hingap di pipi kanan milik andi , dada ayra mula bergelora bila andi sesuka memijak maruah dia sebagai seorang perempuan dan apa yang di ucapkan oleh andi sudah melampau sangat melampau...
"Aku bukan perempuan murahan la , kalau kau nak kau pergi cari perempuan lain tapi bukan aku , aku masih ada maruah dan kau jangan sesuka hati nak pijak maruah aku" marah ayra dan terus beredar membiarkan andi di situ dengan keadaan terkaku...
Andi yang baru tersedar dengan kata katanya meraup wajahnya , "Apa kau cakap ni andi? bodoh kau ni kenapa kau cakap macam tu bodoh?" marah andi sendiri dan dia terus melangkah pergi...
Malam ni di mana dia akan berjumpa keluarga tengku dayyan , Jantungnya dari tadi tidak henti henti berdegup kencang rasa takut , rasa gementar dan ada sikit rasa teruja pada dirinya...
"Wow kawan aku ke ni? cantik nya kau malam ni ayra" puji wana lalu dia memusing memerhatikan ayra , tidak di nafikan ayra sangat cantik malam ni dengan dress paras buku lali dan dress itu juga tidak terbuka , makeup ayra pula hanya mekeup nipis sahaja cukup la dia dah natural beauty dan rambutnya pula di leraikan...
"Kau lawa ayra , patut la tengku dayyan terjatuh dengan kau" puji rita pula lalu heels di letakkan di bawah..
"Pakai ni , aku tahu kau tak ada heels tapi dengan keadaan sekrang ni kau kena pakai heels biar bertambah cantik" kata rita dan ayra pun memakai heels tersebut..
"Terima kasih , ak...aku takut"
Wana memandang rita dan rita memandang wana , tergelak mereka bila tengok wajah takut ayra nak jumpa bakal mak mertua la kan memang la kna takut...
"Alah tenang je lagipun tengku dayyan ada , aku yakin keluarga dia dapat terima kau dengan terbuka maklum la kau perempuan yang dah berjaya cairkan ais di hati tengku dayyan tu" usik wana...
PIN...PIN..PIN
Hon kereta dayyan kedengaran , "Ha tu dah sampai jom aku hantar kau" ajak wana dan mereka pun keluar dari rumah....Wana dan rita hanya memerhatikan ayra mula berjalan mendekati dayyan yang
membelakangan kan ayra...
"Maaf saya lambat" ucap ayra , mendengar kan suara kesayangan dayyan pun berpusing untuk melihat ayra..
Terlopong mulut dayyan bila melihat kecantikan ayra pada malam ni , "C...Cantik sangat" puji dayyan dengan gagap sikit pantang nampak yang cantik terus gagap..
"Jangan pandang saya macam tu , saya malu la" halang ayra terasa segak pula , dayyan tersenyum nakal lalu wajahnya didekatkan pada telinga ayra...
"Buat apa nak malu nanti aku jadi suami kau , semua benda aku boleh tengok" bisik dayyan....Habis merah wajah ayra menahan malu bila dibisik sebegitu rupa ish belumm sah lagi la wahai tengku dayyan...
"Dipersilakan honey" jemput dayyan yang membuka pintu khas untuk kesayangan...
"Terima kasihh" ucap ayra dan masuk ke dalam perut kereta milik dayyan...
Dalam perjalan hanya radio sahaja yang kedengaran , ayra menoleh ke luar tingkap menikmati perpandangan waktu malam tiba tiba terasa ada tangan yang memegang jemarinya terus wajahnya menoleh ke arah jemarinya...
"Honey you so beautiful , saya tak bohong awak nampak cantik dan berseri seri malam ni terima kasih"
"Kenapa terima kasih pula?" soal ayra tangannya di biarkan dalam genggaman dayyan , satu tangan lagi pada streng omg nampak kacak sangat..
"Sebab sudi jadi isteri saya , saya janji dengan awak yang saya akan bahagiakan awak sampai akhir nyawa saya , saya tak akan sesekali sakitkan hati awak sebab saya sayangkan awak" ucap dayyan..
"And i love you honey" ucap dayyan dengan suara sweetnya itu , ish cair la ayra di buat nya..
"Say...saya cintakan awak juga" balas ayra , tersenyum dayyan di buatnya akhirnya cinta dia dibalas juga...
Ayra tersenyum , ye dia dah pasti dengan dirinya yang dia cintakan tengku dayyan lelaki yang telah mencuri hatinya sejak kali pertama mereka bertentang mata cuma dia menafikan saja perasaan tu dan kini dia meluahkan pada tengku dayyan...
Share this novel