"Honey nak apa apa? ada mengidam apa apa tak?" soal dayyan sambil tangan ayra di usap lembut , harini ayra dibenarkan keluar dari hospital oleh disebabkan keadaan ayra semakin membaik..
Ayra tidak menjawab malah pandangan di lemparkan ke luar tingkap , tangannya pula dibiarkan dalam genggaman dayyan.....
"Honey?" panggil dayyan lalu tangan ayra di kucup lembut...
"Saya nak balik , saya tak nak apa apa kalau saya nak sesuatu saya boleh cari sendiri dan saya tak nak menyusahkan awak , lebih baik awak fokus pada aiman dia perlukan awak" kata ayra pandangannya masih ke luar tingkap....
Dayyan mengeluh kecik , "Honey you need me too" ujar dayyan yang masih fokus memandu jemari ayra di usap perlahan..
"Apa apa je la" ucap ayra dan cuba melelapkan matanya , entah kenapa sejak dia pregnant dia selalu sahaja rasa penat dan mengantuk mungkin pembawakkan budak dia jadi begitu....
Dayyan diam wajah ayra di pandang sekilas , phone dayyan berdering menandakan panggilan masuk dayyan memandang screen phone nama camilla muncul...
"Hello kau nak apa?" soal dayyan
"Dayyan aiman demam , aiman nak jumpa you dan i nak minta maaf sebab i mungkir janji i pada you tapi please jangan abaikan aiman , aiman need you"
Sekali lagi keluhan berat di lepaskan , "Aku jumpa aiman malam ni tpi sekejap je sebab ayra lagi perlukan aku" jawab dayyan dan terus matikan panggilan itu..
Ayra mendengarkan itu terus menarik tangannya , "Saya tak selesa nak tidur dengan keadaan macam ni" kata ayra dayyan pula hanya membiarkan dia tak boleh memaksa ayra apa yang penting adalah ayra selesa...
"Hi baby wana , how are you? " soal tengku ameer pada wana..
"Tak payah nak mengatal la bodoh , kita datang sini nak bincang pasal ayra dengan dayyan kalau kau nak mengatal baik kau berambus" marah faiz pada ameer..
ameer tersengih malu , ala nak ngorat sekejap pun tak boleh asyik kena marah je dengan faiz , sempat juga ameer menjeling tajam ke arah faiz dan wana pula hanya tersenyum malu...
Mereka berempat berkumpul di sebuah cafe untuk berbincang hal dayyan ayra , rita sempat memberitahu pada faiz apa yang ayra luahkan padanya tempoh hari...
"Siapa camilla tu? kenapa dia nak tengku dayyan? apa kena mengena dia dengan tengku dayyan? aiman tu betul ke anak tengku dayyan?" soal rita bertubi tubi..
"Hey hey , satu satu boleh? aku tak boleh jawab lah kalau kau tanya macam ni sayang" ujar faiz dan ameer menjeling ala dia boleh giliran kita kena marah...
Rita terus menundukkan wajahnya , malu bila faiz membahasakan sayang untuk dirinya arghhh dia tak sesuai untuk itu...
"Rita tu dia ex girlfriend dayyan , dorang bercinta lama juga la aku tak ingat berapa tahun and diorang sempat terlanjur itu pun atas dasar suka sama suka tak ada paksaan antara mereka time tu dah dua dua kemaruk bercinta semuanya dia langgar"
"Betul tu tapi camilla curang belakang dayyan , kitorang siap ikut camilla lagi dia bawak jantan mana tah pergi hotel , banyak kali juga kitorang dapat tangkap tapi dayyan tetap bertahankan camilla sampai satu hari tu camilla hilang dari radar" sampuk ameer pula..
Wana dan rita hanya mendengar dengan teliti , "Pasal aiman aku tak thu tu anak dayyan ke bukan tapi dia dah buat dna test dan jawapan dia adalah aiman tu anak kandung dayyan" tambah faiz..
"Kesian ayra , saya nampak air muka dia lain sangat macam kecewa pada dayyan , dia sempat cakap pasal perpisah" ucap rita pula lalu dia menoleh ke arah wana..
"Macam mana kalau makcik sarimah tahu hal ni? aku takut kes makin besar kalau melibatkan keluarga" tanya rita pada wana..
Faiz mengeluh , "Aku tak yakin tu anak dayyan dan aku yakin camilla ada plan benda lain , aku ada suruh dayyan buat dna test senyap senyap tapi dia diam je sampai aku sendiri pening"
"Baik awak berdua bincang dengan dayyan lagi , mana tahu kali ni dia setuju" kata wana yang dari tadi hanya memerhati sahaja...
"Ayra mengandung dia tak boleh stress , takut kandungan dia terjejas" tambah wana dan yang lain hanya mengangguk setuju..
"Nanti aku try bincang dengan dayyan" balas faiz pula..
"Kalau betul perempuan tu ada plan lain , siap la perempuan tu aku kerja kan" marah ameer lalu kening faiz di naikkan..
"Aku humban dia ke laut biar shark makan dia" jawab ameer dan faiz terus mengelengkan kepalanya , orang tengah serius dia boleh pula main main jangan nanti faiz yang campar ameer dalam laut...
****************
Selesai dayyan memasakkan bubur untuk ayra , dulang berisi mangkuk dan cawan di bawak ke bilik dengan berhati hati dia melangkah tangga senyuman manis terbit di bibir dayyan....Oleh kerana ini kali pertama dia memasak khas untuk isteri tercinta dan anak tersayang yang berada rahim isterinya..
"Honey makan jom , abang ada masak bubur sikit ni" ajak dayyan lalu dulang di letakkan atas nightstand sebelah kiri ayra...
Mangkuk di angkat dan perlahan lahan dayyan meniup untuk kurangkan rasa panas itu , ayra yang bersandar di kepala katil hanya memerhatikan sahaja tindakkan dayyan , sedikit sebanyak itu mencuit hati ayra....
"Makan sikit okey honey ? kesian baby tak makan apa apa dari tadi mesti baby lapar"
Sudu di hulur pada ayra , "Saya masih ada tangan dan saya boleh suap sendiri , saya tak perlukan pertolongan awak" ujar ayra..
"Honey please , bagi abang layan honey"
Ayra mengeleng , "Selagi saya boleh buat sendiri , saya akan buat sendiri tanpa pertolongan awak" sudu di rampas dan mangkuk yang berada di pegangan dayyan bertukar tangan...
"Hon.."
"Awak nak jumpa anak awak kan? pergi la saya boleh duduk rumah seseorang lagipun dia perlukan awak sekrang , jadi pergi la kesian bakal madu saya tu tunggu awak lama sangat" kata ayra yang memotong percakapan dayyan...
Dayyan mengeluh perlahan , mangkuk yang berada di tangan ayra di ambil lalu diletakkan di atas dulang semula.... "Sampai bila honey nak buat abang macam ni? we need to talk honey"
"I don't have anything to say, you have a child so take good care of him, I can take care of this baby and I won't stop you from taking care of this baby because this is your baby too" ujar ayra tangan kanannya berada di perut kepit itu..
"Aiman perlukan kasih sayang awak , dia tak pernah merasakan kasih sayang seorang bapak dan sekrang dia dah jumpa bapak kandung dia jadi awak kena bagi perhatian pada dia" tambah ayra...
Dayyan merapatkan dirinya pada diri ayra , dahi ayra di kucup lembut penuh kasih sayang dia salurkan pada ayra , ciuman berakhir pada bibir ayra lama mereka berpaut sehingga dayyan sendiri melepaskan pautan tersebut....
Sempat dayyan tersenyum bila ayra tidak menolak ciumannya , itu pun sudah memandai dan cukup untuk dia melepaskan rindu pada ayra...
"I love you and always love you honey , bagi abang selesaikan semua ni dan kita akan kembali seperti biasa , abang perlukan honey dan anak kita , tak ada seorang pun yang boleh pisahkan kita kecuali ajal" ucap dayyan sebelum kedua belah pipi ayra di kucup lembut...
Ayra hanya berdiam diri , dia rindukan sentuhan lembut dari dayyan tapi disebabkan hatinya yang begitu kecewa dan marah dia cuba abaikan perasan tu tpi hari ni perasan rindu itu terubat...
"Pergi la , aiman tak sihat jadi pergi tengok dia" perlahan lahan dada dayyan di tolak ayra supaya menjauh darinya...
Dayyan akur dayyan berdiri dari duduknya dan rambut ayra diusap lembut sempat dia pesan pada ayra supaya habiskan bubur dan berehat , ayra hanya mengangguk sahaja....
Pergi sahaja dayyan tangisan ayra terus pecah , "Ayra sayangkan abang , ayra tak sanggup nak hilang abang dan saya rela kalau abang nak kahwin dengan camilla" ucap ayra sendiri...
Dia redha kalau dayyan berkahwin dengan camilla tapi dia akan menarik diri kerana dia tak mampu nak berkongsi kasih , sedikit sebanyak kata kata sharif mula bermain di mindanya "Percaya cakap saya , dayyan still sayangkan camilla , camilla cinta pertama dia"
Kata kata itu membuatkan ayra rasa sakit hati , kalau betul dayyan masih cintakkan camilla dia redha dan dia akan relakan dayyan bersama camilla biarla dia membesarkan anaknya sendiri tanpa dayyan disisi....Phone ayra yang berada di nightstand dicapai lalu nombor makcik sarimah di tekan dia perlukan tempat mengadu dan tempat untuk dia menerima kata kata semangat dari mak tercinta...
Rita memandang ke luar tingkap rasa janggal pula bila dia berduaan dalam kereta bersama tengku faiz , selepas kes tempoh hari dia masih rasa segan dan malu pada tengku faiz....Ini semua salah tengku ameer yang sibuk nak ajak wana keluar date berdua sehingga rita terpaksa balik bersama tengku faiz...
"Kau dah ada jawapan?" tanya tengku faiz memecahkan keheningan mereka , dia tahu rita rasa janggal kerana dia pun merasakkannya...
"Saya....saya masih berfikir lagi"
"Jangan lama lama , aku takut nanti kau kena kebas dengan orang lain pula"
Rita tergelak kecik , "Kalau dah jodoh tak akan kemana" jawab rita perlahan tapi masih boleh didengari oleh dayyan..
"Aku selalu berdoa kau la jodoh aku , kalau jodoh aku orang lain aku tak nak la dan aku sanggup membujang sampai tua" balas dayyan pula , rita diam dan suasana kembali hening.....
Sampai sahaja di rumah camilla dayyan terus berjumpa aiman , "Papa kenapa papa tak tidur sini? kenapa papa asyik kerja je? papa tak sayang aiman ke?" soal aiman yang berada di pelukkan dayyan..
Dayyan tersenyum kelat , lalu aiman di dudukkan pada kerusi yang tersedia di halaman rumah camilla .... "Papa tak boleh tidur sini sebab papa banyak kerja jadi papa kena pergi kerja selalu"
"Tpi mama selalu cakap yang mama rindu papa"
"But i miss you not mama" jawab dayyan rambut aiman yang lembut itu di main oleh jemari dayyan , "Aiman nak adik?"
Aiman mengangguk , "Nanti tak lama lagi aiman akan ada kawan , nanti papa bawak aiman jumpa adik okey?"
"Mama , aiman akan dapat adik kan? perut mama ada adik?" soal aiman apabila dia melihat camilla yang datang ke arah mereka sambil menatang dulang berisi cawan itu....
Camilla yang mendengar soalan anaknya itu terkedu manakala dayyan pula sudah terbatuk , "Aiman kenal ni siapa?" dayyan menujuka gambar ayra yang tersenyum manis , gambar itu di jadikan wallpaper phonenya...
"Untie cantik"
"Untie cantik ni la yang akan bagi aiman adik , nanti papa bawak aiman jumpa untie cantik okey? buat masa sekrang tak boleh lagi sebab untie cantik kurang sihat jadi biar untie cantik rehat dulu okey" kata dayyan sambil rambut aiman di usap perlahan..
Camilla yang melihat itu terasa panas , ingatkan kes tempoh hari ayra akan keguguran tapi fikirannya salah , kandungan ayra tetap bertahan...
"Keadaan ayra macam mana? okey ke?" tanya camilla
"Dia okey , cuma dia perlukan masa untuk terima semua ni tapi tindakkan kau tu tak betul camilla, aku boleh bagitahu dia bila masa yang sesuai bukan dalam keadaan macam itu hari"
"Kalau la terjadi apa apa pada kandungan ayra hari tu , aku tak akan maafkan kau sebab kau punca ayra pendarahan sebab dia terkejut dengan penjelasan kau" marah dayyan wajah camilla langsung tidak di pandang..
"Ayra dia paling aku sayang dan cinta , memang kau first love aku tapi ayra adalah cinta terakhir aku , tak ada sesiapa yang boleh ganti tempat dia termasuk kau" ujar dayyan tegas sahaja nada dayyan...
"I...i minta maaf se..sebab i ayra dalam bahaya haritu" ujar camilla yang menangis , tangisan di buat buat supaya dayyan berlembut hati padanya tapi dayyan pula hanya mengabaikan sahaja....
Tempat pukul 8.00 malam dayyan meminta diri untuk balik ke rumahnya oleh kerana aiman sudah terlena dibuai mimpi dayyan balik ke rumahnya...
Sampai sahaja di rumah bilik dia bersama ayra di tuju , Dayyan mengeluh perlahan bila dia melihat mangkuk bubur itu masih penuh dan tidak terusik sikit pun itu bermakna ayra tidak menyentuhnya...
Dayyan duduk disisi ayra , wajah isterinya yang dibuai mimpi itu di usap lembut dia rindu senyuman manis ayra dan dia rindu kerenah ayra yang selalu buat dirinya terhibur..
"I miss you honey , i really miss you" ucap dayyan perlahan wajah isterinya masih di usap dengan jemarinya...
"Abang tak pernah berniat untuk curang belakang honey , tak pernah terdetik pun honey , percaya la yang abang cintakan honey , cinta abang pada honey terlalu dalam kalau honey tak ada dalam hidup abang , abang rasa kosong dan abang tak boleh hidup tanpa honey" kata dayyan lagi..
"Abang....abang rindukan senyuman honey , baru 2 hari abang tak tengok senyuman honey tapi abang rasa macam 2 tahun" tambah dayyan...
"Love you and sleep tight" satu ciuman hangat di hadiahkan pada dahi ayra lalu dulang di bawa ke bawah untuk dibasuh...
Ayra memegang dahinya terasa hangat ciuman dayyan dan ada cecair pada dahi ayra , air mata dayyan ke? suaminya menangis?
"Ya allah berdosanya kau ayra buat suami kau macam ni" bisik ayra sendiri , dia terasa berdosa kerana abaikan suaminya dan bersikap dingin pada dayyan....
"Semua masalah boleh berbincang , Sebesar mana pun masalah tu mesti ada jalan penyelesaian jadi ayra kena bincang berdua dengan dayyan , fikirkan jalan yang terbaik untuk selesaikan masalah , jangan menghukum dayyan sesuka hati ayra , ingat dayyan adalah suami ayra dan tempat syurga ayra , baik buruk dia tetap suami ayra"
Pesan makcik sarimah , ye ayra dah pun menceritakan semuanya pada makcik sarimah , pada mulanya makcik sarimah agak terkejut tapi dia tak boleh cepat melatah dia percayakan menantunya....
Mata ayra di kejam kan semula apabila mendengar bunyi pintu , dayyan terus menuju ke bilik air untuk bersihkan diri tak lama dayyan pun keluar dari bilik air siap berpakaian...
Dayyan menoleh ke arah ayra nampaknya ayra betul betul marahkan dirinya , ini adalah kali pertama ayra tidur membelakangi dirinya satu keluhan di lepaskan sebelum dia baring dan pinggang ayra di peluk erat..
"Anak daddy tidur okey , selamat malam sayang daddy dan selamat malam isteri tercinta" ciuman di lepaskan pada leher ayra...
Dayyan mengelamkan wajahnya di celah leher ayra , haruman ayra membuatkan dia rasa tenang dan terbuai tak lama dari itu ayra terdengar denguran halus dari dayyan..
"Selamat malam dayyan , maaf kan saya" bisik ayra sendiri lalu lengan dayyan di pinggangnya diusap perlahan dan tak lama itu dia terlena....
****************
Dayyan memerhatikan ayra yang sibuk menyabu jem di rotinya satu keluhan di lepaskan , "Honey nak seksa abang berapa lama?" soalan dayyan membuatkan ayra terhenti aktivitinya..
"Honey dah seminggu hubungan kita masih sama macam ni , honey tak rindu abang ke?" soal dayyan lagi..
"Macam mana apa?" soal ayra pula , selama semingg ini dia jalankan tugasnya seperti biasa baju kerja dayyan di iron , sarapan disediakan dan masak untuk makan malam mereka semua nya sama cuma hubungan mereka masih dingin...Bila dayyan tanya ayra , dia hanya jawab sepatah ataupun dengan kepala iaitu angguk geleng sahaja...
"Honey , berapa lama honey nak seksa abang macam ni? tolong dengar penjelasan abang dan honey akan faham kenapa abang buat semua ni"
Tangan ayra cuba dicapai tapi ayra mengalihkan tangannya , "See?"
"Hubungan kita makin rengang , abang tak nak macam ni honey please abang nak suasana macam dulu kita lupakan apa yang jadi honey"
"Abang tak curang itu je yang abang nak honey percaya" tambah dayyan dan ayra memandang anak mata suaminya , anak mata yang mampu buat dia cair...
Ayra menarik nafas panjang dan jemari dayyan dipaut erat dayyan memandang ke arah mereka tak lama itu dia toleh ke wajah suci isterinya.....
"Ayra minta maaf sebab buat abang macam ni , ayra berdosa sebab abaikan abang , ayra minta maaf abang" ayra mencium tangan dayyan..
"Ayra akan dengar penjelasan abang tapi bukan sekrang sebab ayra masih mencuba untuk terima apa yang jadi sekrang dan mengenai aiman , ayra cuba terima dia , dia anak abang dan ayra cuba untuk terima semua tu" terang ayra..
Dayyan terus mengusap wajah isterinya , wajah ayra di rapatkan dan ciuman sekilas pada bibir isterinya .... "I love you and always love you"
"I love you too , maafkan ayra kalau selama ni bahasa ayra kasar pada abang dan ayra ada sakitkan hati abang , sorry abang"
Dayyan mengangguk dia tak ambik hati cukup lega hatinya bila ayra memaafkan dirinya , "Aiman sibuk nak jumpa dengan untie cantik dia ni sebab dia tahu dia akan dapat adik tak lama lagi" tangan kanan dayyan di lekatkan pada perut ayra..
Sudah masuk 4 minggu kandungan ayra , "Abang bawak dia kesini la boleh dia teman ayra dekat sini , jadi ayra ada kawan"
"Honey sure?" ayra mengangguk , dia tak permasalah mengenai aiman cuma camilla dia takut kalau perempuan tu ada rancangan lain...
Dayyan terenyum dan bersetuju dengan plan ayra , "Kalau macam tu petang abang balik kerja abang terus ambik dia la ye , honey hati hati jangan buat kerja berat okey" pesan dayyan sambil menuju ke pintu utama bersama ayra..
"Ye abang , ayra ingat pesan abang lagipun hari hari abang pesan benda yang sama jadi ayra dah hafal dah semua tu" jawab ayra..
Dayyan tergelak kecik dia hanya risau pada ayra dan juga kandungan , "Ini anak sulung kita ofcourse abang kena overprotective sikit" kata dayyan...
Sebelum pergi ke keretanya sempat ayra bersalaman dengan dayyan , manakala dayyan pula mengucup wajah isterinya rasa gembira apabila hubungan dia sudah ayra sudah membaik....
Melihat kereta dayyan hilang dari pandangan pintu utama di tutup , tapi tindakkan ayra terhenti bila dia mendengar suara enjin kereta lain masuk ke halaman rumahnya..
"Hey mak buyung , makin berseri aku tengok" usik rita yang baru keluar dari kereta viva milik wana , mereka cuti jadi mereka berancang untuk lepak bersama ayra di rumah sahaja sebab mak buyung mana boleh keluar sangat takut bapak buyung marah...
"Jangan risau gua dah call suami lu kata gua nak kesini dia kata bagus , boleh tengok kan lu" sampuk wana yang baru keluar dari kereta...
Ayra terus memeluk sahabatnya , "Mak buyung ni makin manja la , agaknya macam ni perangai kau dengan tengku dayyan kan?"
Tergelak mereka mendengar kata wana , baru baik tadi selama ni dia nak bermanja tapi disebabkan marah dia pendam sahaja....
"Boss tak nak jalankan plan kita lagi ke?" soal khai pada sharif , lelaki itu hanya berdiam diri dari tadi hairan khai melihatnya...
Sharif diam , "Boss dah lama kita diam macam ni takut hubungan diorang makin okey"
"Aku nak kau mulakan plan tu lusa , aku diam sebab aku fikirkan pasal baby yang ayra kandungkan tu"
"kenapa ? boss tak nak baby tu ke?" tanya khai lalu wajah sharif di pandang dengan serius , dia menunggu jawapan dari bossnyas...
Sharif mengeleng perlahan , "Tu anak dayyan kau ingat aku boleh terima baby tu ke? memang baby tu tak bersalah tapi tu darah daging dayyan aku tak nak baby tu , aku cuma nak ayra mengandungkan zuriat aku je" jawab sharif..
Benih dari dayyan? memang tak la dia nak menerima nya walaupun itu sedaranya tapi disebabkan dia sayangkan ayra dia sanggup buat apa sahaja termasuk bunuh sedaranya sendiri....
"Habis tu boss nak aku buat apa? gugurkan kandungan dia?"
"Nope , tu bukan bahagian kau tapi bahagian camilla dia akan buat ayra gugur tapi plan dia aku tak thu tunggu je nanti dia bagitahu" khai mengangguk..
Khai memerhatikan sharif , dulu lelaki ini mahukan camilla dan sekarang mahukan ayra pula? dua wanita istimewa pada dayyan yang dimahukan oleh sharif dia sendiri tak faham kenapa bossnya selalu kacau hak milik dayyan...
"So kau belum dengar penjelasan dayyan lagi la ni?" ayra mengeleng , wana pula sibuk dengan biskutnya sambil layan kdrama di tv...
"Kenapa kau tak nak dengar?"
"Tak ready lagi , aku takut aku tak boleh terima semua tu nanti sebab tu aku minta masa pada dayyan" balas ayra...
Rita mengangguk faham , "Aku cuma nak pesan satu je pada kau hmmm kau kena percayaka suami kau , walauapapun kau jangan cepat melatah , minta penjelasan dan dengar penjelasan jangan bertindak ikut perasan nanti kau sendiri menyesal dan kau kena percayakan suami kau"
Ayra lambat lambat mengangguk , dia pasti boleh buat semua tu insha allah dia akan cuba percaya sepenuhnya pada suaminya.... "Camilla tu bukan perempuan baik , aku tak nak cakap banyak tapi nant kau dengarla penjelesan dayyan" kata rita lagi..
"Perempuan tu aku ingat dia baik la tpi rupanya hummm kesian dugong haram jadah" sampuk wana sambil sumbat keropok di mulutnya..
"Tengku faiz dengan tengku ameer diorang nak bincang dengan dayyan supaya buat dna test senyap senyap tanpa pengetahuan camilla"
"Kalau result tetap sama , aku redha anak dayyan anak aku juga" jawab ayra dengan senyuman dan dia ikhlas menerima aiman...
"Ini semua dugaan kau dengan dayyan , dugaan rumah tangga korang berdua" kata rita dan mengusap perlahan lengan ayra..
Ayra mengangguk tanda setuju , dia anggap ini adalah dugaan mereka berdua selepas berkahwin dan dia terima dugaan ini dengan hati yang terbuka insha allah setiap dugaan dia pasti boleh tempohi bersama dayyan....
Share this novel