Ayra merenung kipas yang berpusing laju akan tetapi air matanya tetap mengalir laju , tangannya laju menyekat air mata yang kian membanjir di wajahnya...
Gambar dan video yang di terima ayra selalu di layar fikirannya , dia cuba untuk lupakan tu dan cuba untuk mendengar penjelasan dayyan tapi hatinya terlalu sakit dan kecewa dengan dayyan yang sanggup buat maksiat belakangnya....
"Honey , turun makan jom honey dari tengah hari tadi honey tak jama apa apa pun , jom honey" ajak dayyan yang berdiri depan pintu bilik mereka....
Ayra menguncinya dari dalam dan kunci bendua pula entah hilang kemana mungkin ayra yang mengambil kerana tak mahu dayyan masuk ke bilik mereka....
Tiada jawapan dari ayra , "Honey kena ingat baby mesti lapar jadi jangan buat macam ni honey" pujuk dayyan lagi puas dia memujuk tapi ayra tetap tidak membuka pintu...
Dayyan mengeluh kecik , sejak bergaduhan mereka tadi ayra terus mengurung diri dalam bilik sehingga dayyan terpaksa mandi di bilik tetamu nasib ada bajunya di situ...
"Saya..saya tak nak makan , kalau saya lapar saya boleh cari sendiri sebab saya tak nak susah kan awak lagi , saya kena belajar buat semuanya sendiri mulai sekrang"
Sekali lagi dayyan melepaskan keluhan apabila mendengar jawapan ayra , dia tak akan melepaskan ayra walauapapun yang terjadi dia tak akan sesekali melafazkan talak itu pada ayra kerana dia cintakan ayra hanya ayra dalam hatinya...
"Kalau lapar makan ye honey , abang tak nak honey sakit kesian dengan baby kita honey" balas dayyan dan dia pun beredar dari situ...
Ayra bingas bangun dari pembaringannya lalu memandang ke arah cermin habis hidungnya merah dengan matanya yang sembab oleh kerana nangis tidak henti dari tengah hari tadi , langkahnya di buka ke bilik air wuduk di ambik...
Dayyan mencuit cuit nasi tak ada selera untuk menjamu makanan yang sudah terhidang depannya , dia masih memikitkan ayra di bilik sesekali rambutnya di raup ke belakang...
"Abang sayangkan ayra" ucapnya sendiri airmata jantan mula mengalir , dia tak kuat bila ayra menjauhkan diri padanya kerana merasakan kosong bila ayra menjauh darinya...
Telefon dayyan yang berada di kocek nyaring berbunyi , dayyan lantas mengeluarkan iphonenya button ditekan..
"Aku nak jumpa kau besok , ni hal penting kalau tak aku sendiri datang rumah kau" kata yuhanis dan terus menamatkan panggilan tanpa menunggu jawapan dari dayyan..
Jam menujukkan waktu 2.30 pagi , ayra yang sudah bersiap dengan beg pakaiannnya gambar perkahwinan di pandang lama..
"Saya akan selalu cintakan awak , sampai bila bila cinta saya hanya untuk tengku dayyan bin tengku halim tap...tapi hati saya terlalu sakit untuk terima semua ni , saya harap awak bahagia dengan aiman" ucap ayra sendiri lalu gambar perkahwinan itu di tutup....
Ayra menarik nafas panjang sebelum pintu bilik itu di buka , ayra memandang kiri dan kanan untuk memastikan dayyan tiada di situ , setelah memastikan keadaan aman dia pun keluar dengan begnya...
Sampai sahaja di luar rumah kereta viva milik wana sudah kelihatan , ayra terpaksa meminta bantuan kawannya puas rita dan wana memujuk untuk menceritakan apa yang telah terjadi tapi ayra berdegil...
"Tu ayra , kau pergi tolong dia ish angkat berat pula minah ni dah la mengandung kalau jadi apa apa kan susah nanti nak menjawab dengan tengku dayyan" bebel wana...
Rita terus keluar dari keretanya dan beg ayra di capai , "Aku nak kau ceritakan dekat aku segalanya lepas sampai rumah nanti , aku tak nak kau buat kerja gila ayra"
Ayra mengangguk perlahan dan terus masuk ke perut viva itu , dalam perjalanan balik keadaan sangat sunyi rita pula sibuk mengusap lengan ayra dia tahu kawannya mempunyai masalah yang agak serius itu sebab ayra membuat keputusan untuk tinggalkan dayyan...
"Kenapa kau buat ni semua?" soal rita pada ayra , sesekali dia mengusap kepala ayra dengan lembut...
Ayra tidak menjawab malah ayra melepaskan tangisannya di bahu rita , dia tak kuat nak hadap dan dia juga tak kuat nak menerima kenyataan bahawa suaminya curang...
"Lepaskan , lepaskan semua yang kau simpan aku tunggu kau lega baru kau cerita" arah rita , wana memerhatikan melalui cermin sahaja dia juga simpati pada ayra....
Hampir 30 minit ayra melepaskan tangisannya , sampai sahaja di rumah mereka duduk di ruang tamu sambil wana dan rita memeluk tubuh kecik ayra untuk menyalurkan kekuatan pada ayra...
"Dia tipu aku , dia perbodohkan aku , dia khianat aku" kata ayra memecahkan kesunyian itu ..... Wana dan rita saling berpandangan satu sama lain sambil kening mereka di angkat..
"Maksud kau?" soal wana yang masih setia di sebelah kiri ayra , "Aku...aku nak pergi jauh boleh? jauh dari sini aku nak tenangkan fikiran aku kejap boleh?"
"Kau bincang dengan dayyan dulu ayra , kau tak boleh macam ni dan kau kena ingat tempat isteri berada disisi suami" pujuk rita
Sekali lagi tangisan ayra pecah , "Ak...aku cuma nk ketenangan , aku tak boleh nak fikir kalau keadaan macam ni rita"
Wana mengeluh kecik , "Kau nak pergi mana biar aku dengan rita hantar?" rita terus memandang wajah wana , apa kejadah kau nak bairkan ayra seseorang dekat tempat orang?
"Langkawi" jawab ayra dan wana mengangguk faham..
"Aku dengan rita janji yang kitaorang tak akan bagi tahu pada sesiapa , aku nak kau tenang kan fikiran kau dekat sana ingat kau mengandung jadi jangan stress sebab tu akan menjejaskan kandungan kau nanti" pesan wana..
Rita pula hanya pasrah dengan idea wana , "Bila kau nak pergi?" tanya rita dan jawapan ayra adala besok , dia tak nak berlama lama di sini takut dayyan akan jumpa keberadaannya nanti....
****************
Selesai membersihkan diri dayyan menyiapkan sarapan untuk ayra pula , "Honey buka pintu ni honey , sarapan dulu dari semalam honey tak makan abang risau kan honey" panggil dayyan
Tiada sahutan , "Honey" panggil dayyan sekali lagi dan kali ini dia memulas tombol pintu itu perlahan terukir senyuman kecik pada bibir dayyan...
Dayyan menapak masuk ke dalam bilik memerhatikan setiap sudut bilik mereka , "Honey mandi ke?" soal dayyan dan pintu bilik air dibuka tapi kosong...
Entah kenapa hatinya kuat menyuruh untuk memeriksa almari milik ayra dengan pantas almari di tuju....Buka sahaja almari itu kosong jadi ayra dah tinggalkan dia? ayra pisahkan dia dengan anaknya?...
"Ayra please ayra jangan buat abang macam ni" panggil dayyan lagi yang berharap semua ini hanya gurauan sahaja...
Dayyan terpandang meja soleknya , gambar perkahwinan mereka yang di tutup oleh ayra di angkat semula dan ada surat disitu berserta cincin ayra iaitu cincin nikah mereka..
"Saya minta maaf sebab saya keluar rumah tanpa izin awak dayyan , saya cuma perlukan ketenangan , saya tak boleh terima dengan apa yang awak dah buat belakang saya , awak khianat cinta dan sayang saya pada awak , awak cari la kebahagian awak sendiri sebab saya tahu yang saya bukan la kebahagian untuk awak , saya cintakan awak , jaga diri awak dan saya minta awak halalkan segala makan minum saya selama saya jadi isteri awak , tolong lepaskan saya dan kahwin dengan camilla"
Air mata dayyan jatuh atas kertas itu , dia mula menyekat air mata dengan tangan kasarnya dia tak akan lepaskan ayra dan dia akan cari ayra sampai jumpa...
"No , awak tak boleh tinggalkan saya ayra , saya...saya tak kuat tanpa awak sayang , please jangan buat saya macam ni" kata dayyan dan terduduk di atas katilnya...
Cincin ayra di cium dengan penuh air mata dia cuba gagahkan dirinya untuk kuat , "Ya allah dayyan kenapa ni?" soal yuhanis dan terus duduk disebelah dayyan..
Yuhanis terkesima melihat keadaan adiknya , dia tak pernah melihat dayyan menangis seteruk ini dan selemah ini tapi kali ini adiknya betul betul lemah oleh kerana ayra...
"Kak dia pergi kak , dia tinggalkan aku" ucap dayyan , yuhanis terus menarik adiknya dan memeluk tubuh sasa adiknya sesekali dia mengekar air mata dayyan...
"Apa dah jadi ni? kenapa sampai macam ni sekali?" soal yuhanis tapi dayyan hanya membalas dengan gelengan sahaja , macam mana yuhanis boleh masuk ke dalam?...
Ini kerana pintu depan tidak berkunci dan memudahkan yuhanis untuk masuk kedalam , puas dia mencari dayyan di bawah dan bila mendengar tangisan baru la yuhanis tahu keberadaan dayyan di mana...
Akhirnya sampai juga ayra di langkawi , ayra disambut oleh makcik wana yang tinggal seorang di sini , puas ayra menolak tapi wana tetap berkeras memaksa ayra tinggal bersama makciknya kerana takut akan berlaku hal yang tak di ingini..
"Maaf saya susah kan makcik" ujar ayra sambil berjalan ke arah kereta milik makcik nora iaitu makcik wana...
"Tak apa la , tak susah kan makcik pun tapi makcik lagi suka sebab makcik ada kawan lah nanti dekat rumah" jawab makcik nora ramah sahaja orangnya...
Ikut apa yang wana cerita pada ayra dulu , suami makcik nora kemalangan jalan raya dan tidak dapat diselamatkan , makcik nora hidup sendiri anaknya pula meninggal dua tahun selepas suaminya sampai sekrang makcik nora tidak menerima mana mana lelaki untuk menganti tempat suaminya...
"Makcik tak tahu apa masalah ayra , tapi makcik tahu ayra perlukan ketenangan dan yeah tempatn ni paling tepat untuk ayra lagi lagi untuk orang mengandung like ayra"
"Makcik tak ada anak , jadi makcik boleh anggap ayra ni anak makcik sebab kalau anak makcik ada sekrang dia sebaya dengan kamu" ujar makcik sarimah...
"Wana bagitahu makcik yang kamu mengandung dan ada masalah sikit itu je dia mention , selebihnya dia langsung tak mention dia hormat hal peribadi ayra dan makcik pun tak akan paksa ayra untuk bercerita" tambah makcik nora sambil ia fokus memandu...
Sampai sahaja di rumah makcik nora , ia tunjuk seluruh rumahnya dan bilik ayra untuk ayra rehat dan tidur....
"Ayra rehat dulu ya , mesti penatkan"
"Makcik terima kasih banyak banyak" ucap aku dan makcik nora hanya menganggu lalu dia meminta dirinya untuk pergi meninggalkan ayra di bilik itu...
Telefonnya kini nyaring berbunyi menandakan panggilan masuk , ayra memandang sekilas sebelum dia membuat mood senyap iphone itu....
Ayra mengeluarkan tuala dan bajunya , badanya penat dan apa yang ada di fikirannya adalah dia mahu berehat dari semua ni dan dia perlukan ketenangan...
Dayyan mengeluh kecil , panggilan yang entah keberapa tidak di angkat oleh dayyan puas dia call dan mesej tapi satu pun tidak dijawab oleh ayra...
"Apa dah jadi sebenarnya ni? kenapa ayra sampai lari ni?" soal yuhanis , keadaan dayyan yang semakin reda baru la mereka duduk di ruang tamu untuk berbual...
"Pasal camilla kan ayra lari?" soal yuhanis , dayyan masih berdiam tidak mengangguk dan tidak mengeleng....
"Aiman anak kau dengan camilla?" soal yuhanis lagi..
Dayyan mengangguk perlahan , "Kenapa baru sekrang? kenapa tak dari 5 tahun lepas kau bagitahu aku yang kau dah terlanjur dengan camilla? kau tahu tak kalau daddy dengan mummy tahu habis kau nanti"
"Dayyan nak ayra , dayyan cuma nak ayra je kak" jawab dayyan dan memandang kakaknya , yuhanis hanya mengeluh kasar habis mata adiknya sembab...
"Kita kena cari dia dulu , maybe dia dekat kawasan sini sini ataupun dia balik kampung" dayyan terus mencapai phonenya nombor makcik sarimah di tekan ...
1 saat
2 saat
3 saat
"Assalamuailaikum mak" ucap dayyan bila panggilan bersambung , "Waalaikumusala dayyan" jawab makcik sarimah..
"Mak ayah apa khabar? sihat?"
"Alhamdulilah , mak ayah sihat je ni ada apa kamu telefon mak ni? ayra ada minta benda yang bukan bukan ke?" balas makcik sarimah..
"Hmm sebenarnya dayyan nak tanya sikit ni hmmm , ayra ada blik sana tak mak?"
Makcik sarimah berkerut dahi , "Eh tak ada pula dia balik sini , semalam mak call pun tak dapat , kenapa dayyan? ada apa apa yang jadi ke?"
"Hmm kami ada gaduh sikit mak , tak apa la mak jangan risau ya insha allah dayyan akan selesaikan masalah ini secepat yang mungkin"
"Besar ke masalah kamu berdua?" dayyan mengeluh kecil , "Tak ada la mak cuma salah faham sikit je , mak rehat la dulu ya maaf me ganggu"
Selesai berbual dayyan terus menamatkan panggilannya berasama makcik sarimah , wajah yuhanis yang berada di depannya di tatap kecewa...
"Sabar la , ayra perlukan ruang lagipun dia dapat berita macam ni mesti la dia terkejut , kalau aku pun terkejut silap hari bulan aku dah bunuh rafiq tu kalau dia buat hal macam kau"
"Mommy daddy macam mana?" tanya dayyan , "pasal tu kau biarkan dulu sebab diorang tak thu lagi kalau diorang tahu masak kau dayyan" jawab yuhanis...
"Aku keluar la kak , aku nak jumpa ameer dengan faiz aku nak minta tolong diorang carikan ayra , aku tk boleh hidup tanpa ayra kak , dia pergi mana dengan keadaan dia berbadan dua macam tu aku risau" kata dayyan sambil bangun dari duduknya..
Yuhanis memandang susuk tubuh dayyan yang mula menjauh dan hilang , sesekali dia mengeluh kecil ..... "Kenapa la masalah ni datang bila adik aku dah bahagia?" soal nya sendiri...
************
"Esok makcik bawak ayra jalan jalan langkawi nak?" soal makcik nora sambil menyediakan bahan untuk masak...
Ayra menoleh ke arah makcik nora , "Tak apa la makcik saya tak nak susah kan makcik nora , cukup la makcik dah bagi saya tempat berteduh"
"Makcik tahu kamu mesti nak kan ketenangan , jadi makcik akan bawak kamu ke tempat yang selalu makcik pergi untuk cari ketenangan" pujuk makcik nora..
Pisau di letakkan di tepi lalu dia menarik tangan ayra , "Duduk sini kamu mengandung tak payah buat kerja berat makcik nak kamu berehat , kamu baru sampai sini penat mesti tak hilang lagi"
Ayra tersentuh dengan layan baik makcik nora , dia rindukan makcik sarimah tapi kalau dia balik ke kampung semestinya dayyan akan tahu dan akan datang untuk bawak nya balik...
Melihat ayra menahan sebak makcik nora terus memeluk tubuh ayra , "Biasa la orang mengandung hormon dia tak tentu" ujar makcik nora lagi...
Air mata ayra di sekat oleh jemari makcik nora , "Makcik masak kejap ya kamu tak payah tolong makck nak kamu rehat" arah makcik nora dan ayra mengangguk faham...
"Ni ada susu orang mengandung , makcik beli pagi tadi sebelum ambik ayra dekat airport hmm makcik dengar susu ni bagus untuk kandungan jadi makcik pun beli la" kata makcik nora...
Ayra sekali lagi merasa sebak , rindu pada dayyan tapi perasaan tu di tepis jauh jauh agar dia tak kalah dengan perasaan yang menerpa jiwanya...
Mereka berkumpul di cafe yang telah di tetapkan oleh dayyan , wana dan rita turut sertai mereka oleh kerana dayyan memanggil mereka sekali...
"Ada apa nak jumpa kitorang?" soal faiz lalu jam di tangan di tilik tepat pukul 5.00 petang , "Haa kenapa kau ni dayyan? sembab mata kau mana ayra?" soal ameer pula...
Dengar sahaja nama ayra air mata dayyan serta merta mengalir , mereka yang melihat itu turut terkejut terutama faiz dan ameer mereka tahu dayyan amat sukar untuk menangis dan sekiranya dayyan nangis semestinya itu hal yang menyakitkan baginya...
"Bro?" panggil tengku faiz dan memegang bahu dayyan , wana dan rita pula melemparkan pandangan satu sama lain..
"Cuba cerita kenapa ni? kau ada masalah ke?" soal ameer yang cuba memujuk , hampir 3 minit untuk dayyan kembali tenang air mata di lap mengunakan jemarinya...
"A....ayra tinggalkan aku"
"What?" soal ameer dan faiz serentak , "Apa yang jadi dayyan? kenapa ayra sampai tinggalkan kau ni?" soal faiz nada yang di gunakan pula cukup serius dan wajahnya bengis sahaja...
Dayyan meletakkan sampul berwarna coklat dan phonenya di atas meja lalu video di buka , mereka memerhatikan video itu dengan teliti dan mereka sama sama terkejut lalu sampuk coklat dibuka..
"Apa ni dayyan?" soal ameer dan gambar di lempatkan atas meja , "Kalau sebab ni la ayra tinggalkan kau , aku boleh kata memang patut pun ayra bla" tambah ameer lagi..
"Apa kau ni cakap macam tu?" marah faiz wajah ameer di pandang , "Apa?"
"Kau tahu kan ni siapa? ni camilla ex girlfriend dayyan dan ayra tahu benda tu jadi kenapa kau buat benda ni pada camilla sedangkan kau dah ada isteri dan bakal jadi seorang bapak?" kata ameer dia beran...
Faiz meraup wajahnya , "Kita dengar dulu penjelasan dayyan , kau tak boleh tuduh dayyan macam tu je sebab sekrang zaman moden semua benda di hujung jari la"
Dayyan menceritakan apa yang telah jadi pada hari itu dia sendiri tak tahu kenapa nafsunya tiba tiba membuak dan bila camilla menyentuh dirinya dia rasa tenang dan sedikit sejuk....
Harris memandang sekeliling hotel kini dia berada di langkawi atas urusan kerja dan dia juga tahu keberadaan camilla yang ada di kuala lumpur cuma dia tunggu masa yang sesuai...
Telefon di keluarkan dan nombor anak buahnya di dail , "Berkembangan?" soal harris tegas sahaja bunyinya...
"Saya dah berhatikan gerak geri camilla boss , cuma hari ni tak ada update terbaru sebab harini camilla dan aiman langsung tak keluar rumah" jawab anak buah harris..
"Hmmm , pastikan kau jangan terleka" pesan harris , sudah 2 hari anak buah nya mengikuti camilla dan dia juga tahu hal dayyan....
Butang merah di tekan lalu phonenya di letakkan dalam poket semula , "Tunggu aku camilla kau jangan harap aku akan lepaskan kau , kau nak semula dengan dayyan? mimpi la perempuan" bisik harris sendiri lalu bibirnya mengukirkan senyuman sinis sahaja....
Share this novel