Suasana angin pantai yang menenangkan itu di nikmati sehingga ada satu tangan kekar yang memeluk pinggangnya dari belakang menyentakkan lamunan ayra. Sempat dia menghadiahkan senyuman manis pada tengku dayyan , perutnya pula di usap lembut.
"Anak daddy dah 6 bulan la , tak sabar betul nak jumpa anak daddy" kata tengku dayyan sambil mengusap lembut perut bulat ayra.
Tengku sharil di kenakan hukuman setimbal dengan apa yang pernah dia lakukan , tengku roslan dan tengku mariam redha dengan apa yang terjadi. Mereka tidak menyalahkan tengku dayyan malah mereka ikhlas dengan hukuman yang perlu tengku sharil hadapi.
"Abang , saya nak makan laksa la. Boleh abang belikan?" soal ayra. Tengku dayyan tergelak kecik lalu mengucup pipi tembam isterinya. Sejak kandungan ayra mencecah 6 bulan , selera makan ayra makin bertambah tapi tengku dayyan suka akan berubah ayra yang semakin berseri - seri dan tembam.
"Boleh , nanti kita singgah dekat warung kesukaan sayang okey"
"Alah tak nak la dekat situ , saya nak makan laksa johor. Laksa johor ada dekat johor la kan ha kita pergi sana la abang" ujar ayra.
Membulat mata tengku dayyan , dia melepaskan pelukkan itu dan memusingkan badan ayra supaya berhadapan dengan dirinya. Ayra mengerut dahi dan bibirnya di cebikkan , mesti nak marah kita.
"Sayang bukan abang tak nak pergi , tapi sayang tahu kan yang abang tengah sibuk akhir - akhir ni. Jadi kita makan dekat kl je la ya , nanti ada masa abang bawak sayang pergi johor" pujuk tengku dayyan.
"Tak nak" bentak ayra lalu lengan suaminya yang berada di atas bahunya di tepis agak kasar sehingga berkerut dahi tengku dayyan. Ayra terus beredar dari situ meninggalkan tengku dayyan di belakang , emosinya agak tidak stabil dan sering juga dia lepaskan marah pada tengku dayyan tapi tengku dayyan tetap bersabar dan memujuk ayra.
"Aik asal tu ? kau buat apa dengan ayra ?" soal harris yang datang bersama camilla. Aiman pula terus menerpa ke arah tengku dayyan , tengku dayyan tersenyum sahaja kecik sebelum rambut aiman di usap.
Sempat tengku dayyan memandang tangan harris yang terlekat di perut camilla , satu senyuman terbit di bibir. Camilla di sah kan mengandung dan sekarang kandungannya baru sahaja mencecah 2 bulan.
"Ayra nak laksa , tapi dia nak laksa johor. Dia ajak aku pergi johor sana semata - mata nak makan laksa je" adu tengku dayyan.
Tergelak pasangan suami isteri melihat wajah tengku dayyan mencuka dah macam tertelan biji guli sahaja. "Biasa la tu , ayra kan tengah mengandung layan kan je la"
"Haah betul kata harris , orang mengandung ni tekak dia memang macam - macam nak makan. Tapi ada limit dia , kesian ayra dari haritu dia mengidam nak makan laksa. Puas i ajak dia makan dekat warung kesukaan dia tapi dia tolak katanya nak makan dengan you , maklum la you kan asyik sibuk je memanjang jadi ayra tak nak susahkan you"
Kata - kata camilla membuatkan tengku dayyan terbungkm seketika. Patut la beberapa hari ni ayra sering berdiam dan bercakap bila perlu sahaja dengannya.
"Anak tu anak kau , jadi layan la ayra dengan baik ha jangan sampai ada orang layan dia lagi baik dari kau. Masak kau nanti melepas lagi macam dulu" pesan harris dan menepuk bahu tengku dayyan sebelum beredar bersama camilla dan aiman.
*******************
Rita yang leka menonton drama korea itu tersentap bila secara tiba - tiba tengku faiz meletakkan kepalanya di atas peha rita. Rita menunduk dan memandang wajah suaminya , nampak sangat penat.
"Abang terkejut saya , bila abang balik ? kenapa saya tak dengar pun kereta abang?" soal rita yang masih tenung wajah suaminya itu.
"Sayang sibuk sangat dengan drama korea sayang mana la nak perasaan abang balik" jawab tengku faiz dengan matanya terpejam rapat
Rita tersenyum malu. "Abang okey ? nak makan ? minum ? saya buat kan" tanya rita lalu mengusap rambut kehitaman itu. Tengku faiz mengeleng perlahan.
"Sayang kita dah kahwin hampir 3 bulan kan ?" rita mengangguk. Matanya masih memandang wajah sang suami yang kelihatan redup itu.
"Kenapa tak ada isi lagi dekat sini ?" pertanyaan tengku faiz membuatkan rita terhenti dengan tindakkannya tadi. Merasakann ulasan di kepalanya terhenti tengku faiz terus membuka mata.
"Sayang sorry aban..."
"Insha allah kalau ada rezeki adalah tu , kita dah usaha jadi kita tunggu la nanti. Lagipun kita baru kahwin , seri pengantin pun masih ada tau" kata rita dengan gelak kecik.
Dia pun teringin nak ada baby tapi belum sampai waktunya lagi. "Kita kena usaha lebih sayang macam pagi , petang dan malam ha baru melekat" usik tengku faiz.
PAK
"Sayang , sakit" adu tengku faiz habis merah lengannya di tampar oleh rita. Rita terus jeling tajam ha siapa suruh cakap yang bukan - bukan kan dah kena.
"Abang mulut tu tapis la sikit , tak malu ke nak cakap macam tu ish abang ni"
Tengku faiz bangun dari duduknya , rambur rita yang terjurai itu di bawah ke belakang telinga. "I love you sayang" ucap tengku faiz dan terus mengucup kedua belah pipi rita.
"I love you more and more" balas rita dan membalas kucupan tengku faiz. Tengku faiz tersenyum manis , rasa indah bila dapat isteri selembut dan secantik rita.
"Ouh , sayang tadi ameer bagitahu abang yang wana muntah - muntah. Dia kata wana lepak sangat sampai tak boleh bangun , kenapa ek?" tanya tengku faiz sambil bermain dengan rambut rita.
"Ala wana kan mengandung biasa tu aba.." dengan cepat rita menutup mulutnya dengan tapak tangan. Habis pecah rahsia wana , tengku faiz sudah tersenyum sinis.
"Hm , abang jangan la bgitahu ameer dulu. Kandungan wana baru 2 minggu , dia nak buat suprise untuk ameer bulan depan" pujuk rita.
"Okey boleh , tapi sayang kena la bayar abang" satu senyuman nakal terbentuk di bibir tengku faiz. Rita terus mengeleng laju tapak tangannya pula menahan dada bidang suaminya itu.
"No , abang awal lagi baru pukul 8 malam tak nak la. Saya ada banyak kerja nak buat ni" tolak rita tapi tengku faiz terus mendekat dan sepantas kilat tubuh rita berada di awang - awangan.
"Abang tak nak dengar penolakkan dari sayang , kita kena usaha lebih biar abang bersaing dengan ameer. Ada rezeki lekat twins terus" ucap tengku faiz dengan langkah di buka ke bilik mereka.
Rita hanya tersenyum , lengannya di lilit pada leher sang suami takut jatuh dah satu hal baik dia peluk suami dia untung dapat pahala sekali. Rita mengaku dia bahagia dengan berkahwinan mereka , walaupun berkenalan mereka agak singkat tapi cinta mereka tulus dan dalam.
********************
Mendengar bunyi pintu bilik air di buka ayra terus menutup mata dan memeluk teddy bear barunya. Dia sekarang dalam mood merajuk dan marah , jadi lebih baik dia elak untuk bercakap dengan tengku dayyan kerana dia tak nak bergaduhan antara dia dan tengku dayyan semakin teruk.
"Sayang dah tidur ke ? sayang bangun dulu sayang , sayang belum makan malam lagi" kejut tengku dayyan perlahan.
"Saya tak nak makan dan saya tak nak tengok muka awak" jawab ayra mata masih di tutup rapat. Tengku dayyan mengeluh perlahan , ish nak kena pujuk mak buyung la jawabnya.
Tengku dayyan duduk bersebelahan ayra , teddy bear yang di peluk oleh ayra di rampas dan di campakkan ke sofa. Ayra terus membuka matanya dan dengan perlahan dia cuba duduk dari baring , tengku dayyan yang melihat itu pantas sahaja menolong ayra tapi di tepis oleh sang isteri.
"Saya boleh bangun sendiri la , awak jangan sibuk la" marah ayra. Mata cantik itu menjeling tajam sehingga tengku dayyan tergelak dek kerana kecomelan ayra.
Tengku dayyan menyentuh jari - jemari ayra. "Sayang esok kita pergi johor okey ? kita makan laksa johor yang sayang nak , harris dengan camilla pun ikut sekali"
Dengar sahaja perkataan johor dan laksa ayra tersenyum manis. Wajahnya di angkat dan memandang ke anak mata suaminya , tiba - tiba rasa serba salah mula menyerang.
"Tapi kalau abang sibuk tak payah la pergi , saya minta maaf sebab terlalu ikutkan perasaan sampai saya abaikan perasaan abang" ucap ayra lalu kekura tengku dayyan dicium sekilas.
"Sayang tak apa , abang lagi suka tengok isteri abang ni bahagia dari bersedih. Because I love my most beautiful wife" tersenyum ayra mendengar luahan tengku dayyan , jadi terubat la sikit perasaan serba salah itu.
"Esok nak pergi johor kan ?" tengku dayyan mengangguk laju.
"Jom tidur , esok keluar awal dapat la saya makan laksa banyak - banyak nanti" tambah ayra lagi dengan melebarkan tangannya.
Tengku dayyan mengangguk dan menarik ayra ke dalam pelukkannya. Badan ayra di baringkan secara perlahan lalu ubun - ubun isterinya di kucup sekilas , sempat ayra menangkap beberapa ayat suci al - quran yang di baca oleh tengku dayyan padanya sehingga matanya terlelap di dalam pelukkan tengku dayyan.
Seperti yang di janjikan , pagi - pagi lagi mereka sudah bersiap untuk ke johor mujur ada ameer dan faiz ikut jadi boleh la mereka tukar - tukar drive. Tengku ayu yang ralat menghidang sarapan itu di tegur oleh ayra.
"Mummy , ayra dengan abang dayyan pergi dulu ya"
"Ha yela , hati - hati bawak kereta. Kalau penat tukar orang , faham dayyan?" tengku dayyan mengangguk lalu memeluk pinggang isterinya. Yang lain hanya tersenyum manakala ameer pula sudah terlentuk di bahu wana.
Mana tak nya , pukul 3.30 pagi wana menangis menginginkan laksa johor. Bila dengar sahaja ayra dan dayyan mahu berangakt ke johor terus wana memaksa untuk ikut mereka , jadi mata panda ish dah tak kacak.
"Awak jangan la tidur lagi , nanti dalam kereta sambung la tidur ish awak ni" marah wana perlahan sahaja suaranya.
"Ni semua awak punya pasal , entah jin mana tah yang rasuk awak sampai nak makan laksa dekat johot sana ish muju saya ni suami mithali tau ha memang saya bawak la awak sebab sayang kalau tak sayang lama buang awak dekat laut sana" bebel ameer dan melangkah ke arah kereta vellfire milik tengku dayyan.
Wana yang mendengar bebelan suaminya itu tersentap secara tiba - tiba air matanya mengalir , rita yang perasaan akan hal itu terus pergi ke arah wana.
"Kenapa kau ni ? kau sakit ke ? perut kau okey ke?" soal rita dengan riak wajah yang risau. Wana mengeleng
"Dia tak tahu yang kau mengandung , kalau dia tahu tak adanya dia bebel macam tu. Si babun tu memang nak mampus agaknya , tunggu je nanti aku penggal kepala dia" sampuk tengku ameer pula.
"Eh jangan penggal , nanti anak saya tak ada bapak la" jawab wana dengan polos. Hampir tergelak mereka dengan kepolosan wana , tapi mereka cover agak ameer tidak syak apa - apa tentang mereka.
"Nah ini ada minyak dengan air , perjalanan tu jauh nanti kalau ayra rasa pening ke apa ha pakai ubat angin ni nanti lega sikit" pesan puan sarima dan memeluk anaknya lama.
Habis sahaja berdrama mereka pun bergerak menuju ke johor demi laksa johor tersohor , tengku dayyan sempat memandang ayra di tepat duduk sebelah pemandu sebelum tangan kirinya mencapai tangan kanan ayra.
"Abang kenapa ? penat dah ke ?" soal ayra
"Belum , abang cuma nak tambah tenaga kejap" jawab nya dan mengucup bertalu - talu kekura tangan ayra. Ayra tergelak kecik , ini la perangai tengku dayyan yang di minati ayra.
"Oi , kau apahal nak berkiss - kiss dalam ni ? bawak la kereta betul - betul , aku tak nak mampus awal. Aku belum ada anak lagi ni" jerit tengku ameer di belakang.
"Kau diam la ameer , kau jangan sampai aku campak kau dari keluar dari kereta ni" marah tengku dayyan pula. Ameer terus mencebikkan bibit sebelum dia menjatuhkan kepalanya atas bahu wana.
Ayra tergelak , dalam kereta vellfire milik tengku dayyan hanya ada 3 pasangan sahaja iaitu ameer dan faiz manakala harris pula naik kenderaannya sendiri. Dia tersenyum melihat jari jemarinya bersulam dengan jemari tengku dayyan. Rasa bersyukur kerana dia dapat merasakan nikmat kebahagian bersama sang suami tercinta.
Share this novel