Mata ayra yang terpejam rapat itu kini terbuka secara perlahan lahan , kepalanya di toleh ke kanan apabila merasa tangannya di genggam erat oleh seseorang...
"Ma...makcik" panggil ayra perlahan sahaja suaranya , makcik nora yang terdengar suara ayra terus mengankat kepalanya....
"Ya allah ayra , syukur alhamdulilah ayra dah sedar" ucap makcik nora dengan senyuman , ayra cuba membangunkan dirinya makcik nora yang melihat itu terus membantu ayra...
"Ayra tak boleh banyak gerak sangat"
Ayra menyentuh perutnya mukanya terus berubah , "Anak ayra? anak ayra macam mana makcik? anak ayra selamat kan?" soal ayra tepat memandang wajah makcik nora...
"Alhamdulilah anak ayra selamat , mujur harris cepat bawak ayra ke hospital kalau lambat , makcik tak tahu apa yang akan jadi"
Dengar sahaja nama harris baru ayra teringat bahawa dia bersama harris di pantai dan mujur lelaki itu menolongnya , "Mana harris makcik? ayra nak berterima kasih dengan dia sebab dah tolong ayra"
"Dia.."
"Assalamuailaikum" mereka berdua menoleh ke arah pintu timbul la seketul harris dari luar sambil tangannya memegang plastik makanan....
Harris terus menuju ke katil ayra , makanan yang dibeli olehnya di letakkan atas meja yang sudah tersedia di situ , bilik vvip itu agak besar dan sangat selesa untuk mereka berada di situ...
"Awak dari mana?" soal ayra sambil wajah harris di pandang .... "Saya belikan bubur untuk awak , saya thu awak bangun nanti mesti lapar" jawab harris dan bubur itu di buka...
"Harris tolong tengok kan ayra sekejap , makcik nak solat isyak dulu" pesan makcik nora , kepala harris jatuh sedikit kemudian perihatiannya di alih ke bubur itu...
Hilang sahaja makcik nora keadaan dalam bilik senyap sahaja , ayra rasa kurang selesa bila berduaan dalam bilik bersama harris tapi dia hanya mendiamkan diri sahaja...
"Terima kasih" kata ayra perlahan sahaja , "Terima kasih? for what?"
"Awak dah tolong saya , kalau tak ada awak mungkin saya dah hilang anak saya , ini je harta yang saya ada sekrang"
Ayra mengusap perutnya , "Tak ada apa la , kecik punya hal" balas harris lalu mangkuk bubur itu di hulurkan pada ayra...
Ayra mengeleng sejujurnya dia belum lapar lagi cuma dia perlukan dayyan sekrang , dia rindukan suaminya dan bau wangian suaminya itu....
"Makan sikit , baby tu mesti lapar"
Ayra terus mengambil bubur yang dihulur oleh harris , dia tak boleh pentingkan diri dan dia perlukan tenaga untuk anaknya yang masih berkembang dalam rahimnya itu....
Harris duduk di tempat makcik nora yang sebelum nya , matanya dari tadi tidak lepas pandang wajah ayra , memerhatikan ayra membuat satu perasaan timbul tapi dengan cepat dia menepis dan cuba mengabaikan perasaannya itu....
"Kau kenapa bagitahu dia pasal ayra? kau tak kesian dengan ayra ke rita?" marah wana , rita menceritakan semuanya pada wana tentang hal petang tadi...
"Sebab aku kesian la aku bagitahu tengku dayyan , aku tahu ayra perlukan tengku dayyan cuma dia ego" jawab rita pula...
Wana meraup wajahnya , "Tolong la wana kita cuba tolong baiki hubungan diorang , kau nak tengok ayra terseksa lagi ke? Dengan keadaan ayra sekrang kita perlu bagitahu tengku dayyan walauapapun itu tetap anak dia dan ayra masih isteri dia"
Wana mengeluh kecil , "Jadi kita tolong diorang" pujuk rita lagi lalu wana mengangguk perlahan dan telefon nya di capai untuk hubungi makcik nora manakala rita pula hubungi faiz....
Mereka perlu merancang berjumpaan ayra dan dayyan di sana dengan bantuan makcik nora , selebihnya tengku dayyan yang perlu handle dan perlu menambat semula hati ayra....
"What ? kenapa baru bagitahu aku? kalau aku tahu aku dah ambik flight awal awal lagi" ujar dayyan , Jantungnya berdegup kencang bila tengku faiz memberitahu keadaan ayra di sana...
"Chill la , rita baru bagitahu aku pasal ni tapi kau jangan risau anak kau selamat dan ayra pun dah sedar kan diri"
Dayyan menghempus kasar , "Aku risaukan keadaan isteri dan anak aku , aku jauh dari diorang kalau apa apa jadi pada ayra dan anak aku , aku tak akan maafkan diri sendiri sebab kan aku ayra pergi jauh dari aku" rambutnya di raup kebelakang...
"Tenangkan diri kau , ingat esok dan seterusnya adalah hari yang penting untuk kau , pujuk ayra dan terangkan semuanya pada ayra" jawab tengku faiz...
Hampir 10 minit mereka berbual , tengku faiz banyak memberi kata nasihat dan kata kata semangat pada tengku dayyan...
Tengku ayu yang baru tiba di ruang tamu itu di pandang oleh dayyan , "Mummy kenapa pandang dayyan macam ni?" soal nya pada tengku ayu...
"Betul ke dayyan nak gerak esok ni?" soal tengku ayu pada anaknya , selesai sahaja pack baju tengku dayyan terus ke rumah keluarganya kerana esok tengku yuhanis yang akan menghantarnya ke klia...
"Dayyan nak jumpa dengan ayra secepat mungkin mummy , hal dekat sini faiz dengan ameer yang akan uruskan" jawab dayyan pula...
"Mummy ada call sharif tak? kenapa seja dua menjak ni sharif langsung tak chat atau call dayyan?"...
Tengku ayu mengangkat kedua bahunya , "Mummy pun tak tahu , mungkin dia sibuk kot yelah dia kan dah ambik alih syarikat uncle roslan mungkin sibuk la tu" ujar tengku ayu pulak...
Tengku dayyan hanya mengangguk tapi entah kenapa perasaan lain muncul , sebelum ini tengku sharif sibuk juga hal pejabat tapi masih boleh mengangkat call dan balas teks nya , tapi tidak untuk kali ini tengku sharif berbeza...
"Mummy dayyan naik dulu , esok flight dayyan pukul 8.00 pagi" ucap dayyan lalu terus beredar dari situ setelah dia mendapat anggukkan dari tengku ayu....
***********************
"Hari ni tengku dayyan gerak langkawi kan?" soal rita pada tengku faiz di sebelahnya , harini dia berangkat kerja bersama tengku faiz itu pun sebab di paksa oleh bakal suaminya itu...
Rita mengeluh perlahan apabila tengku faiz menganggukkan kepalanya , "Saya harap tengku dayyan dapat pujuk ayra , saya nak tengok ayra dengan tengku dayyan bahagia macam dulu"
"Selepas hujan mesti akan ada pelangi , macam tu juga kisah ayra dan dayyan , macam macam dugaan yang diorang lalui sekrang tpi insha allah dengan izinnya akan muncul pelangi untuk diorang" ucap tengku faiz matanya masih memandang jalan raya...
Rita mengangguk , dia juga berharap macam tu untuk ayra dan tengku dayyan kerana dia tak nak melihat ayra dalam kesedihan lagi....
"Bulan depan kita nikah , kau dah bersedia ke untuk jadi isteri aku?" tanya tengku faiz , soalan itu membuatkan pipi rita merona merah dia malu....
Rita membalas dengan anggukan , "Sayang kau tak ada mulut? ke suara kau dah hilang?" tanya tengku faiz lagi...
Rita menarik nafas panjang , "Saya dah bersedia untuk jadi isteri awak tengku faiz" jawab rita dengan yakin dan dengan berani dia memandang sisi wajah tengku faiz , argh geram dengan jawline lelaki itu nampak kacak habis....
"Bagus la , aku pun tak sabar nak makan kau" rita terus memandang ke luar tingkap , ish kenapa nak cakap macam tu dia malu , faham tak malu....
Harris sibuk memandang telefonnya , mesej dari makcik nora membuatkan dia tersenyum kerana harini ayra dibenarkan pulang dan dia adalah orang yang menawar diri untuk menjemput mereka berdua tapi di halanh oleh makcik nora.....
BUK
"Sorry" ucap harris tanpa memandang gerangan orang tersebut...
"Wah , tak sangka yang aku akan jumpa kau lagi"
Harris menjeling tajam sebelum keningnya yang cantik itu bertaut sesama sendiri kerana gerangan orang yang berada di depannya ini membuatkan darah kemarahannya membuak....
"Wah , makin handsome kau sekrang , apa rahsia kau?" soal tengku sharif dengan wajahnya yang seperti tengah mengejek harris...
"Alhamdulilah aku makin handsome , tak macam kau makin teruk sampai muka pun sebijik beruk" balas harris tenang...
Tengku sharif mengetap kuat giginya , jemarinya pula di gepal erat hanya tunggu masa untuk melayangkan tumbokkan pada wajah kacak harris sahaja....
"So mana camilla? That woman ran away from you, right? because you beat him until he can't stand living with a crazy man like you"
Ucapan tengku sharif berjaya membuat harris geram , "Kau siapa nak masuk campur urusan rumah tangga aku?" marah harris...
"Aku tak minat pun nak masuk campur hal kau , tapi yeah you know me well harris"
Harris merapatkan dirinya pada tengku sharif lalu wajahnya di bawak dekat ke telinga tengku sharif , "Aku tahu kau dah jumpa camilla dekat kl tu , ingat sharif dia masih menjadi hak aku dan selamanya hak aku" bisik harris suaranya tegas tapi perlahan...
Tengku sharif tergelak kecik , "Don't worry la harris , test aku dah berubah dulu memang ya aku gilakan camilla sampai aku sanggup khianat dayyan sedara aku sendiri , tapi sekarang test aku dah pun berubah so just chill men" ucap tengku sharif pula....
"Watch your steps , bila kau jatuh tersungkur aku adalah orang pertama yang akan gelakkan kau sepuas hati aku , jangan bermain dengan api kalau kau tak nak susah di kemudian hari" pesan harris...
Bahu kanan sharif di tepuk perlahan sebelum harris membuka langkah untuk beredar dari situ , dia tak nak berlama lama dengan tengku sharif kerana dia tahu akan berlakunya bergaduhan antara dia dan tengku sharif.....
"Fuck dude , kau buat aku rasa nak bunuh kau" bisik tengku sharif sambil memerhatikan langkah harris yang semakin jauh darinya...
******************
"Alhamdulilah sampai pun" ucap tengku dayyan yang hari tiba di langkawi , jam tepat menujukkan pukul 10.00 pagi....
"Sekarang kenapa pergi rumah sana , aku tak sabar nak jumpa isteri aku ni" bisik dayyan sendiri lalu dengan cepat dia melangkah ke luar....
Ayra yang dari tadi hanya berdiam sahaja mengundang kegusaran hati makcik nora , bagaimana reaksi ayra bila dia melihat dayyan di sini ? adakah ayra akan memaafkan dayyan?...
"Ini kawasan rumah lama makcik , rumah makcik dengan arwah suami makcik , makcik terpaksa pindah sebab makcik tak boleh duduk sana seseorang , selalu terbayang arwah"
"Tapi rumah tu makcik tk jual , makcik balik ke sana seminggu sekali atau dua kali jadi harini kita menginap dekat rumah tu la ya"
Ayra hanya menganggukkan kepala sahaja , setelah sampai di rumah tersebut ayra sedikit teruja oleh sebab kawasan rumah itu sangat cantik dan kemas.....Ia sebuah rumah teres dan mempunyai dua tingkat jadi kelihatan agak besar dan luas di luar...
"Masul jom ayra" ajak makcik nora sambil memegang beg pakaian ayra , jejak sahaja kaki ke dalam ayra sekali lagi ayra terpegun ..... "Cantiknya rumah makcik nora" puji ayra dan memerhatikan sekeliling rumah itu..
"Semua ni arwah suami makcik yang design" jawab makcik nora dan terus mengajak ayra ke bilik bawah untuk ayra berehat...
"Ayra masih tak sihat lagi jadi ayra kena duduk bilik bawah dulu ya , makcik tak nak ayra lasak lasak" ujar nya sambil membuka pintu bilik tersebut..
Ayra yang baru hendak melangkah masuk terhenti bila dia terbau wangian yang sama seperti tengku dayyan , dia memerhatikan sekeliling tapi kelibat suaminya itu tiada...
"Argh mungkin perasaan kau je ayra" bisik hatinya yang cuba menyedapkan perasaannya sendiri.... "Ayra meh masuk cepat" panggil makcik nora...
Ayra tersenyum dan dengan pantas dia mendekati dirinya ke arah makcik nora , beg pakaian itu di letak atas katil sebelum kedua tangan ayra dia capai oleh makcik nora dengan lembut...
"Makcik tahu ayra rindukan suami ayra , cuma ayra menafikan hal itu sebab ayra tak nak terluka lagi kan?"
Ayra diam kerana apa yang dikatakan oleh makcik nora sememangnya betul , dia sangat sangat rindu pada suaminya tapi apa kah daya dia sendiri yang memilih untuk berjauhan dengan suaminya itu...
"Ayra fikirkan baik baik , makcik tak nak ayra ikutkan sangat perasaan tu , ingat walauapapun syurga ayra tetap pada dayyan , seorang isteri perlu percayakan suami dan kalau ada masalah perlula dengar penjelasan dari suami" pesan makcik nora lagi...
Ayra masih terdiam , "Makcik biarkan ayra berehat dulu apa apa boleh panggil makcik" ucap makcik nora sebelum tangan ayra itu di tepuk lembut..
Tertutup sahaja pintu bilik itu , air mata yang dari tadi di tahan terus mengalir laju , dia sedar sejak dia di sahkan mengandung dirinya tersangat cengeng dan muda terasa walaupun benda itu kecik...
Ayra tersentak bila ada tangan yang melingkar di pinggangnya , "I miss you sayang" bisik tengku dayyan tepat di telinga kanan milik ayra...
Ayra menahan tangan dayyan bila dayyan bertindak untuk memasukkan tangannya ke dalam baju , "Aku tak boleh sentuh baby bumb kau ke?"
"Bukan tak boleh tapi saya yang tak suka bila awak sentuh saya" balas ayra dan meleraikan pelukkan dayyan di pinggangnya...
Ayra memusingkan badannya untuk menghadap tengku dayyan , Entah kenapa perasaan kesian itu mencuit hatinya bila melihat keadaan suaminya yang tidak terurus itu tapi ayra cuba menepis perasaan itu..
Anak mata tengku dayyan menikam anak mata milik ayra , "Kau tak rindu aku ke sayang? " soal tengku dayyan yang masih memandang anak mata ayra..
"Tak , saya tak rindukan awak , perasaa rindu tu langsung tak wujud untuk awak" nafi ayra , anak matanya teralih ke tempat lain dia tak boleh memandang mata itu , mata yang boleh buat dia terusik...
Tengku dayyan mengeleng perlahan , "Tapi aku rindu kau , aku rindu kau separuh mati ayra , aku risaukan keadaan kau"
"Tak perlu risaukan keadaan saya , awak pergi la dayyan saya dah tak nak dengan awak , kenapa awak tak faham ?"
"Saya dah jijik dengan awak dan awak rasa saya akan terima awak semula ? keputusan saya muktamad , saya nak cerai"
Membesar mata tengku dayyan bila mendengar ucapan ayra , dengan semudah itu isterinya meminta cerai dan semudah itu ayra mengalah dengannya....
"Pergi dari sini" halau ayra kemudian dia membelakangkan dayyan , "Sayang kenapa? kenapa buat aku macam ni?"
soalan suaminya itu diabaikan , "Tolong bgi aku peluang untuk aku bahagiakan kau lagi , tolongla jangan buat aku macam ni" pujuk dayyan lagi..
Melihat ayra hanya berdiam dia dengan pantas memeluk ayra dari belakang , dagunya di rehatkan atas bahu isterinya dan sesekali dia mencium pipi ayra dengan lembut...
"Jangan sentuh saya" perlahan sahaja suara ayra...
"Aku tak pernah curang dengan kau , aku terlalu sayangkan kau sampai perempuan lain pun aku dah tak pandang , kejadian itu di luar kawalan aku , aku dipengaruhi ubat sebab tu aku bertindak macam tu dan aiman"
"Aiman bukan anak aku dengan camilla , ujian dna aku dengan aiman tak sepadan dan tak sama" tambah tengku dayyan lagi...
Perut ayra yang di tutupi baju itu diusap lembut dan syukurnya ayra tidak menolak sentuhan itu , "Anak ni , anak ni adalah anak aku dan kau sayang , anak kita bersama , kita besarkan dia dengan kasih sayang yang cukup dan sama sama kita melihat berkembangan membesar anak kita" ucap dayyan lagi....
Ayra menundukkan kepalanya ke bawah lalu tangan dayyan yang berada perutnya itu di usap lembut , "Saya...saya minta maaf sebab tinggalkan awak , saya cuma kecewa dengan apa yang dah jadi , saya terlalu terbawak emosi sampai saya buang kepercayaan saya pada awak"
Ayra meleraikan pelukkan itu kemudian dia memeluk dayyan dari hadapan , wajahnya disembamkan pada dada bidang suaminya wangian yang menusuk ke rongga hidungnya membuatkan dia sedikit tenang...
"Saya sepatutnya berada di samping awak bukan larikan diri , saya minta maaf sebab saya tak minta izin awak untuk keluar , tapi kalau saya minta izin awak mesti tak bgi"
Tengku dayyan tersenyum sampai ke telinga , nampaknya hubungan dia dan ayra masih boleh di perbaiki , ubun ubun isterinya dikucup dengan penuh kasih sayang....
"betul ke aiman bukan anak awak? betul ke awak tak sentuh camilla lebih ii?" soal ayra dan wajahnya didonggangkan ke atas untuk memandang wajah kacak suaminya walahpun tidak terurus tapi masih kelihatan kacak dimatanya...
"Awak tak terurus tapi masih handsome , cuba saya mesti dah macam hantu kak limah dah" bibirnya dicebikkan , mood manja onzzz..
"Sayang , kau tetap bidadari yang paling cantik untuk aku" puji tengku dayyan sebelum bibir mungkil isterinya di ragut...
"Awak cerita la dengan saya apa jadi sebenarnya , ish suka betul curi kesempatan dalam kesempitan" bebel nya..
"Meh duduk , aku ceritakan a to z tpi lepas aku cerita boleh tak aku nak hadiah?"
Wajah ayra berkerut , hadiah? nak jelaskan pun kena ada hadiah ke? lebih baik dia merajuk je kalau macam ni....
Dayyan mencamtumkan dahinya dengan dahi ayra , "Hadiah yang sangat istimewa sebab aku dah puasa lama ni sayang , aku tengok kau sekarang ni pun dah geram"
PANG
Wajah dayyan di lempar lembut dan ayra memuncungkan bibirnya , isha la suami baru je berbaik tapi gatal dia tak boleh bawak bincang , otak tu dah jadi biru sebab tu la fikir benda lain....
"Auch sayang sakit" adu dayyan padahal tidak la sakit mana cuma saje je nak bermanja dengan isteri yang dah lama menghilang...
"Awak tu gatal , sekrang cerita cepat kalau tak saya sambung merajuk saya biar padan muka awak" ugut ayra dengan tangannya disilang ke dada...
"Okey okey , aku cerita"
Laju sahaja lengan ayra di tarik dan didudukan atas katil yang empuk itu , mujur la makcik nora sudi menolongnya dan sudi memberi mereka suami isteri ruang untuk selesaikan masalah yang ada sekrang....
Share this novel