BAB 4

Romance Series 28786

Tengku mencapai sekeping roti lalu bekas jem comlat dibuka..... "Yuhanis , bila suami kamu balik?" soal tengku ayu sambil sapu jem untuk zahara...

"Rasanya lusa la mommy , ada hal yang belum settle lagi" jawab yuhanis sambil tangannya mengusap rambut lembut milik anaknya itu...

Datin mengangguk faham , "Mana dayyan? tak turun lagi ke? nanti daddy turun habis dia bising bila tengok dayyan still tak bangun lagi" soal tengku

Yuhanis hanya diam lalu tak lama tu dia bangun dari kerusi menuju ke lift , "Kejap biar yuhanis kejut budak tu tak akan bangun selagi tak ada bom yang meletup kan dia" ujar yuhanis serentak tangannya menekan tombol lift itu...


Wana perlahan lahan membuka pintu wad ayra , terlihat ayra yang duduk termenung.... "Ayra" panggil wana perlahan sambil menyentuh bahu ayra dengan lembut

"Ayra kau okey tak ni?" soal wana , bila panggilanya tidak di jawab oleh ayra.... Wana mengeluh perlahan lalu punggungnya di labuhkan di tepi katil ayra

"Makk" jerit ayra terkejut bila wana tiba tiba ada di sebelah ya entah macam mana la dia boleh tak perasaan wana masuk tadi , "Ya allah lambat nya otak kau ni loading ek" kata wana lalu tergelak kecil...

Ayra hanya tersenyum lembut , "Mana rita? dia tak ikut kau sekali ke?" tanya ayra sambil tangannya sibuk bermain dengan hujung baju hospital itu..

"Dia kena kerja , kau tahu kan rita tu baru lagi dekat sana jadi dia kena la jaga kedatangan dia tu , pasal cafe kau jangan risau aku dah mesej dengan puan lin tapi aku tak bgithu la pasal apa , aku just cakap kita ada hal keluarga tu aje"

Ayra mengangguk lemah , "Kau okey tak? aku tengok kau ni macam tak sihat je? kau kalau tak okey bagithu doktor biar doktor check kau"

"Kau lupakan apa yang dah jadi , semuanya dah lepas , past is past jadi kau tak boleh nak kenang benda tu semua nanti kau yang akan susah ayra"

"Mak aku tahu?" tanya ayra , pandangan matanya tepat di wajah wana...Wana mengeleng perlahan

"Aku tak nak mak aku risau , aku tak nak dia thu apa yang dah jadi dekat aku , aku rasa jijik wana , jijik dengan diri aku , jijik dengan sentuhan laki tu , dia rentap pakaian aku , dia ci"

"Hey hey ayra , sudah sudah" wana terus memeluk ayra dan mengusap belakang ayra dengan lembut , sedikit sebanyak usapan wana dapat melegakan perasaannya..

"Semua benda tu takdir , benda tu kita jadi kan pelajaran ayra" pujuk wana lagi.... Ayra masih menangis di dalam pelukkan wana tapi tangisannya perlahan dan tidak seteruk tadi...


*********************

"Kakak macam mana nak buat perempuan tu selesa dengan kita?" soal dayyan pada yuhanis , semasa yuhanis masuk ke bilik nya dia sibuk berada di balkoni sambil menikmati angin pagi...
Sejak dia balik daie hospital hanya ayra yang dia fikirkan , fikirannya sibuk memikir tentang keselamatan ayra seorang perempuan yang baru dia kenal dan jumpa tapi mampu membuat dia angau...

"Kenapa? kau ada orang istimewa ke?" soal yuhanis yang berada di sebelah dayyan...

Dayyan tidak mengangguk dan tidak mengeleng cuma mengeluh perlahan , "Dia ikut pada kau layan dia , aku kena la behave sikit perangai tu jangan nampak gelojoh sangat , aku tahu perangai kau macam mana pantang nampak awek sexy mula la kan mengeletis"

Dayyan tersenyum nipis , "Dia lain kak , dia tak sexy walaupun dia tak pakai tudung tapi dia jaga cara pakaian dia , bila aku tengok muka dia rasa macam tenang , aku tak thu la perasaan apa ni tapi apa yang boleh aku cakap , aku dah mula sayangkan dia" ujar dayyan...

Yuhanis mengangguk dan tangannya di letakkan di bahu adiknya , "Ubah perangai , kalau dia tahu perangai kau macam lahanat ni kau rasa dia akan terima kau?"

"Semua perempuan mahukan yang terbaik untuk rumah tangga mereka , imam yang baik untuk mereka , dapat bawak mereka sampai ke jannah" tambah yuhanis...

kini dayyan pula diam , rasanya dah lama dia tinggalkan perkara wajib sejak dia sambung belajar di luar negara dan berkwan dengan orang yang agak liar...

"Okey la kak , aku nak siap sekejap nak pergi melawat seseorang" kata nya dan terus mencapai tuala lalu melangkah ke bilik air , kata kata yuhanis bermain di fikirannya....

"Harap sangat kau jumpa orang yang tepat , bukan orang yang salah macam sebelum ni" bisik yuhanis lalu keluar dari biliknya...

Sampai sahaja di depan bilik ayra dayyan membetulkan necktie nya lalu bunga di tangannya di cium sekejap...

"Hum wangi dapat la tenangkan jiwa raga dia sekejap" bisik dayyan lalu terus memusing tombol bilik itu...

"Ermm maaf saya menganggu" ujar dayyan apabila melihat wana menyuap ayra , "Eh tengku dayyan masuk masuk" ajak wana..

"Alang alang tengku dah ada ni saya nak minta tolong boleh tengokkan ayra kejap tak? saya ada hal sekejap"

dayyan mengangguk , "Kau ada hal apa? kenapa tak bagitahu aku? aku tak nak duduk berdua dengan tengku la" bisik ayra yang menarik lengan wana..

"Sekejap je , aku ada hal kejap tak sampai 20 minit pun okey bye" jawab wana dan terus keluar meninggalkan ayra bersama dayyan...

Dayyan sempat mengambil nafas panjang lalu dengan berani nya dia pergi ke tepi katil ayra , "Nah ni bunga untuk kau , aku harap bunga ni dapat tenangkan sikit jiwa kau tu"

Ayra tersenyum kecil sambil menyambut bunga yang di hulur dari dayyan , "Terima kasih tengku , terima kasih juga sebab selamatkan saya dan kawan kawan saya"

Dayyan diam dan satu paper beg di letakkan di meja ayra , "Ni phone untuk kau , zaman sekarang susah kalau tak ada phone"

"Eh tak apa tengku , saya boleh beli sendiri saya tak nak susah kan tengku" tolak ayra...

"Kau kata kau terhutang budi pada aku kan?" ayra mengangguk laju..

"Kau terima ni , tanda kau balas budi aku so gunakan" ayra diam...."Aku tak nak benda semalam terjadi lagi , aku tak rasa diorang akan lepaskan kau macam tu je"

Wajah ayra yang tadi tunduk kini di angkat untuk memandang wajah serius dayyan , "Maksud tengku?"

"Cit , kau ni memang loading ke? maksud kau selagi dia tak dapat kau dia akan kejar kau sampai dia dapat apa yang dia nak"

Perasaan takut yang tadinya cuba di lenyapkan kini datang menyerang perasaan ayra semula , "T..tapi sa"

"Kahwin dengan aku" ucap dayyan dengan reaksi tenang , ayra yang mendengarnya terus mengeleng laju...

Bukan dia tak kenang budi tapi dia tahu kedudukan dia dan seorang tengku sungguh berbeza dia hanya budak kampung tapi dayyan adalah anak dari orang ternama...

"kau kahwin dengan aku untuk keselamatan kau ayra"

Sekali lagi ayra mengeleng , "Saya boleh buat laporan polis pasal kejadian tu , saya tak nak kahwin dengan awak hanya disebabkan hal ni , perkahwinan bukan hal yang boleh di buat main tengku"

Kini dayyan pula terdiam , "Kita masih boleh berkawan sekiranya ada jodoh di antara kita , adalah tu nanti cuma sekrang saya tolak sebab saya tahu kedudukan asal saya tengku" kata ayra..

Phone yang ada di paper bag itu di keluarkan oleh ayra sekali lagi matanya terbeliak besar , iphone 13 yang berwarna biru gelap...

"Mesti mahal kan? saya bayar bulan bulan dengan tengku boleh?"

dayyan mengeleng kan kepalanya , "Tapi ni terlalu mahal tengku"

Dayyan tetap diam , baru sahaja ayra nak membuka mulut nya kini iphone 13 milik dayyan berbunyi terus dayyan keluarkan phonenya yang berada di poket lalu di tekapkan di telinga...

"Eh sama warna la , sengaja ke tak sengaja ni?" soal ayra sendiri sambil memerhatikan iphone milik dayyan...

Seorang lelaki yang agak bergaya dengan spek mata hitam dan rupanya yang sangat tampan , wajah tu dapat membuat sesiapa sahaja menjerit dengan gaya rambutnya yang agak badboy itu....

"Mana jembalang tu? aku dah sampai 10 minit dah eh tak timbul lagi ikan ni?" bebel sharif sendiri sambil menekan nombor seseorang...

"Tengku sharif?" soal pakcik badrul iaitu drive untuk keluarga dayyan , Tengku sharif memandang ke kiri dan keningnya sedikit terangkat...

"Kenapa pakcik badrul pula yang ambik? where dayyan?"

Pakcik badrul tersenyum , "Dia ada urusan hari ni , jadi tengku dayyan meminta saya hantar tengku sharif ke rumah keluarga tengku"

"Humm jom la" ajak tengku sharif dan dia pun terus masuk ke kereta vellfirenya manakala pakcik badrul meletakkan beg di belakang...

"Beruk tu tak pernah nak tepati janji , habis rambut aku" bising sharif lalu rambutnya di selek ke belakang...

Rita membawa air starbuck untuk wana dan ayra , bukan selalu mereka minum air ni lebih lebih lagi dia baru dapat gaji jadi tak salah untuk dia belanja kawan kawan dia...

"Ya allah , sorry sorry saya tak sengaja maaf la saya sibuk tengok phone tadi" Kata rita , aduh kenapa la dia cuai habis 3 air starbuck tu tumpah semua di atas baju orang yang di langgar tu...

"Mata tu kat mana? buta ke? sibuk dengan phone kau apahal" marah lelaki itu..

Terangkat bahu rita bila di tengking sebegitu rupa , dia tahu la salah dia tapi boleh tak jangan tengking perempuan ni agak sensitif tau...

"M..maaf saya tak sengaja" perlahan sahaja suara rita , faiz yang sibuk memandang baju nya kini mengangkat wajah nya..

"Ri..rita" panggil faiz , allah tadi dia marah rita ke? perempuan yang dah pun berjaya memikat hatinya sejak kali pertama lagi...

Rita mengangkat wajahnya bila namanya di panggil , "Saya minta maaf encik faiz saya betul betul tak sengaja , saya kelam kabut sangat tadi , tak apa biar saya beli baju untuk encik faiz"

Baru rita nak memusingkan badannya lengan bajunya di tarik semula , "Tak ada apa sikit jer ni , awak pergi la balik saya boleh beli sendiri" ujar faiz...

telefon rita yang terjatuh tadi di ambil oleh faiz , screen masih menyala faiz mengoyakkan senyuman manis bila memandang screen phone rita , rita nak hubungi dia ke? kenapa nama dia dan nombor tu terpapar di situ..

"Nah"

"Terima kasih encik faiz , sekali lagi saya minta maaf , saya cuai" ujar..

Rita mengambil note 200 di begnya , "Tengok tangan encik faiz kejap?"

Faiz pun menghulurkan tangannya , "Tanda saya minta maaf" kata nya sebelum meletakkan duit di tapak tangan faiz...

"Eh" Baru nak tahan rita terlebih dahulu berlari anak ke arah kereta viva milik wana , "Ish comel la kau ni rita macam mana la aku boleh jatuh cinta dengan kau?" bisiknya sendiri....

Sampai sahaja di bilik ayra rita terus duduk di sofa yang di sediakan sambil tangannya di letakkan di dada , "Kau kenapa? macam nampak hantu?" soal wana lalu duduk di sebelah rita

"Aku tak sengaja jatuhkan air dekat encik faiz , wey aku takut aku kena buang la nanti"

Wana mengeleng , "Kau ni tak ada apa la , insha allah tak"

Rita pun mengangguk sambil mengurut perlahan dadanya , ish jantung ni pun kenapa la dari tadi berkerja lebih masa ni habis berpeluh dahi di buatnya....

*********************


Tepat pukul 10.00 malam faiz dan ameer datang ke club , selepas dapat mesej dari dayyan mereka terus laju ke sana....

"Ha tu dia , aik dengan dua perempuan adeh apahal kawan kau ni faiz?" soal ameer sambil tangannya tepu di dahinya...

"Dia ada masalah ke? bukan ke dia kata dia nak stop semua ni?" soal faiz , mereka melangkah ke meja yang di duduki oleh dayyan dan dua wanita dengan pakaian tak cukup kain tu...

Sorang duduk di pehanya manakala sorang lagi duduk di tepi nya , "Eh bla bla biar dia seorang je" halau faiz dengan nada tegasnya...

Melihat wajag bengis milik faiz mereka berdua terus berlari anak meninggalkan dayyan sendiri , "Kau ni kenapa? macam mati anak beb kau"

PANG

"Aduhh sakit babi" marah ameer sekali lagi mulutnya di tampar oleh faiz...

"Apa kurang aku? aku betul betul nak kan dia , aku rasa dia jodoh aku tapi kenapa dia tolak aku? eh kau bagithu apa kurang aku?" soal dayyan pada ameer..

Ameer mengaru keningnya yang tak gatal , "Kurang kau eh? kau tu tak handsome , hidung penyek , pipi tersorong sorong"

PANG

"ish shit shit" aduh ameer kepalanya pula jadi mangsa faiz..

"Dah dah la tu dengan bodoh kau , dia tengah tak betul ni" ujar faiz lalu duduk di sebelah dayyan...

"Cuba cerita kenapa?"

"Dia tak nak kahwin dengan aku , dia kata dia tak layak untuk aku tapi aku rasa dia layak je untuk aku , dia sangat layak sebab dia ada ciri ciri yang aku nak , dia lemah lembut , cantik dan dia tak pandang harta aku pun"

Faiz mengangguk dia tahu siapa yang dayyan maksud kan tak lain tak bukan ayra , perempuan yang bergaya memikat hati dayyan....

Baru faiz nak membalas dayyan tiba tiba menarik tangan seorang perempuan yang kebetulan lalu di hadapannya , di dudukan atas pehanya lehernya pula di paut oleh perempuan tersebut...

"hi baby, let's go into the room i want you tonight" bisik dayyan sambil hidungnya di geselkan pada leher perempuan tu...

"let's go" balas perempuan tu , "Cit , rose baik kau bla dia ni tengh tak betul nanti kau pula penat nak layan nafsu buas dia ni" kata ameer lalu pinggang rose di tolak sedikit..

"Is fine , i mampu layan dia sampai pagi esok" jawab rose dan menolak tangan ameer , rose mula menarik lengan dayyan dan dayyan pula ikut bangun...

"Alihkan tangan kotor kau dari dayyan" arah faiz dengan bengis...

"Kau jangan ingat aku tak thu niat kau , kau dah lama sukakan dayyan tapi sayang dayyan tak pernah pandang kau , lepas korang bersama kau akan minta dayyan bertangungjawab atas kau kan? padahal dah ramai jantan tebuk kau" ujar faiz dengan riak biasanya...

"Ish kacau la , diam la aku nak ayra ni ha" marah dayyan lalu tangannya melilit pinggan rose...

"See , dia ingat kau ayra sedangkan kau tu rose kalau dia sedar kau ingat dia nak sentuh kau macam sekrang? no way la rose" ujar faiz dan terus menarik dayyan lalu menolak dayyan ke arah ameer..

"Fish apa kau ni? aku ke kena papah dia?"

faiz mengangguk kecil dan terus keluar dari club tersebut , "Ikan betul la mamat tu , eh rose lain kali kau masukkan pil peransang dekat air dia tu biar dia tebuk kau ha lepastu minta la tanggungjawab"

Rose diam , "Eh aku gurau je kau jangan buat betul betul pula karang mampus kau dia kerjakan" tambah ameer dan memapah dayyan yang tidak sedarkan diri tu keluar dari lembah maksiat itu...

Dalam perjalan mereka untuk balik ke condo milik faiz , faiz sempat mengeluh perlahan.... "Macam mana kalau ayra tahu kisah silam aku? dia dapat terima aku ke?" soal dayyan secara tiba tiba..

"Apa maksud kau? kisah silam?"

"Kisah silam aku dengan camilla , kami dah"

Ameer menekup mulut nya dengan tangan kirinya manakala tangan sebelah kanan memegang streng kereta....

"Ish kenapa la aku duduk kan dia dekat depan" keluh ameer serentak itu dia mengelengkan kepalanya...

"Kau tahu kan kisah silam dia yang mana?" faiz mengangguk , ye kisah silam dayyan yang agak teruk dan agak liar itu...

"Kau rasa ayra akan terima dia ke? kita teruk juga kisah silam dayyan tu"

Faiz mengangkat kedua bahunya , "Kalau dah cinta , sayang dia tak akan pandang masa silam kau tapi dia akan pandang masa depan" ujar faiz lalu badanya di sandarkan...

"Mana camilla sekrang ek? hilang dah dekat 4 tahun sejak kejadian tu terus lesap macam dah mati"

Faiz diam , Dia sendiri tak thu dimana camilla sejak kejadian tu camilla terus menghilangkan diri walaupun dia tahu camilla turut bersalah dalam hal ni , kalau dia tak melayan semua tu tak akan terjadi....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience