BAB 19

Romance Series 28783

"Puan ada orang nak jumpa puan , katanya mama kepada aiman" ujar pembantu rumah tersebut , setelah dayyan berangkat pergi ke pejabat ayra terus mengemas bilik mereka dan aiman pula di bawah...

"Nanti saya turun" jawab ayra , rambut ayra di ikat satu lalu cardigan hitam di sarung disebabkan dia berada di rumah bajunya agak terdedah tapi bila keluar dari bilik dia akan memakai cardigan untuk menutup...

Sampai sahaja di bawah dia melihat camilla yang duduk di ruang tamu bersama aiman , terlihat aiman duduk di riba mamanya senyuman pula tidak hilang dari bibir aiman...

"Hi , sorry i ganggu you tapi i datang nak ambik aiman semula" kata camilla , ayra duduk di sofa samb cardigan di betulkan..

"Awak boleh ambik dia bila bila masa je camilla , dia anak awak jadi saya tak boleh halang awak" balas ayra masih berlembut walaupun dia ada sedikit perasan marah...

"Mama aiman nak aiscream"

Baru camilla nak buka mulut ayra terlebih dahulu menyampuk , "Aiman pergi dekat dapur minta dengan kak siti" ujar ayra dan aiman terus berlari ke dapur...

Camilla memerhatikan aiman sehingga kelibat anaknya hilang , "You bahagia dengan dayyan?" soal camilla lalu pandangannya di alih ke wajah ayra....

"Saya bahagia dengan dayyan , kenapa?"

Camilla tersenyum , "Bagus la kalau you bahagia dengan dayyan , i cuma tak nak you kecewa satu hari nanti lepas you tahu apa yang dia buat belakang you"

Ayra berkerut dahi , "I first love dayyan dan tak mustahil yang cinta dayyan pada i still ada , you jangan terkejut bila dapat tahu yang dayyan dan i ada hubungan belakang you"

"Apa yang awak cuba sampaikan ni camilla?" soal ayra suaranya juga agak tinggi , dada ayra mula berombak...

"I cuma cakap apa yang i nak cakap , tapi kalau you rasa dayyan setia dengan you yeah teruskan la fikir macam tu" jawab camilla dan bangun dari duduknya...

Aiman yang baru tiba di ruang tamu itu di tarik oleh camilla , "I minta diri dulu" ujar camilla lalu membawa aiman pergi...

Ayra hanya memerhatikan kepergian camilla dan aiman , sempat dia melemparkan senyuman manis pada aiman yang melambai tangan ke arahnya...

"Jangan percaya dengan dia ayra , dia hanya nak rosakkan fikiran kau je jadi kau kena percayakan suami kau" bisik hati ayra yang cuba tenangkan fikirannya...

Ameer dan faiz saling melemparkan pandangan satu sama lain , hairan dengan dayyan yang tidak banyak mulut harini bila di tanya hanya sepatah sahaja yang di jawab..

"Kau ajak aku lepak sini hanya nak tengok muka babun ni buat kerja ke?" soal ameer pada faiz , faiz menoleh ke arah dayyan..

Lengan ameer di tarik rapat ke badannya , "Aku nak bincang pasal dna test aiman tu ha , fikir la sikit idea macam mana nak suruh dia buat lagi" bisik faiz..

"Ouhh cakap la bodoh , kejap fikir idea kejap" balas ameer lalu dagunya d ketuk mengunakan jari telunjurnya...

Dayyan pula masih diam membatu memikirkan hal semalam , hal dimana dia hampir tewas dengan nafsunya tapi sempat dia menahan kalau tak , dia pun tak akan tahu apa yang terjadi...

"Humm dayyan" panggil ameer lalu dayyan menoleh ke arah ameer yang tersenyum kecik itu ..... "Kau tak ada niat nak buat dna test sekali lagi ke?" tanya ameer yang berterus terang malas dia nak berkais..

"Kenapa?"

"Yelah , aku cuma was was la dengan camilla tu , kau tak pelik ke dengan dia? mana tahu dia tu ada niat lain and dia tipu pasal dna test tu ha mana kita nak tahu kan? so apa kata kau buat dna test yang baru cuma kita bertiga je tahu" terang ameer...

Faiz mengangguk setuju dengan cadangan ameer , "Ister aku macam mana pula?"

"Bini kau pun tak boleh tahu , nanti dah dapat keputusan baru kau bagi tahu ayra pasal ni ha so kiranya kita macam nak double confirm je la" ucap ameer..

"Hmm betul juga apa yang ameer kata tu , hmm baru hari ni aku nampak kepandaian kau ya ameer sejak sejak dah official dengan wana kau makin bijak" usik faiz yang tergelak kecik di ikuti dayyan..

Ameer membetulkan tali lehernya , "Kau mana tahu? aku tak bagi tahu lagi an pasal ni tpi kau dah tahu ish bahaya la"

"Tahu dari bakal isteri aku"

Dayyan mengeleng perlahan , "Macam mana dayyan nak?" soal ameer dan faiz serentak da mengikuti langkah mereka di hadapan...

"Hmm boleh juga tu" jawab dayyan , ameer dan faiz terus melakukan hi five dan senyuman lega di lepaskan oleh mereka nasih dayyan terima idea mereka....

"Aku ada benda sikit nak bagitahu korang ni" kata dayyan , mereka yang berseronok terus berhenti dan fokus memandang ke arah dayyan..

Faiz menaikkan kening kanannya lalu tangannya di letakkan atas meja kerja dayyan , "What?" soal faiz pada dayyan..

Dayyan menarik nafas panjang dan terus membuka cerita tentang kejadian semalam di mana dia dan camilla melakukan hal yang tidak sepatutnya berlaku antara mereka...

BUK

"Sorry sorry" kata tengku yuhanis pada seseorang , salah dia kerana sibuk menatap phone sambil berjalan jadi dia terlanggar bahu orang...

"Kak yuhanis?"

Yuhanis menangkat wajahnya lalu dia sedikir terkejut , "C..camilla?" camilla mengangguk lalu tangan yuhanis di capai dan di cium sekilas mahu tunjuk hormat pada bakal kakak ipar..

Yuhanis memandang aiman di sebelah camilla keningnya bercantum pelik , "Camilla dah kahwin?" soal yuhanis tangannya pula menyentuh rambut aiman...

"Hmm ini....ini anak camilla dengan dayyan" sekali lagi yuhanis terkejut , jadi adik dia pernah melakukan hubungan terlarang bersama camilla...

"Jom kak kita duduk duduk dulu , biar saya ceritakan a to z pada akak" ajak camilla dan di terima oleh yuhanis kerana dia perlu tahu apa yang berlaku pada mereka berdua....


***************

Faiz memicit dahinya , sakit kepalanya bila mendengar cerita dari dayyan habis kalau ayra tahu mesti ayra mengamuk dan sakit hati...

"Kau gila ah dayyan , serius gila" marah ameer dan dia memandang faiz yang masih memicit pelapis dahinya...

"Sekrang macam mana?" soal ameer

"Kau kena bagitahu ayra pasal ni kalau tak makin parah dayyan" ujar faiz yang dari tadi hanya berdiam akhirnya membuka suara.....

"Balik cerita semua pada ayra , aku tak tahu tapi aku rasa camilla ada niat jahat pada kau dengan ayra baik kau balik cerita semua ni pada ayra supaya nanti dia tak salah faham" terang faiz...

Dayyan mengangguk faham lalu kunci kereta dan phonenya di capai , sempat dia berpesan pada jiha yang dia tidak balik ke office...

"Jiha lunch ni saya tak balik office , apa apa esok je awak bagitahu saya" pesan dayyan dan membuka langkahnya semula dengan laju ke arah lift...

"Macam macam hal la sejak perempuan tu balik ada je , aku rasa macam nak bakar dia hidup hidup tapi nanti aku pula ke dalam dah tak boleh kahwin dengan baby wana aku" faiz mengeleng kepala ,aduh hai kawann kenapa anda bodoh ni?...

Ayra menerima sampul surat berwarna coklat itu pun disebabkan kak siti ternampak ada seseorang meletakkan di pagar rumahnya , ayra dengan penasaran membuka sampul tersebut....

Ayra meneliti setiap gambar yang di beri oleh seseorang , hati remuk dengan apa yang di lihat gambar dimana dayyan bermesra dengan camilla dalam kereta cukup menyayat hatinya...

TING

Bunyi mesej dari phone ayra , "Nombor siapa pula ni?" soal ayra sendiri dan buka isi mesej tersebut tapi alangkah terkejutnya dia video suaminya yang mencium camilla dengan penuh mesra...

Air mata yang mula mengalir di sapu kasar oleh ayra sendiri , "Kau tak boleh nangis ayra , tak boleh please kau kena kuat demi anak kau" pujuk ayra sendiri dan terus naik ke biliknya..

Beg roda miliknya di capai dan baju bajunya di masukkan dalam beg tersebut manakala air matanya pula tidak henti henti mengalir dengan laju..

"Arghh" jerit ayra kain baju di campak atas katil , "Kenapa? kenapa awak buat saya macam ni dayyan? saya kurang apa sampai awak sanggup dua kan saya? cinta saya ikhlas untuk awak tapi awak khianat cinta saya" kata ayra sendiri..

Perutnya yang kempis itu di usap lembut , "Kita...kita pergi dari daddy okey sayang , mummy tak kuat nak hadap semua ni mummy sakit...sakit sangat hati ni" ucap ayra yang masih mengusap lembut perutnya...

25 minit dayyan ambik untuk sampai di rumahnya , "Honey , honey?" panggil dayyan lalu kak siti keluar dari dapur dengan apron tersarung di badanya..

"Kak siti mana ayra?" soal dayyan , "Dekat ruang tamu dari tadi puan diam je bila kak siti tanya dia tak menjawab apa apa pun" jawab kak siti..

Langkah dayyan terus ke arah ruang tamu terlihat ayra duduk di sofa dengan wajah tenangnya , "Honey , ya allah honey kenapa ni? abang panggil honey tak menjawab langsung"

Pipi ayra di usap lembut , ayra memejamkan matanya dia terbuai dengan belaian suaminya tapi dengan cepat dia menepis tangan dayyan agar menjauh darinya..

"Honey , kenapa?" soal dayyan terkejut bila ayra menepis sentuhannya , selama mereka berbaik ayra la yang selalu meminta dayyan membelai dirinya tpi hari ni dia menepis makin berkerut dahi dayyan...

"Awak ada rahsia apa apa dari saya ke?" soal ayra serius sahaja nadanya manakala wajah ayra pula tidak menujukkan sebarang reaksi...

"Aba...abang nak bagitahu tentang camilla , perkara ni abang takut nak bagitahu honey tapi trust me honey abang tak pernah cura.."

"Awak curang belakang saya dengan camillakan?"

"Awak nak bagitahu saya yang awak ada hubungan dengan camilla belakang saya kan?"

"Atau awak nak bagitahu saya yang awak nak kahwin dengan camilla?"

Soal ayra bertubi tubi dayyan dengan cepat mengeleng bukan itu yang dia nak bagitahu , wajahnya di raup dengan tangan kasarnya lalu tangan ayra di capai..

"Bukan tu honey , bukan tu percaya dengan abang yang abang tak pernah curang dengan honey sesekali tak pernah honey"

Ayra tersenyum sinis tangannya di tarik kasar , "Berapa lama awak nak perbodohkan saya dayyan? sampai bila awak nak bohong saya?"

"Hati ni" ayra tunjuk ke arah dadanya dengna jari telunjuk miliknya..

"Hati ni sakit dengan apa yang awak dah buat belakang saya , saya tak sangka yang awak sanggup khianat cinta saya pada awak dan awak sanggup perbodohkan saya"

"Ya allah ayra" wajah ayra di tekup dengan tangan kasar dayyan , ayra menepis laju dia bangun dari duduknya sampul coklat di capai..

"Ni dan cukup membuktikan yang awak curang belakang saya , puas hati awk permainkan saya?" suara ayra semkin tinggi lalu sampul coklat di campak tepat didada dayyan...

Dayyan mengambil lalu isi dikeluarkan , matanya terbeliak melihat gambar gambar itu dia tak boleh menafikan yang dalam gambat itu sememangnya dirinya...

Ayra menghulurkan phone nya pada dayyan , iphone itu bertukar tangan dan sekali lagi dayyan terkesima nafasnya seakan akan mahu berhenti..

"Ho..honey please bagi abang jelas.."

"Jelaskan apa lagi dayyan? tak puas lagi ke awak nak perbodohkan saya?" sampuk ayra suaranya pula mula kendur dia tak mahu meninggu suara pada suaminya dan dia mula melangkah untuk naik ke biliknya...

Dayyan dengan cepat mencapai lengan ayra dengan lembut , "Honey please" rayu dayyan tapi ayra langsung tidak pedulikan rayu dayyan...

Dayyan mengusap perlahan jemari ayra untun tenangkan kemarahan ayra , "Awak dah sentuh dia dayyan , awak sentuh dia tanpa ada ikatan yang sah , jadi kahwin dengan dia dan lepaskan saya"

"No"

Ayra merapatkan tubuhnya pada dayyan , airmata lelaki itu di sapu lembut dia benci melihat air mata suaminya dan dia berdosa sebab meminta cerai pada suaminya tpi dia tak mampu nak hadap semua ni..

"Kita berpisah cara baik , saya boleh besarkan baby ni seorang diri dan saya tak akan halang awak untuk datang tengok dia nanti , awak dah sentuh camilla dayyan say..saya tak boleh terima benda tu" pujuk ayra sambil pipi dayyan di usap lembut tangan kanan dayyan pula menyentuh lembut perut isterinya..

"N..no abang cintakan honey , please honey jangan buat abang macam ni" ucap dayyan sayu sahaja bunyinya tangan kanannya di kekalkan di perut ayra , "Tak awak tak cintakan saya tapi awak cintakan camilla" balas ayra..

"Saya tak akan pernah lepaskan awak ayra , awak selamanya milik saya dan selamanya hak saya" jawab dayyan...

Ayra mengeluh kecil badanya di pusing membelakangkan dayyan , "Awak dah hancurkan kepercayaan saya dayyan , saya dah tak percaya awak lagi dan saya rasa perpisahan adalah jangan yang tepat untuk kita" ucap ayra...

Dayyan hanya memerhatikan ayra yang memanjat tangga untuk kebilik mereka , dia membiarkan sahaja ayra pergi untuk memberi ruang pada ayra berfikir....

Yuhanis duduk di balkoni biliknya berbualan dia dan camilla masih berlari di fikiranya , kalau betul itu anak camilla bermakna itu cucu tengku ayu dan tengku halim tapi secara tidak sah...

"Apa kau dah buat ni dayyan? masak kalau daddy dengan mummy tahu" bisik yuhani , dia sendiri tak percaya dengan apa yang di katakan camilla tentang mereka terlanjur dahulu...

Yuhanis mengeluh kasar , serta merta waja ayra berlayar di fikiran nya dan sekali lagi keluhan berat di lepaskan .... "apa aku nak buat ni?" soal yuhanis sendiri lalu menatap langit yang dipenuhi bintang...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience