BAB 13

Romance Series 28783

Dayyan baru sahaja melangkah masuk ke dalam bangunan gah itu , semua staff menyambut kedatangan ceo mereka dengan senyuman ataupun ucapan selamat pagi....

"Happy nampak? ada apa apa ke?" tegur ameer yang baru tiba lalu berjalan bersama dayyan ke arah lif mereka yang khas untuk orang atasan sahaja...

"Salah ke aku happy?"

"Tak salah tapi lain macam kau punya happy hari ni , ayra dah ada isi ke? laju betul kau buat kerja eh" kata ameer lalu button 15 di tekan oleh nya...

"Tak ada la , aku dengan ayra baru kahwin sebulan lebih kot tapi kalau ada aku lagi suka tak sabar nak jadi bapak" jawab dayyan dengan senyuman..

Ameer membalas dengan mengangguk sahaja , "Aku nak tanya sikit ni?" dayyan mengangguk lalu ameer menarik nafas dan hembus...

"Humm apa kau buat kalau kau jumpa camilla?" tanya ameer pada dayyan..

Dayyan menoleh ke arah ameer dengan dahi berkerut , "Aku tak buat apa-apa lagipun aku dengan dia dah tak ada apa apa , biarlah dia cari kehidupan dia sendiri , aku pun dah ada kehidupan aku , kebahagian aku sendiri dan aku dah tak nak fikir pasal hal silam lagi dah"

"Kau tak nak bagitahu ayra?"

Dayyan mengeleng , "Bukan masa yang sesuai lagipun aku rasa macam tak perlu bagitahu melainkan aku ada anak dengan dia" ujar dayyan dan terus keluar dari lif tersebut...

"Macam mana la reaksi kau kalau tahu camilla ada dekat malaysia? aku harap hubunga kau dengan ayra tak terjejas sebabkan perempuan tu" bisik ameer sendiri sambil memerhatika dayyan yang makin jauh darinya...

"Humm nak masak apa ek untuk dayyan?" soal ayra sendiri selepas kerja dia membersihkan rumah mereka...

Ayra mencapai phonenya lalu nombor dayyan di tekan tak sampai beberapa saat panggilan itu di angkat , "Hello honey ada apa ni?" soal dayyan..

"Abang saya nak tanya , hmm hari ni abang nak makan apa?"

Dayyan tergelak kecik , "Honey call abang semata mata nak tanya itu je? honey you know what? abang tengah meeting sekrang"

"Sorry sorry ayra tak tahu abang ada meeting , sorry sebab ayra kacau abang lain kali ayra teks abang je okey" jawab ayra rasa serba salah pula sebab menganggu meeting suaminya..

"It's okey honey , honey adalah perkara nombor satu bagi abang so hari ni abang nak makan ayam masak lemak boleh?"

"Boleh boleh , okey ayra masak ayam masak lemak okey khas untuk suami tercinta ayra ni okey abang bye love you" ucap ayra dan terus matikan panggilan tanpa menunggu balasan dari dayyan...

"Dah matikan dah? baru nak balas i love you too , tak apa kat rumah nanti siap dia aku gomo gomo muka dia" bisik dayyan..

Dayyan mengangkat muka dan terlihat semua staff memandang ke arahnya , lalu wajah nya yang tadi ceria terus bertukar dingin.... "Meeting habis dekat sini and you , betulkan semua slide ni aku tak suka hasil kerja macam belacan" marah dayyan dan terus beredar dari bilik meeting itu..

"Aik tadi bukan main happy lagi dapt call dari bini , habis je terus beku balik" ujar ameer dan mereka semua hanya mampu tersenyum sahaja...

Tepat waktu lunch sahaja dayyan terus keluar dari officenya untuk balik lunch bersama ayra di rumah , sebelum itu balik sempat dia singah di kedai bunga hadiah untuk isteri tercinta...


*********************

"Mama kenapa kita dekat sini?" tanya aiman pada camilla tanganya erat mengenggam jemari camilla , "Mama nak beli bunga nak ceria kan sikit rumah kita tu" jawab camilla..

"Aduh" rintih camilla bila bahunya di langkah agak kasar oleh seseorang , "Mama okey?" soal aiman dan dia memandang ke arah orang yang telah melanggar mama nya..

"Uncle kacak" jerit aiman dan terus melepaskan genggaman mamanya lalu berlari ke arah dayyan , dayyan hanya tersenyum rezeki dia untuk berjumpa dengan aiman hari ni...

"Kenapa uncle langgar mama? mama sakit tu"

"Sorry , aku tak perasan tadi syok sangat tengok bunga ni" kata dayya tanpa memandang ke arah camilla , camilla kenal suara itu dia sangat kenal dan suara yang sangat dirindui..

Melihat camilla tidak menjawab dayyan pun menolehkan wajahnya ke arah camilla , mata mereka bertembung satu sama lain...

"Dayyan" panggil camilla lengan dayyan di sentuh lembut tapi dayyan menepisnya , "Kau"

"Uncle ni mama aiman" sampuk aiman dan dayyan terkedu buat seketika fikirannya terus bercelaru dengan apa yang berlaku...

Dayyan melepaskan pegangannya pada aiman , camilla yang melihat itu hanya tersenyum kelat dia tahu dayyan mesti bencikan dirinya tapi dia perlu berbohong demi mendapatkan dayyan semula..

Dayyan yang baru nak melangkah pergi terhenti bila camilla membuka suara , "Dia anak kita , anak i dengan you usia dia 4 tahun" ujar camilla sekali lagi dayyan terkaku..

"Ka...kau bohong , kau tinggalkan aku sebab kau ada lelaki lain belakang aku , aiman bukan anak aku" nafi dayyan....

"Anak kita dayyan , i tinggalkan you sebab i takut , takut yang you tak nak bertanggungjawab atas kandungan i , kita masih muda masa tu dan i fikir yang you akan lari dari tanggungjawab you sebab tu i larikan diri"

"I besarkan dia seorang diri , dia tak pernah dapat kasih sayang seorang bapak dayyan please i merayu pada you berikan dia kasih sayang seorang bapak , you bapak kandung dia bukan orang lain" tambah camilla lagi..

Dayyan mengeleng , "Aku tak percaya" jawap dayyan dan serta merta wajah ayra berlayar di fikiran dayyan dia sudah ada ayra dan dia tak akan sesekali menyakitkan hati ayra...

"Kau tidur dengan ramai jantan , tak mustahil ni anak lelaki yang kau pernah tidur jadi jangan cari aku dan janga kacau kehidupan aku lagi camilla sebab kau dah lama mati dalam hati aku"

Air mata camilla mengalir , aiman pula hanya berdiamkan dirinya sahaja dia tak tahu apa yang berlaku antara mamanya dan uncle kacak itu...

"Uncle kacak marah mama ke?" tanya aiman pada dayyan , dayyan hanya mengabaikan soalan aiman dia dengar tapi di biarkan soalan itu seperti angin..

"You pernah berjanji dengan i yang you akan bertanggungjawab , jadi sekrang i nak tuntut janji you pada i , i kesian kan aiman dia sibuk tanya pasal papa dia mana? i mampu jawab yang papa dia kerja jauh tapi sampai bila i nak tipu pada anak i? papa dia sekrang ada depan mata dia"

"Papa aiman , uncle kacak ke?" soal aiman yang masih berdiri di sebelah camilla...

Dayyan diam , dia memandang sekilas pada aiman lalu dia terus beredar dari kedai bunga tersebut fikirannya jadi bercelaru bila dia dapat tahu yang dia mempunyai anak bersama camilla....

Sampai sahaja di rumah ayra menyambut kepulangan suaminya , dayyan tersenyum dia bahagia bersama ayra dan dia juga tidak sanggup untuk menyakiti hati ayra..

"Abang rindu abang" kata ayra lalu tubuh dayyan di peluk erat , "I miss you too honey" jawab dayyan dahi ayra di cium dengan penuh kasih sayang..

"Honey , for you" sejambak bunga rose di hulurkan pada ayra , ayra menyambutnya dengan senyuman manis...

"Terima kasih"

"Honey" pipi aura di tekup dengan kedua tangan dayyan , lalu mata mereka bertemu satu sama lain mata ni mata yang mampu buat dayyan jatuh cinta buat kali pertama...

"Abang nak honey janji dengan apa walauapapun yang berlaku honey tetap percaya kan abang , abang tak tahu dugaan apa yang akan kita lalui tapi abang minta satu je dari honey iaitu kepercayaan honey pada abang boleh?"

Ayra mengangguk tanpa ragu ragu , dia percayakan dan dia juga sayangkan dayyan .... "Saya percayakan abang dan sebagai suami isteri kita kena ada kepercayaan satu sama lain , tak guna kita jadi suami isteri kalau tak ada kepercayaan"

Dayyan mengangguk dan seluruh wajah ayra di cium lalu di akhiri dengan ciuman di bibir ayra , "Abang hanya sayangkan honey seorang je , datang lah beratus perempuan pun tapi abang hanya mahukan ayra batrisha , isteri , bidadari dan kekasih syurga abang" ucap dayyan...

Mereka sama sama tersenyum dan dayyan terus memeluk tubuh ayra , "Pelik kenapa dayyan macam ni?" soal ayra sendiri dia masih peluk dengan kelakuan dayyan tapi diabaikan perasan itu...

"Mama uncle kacak tu papa aiman ke? mana papa haris?" tanya aiman pada camilla , camilla menoleh ke arah anaknya lalu mengusap rambut aiman..

"Ye itu papa aiman , papa kandung aiman mulai hari ni kalau aiman jumpa uncle kacak tu lagi aiman kena panggil papa okey"

Aiman mengangguk lalu tersenyum , "Papa kacak tu baik dia tak macam papa haris , papa haris selalu pukul mama" ujar aiman..

"Aiman nak jumpa papa haris?" aiman mengeleng dia takut dengan bapak kandung nya sendiri , "Papa haris selalu pukul mama aiman tak nak mama sakit" jawab aiman dan terus memeluk camilla...

Khai meletakkan beberapa keping gambar di atas meja lalu sharif mengambilnya dan memerhatikan gambar yang ada...

"Diorang dah pindah rumah baru , ayra dah tak kerja dekat cafe tu lagi" kata khai

"Nah ni , aku ternampak dayyan dengan camilla dekat kedai bunga sempat la juga aku ambik gambar sebelum dayyan bla dari situ"

Sharif tersenyum , "Aku just ternampak je lagipun masa tu aku ada urusan lain" tambah khai lagi.....Sharif memegang 2 keping gambar dimana dayyan memegang aiman dan gambar kedua mereka bertentangan mata..

"Wow , akhirnya jumpa juga camilla dengan dayyan hmm aku boleh rasakan tak lama lagi ada ombak yang akan berlaku dalam rumah tangga dayyan"

"Kau nak bagi kat isteri dia ke?"

"Nope , belum masa nya lagipun aku nak tengok juga berapa jauh camilla ni boleh buat" jawab sharif dengan senyuman bermakna....

******************

"Done" kata ayra selepas dia memasak untuk sarapan pagi mereka , ayra naik ke bilik mereka lalu ayra menoleh ke arah dayyan yang sibuk menyikat rambutnya..

"Honey come" panggil dayyan , ayra datang ke arah dayyan dengan senyuman manis apa salahnya dia buat pahala pada pagi hari untuk suaminya kan...

Sampai sahaja ayra di hadapan dayyan pinggang ayra di peluk erat oleh dayyan , "Abang kenapa ni? okey tak?"

Dayyan tidak menjawab kepalanya di jatuhkan pada leher ayra , "Honey wangi sangat abang suka bau honey" ujar dayyan dengan perlahan leher ayra di kucup lembut..

"Abang jangan , jom kita sarapan nanti abang lambat pula pergi kerja"

"Honey masak apa?" soal dayyan yang masih bermain dengan leher ayra , "Ayra masak mee goreng dengan roti bakar jom"

Dayyan diam , "Abang jom la"

"Boleh tak abang nak makan benda lain?" tanya dayyan dan ayra mengangguk perlahan , "Abang nak makan apa? cakap je nanti ayra masakkan okey"

Wajah dayyan di angkat lalu dahinya di satukan pada ayra , "Abang nak makan honey" ucap dayyan dan terus menyambar bibir merah ayra...

Lama bibir mereka berpaut sehingga ayra sendiri melepaska pautan itu , "Ab...abang" panggil ayra yang masih mencari nafas..

"Honey kenapa sexy sangat ni? abang tak boleh pergi kerja la macam ni" ayra tergelak kecik , Dayyan menjatuhkan wajahnya pada leher ayra semula...

"Abang ni kenapa manja sangat ni?"

"Tak salahkan kalau abang nak manja dengan isteri sendiri?" soalan di balas soalan , ayra mengeleng laju tak salah tpi sekrang salah timing...

"Ab..abang" panggil ayra bila dia terasa dayyan mengigit lehernya , "Abang sekarang abang kena pergi office dulu" ujar ayra..

Dayyan mengangkat wajahnya dan matanya memandang wajah ayra , satu ciuman di laburkan pada dahi dan kedua belah pipi ayra...

"Jom , ayra takut abang lambat ke office nanti banyak kerja abang tangguh nanti" lengan dayyan di tarik lembut....

Sampai di meja makan ayra terus menghidangkan mee goreng berserta air nescafe panas untuk suami nya , "Abang boleh tak kalau ayra nak ke cafe?"

"For what?"

"Nak jumpa wana , ayra rindu la wana dengan rita lagipun lunch nanti rita nak makan dekat sana boleh la ayra jumpa rita sekali nanti" kata ayra sambil tanganya di tongkatkan..

"Boleh?"

Dayyan mengangguk rambut ayra di usap perlahan , "Bawak kereta Honda civic abang , abang tak nak honey naik teksi or grab abang tak suka"

Ayra mengangguk , "Terima kasih" pipi dayyan di kucup sekilas dan dia terus mencapai roti bakar lalu di masukkan di mulut ayra...

Rita baru selamat sampai di tempat kerja nya , note 20 di hulurkan pada pakcik grab itu dan dia terus meminta diri untuk keluar...

"Eh , selamat pagi tengku ameer , tengku faiz selamat pagi" ucap rita bila dia terserempak dengan mereka di dalam bangunan gah itu..

"Selamat pagi rita manis , rita awak lunch mana hari ni?" soal ameer pada rita faiz hanya menjadi cctv sahaja...

"Hmm , saya...saya lunch dekat cafe wana nanti sekali nak jumpa dengan ayra"

"Ouh boleh saya join sekali? dah lama tak jumpa wana rasa rindu pula"

PAK

"Aduhhh kau kenapa?" marah ameer pada faiz , malu di pukul faiz nasib tak ramai staff lagi ish malu kalau diorang tengok..

"Jangan nak mengatal lah kau"

"Apa? aku nak tengok wana bukan nak mengatal dengan rita , aku tahu la rita kau punya ayra dayyan punya memang tak la aku nak caras karang aku yang mampus dulu"

Rita tersentak , "Aku faiz punya?" soalnya dalam hati lalu wajah faiz di pandang sekejap takut lama lama nanti kantoi pula...

"Bo..boleh je nak join" jawab rita dan terus beredar dari situ , faiz pula memandang ke arah rita yang sudah memboloskan diri di dalam lift...

"She cute dan aku rasa dia tak sesuai dengan kau , dia tu ayu kau tu kayu" kutuk ameer dan terus berlari anak ke lift mereka..

"Babi kau ni" marah faiz lalu mengikut jejak ameer....

Tepat jam 12.50 tengah hari ayra sampai di cafe wana kunci kereta di simpan dalam handbag dan dia melangkah ke arah cafe itu..

"Aduh" rintih aiman bila dia terduduk di sebabkan terlanggar ayra , Ayra terus menundukan badannya lalu aiman di bangunkan dengan perlahan...

"Mama dah kata jangan lari , aiman degil tengok dah langgar orang dah" marah camilla ayra pula sibuk membersihkan baju dan seluar aiman..

"Tak apa cik , budak biasa la" kata ayra lembut lalu pipi aiman di usap perlahan...

"Maafkan anak i , dia sibuk nak jumpa papa dia"

Ayra mengangguk , "Tapi papa dia tak anggap aiman ni anak dia , dia tak percaya kan i" tambah camilla lagi dia tahu siapa ayra iaitu isteri kepada dayyan..

"Jom masuk kita borak dekat dalam , aiman nak makan tak?" aiman mengangguk dan mereka pun masuk ke dalam cafe itu..

"Ayra siapa ni? kau tk cakap pun kau ada ajak kawan?" soal wana berbisik pada ayra dia memandang aiman dan camilla bergilir..

"Pancake 2 wana , air coklat 2" order ayra dan wana pula mengeluh perlahan dan terus masuk ke dapurnya...

Ayra dan camilla berborak kosong aiman pula syok makan pancake , "Kalau papa ada mesti keluarga kita dah lengkap kan sayang" ujar camilla sambil pandangnya pada satu keluarga yang tak jauh dari mereka..

"Kalau awak tak keberatan , boleh saya tahu apa yang terjadi?" tanya ayra dia jatuh simpati pada aiman kerana bapak nya sendiri tidak mengaku aiman adalah anaknya..

Camilla tersenyum , "Dia orang yang berharta dan boleh di katakan keluarga dia agak kurang berkenan dengan i , i dengan papa aiman bercinta bertahun lama dan kami terleka dengan kesenangan dunia kami berdua terlanjur dulu kami memang jahil , terlanjur suka sama suka tak ada istilah terpaksa antara kami"

"Oneday i dapat tahu i pregnant , i nak sangat bagitahu dia tapi i takut dia tak nak kan baby sebab masatu kami muda lagi jadi i buat keputusan untuk tinggalkan dia , but now i datang sini i nak bgitahu dia yang aiman anak dia , tapi dia tak percayakan i , dia tuduh i tidur dengan jantan lain selain dia , i tak ambik hati sebab i tahu salah i"

Ayra mengusap perlahan lengan camilla , "I tak salah kan dia tpi i akan berusaha sebaik mungkin untuk dia percayakan i dan jalan kan tanggungjawab dia terhadap aiman"

"Saya tahu awak kuat , insha allah satu hari nanti papa aiman akan terbuka hati untuk terima awak dan aiman semula" ucap ayra..

Camila mengesat air matanya , "Apa nak papa aiman?" soal ayra pada camilla...

Camilla memandang wajah ayra , nampak seperti ayra seorang perempuan yang baik dan cantik orang nya , tapi itu tidak dapat mengubah niat camilla yang akan merampas dayyan dari ayra....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience