BAB 8

Romance Series 28783

Sampai sahaja di rumah keluarga tengku dayyan mulut ayra terus ternganga , "Ni rumah ke istana?" soal ayra sendiri matanya memerhatikan rumah tu...

"Honey please close you mouth , saya risau ada lalat masuk nanti tersedak pula takut mati tak sempat kita kahwin " kata dayyan bersahaja..

Ayra menjeling , "Nampak macam mendoakan saya mati je? awak dah ada penganti ke?" soal ayra lalu tangannya di tarik dari pegangan dayyan..

"Seriously honey ?" soal dayyan yang tidak berpuas hati bila ayra menarik tangannya , Ayra hanya menjeling dayyan rasa geram nak gigit gigit je pipi tu comel sangat...

"Saya gurau je honey , dah jom kita masuk mommy mesti tak sabar nak jumpa awak" ucap dayyan dan terus keluar dari keretanya..

Dayyan membuka pintu belah ayra lalu tangannya di hulur pada ayra , "Saya takut la"

"Mana tahu keluarga awak tak terima saya? saya kan orang biasa lain la keluarga awak" dayyan tersenyum kecil nampaknya dia memang tak salah pilih...

"Honey please let's go , everything is fine"

"Sa...saya na..nak batalkan boleh?" tanya ayra...

"AYRA" tegas dayyan , sekali ayra dah menerima dia jadi ayra akan jadi hak miliknya selama lamanya dan tak akan sesekali dayyan melepaskan dirinya...

Ayra menunduk takut , "S..sorry saya cuma takut dengan keluarga awak" ujar ayra perlahan...Dayyan menundukkan sedikit badannya lalu wajah ayra di tatap dengan penuh kasih sayang...

"Honey , ada saya dekat sisi awak kalau diorang tak boleh terima awak saya ada , saya akan bertahankan awak , because i love you so much ayra" pujuk dayyan...

Ayra menarik nafas dalam lalu hembus , tangan yang di hulur oleh dayyan di sambut baik oleh ayra sempat lagi dayyan bermain mata dengan ayra untuk mengurangkan takut pada gadis kesayangannya...

Sampai sahaja di pintu masuk ayra nampak ada dua gadis yang berdiri tegak di depan pintu tu , "Ini ke bakal adik ipar aku?" soal yuhanis dengan riak dinginnya..

"S..saya..ay..ayra" jawab ayra , "Ish ayra jangan gagap la" bisik ayra spada dirinya sendiri...

"Comel bakal menantu mommy , sama macam apa yang dayyan cakap hm ayra jom kita masuk" ajak tengku ayu lalu ayra memandang ke arah dayyan..

"Mommy tak makan orang , yuhanis ni saja je nak kenakan kamu jom kita makan malam nanti sejuk lauk tu nanti" kata tengku ayu lagi...

Ayra melepaskan pegangan tangannya dari dayyan lalu dia mengikuti jejak tengku ayu , "Abang ni ayra bakal menantu kita , cantik kan?"

Tengku halim mengangguk tanda setuju dengan apa yang isterinya katakan , "Pandai dayyan pilih" puji tengku halim pula...

"Akak saja je nak test kamu tadi , kamu nampak sepadan dengan dayyan , jangan takut dengan akak tau sebab tak lama lagi awak akan jadi adik ipar akak juga" kata yuhanis sambil zahara di angkat..

"Jom makan , lauk ni semua mommy yang masak khas untuk kamu" tambah yuhanis lagi , ayra pula hanya tersenyum dia merasakan dirinya kecik sahaja berbanding dengan keluarga dayyan...

Mereka semua duduk di meja makan sambil berbual kosong banyak soalan yang di tanya oleh yuhanis pada ayra sampai dayyan sendiri terasa rimas...

"Akak stop tanya soalan boleh? nanti lepas makan berbual la puas puas"

Yuhanis membuat muka menyampah , "Kau diam boleh? aku tak kacau kau tau"

"Aku ni kesiankan honey aku , dia nak makan" kata dayyan , ayra pula sudah membahang malu kerana panggilan dari dayyan..

Tengku ayu memandang sang suami , "Dia berjaya" bisik tengku halim pada tengku ayu lalu tengku ayu tersenyum mendengar kata tengku halim...

"Ayra , ayra tak kesah kan akak tanya banyak soalan?" tanya yuhanis , ayra terus angkat wajahnya memandang ke arah yuhanis..

"Saya tak kesah , saya okey je kak dayyan ni lebih lebih"

Dayyan menjeling , "See dia tak kesah dah kau diam" arah tengku yuhanis tengku dayyan terus diam seribu batu....

Tengku faiz dan tengku ameer berjalan di mall sambil berbual kosong , tanpa sengaja tengku ameer terlanggar seorang budak lelaki terjatuh budak kecik tu akibat melanggar badan besar tengku ameer tu...

"Ehh , aduh budak kau okey tak? ada sakit mana mana tak? kau ni jalan guna mata ke guna lutut?" soal ameer yang mencangkuk di hadapan budak lelaki tu..

"Kau ni bodoh ke? dia ni budak kecik la cakap la elok sikit bodoh" tegur faiz lalu dia pula mencangkuk sebelah ameer..

"Adik okey?" soal faiz lembut sambil mengusap perlahan pipi tembam budak tu , "Akit" jawab budak tersebut..

Faiz terus check kakinya nasib tak ada luka , kalau ada habis la diorang di cop sebagai pendera pula muka kacak dah ish...

"Ma..ma"

"Ha mana mak kau? anak biar macam ni jer tak takut kena culik ke? ni kalau aku jual kau dapat la juga 15k"

PANG

"Eh babi sakit la bodoh" marah ameer pada faiz yang tak habis habis melempang mulut ameer , "Elok la sikit cakap tu kau ni memang tak boleh ada anak"

Budak tu hanya memerhatikan sahaja bertengkar pakcik tua di hadapannya , "Ma..ma" katanya lagi lalu terus bangun dan berlari dari mereka berdua..

"Oi oi lari mana sini aku nak tengok mana luka la" jerit ameer orang yang berada di sekelilingnya memandang pelik...

"Kau tak perasan ke?"

"Tak perasan dan tak pernah perasan" jawab ameer dan terus melangkah pergi , "Babi sekor ni tak pernah nak serius eh penatla ada kawan macam babi ni" bisik faiz sendiri..

Lalu ameer masuk ke sebuah cafe dan terus duduk di meja makan , "Aku nak cakap benda serius dengar la beruk" marah faiz yang duduk di hadapan ameer..

"Hum apa?"

"Muka budak tu sama macam muka dayyan la , kau pernah tengok gambar dayyan waktu kecik kan?" ameer mengangguk...

Ameer diam sebab dia perasan akan hal tu cuma dia menafikan sahaja , "Firasat kau je kot"

"Macam mana kalau camilla dah balik? macam mana kalau dia muncul depan dayyan? budak tu anak dia ke?" tanya faiz pada ameer tapi ameer hanya berdiam sahaja sebab dia tak ada jawapan untuk semua soalan faiz....


*******************

"Minggu depan mommy dengan daddy pergi rumah kamu ya , kami bincang dulu dengan keluarga kamu macam mana"

Ayra mengangguk sahaja , "Kamu cintakan dayyan?" soal tengku ayu lalu tangannya memegang tangan ayra nampak kecik molek saja budak nya dan lemah lembut...

"Saya cintakan dia" jawab ayra dengan senyuman manisnya , "Lega mommy dengar"

"Semoga hubungan kamu dengan dayyan sentiasa baik , dalam hubungan mesti ada dugaan , kalau kamu dan dayyan dah melangkah ke alam perkahwinan bermakna kamu berdua dah bersedia nak lalui bermacam macam dugaan" pesan tengku ayu dan ayra pula hanya mendengar..

Tengku dayyan yang baru nak melangkah ke ruang tamu terhenti apabila dia mendengar berbualan ayra dan tengku ayu , "Insha allah saya akan setia di sisi dayyan sampai akhir hayat saya" janji ayra pada tengku ayu..

Dayyan yang mendengarnya terus tersenyum , "Aku tak salah pilih dan aku cukup yakin bahawa dia satu satunya untuk aku" bisiknya...

Selesai sesi perkenalan di rumah keluarganya , tengku dayyan meminta diri untuk menghantar ayra pulang semula ke rumahnya...

"Nampaknya mommy sukakan kau"

"Alhamdulilah kalau mommy awak sukakan saya , saya lega kalau keluarga awak dapat terima saya" jawab ayra tapi pandangannya ke luar tingkap..

"Honey , are you sincere to accept me?" soalan dayyan membuatkan ayra berpaling ke arahnya , "Saya ikhlas dan saya ikhlas cintakan awak"

Dayyan mencapai tangan ayra lalu di cium lembut , "Hey kita tak kahwin lagi mana boleh macam ni" ayra terus menarik tangannya dayyan pula tergelak kecil..

"Sekiranya keluarga awak terima pinangan keluarga saya , saya nak cepatkan tarikh nikah boleh?"

Ayra mengangguk , "Saya ikut awak je , lagipun awak dah tuakan kena la ada isteri sebelum masuk ke angka 30" usik ayra dan tergelak...

"Hey honey , how dare you say I'm old" marah dayyan , tak marah pun sebenarnya saja buat buat marah...

"You futute husband baru 27 tau lambat lagi nak masuk 30 tu , mentang mentang la dia tu baru 20 nak cakap kita tua pula"

Ayra hanya mampu gelak , jarak umur mereka 7 tahun dan bagi ayra itu dah cukup jauh tapi cinta tak kenal usia.....Sampai sahaja di depan rumah ayra , ayra pun terus membuka pintu miliknya tapi di tahan oleh dayyan...

"Kenapa? saya dah nak masuk ni dah malam dah esok saya kerja"

Dayyan tersenyum lalu badan ayra di tarik rapat ke arahnya , "Ap...apa awak buat ni?" soalan ayra di biarkan tanpa jawapan kepala dayyan di rapatkan ke telinga ayra...

"Tua tua saya pun , saya masih power atas katil kalau awak nak saya tunjuk kan tunggu kita kahwin , confirm esok awak terus mengandung mana tahu ada rezeki terus dapat kembar" bisik dayyan lalu dia tersenyum nakal...

Ayra terkaku , ish mamat ni belum kahwin lagi otak dah kotor bukan main apatah lagi kalau dah kahwin hari hari cakap benda kotor ni...

"Mi..miang" kata ayra gagap dan terus menolak badan dayyan jauh darinya , pintu di buka lalu ayra berlari kecik untuk masuk ke dalam..

"Muka malu pun cute ish ayra ayra" bisik dayyan dan terus pergi dari halaman rumah ayra...."Arghh malu malu kenapa dia ni miang sangat" bebel ayra

Masuk sahaja bilik dua ketul kentang tu terus berdiri di hadapan ayra dengan senyuman di bibir , "Macam mana okey?" soal mereka serentak..

"Humm" ayra membuat muka sedih , "Tak apa la mungkin kau tak ada jodoh dengan tengku dayyan" ujar rita dan bahu ayra di usap lembut..

Ayra terseunyum , "Mommy dia suka aku , aku lega" ayra terus jatuhkan dirinya di atas katil dengan wana dan rita sekali terbaring...

"Argh lega nya aku dengar , tak lama lagi kahwin and then ada baby and then aku jadi auntie" jerit wana seronok dia pula melebih..

Ayra dan rita hanya tersenyum kecil melihat gelagat kawannya itu , ayra turut rasa lega bila keluarga dayyan dapat menerimanya seadainya mereka tahu keluarga ayra bukan dari kalangan tengku tapi mereka terima dengan hati yang terbuka..

"Mommy tak kesah dengan pilihan dayyan , tapi bila mommy pandang ayra mommy dapat rasa yang ayra seorang budak yang baik dan boleh jadi isteri yang terbaik untuk dayyan" kata tengku ayu pada ayra terimbas di kepalanya...


***********************

"Pa..pa.." ujar budak lelaki tersebut pada seorang perempuan , "Papa kerja sayang nanti kita jumpa papa ya tapi bukan sekrang" kata perempuan tersebut..

"Miss...pa..pa"

"Mama terpaksa lari dari papa sayang" kata lagi...

Hidup dia dan suaminya tidak bahagia macam pasangan lain , hari hari dirinya di jadikan tempat melepas nafsu dan tempat untuk melepaskan marah dimana dia di pukul dengan teruk sampai suatu hari dia di kejar kan ke hospital oleh kerana pendarahan yang teruk akibat dipukul oleh suaminya...

"Aku menyesal kahwin dengan kau harris , kalau aku tahu perangai kau yang sebenar aku tak akan tinggalkan dayyan demi kau" bisik camilla...

Aiman anak dia dan harris lelaki tu berusia 4 tahun , "Mama minta maaf pisahkan aiman dengan papa tapi mama terpaksa buat ini semua demi keselamatan kita sayang" kata camilla lalu rambut anaknya di kemaskan...

Camilla tahu yang anak nya terlanggar ameer dan dia hanya membiarkan sahaja , ameer dan faiz mesti mengenali dirinya bila dia bersemuka dengan mereka jadi dia membuat keputusan untuk bersembunyi...

Puas memujuk aiman akhirnya aiman tertidur di sebelahnya , phone di ambil dan media instagram di tekan lalu nama dayyan di taip , camilla stalk semua gambar dayyan dan ada satu gambar yang buatkan dia sakit hati iaitu tangan dia bersama seorang perempuan muka wanita itu di tutup dengan emoji love....

"I nak you semula dayyan , i menyesal tinggalkan you , i nak minta maaf dengan you dayyan please i ... i terlampau buta sampai i tak nampak keikhlasan cinta you pada i" kata camilla , tatapan nya mula bertukar ke tatapan geram..

"Perempuan ni , perempuan ni tak layak untuk you" bisik camilla...

wajah aiman di pandang dan ada satu idea jahat mula timbul , dia mahu kan dayyan semula dan dia akan gunakan aiman sebagai umpan nya pada dayyam kerana dia tahu dayyan akan bertanggungjawab atas aiman..

Kata dari dayyan selepas mereka bersama buat kali pertama.... "I akan bertanggungjawab sekiranya you pregnant , i janji tak akan tinggalkan you sebab i love you so much camilla dan i harap benih i ada dalam ni" kata kata dari dayyan pada camilla...

"Yes you kena bertanggungjawab" bisik camilla bila dia teringat akan kata kata dayyan....

Ayra dan wana kini dalam perjalanan balik ke kampung halaman mereka manakala rita pula tidak mengikuti mereka , pn lina memberi mereka cuti selama 5 hari untuk dia uruskan segala urusan mereka di kampung...

Sampai sahaja di halaman rumah ayra , mak sarimah dan pakcik hassan terus menyambut mereka rindu mereka tak terkira pada ayra...

"Mak , ayah" panggil ayra dan terus memeluk mak ayahnya , rumah mereka hanya papan sahaja tapi cukup cantik dan cukup kemas...

"Mak ayah ayra ada benda nak bagitahu"

"Jom la kita masuk , wana jom masuk sekali makcik ada masak lauk kesukaan kamu dengan ayra" ajaka makcik sarimah..

Sekrang mereka berada di ruang tamu , ayra menjelaskan semuanya termasuk la keluarga dayyan akan datang esok untuk meminang dirinya..

"Mak tk kesah , siapa pilihan kamu tapi keluarga dia tahu ke tentang kami? maksud mak tentang keluarga kita yang tak setanding mereka?"

Ayra mengangguk bersama senyuman nya , "Dia tahu dan keluarga dia dapat terima dengan baik , mereka tak pandang harta mak"

"Alhamdulilah , mak doakan semoga urusan kita esok hari berjalan dengan lancar" doa makcik sarimah lalu mereka mengaminkan doa makcik sarimah...

Ayra tersenyum dalam hatinya terasa lega kerana keluarga dayyan dan keluarga nya memberi kesan yang positif pada hubungan dia dan dayyan.....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience