Tepat jam 10.30 malam dayyan keluar dari biliknya dengan berpakaian agak simple iaitu hoodie dan seluar hitam bersama topinya...
"Where are you going? nak ke club lagi ke? still nak lepak tempat syaitan tu?" tegur yuhanis , Dayyan menoleh ke arah suara itu..
"Dayyan nak tenangkan fikiran sekejap , banyak masalah yang dayyan fikir sekarang ni"
Yuhanis mengerutkan dahi licinnya itu , "Masalah office?"
Dayyan mengeleng , "Habis tu masalah apa? kalau ada masalah bagitahu la akak mana tahu akak boleh tolong , kau pergi tempat syaitan tu dapat selesai kan masalah ke?" soal yuhanis..
"Just let me go" ujar dayyan dan terus keluar dari rumah besarnya itu , masalah? masalah sebab dia asyik membayangkan wajah ayra seorang gadis yang berjaya menarik perhatiannya...
"Wey ayra , aku rasakan mamat tu suka kau la" kata wana secara tiba tiba , rina terus menoleh ke arah wana sambil tangannya memegang cawan yang berisi air kopi...
"Mamat? suka? siapa?" soal rita yang mula kepoh , "Hum macam ni tengku dayyan ceo kau tu la dia datang makan lunch dekat cafe aku tu lepastu an dia asyik pandang ayra je" terang wana pada rita..
Rita tersenyum , "Serius la?"
Wana mengangguk , "Kau percaya la cakap dia ni mandai je , mana ada dia suka aku la , entah entah dia tak tengok aku pun dia tengok kau"
"Eh apa pula aku? no no no dia tengok kau aku perasaan mata dia" tegas wana..
"Okey apa , dia tu dah la handsome , kaya , tinggi and dia tu perfect" puju rita sambil menujuk ibu jarinya pada ayra..
Ayra mengeleng , "Dia suka aku ke tak ke biar la dia tu , aku tak nak pun dengan dia sebab aku tahu kedudukan dia dengan aku berbeza sangat beza"
"Macam langit dan bumi tau jadi tak payah harap lebih lebih la ya , ini semua mimpi jer" tambau ayra dan terus bangun dari duduk nya..
"Humm yelah , pergi la tidur esok nak bangun pagi kan" kata wana ayra pula mengangguk dan mengatur langkahnya ke biliknya..
Hilang sahaja kelibat ayra wana terus mengusik lengan rita , "Tengku ameer tu dah ada kekasih ke? aku suka la tengok dia senyum nampak macho"
Rita terkebil kebil , "Kau suka dia ke? kalau kau suka aku akan sokong kau , go bestfriend" ucap rita yang memberi semangat pada wana...
Wana tersenyum kecil , "Kau rajin rajin lah doakan jodoh aku dengan dia tau , okey bye nk tidur esok kerja , ha kau tu masuk tidur esok nak bangun pagi an dah pergi sana" wana menolak lengan kiri rita...
"Kau ni kenapa? macam tak ada mood jer aku tengok?" soal faiz , hairan dia dengan dayyan yang dari tadi hanya diam membisu..
"Jatuh cinta dengan pandangan pertama wujud ke?" soal dayyan secara tiba tiba , ameer dan faiz terus memandang satu sama lain...
"Asal tanya? pelik je kau ni tiba tiba tanya macam tu?" Soal ameer...
Faiz terus membulat mata apabila dia mendapat tangkap maksud kawannya itu , "Jangan cakap yang kau dah tersuka dengan perempuan cafe tu? seriusly dayyan?"
Dayyan diam , "Wow tengku dayyan ziqri falling in love" sorak ameer dengan gelak kecil nya terasa kelakar bila dayyan mula terusik dengan seorang perempuan...
"Jatuh cinta pandangan pertama tu ada je , like my mother and my dad kisah diorang dekat kolej waktu tu mama aku junior and my dad senior , hanya satu kemalangan ia merapatkan hubungan mama dan papa aku hanya di sebabkan papa aku jatuh cinta dengan mama waktu first diorng terjumpa , alhamdulilah hubungan kekal sampai sekarang and wujud la aku" terang faiz pada dayyan...
Faiz juga percaya pada cinta pandang pertama tapi entah kenapa sampai sekrang tiada seorang gadis pun yang berjaya memikat hatinya itu mungkin dia yang memilih atau jodoh belum sampai...
"Aku puas buang bayang bayang perempuan tu dari fikiran aku tapi aku tak boleh , bayangan dia terus masuk dekat kepala aku ni ha susah aku kalau macam ni"
"Lek la baby , aku tahu kau boleh pikat dia punya" sokong ameer sambil tangannya di letakkan di peha dayyan..
"Kau gay ke bodoh ? gila eeeee jijikkk" marah dayyan dan terus menolak tangan ameer yang ada di pehanya , "Ala cuba kalau minah cafe tu buat mesti kau tak marah kan?"
"Yang tu memang tak la aku nak marah , baik aku manja manja je dengan dia tapi kalau dengan kau memang tak la gila" jawab dayyan...
Ameer mencebikkan bibirnya rasa menyampah pula dengan orang yang dah angau nii , "So plan?" soal faiz yang dari tadi hanya memerhatikan bergaduhah dayyan dan juga ameer...
"Aku nak pikat dia sampai dia setuju untuk jadi isteri aku"
"What??? serius ah tengku dayyan ziqri nak kahwin?" jerit ameer dan faiz terus menghentuk kepala ameer dengan tapak tangannya..
"Bodoh diam bodoh" marah faiz , ameer pula mengangguk dengan senyuman kacaknya itu..
Dayyan mengeleng kepalanya , apa la nasib dia dapat kawan sebegitu beruk seperti ameer ni ish nasih member kalau bukan member dah lama dayyan bagi ameer ni makan kasut mahal dia ni....
**************************
"Semalam balik pukul berapa?" soal yuhanis pada dayyan , dayyan terus duduk berhadapan dengan kakaknya..
"Hey zahara , miss you sayang" tegur dayyan zahara pula sudah tersenyum besar..
"Aku balik pukul 2.00 pagi lagipun aku tk boleh tidur awal , kau tahu aku macam mana kan?"
Yuhanis mengangguk , "Sampai bila nak macam ni? tengku dayyan kau tu dah 27 tahun tau cari la isteri ubah perangai tu sikit , kalau kau stay dengan perangai kau yang duduk club macam tu memang tk la kau nak jumpa isteri"
"Tak kan la kau nak angkut perempuan club tu pula" tambah yuhanis laju sahaja kepala dayyan mengeleng , memang dak la dia nak ambik perempuan dari club sebagai isterinya...
"Tengok la nanti , tak lama lagi kau akan dpt adik ipar" kata dayyan dengan senyuman manisnya itu....
"Rita , rita tolong aku pass kan ni dekat bilik tengku dayyan boleh? aku ada hal kecemasan la" ujar jiha lalu tangan rita terus mencapai fail yang di hulur oleh jiha...
"Hal apa? akak saya bukan PA tengku"
"Hal perempuan , tahu kan akak dah tak boleh tahan dah ni takut tebus la pula" ujar jiha , belum sempat rita membalas jiha terlebih dahulu membuka langkahnya ke arah bilik air..
"Nasib kau la , ish dah la aku tak pernah jejak sana lagi baru sebulan kot aku kerja sini" bisik rita dan kakinya menuju ke arah lift..
"So kenapa kau panggil aku datang sini? semalam dah jumpa kan tak kan la dah rindu aku kot" usik faiz , Faiz mempunyai syarikat keluarganya sendiri dan syarikatnya dengan syarikat dayyan menjalankan kerjasama...
"Aku nak ajak korang makan dekat cafe semalam tu , aku nak mulakan step pertama"
faiz mengangguk faham , "Ouh tu jer ke? mesej boleh kot tak pun call apa susah , ada phone mahal tapi bodoh nak guna" bebel faiz..
"kau.."
tok , tok , tok
Dayyan mengeluh perlahan ish time dia nak membalas la time tu juga ada orang , "Come in" arah nya dengan suara yang sedikit kuat..
"Maaf mengangguk saya ke sini sebab nak pass fail ni pada tengku , jiha dia ada hal kecemasan jadi dia minta tolong pada saya" kata rita yang berdiri tepat di hadapa meja dayyan...
"Hum terima kasih , ada lagi ke?"
rita mengeleng , "Eh kejap kau ni orang baru eh? kenapa aku tak pernah nampak kau?" soal ameer dengan senyuman kerana perempuan yang ada di hadapanya ini sungguh jelita dan ayu dengan tudung yang tutup sehingga dada membuatkan rita kelihatan sungguh manis...
Faiz yang mendengarkan soalan ameer terus menoleh , "Wow cipta tuhan tak pernah tak cantik" bisiknya sendiri...
Rita mengangguk pada bertanyaan dayyan lalu wajahnya di naikkan tanpa sengaja dia terpandangan mata milik faiz yang berwarna coklat cair itu , "Sorry saya ganggu tengku saya pergi dulu" ujarnya rasa malu la pulaaa...
Hilangan sahaja kelibat rita di dalam bilik itu ameer terus melempang wajah faiz perlahan , "Aduh kau apahal?" marah faiz..
"Kau tu ha apahal , tenung macam nak terkam tu apahal bodoh? takut staff aku nanti" jawab ameer lalu faiz memberi wajah bekunya pada ameer..
"Sorry , aku sengaja lempang kau maklum la banyak dendam aku pada kau sampai tak terkira dah" sampuk ameer lagi kepalanya di tundukan rasa gementar pula nila faiz memberi tatapan maut nya..
"Ish rita kenapa jantung kau ni? tak pernah pernah macam ni apahal pula ni" ujar rita perlahan lalu tangannya di letakan pada dada entah kenapa jantungnya itu semakin laju lagi lagi waktu dia memandang ke mata seorang lelaki tadi...
"Stop please , jangan kerja melebihi masa tak baik jantungku ouh jantung" pujuk nya sendiri sambil tangannya di letakkan di dada....
Tepat waktu lunch seperti yang di rancang oleh dayyan bersama kawan kawan gila nya itu , "Order encik?" soal wana tepat memandang ke arah ammer..
"Hi , hum nak tanya la mana awek semalam tu? ada orang tengah rindu dia ni" usik ameer lalu bahu dayyan di pegang..
"Ouh itu ayra , nak saya panggil kan ke?"
"Eh tak payah , kau jangan dengan cakap monyet ni" halang dayyan padahal hatinya sudah menjerit mahu kan ayra..
Ameer tersenyum mengejek , "Awak nama apa? comel la awak ni pipi pau geram saya tengok"
Wana terus tersenyum kecil , pipinya pula terus berubah warna bila di puji oleh crush nya itu...."Malu eh ala ala comel la" usik ameer lagi..
Faiz mengeluh , "Dah la tu bodoh kita datang nak makan , kalau nak bercinta kau boleh bla dari sini meluat pula aku tengok kau ni tak habis habis mengayat perempuan" marah faiz manakala ameer mencebikkan bibirnya..
Selesai mangambil order wana terus mendapatkan ayra yang berada di dapur bersama andi dan staff lainnya , "Aku rasa tengku tu memang dah syok dengan kau" bisik wana
Ayra pula mengerutkan dahinya , apa yang di katakan wana ni dia tak faham la...."Tu ha tengku dayyan dia syok dengan kau tadi kawan dia kata dia rindu kan kau" kata wana lagi..
"Ish kau ni , diorang gurau je la dah la buat kerja kau nak kena marah ke?"
Wana mencebik , "Baru nak happy kau ni la" bebel wana lalu sambung kerjanya...
"Kau hantar nanti pesanan diornag aku nak buat kerja lain" pesan wana dan ayra mengangguk setuju....
Tak lama kemudian pesanan mereka siap di sajikan , "Ayra tolong hantar" arah andi pada ayra...
Ayra terus bawak 3 air di dalam dulang ditujukan di meja tengku , "Ha ni dia awek yang berjaya pikat hati batu tengku" sorak ameer..
Faiz terus menepuk dahinya sendiri aduh memalukan betul monyet ni , Ayra pula menayangkan senyuman nya itu....
Selesai letak air di meja ayra pun membuka langkah nya tapi di tahan , "Kejap hm nama kau ayra kan?" tahan dayyan..
Ayra membalas dengan anggukkan , "Boleh kita kenal? maksud aku kita jadi kawan? tak salahkan?"
"Tak salah tapi saya rasa macam kurang selesa , lagipun kedudukan tengku dengan saya jauh beza" tolak ayra yang terasa dirinya sememang nya berbeza..
"Ikhlas berkawan perlu ke nak tengok kedudukan seseorang?" tanya dayyan , "Maaf" ucap ayra dengan senyuman kecilnya itu..
Dayyan mengeluarkan iphone 13 miliknya lalu di hulurkann pada ayra , "Nak nombor kau boleh?" ayra diam lehernya yang tidak gatal itu di garu...
"Hum saya bukan tak nak bagi tapi saya tak ada phone , saya tak biasa guna teknologi mahal macam ni maaf sekali lagi dan selamat menjamu selera" jawab ayra sebelum dia mengankat kaki untuk beredar dari situ..
Ameer dan faiz tercengang , "First time aku tengok perempuan tolak kau , peh padu ayraa"
Dayyan menoleh ke arah ameer dengan mata tajamnya , "Bukan apa aku...aku seronok tengok kau kena tolak okey bye nak makan" ameer terus melahap makananya...
"Tunggu je ayra , tak lama lagi kau akan jadi hak aku sepenuhnya dan time tu aku akan pastikan kau tergila gila dengan bayangan aku" bisik dayyan sambil melihat bergerakkan ayra....
************************
"WHATTT ???" Jerit rita dan wana apabila ayra menceritakan tentang tengku meminta nombornya itu , Wana mengeluh perlahan sambil kepalanya di gelengkan..
"Asal kau tak bagi nombor aku? boleh kau dating dalam phone ni dengan dia , tu dah kira peluang tau ayra" ujar wana rita pula mengangguk tanda setuju..
"Tak nak la , aku dengan dia bagaikan langit dan bumi tau , dia tu kaya raya aku ni orang kampung biasa je tak nak la aku"
"Kau jangan ayra , tak nak tak nak nanti lama lama suka juga" usik rita...
Ayra diam membisu malas betul nak layan otak gila kawannya itu , dia terus bangun dan mencapai dompetnya yang ada di meja makan..
"Eh kejap nak kemana? dah malam ni ayra tak payah la keluar" halang wana tangan nya memegang lengan ayra..
"Aku nak makan burger tak thu la kenapa tpi tekak ni nak sangat makan , kejap je aku tk pergi jauh la" blas ayra lalu pegangan di lepaskan oleh wana..
Wana bangun dari duduknya kunci kereta di capai , "Eh tak payah , aku jalan kaki je dekat je la wana tk payah risau" halang ayra
"Bahaya la ayra , pergi je la dengan wana kalau ada apa apa senang" sampuk rita yang dari tadi hanya memerhatikan mereka berdua sahaja...
"Jom la" ajak ayra , "Eh kejap nak ikut takut seseoang" jerit rita tudung sarung di capai dan dipakai oleh rita...
Dayyan yang baru nak capai kunci keretanya tiba tiba mengeluh kasar bila ada tangan yang terlebih dahulu mencapai kunci itu...."Apa lagi ni?" soal dayyan tanpa memandang wajah yuhanis
"Again?" soal yuhanis tangannya di silangkan di dada , "Aku betul betul nak kan hiburan kak , please just let me go aku dah besar"
"Jangan mabuk , kalau kau mabuk aku tak thu nak jawab apa dengan papa" ujar yuhanis sambil menghulurkan kunci kereta audi milik dayyan..
Dayyan mengangguk dan terus keluar , "Kedai phone eh tapi buka lagi ke?" soal nya sendiri lalu iphonenya di keluarkan dan nombor jiha di tekan..
"Hello jiha saya nak awak beli phone yang bagus dengan kualitinya agak tiptop , tak kisah la jenama apa ? harga berapa yang penting saya nak barang tu ada di atas meja saya sebelum saya masuk , guna card yang saya bagi pada awak" arahan nya di beri dan terus memutuskan panggilan...
Selesai membeli burger wana mengajar mereka pusing pusing di area kuala lumpur , "Kereta tu ada berapa orang?" soal lelaki itu pada anak buahnya..
"Ada 3 orang semua perempuan , saya rasa diorang bukan asal kl ni boss" jawabbnya tapi matanya masih memadang kereta viva milik wana..
Lelaki itu memerhatikan mereka bertiga dari kedai burger lagi , disebabkan salah seorang telah menarik perhatian mereka dia memberitahu boss nya untuk menangkap 3 gadis itu untuk dijadikan sebagai barangan mereka....
"Follow dia , kalau ada kesempatan terus block kereta dia" lelaki itu mengangguk dan terus mengikuti kereta viva itu...
Ayra menoleh ke belakang entah kenapa perasaannya tidak sedap apabila dia memandang ke arah kereta tersebut , "Wana kita terus balik la , aku rasa macam tak sedap hati la" ajak ayra..
"Jom la , aku pun dari tadi rasa macam tu" ajak rita pula , wana terus mengangguk dan terus melajukan keretanya....Sampai je traffic light kereta wana betul betul berhenti di sebelah kereta dayyan..
"Wey tengok tu awek cafe siak" ucap ameer yang turut ada di dalam kereta dayyan , Faiz menoleh ke arah yang di katakan ameer terpaku sekejap bila dia perasaan rita turun ada disitu...
Dayyan yang mengutip mereka berdua di rumah masing masing , katanya malas nak keluar tapi kalau di ambik oleh tengku dayyan mereka on jadi terpaksa la...
"Follow diorang jom , aku nak tahu gak mana rumah awek pipi pau tu"
Dayyan mengelengkan kepalanya , "Asal? ala jom la aku nak tengok je bukan nak buat bukan bukan pun" paksa ameer
"Kau ni kenapa nak thu rumah diorang? sibuk dok kau" marah faiz sambil matanya masih pada rita....Mereka bertiga tak akan nampak siapa oleh kerana tingkap kereta dayyan agak gelap dan sukar untuk nampak bahagian dalam...
Traffic light bertukar hijau sahaja mereka pun jalan , "Eh bukan belok ke kita? asal kau terus je ni?" soal ameer pada dayyan
"Nak tahu rumah awek pau kau tu kan , ha aku ikut jer la sebab kau kawan aku" jawab dayyan padahal dia nak tahu di mana ayra duduk...
"Kau tu nak tahu ayra kan? macam aku tak thu" dayyan diam dan fokus mengikuti kereta viva putih itu....."Alaaaa lambat doh kau" marah ameer disebabkan mereka berhenti di traffic light manakala viva wana itu terlepas...
"Kejap la , aku nampak la" marah dayyan , ameer mencebik...
"Ayra kalau balik rumah kita diorng thu la rumah kita kat mana , aku rasa better kita lari je maksud aku rumah pura pura" terang wana yang dari tadi cukup tegang..
ayra mengangguk , "Kereta tu dah tak ada" kata rita dan mereka terus melepaskan nafas lega tapi entah kenapa tiba tiba sahaja kereta wana tersenguk senguk...
"Ala viva jangan sekrang please , risau ni weyy" ucap wana pada keretanya dan tak lama tu keretanya terus mati sendiri...
"Kau masuk jalan mana ni wa? kenapa sunyi semacam je ni?" soal rita dan terus menoleh ke luar untuk memerhatikan kawasan tersebut..
"Aku tk thu , aku main masuk je wey sebab aku tengh takut so aku masuk je mana ada , aku tk nak diorang ikut sampai rumah" jawab wana..
Wana menoleh ke luar lalu meraup wajahnya , rambut yang di leraikan itu di ikat tinggi sebelum dia keluar dari perut kereta...."Aduh asal gelap sangat jalan dia ni? aku ingat sini ada rumah" bisik wana sendiri....
Di sebabkan perasaan takut tu menguasai diri dengan fikiran yang agak terganggu , dia sendiri tak thu kemana dia jalan dan di mana dia sekarang sebab dalam fikirannya hanya mahu mengelakkan kereta tu mengikuti mereka....
"Macam mana ni? aku takut la" ayra terus memeluk rita yang ketakutan , "Sabar kejap je aku call orang bengkel kejap" jawab wana dan terus mengeluarkan phonenya.....
Baru wana nak meletakkan phonenya di telingan tiba tiba ada tangan yang merampas phone wana , Wana menoleh alangkah terkejut nya dia bila nampak 4 orang lelaki yang memakai topeng dan tangan mereka memegang kayu...
Ayra terus menarik lengan wana untuk dekat ke arahnya , dalam hati nya menjerit jerit dan berdoa supaya ada hamba allah yang sudi membantu mereka.....
Share this novel