BAB 9

Romance Series 28783

Hari ni adalah hari yang istimewa bagi ayra akan menjadi tunang kepada tengku dayyan , Majlis diadakan di kampung ayra oleh kerana itu permintaan keluarga ayra jadi keluarga dayyan tidak bermasalah...

Manakala majlis akad nikah pula hanya diadakan di rumah milik keluarga dayyan , sanding pula akan berlangsung di hotel....

"Ayra cantik sangat sebab tu dayyan jatuh hati pada ayra" puji tengku ayu...

"Terima kasih mommy" ucap ayra rasa malu pula bila tengku ayu memuji dirinya , Selesai menyarung cincin tengku ayu memanggil dayyan untuk bergambar bersama...

"A..awak jangan pandang macam tu , sa..saya tak selesa la malu" kata ayra perlahan cukup dia dan dayyan sahaja dengar...

"Honey you so beautiful dan mata saya tak boleh nak alih dari awak" ayra tersenyum argh dia malu apabila dayyan memuji dirinya rasa macam nak sorok je muka tu....

Dayyan yang memandangan wajah ayra tu tersenyum dia tahu sang tunang sedang malu , "Honey i love you" bisik dayyan cukup romantik di dengar.....

Selesai sesi bergambar dayyan meminta diri untuk keluar , dia bersandar di keretanya sambil menikmati angin kampung manakala ayra pula masih berbual dengan tengku mariam dan tengku ayu..

Bunyi telefon sedikit sebanyak menganggu ketenangan dirinya tanpa menunggu lama dayyan terus menjawab panggil telefon itu..."Hello dayyan sorry bro aku tak dapat datang majlis kau"

Dayyan tersenyum , "Tak apa la , aku faham kau sibuk dengan syarikat keluarga kau is not big deal bro" jawab dayyan pada sharif..

"Aku nak ucapkan taniah pada kau , jaga ayra tu baik baik sebab kalau kau lepaskan dia aku yang akan ambik dia dari kau"

Dayyan terdiam , "Hahaha aku gurau jer la kau ingat aku ni jahat sangat ke sampai nak hancurkan kebahagian sedara aku sendiri"

Tapi kenapa gurauan sharif seperti amaran baginya , Fikiran yang negatif dayyan cuba buang jauh dia tak nak menrosakkan hubunganya dengan sharif.....

"Aku tahu kau sayang aku" usik dayyan dan terdengar bunyi orang muntah tapi di buat buat siapa lagi kalau bukan sharif...

"Dah la bro , aku kena pergi ni ada meeting urgent" ujar sharif dan mereka pun sama sama menamatkan panggilan itu...

Sharif mengeluh perlahan , "Kenapa kau selalu dapat yang terbaik dari aku? kau selalu berada di atas aku dan aku berada di bawah kau sampai keluarga aku bandingkan kau dengan aku , tapi tak apa dayyan aku tetap sayang kau tapi kali ni aku tak akan berdiam diri sebab aku mahukan ayra" bisiknya sendiri....

Rita yang menunggu lift itu sibuk memandang screen phonenya , "Cantiknya ayra alaaa tak dapat nak tengok diorang tunang" kata rita perlahan lalu kakinya melangkah masuk ke dalam lift...

Staff lain pula pelik memandang ke arah rita aik dia tak perasaan ke siapa belakang dia , tapi lelaki itu membuat signal supaya staff lain jangan masuk dan mereka semua berdiri di luar lift....

"Korang tak masuk ke?" soal rita bila perasaan dirinya seorang sahaja yang berada di lift itu , "Kau pergi dulu la aku ada hal bye" jawab staff lain dan pintu lift pun terus tertutup....

"Pelik la , tak apa la baik aku tengok gambar ayra je" bisik rita dan sambung belek phonenya , "Argh cantik nak kahwin jugaaa" ujar rita...

Tengah syok belek gambar rita secara tiba tiba rita rasa ada sesuatu di belakangnya , "Nafas? nafas siapa pula ni?" soal rita pada dirinya...

Tanpa buang masa rita terus memandang ke belakang , hidungnya berlaga dengan hidung milik tengku faiz itu membuatkan tengku faiz tersenyum rita pula mengundurkan beberapa langkah kebelakang...

"M..maaf tengku faiz saya tak sengaja , saya tak perasan" Rita menundukan wajahnya

"Nak kahwin?"

"Kahwin?" soalan di balas soalan..

Faiz mengangkat kening sebelah kanan , "Yup kahwin, kau nak kahwin ke? dah ada calon?"

Rita mengeleng , "Tak ada tapi tengah mencari yang sesuai , tengku pun mesti nak kahwin kan?"

Faiz mengangguk , "Mesti la dan aku dah ada calon tunggu masa yang sesuai untuk aku lamar dia je" kata faiz dan pintu lift pun terbuka..

"Kalau nak lamar girlfriend tengku , humm tengku kena la cari tempat yang indah indah gitu baru la sweet kan"

Rita tersenyum , "Hehe maaf , saya cuma bagi idea jer" ujar nya dan terus keluar dari lift tersebut...."I will you just wait and see baby" bisik faiz senyuman terbentuk di bibir faiz...

*********************


Kini sudah seminggu lebih ayra menjadi tunangan pada tengku dayyan , hubungan mereka pula makin lama makin bersemut dengan perkataan manis dari dayyan untuk ayra...

"Semua bersiapan mommy dengan kak yuhanis dah settlekan , awak just pasang badan je nanti kita try baju nikah dengan baju sanding" kata dayyan matanya masih fokus memandu...

Ayra mengangguk sambil tangan belah kiri nya mengusap perutnya , jangan tanya tangan kanan ya sebab tangan tu sudah di kunci erat oleh tengku dayyan...Mereka baru balik dari beli barang keperluan untuk majlis mereka jadi ayra rasa kepenatan sikit dan rasa tidak selesa di bahagian perut nya itu...

"Kenapa ni hmm? tak sihat ke? dari tadi lagi awak tak banyak cakap macam selalu?"

"Sa..saya humm ada sakit sikit" jawab ayra , mendengarkan itu dayyan terus berhentikan keretanya di bahu jalan lalu badan di pusing untuk menghadap ayra...

"Mana sakit? teruk ke honey? nak ke klinik or hospital? tell me honey" bimbang dayyan...

Ayra tersenyum rasa tersentuh pula bila dayyan mengambil berat tentang dirinya , "Awak saya okey je lagipun saya kena sakit perempuan"

Dayyan berkerut , "Period pain" mendengarkan jawapan dari ayra baru dayyan mengangguk faham tapi dayyan tetap merisaukan keadaan ayra disebabkan perion pain wajah ayra memucat sedikit tapi tetap cantik di mata dayyan...

"Hmm biasa nya kalau period pain honey buat apa?" tangan ayra di usap perlahan....

"Saya rehat je la , lagipun period pain benda biasa untuk perempuan dan saya kuat untuk tahan period pain ni"

"Honey you want something? like snack or chocolate?" tanya dayyan prihatin lalu dihadiahkan dengan senyuman manis pada ayra...

"Coklat boleh?" soal ayra dengan mata bersinar sinar jarang perempuan tolong kalau bab makan ni , dayyan mengangguk lalu kepala ayra di usap perlahan apa sahaja yang cinta hatinya mahu kan mesti di turuti oleh tengku dayyan...

Dayyan meneruskan perjalanannya dan singah di satu kedai runcit yang berhampiran dengan mereka , "just coklat? selain dari tu?"

"Coklat itu je?" soal dayyan sekali lagi untuk mendapat kepastian dari ayra... "Air mineral takut haus nanti makan coklat" dayyan mengangguk...

"Stay like this okey , i love you" ucap dayyan sebelum keluar dari keretanya..

"Love you too" jawab ayra perlahan sambil memerhatikan dayyan yang mula menjauh , "Saya beruntung dapat awak terima kasih sebab terima saya seandainya" bisik ayra sendiri...

"Aiman sudah , banyak coklat yang awak dah beli" halang camilla pada anaknya , "Mama satu lagi please"

Aiman yang mahu berlari masuk ke kedai runcit tu di tahan oleh camilla , lengan anaknya di pegang erat takut anaknya terus lari darinya nanti dia juga yang susah....

Camilla mengeluh perlahan , "No sayang , kita balik sekrang ya mama tak sihat ni sakit tekak suara mama pun dah berubah ni" tegas camilla dan aiman terus menangis di situ....

Dayyan yang baru keluar dari kedai tu terpandang ke arah aiman tanpa rasa ragu ragu dia terus mendekati dirinya pada budak kecik itu , "Hey buddy kenapa menangis ni?" soal dayyan sambil mengusap perlahan kepala aiman..

"Coklat , mama tak kasi"

Dayyan memandang wajah camilla tapi dia tidak mengenali siapa wanita itu kerana camilla memakai mask , Dayyan mengeluarkan 1 coklat di beg plastik miliknya lalu di hulurkan pada aiman...

"Terima kasih uncle kacak"

"Kacak? kenapa panggil uncle kacak?" tanya dayyan , "Sebab uncle memang kacak , sama macam papa aiman"

"What you name buddy?"

"Aiman , muhammad aiman redza bin mohammad harris" ..... Dayyan mengangguk perlahan , "So aiman jangan nakal nakal okey dan dengar kata mama , promise me?"

"Promise uncle kacak" jawab aiman dengan riak wajah gembiranya...

Camilla terdiam , Dayyan pula tersenyum manis pada aiman dan juga camilla lalu note 50 di bagi pada aiman...

"Encik kenapa encik bagi dia duit?" soal camilla pula , "Biar la duit tu dia nak beli apa pun aku suka kan budak budak jadi tak salah"

"Uncle pergi dulu ya , tunang uncle dah tunggu tu kesian tunang uncle tak sihat ada rezeki kita jumpa lagi ya aiman" ujar dayyan dan terus beredar dari situ..

"You tak pernah berubah dayyan , you tetap bergaya dan you tetap sukakan budak budak" bisik hati camilla rasa lega bila dia melihat dayyan melayan aiman dengan baik walhal dayyan tidak mengenali dirinya...

*******************

Selepas sahaja dayyan solat isyak , dayyan terus keluar dari rumahnya untuk melepak bersama faiz dan ameer di cafe , sejak ayra menerima lamaranya dayyan langsung tidak menjejak ke club malam lagi...

"Aku tengok muka kau happy je , bahagia betul kau dengan ayra kan? padahal baru bertunang belum lagi kahwin , kalau dah kahwin bersinar terus muka kau" usik ameer

Dayyan memberikan senyuman senget , "Dia buat aku bahagia jadi aku kena la bagi muka bahagia tak kan nak sedih sedangkan aku tengah bahagia , bodoh betul soalan kau" jawab dayyan selamber badak je cakap orang bodoh...

Faiz tergelak kecil , dia sebenarnya nak memberitahu tentang budak yang melangkah ameer tempoh hari tapi ameer mengarahnya untuk berdiam sahaja kerana mereka tak pasti tentang budak tu jadi mereka membuat keputusan untuk lupakan sahaja...

"Aku bahagia dengan ayra , dia pandai ambik hati aku , aku rasa bahagia sangat dengan dia , lagi lagi dia faham dengan kerja aku dan dia tak pernah buat aku bosan" ucap dayyan tanpa sedar dia mengukirkan senyuman yang paling manis...

Faiz dan ameer pula memandang satu sama lain kerana jarang sekali dayyan senyum sebegitu rupa tapi mereka tumpang bahagia dan seronok dengan berkembangan dayyan...

Tengku sharif memerhatikan ayra yang sibuk melayan pelanggannya , sebelum masuk ke dalam cafe tengku sharif menarik nafas panjang dan melangkah masuk...

"Ayra" panggil sharif dan ayra terus menoleh ke arah orang yang memanggilnya , "Tengku sharif hmm tengku nak order apa apa ke?"

"Boleh jumpa dekat luar kejap? saya ada benda nak tanya awak sekejap je" ajak sharif dan ayra pun setuju dengan ajakkan sharif lalu mereka pun keluar dari cafe tersebut...

Sharif tersenyum , sejak ayra menjadi tunangan dayyan mesej dia pada ayra langsung tak di balas , call pun ayra tak pernah angkat..

"Kenapa awak tak angkat call saya? mesej awak tak balas pun , awak tahu tak saya risau dengan awak" kata tengku sharif pada ayra..

"Tengku , saya bukan tak nak balas atau angkat tapi saya betul betul sibuk"

"Kita tetap berkwan kan? saya tahu status awak tapi salah ke kalau kita tetap berkawan ? lagipun saya ikhlas nak berkawan dengan awak dan tengku dayyan tu sedara saya jadi tak ada masalh pun kan"

Ayra tidak menjawab , memang ayra sengaja tak nak balas dan tak nak jawab panggilan dari sharif sebab dia perlu menjaga perasaan dayyan walaupun sharif sedara rapat pada dayyan...

"Honey" Panggil dayyan dari arah belakang sharif , "Awak" dayyan terus memberikan senyuman manis pada ayra lalu jemari ayra di paut....

"Eh kau kenapa dekat sini? kau nak lunch sini ke?" soal dayyan yang baru perasan akan kehadiran tengku sharif , tengku sharif tidak menjawab malah dia memandang ke tangan mereka yang saling berpegangan itu...

"Haa aku memang nak lunch sini , ayra kan kawan aku juga dan tak lama lagi dia dah jadi ahli keluarga kita"

Dayyan mengangguk , "Honey dah makan?" ayra mengeleng..."Belum waktu rehat saya lagi tapi kenapa awak awal sangat sampai ni? saya kan dah bagitahu saya rehat pukul 1.30 nanti"

"Saje nak tengok muka awak sebab saya rindu" ucap dayyan , sharif yang mendengarnya mula membuak buak cemburu..

"Dah alang alang kau ada ni , kau nak join lunch sekali? " soal dayyan pada sharif tapi sharif mengeleng..

"Aku tak nak kacau orang bercinta , tak apa la aku nak balik office dulu ada meeting kejap lagi bye ayra , gerak dulu bro"

Dayyan mengangguk dan bahu sharif di tepuk perlahan lalu sharif pun beredar dari situ , "Honey lepas kahwin berhenti kerja okey , aku nak kau kerja dekat rumah je nanti"

"kerja apa? awak ada buat business lain ke?"

Dayyan tersenyum , senyuman bermakna baginya.... Kepala nya di dekatkan di telinga ayra lalu dayyan berbisik...

"Kerja layan saya , dapat pahala kalau ada rezeki dapat baby twins"

Ayra menjeling lalu lengan dayyan menjadi mangsa cubitan ayra , "Aduh honey it hurt honey"

"Gatal dan itu adalah ubat untuk orang gatal macam awak , kita belum kahwin awak dah cakap macam ni malu la" ujar ayra lalu masuk ke cafe meninggalkan dayyan di belakangnya...

Tanpa mereka sedar ada orang yang iri hati dengan kemesraan mereka dan kebahagian mereka berdua , beliau bertekad mahu merampas kebahagian yang di perolehi mereka dengan apa sahaja cara....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience