BAB 27

Romance Series 28783

"Hi , suprise" kata khai sambil tersenyum sinis. Camilla terkaku mulutnya seperti di gam pula, banyak bersoalan yang berlegar di fikirannya. kenapa khai ada disini ? kemana khai pergi selama ini ?.

"Aku tahu kau banyak soalan yang nak di tanya tapi simpan la dulu. Aku malas nak bersoal jawab dengan kau" kata khai lalu punggungnya di laburkan sebelah tengku faiz.

"Tak faham ? kenapa you ada dekat sini dan kemana you pergi selama ni? lepas je sharil pergi langkawi you terus lesap?" soal camilla.

Dia memandang wajah tengku dayyan yang hanya beriak tenang , kemudian wajah suaminya di pandang. Seperti ada sesuatu yang dia tak tahu dan di rahsiakan oleh mereka semua.

"Aku yang tangkap dia , aku suruh dia buat pilihan sama ada aku atau sharil. He made a wise decision, which was to work under me. So he's my man, he's the one who told us everything. He told us all your plans with sharil" terang tengku faiz.

Khai pula mengangguk sahaja , teruk juga dia di belasah oleh mereka bertiga. Pada mulanya dia agak susah untuk menceritakan semuanya tapi bila di tawarkan benda baik. Semestinya dia terima dan sekarang dia berkerja dengan tengku faiz.

"Tengku sharil tak tahu?" khai mengelengkan kepalanya.

"Dia ada buat satu rancangan , dia nak bunuh tengku dayyan. Lusa dia akan balik kl dan start situ dia akan mulakan rancangan jahat dia tu dan kau termasuk dalam list dia " ucap khai.

Camilla terkejut dengan ucapan khai , dia termasuk dlam list tengku sharil ? Camilla terus memandang harris di sebelahnya , harris pula hanya tersenyum.

"Hubby tak akan biarkan dia sentuh sayang" ujar harris lembut lalu pipi isterinya di kucup lembut

tengku halim dan tengku ayu turut terkejut bila khai menceritakan semuanya pada mereka. Pada mulanya tengku ayu tidak percaya , selepas sahaja khai menujukkan bukti baru la dia percaya.

Pasal camilla dan tengku dayyan di kereta turut di beritahu pada ayra. Sewaktu kejadian , tengku dayyan terkena ubat peransang mujur dia hanya letak setitis dua kalau lebih mungkin mereka akan hanyut.


~FLASHBACK~


"Simbah je la dia ni air , nak tunggu dia bangun lambat betul la. Dia ingat dia tidur hotel ke siak" marah tengku ameer pada tengku faiz.

Hampir 4 jam khai tidak sedarkan diri mungkin tengku faiz memukul kepalanya agak kuat. Tengku faiz mengangguk setuju , kalau nak tunggu khai ni bangun memang lambat la kerja mereka nak siap.

"Cantik" kata tengku ameer dan terus menyimbah satu baldi pada khai. Habis basar kuyup khai di kerjakan olehnya , mata khai mula terbuka perlahan - lahan rasa sakit di kepalanya semakin menyengat bila terkena air.

"Sa...sakit" adu khai perlahan , tengku ameer dan tengku faiz pula hanya memerhatikan sahaja , tiada rasa mahu menolong ataupun simpati.

"Dah bangun ? kau tahu tak berapa lama kitorang tunggu kau bangun ? kau ingat kau tu tuan raja ke ? sleeping beauty gituw ?" bebel tengku ameer lalu dia melayangkan tumbukkan padu di pipi bahagian kiri khai.

Khai hanya mampu menahan sakit yang dia rasa , nak layan tapi tangan dengan kakinya di ikat jadi dia hanya mampu merintih kesakitan.

"Cakap dengan aku apa yang boss kau dah rancang ? apa yang kau dah buat pada dayyan dan ayra ? aku nak dengar semuanya dan aku tak nak kau tinggal satu celah pun" arah tengku faiz sambil tangan kedua - dua berada di kocek.

Khai tersenyum sinis , "Aku tak akan khianat boss aku dan aku tak akan sesekali kerjasama dengan korang" tolak khai.

"Itu pilihan yang tidak beberapa bijak sebenarnya tapi tak apa la , jom kita bermain" balas tengku ameer dan tersenyum bermakna pada khai..

Bilik itu hanya kedengaran rintihan orang menahan sakit , hampir setengah jam dia terseksa dek kerana di pukul dan di seksa oleh tengku ameer dan tengku faiz. Mereka bukan bermain dengan kata - kata , apa yang mereka cakap itu la yang mereka akan lakukan.

"Sto..stop" ucap khai , Tengku ameer yang baru nak melayangkan tongkat besi di badan khai itu terus berhenti.

"Arahan aku simple , cakap dan cerita semua nya itu je apa yang kau susah sangat nak cakap ni ?" marah tengku ameer.

Tengku faiz yang melihat itu mendehem perlahan sebelum bahu tengku ameer di tepuk , tengku ameer terus memberi laluan pada tengku faiz dan dia mencampakkan besi ke tepi.

Tengku faiz menarik satu kerusi dan letak di hadapan khai , punggungnya di laburkan di kerusi itu. Tangan di silangkan pada bahagian dada bibirnya pula tidak terlepas dengan senyuman sinis.

"Tak payah nak susah - susah , aku bagi kau dua pilihan. Ikut kepada kepandaian kau sebab pilihan yang akan aku buat ini tak ada ada peluang untuk kali kedua" kata tengku faiz riak wajahnya tenang sahaja.

Tengku ameer memandang tengku faiz. Sejak bila ada dalam plan ni? bukan ke diorang kena korek rahsia dari khai ? sekarang macam lari plan je ?.

"Kerja under aku atau kau nak aku laporkan kau pada pihak polis ?" soal tengku faiz.

"Wey under kau ? apa benda siak?" tanya tengku ameer hairan.

Tengku faiz tidak menjawab malah dia memandang wajah khai dengan riak yang sangat tenang. "Work under me or do you want to sleep in jail?" soal tengku faiz buat kali kedua pada khai.

"Apa yang aku dapat kalau kerja bawahan kau?" soalan di balas soalan. Tengku faiz tergelak kecil apabila disoalan sebegitu , dia kemudian memandang tengku ameer.

"Kau tak akan di penjarakan , keluarga kau selamat dan yang paling penting..."

Ayat tergantung membuatkan khai semakin berdebar entah kenapa dia dapat merasakkan tengku faiz tahu tentang masalah yang dia hadapi sekarang.

"Kos pembedahan mak aku , aku akan tanggung 100 peratus aku akan tanggung sampai mak kau sihat. Segala terapi , segala ubat - ubatan aku akan tanggung"
Khai agak terkaku , "Aku tahu kau buat sebab kau perlukan duit , pembedahan mak aku perlukan kos yang sangat tinggi sebab tu kau buat kerja bodoh macam ni kan?" khai diam..

Hampir 10 minit ruang itu sunyi tiada sebarang bunyi dan akhirnya tengku faiz memecahkan keheningan itu , "Tak nak ? okey fine aku dah buka offer yang sangat lumayan tapi kau tolak so bersedia duduk penjara" ucap tengku faiz..

"Aku nak" jerit khai , Dia perlu memikirkan keadaanya maknya yang semakin tenat itu. Tengku faiz tersenyum kemenangan , see bukan susah pun nak kerjasama kan?.

"Dah tu cerita la sekarang" jerkah tengku ameer , terangkat kedua belah bahu khai dek kerena terkejut. Mereka hanya mendengar segala cerita yang dibuka oleh khai dengan tenang.


~ END FLASBACK ~


"Sekarang kau under diorang la ? habis tu sharil macam mana ?" soal camilla. Dia bukan apa cuma dia risau akan keselamatan khai , bukan dia tak kenal tengku sharil yang sanggup buat apa sahaja yang penting matlamat dia berjaya.

"Don't worry , aku backup dia. lusa plan kita akan berjalan dan kau.." tengku dayyan arahkan jarinya ke arah camilla.

"Aku nak kau jadi umpan dia" sambung tengku dayyan , harris yang mendengar itu terus membantah. Dia tak gila lagi nak biarkan camilla jadi umpan sharil kerana dia bimbang sesuatu yang buruk terjadi pada camilla , sudah la hubungan mereka baru baik.

"Gila ke ? no aku tak izinkan" bantah harris tegas.

"Camilla dia pernah berkerjsama dengan sharil jadi apa salahnya camilla jadi umpan dia ? kau nak tunggu apa lagi harris ? aku nak bini aku terluka ke sebab kedegilan kau tu ?" amuk tengku dayyan.

"Bukan macam tu dayyan , kau kena faham sekarang sharil dah tahu camilla khianat dia. kalau dia bunuh camilla sebelum sempat kita selamatkan dia macam mana ? kau nak anak aku membesar tanpa kasih sayang seorang mak ?" lawan harris pula.

Ayra yang melihat keadaan tegang itu mula bersuara , dia yakin dia boleh buat dan dia kesiankan aiman kalau terjadi apa - apa pada camilla aiman turt rasa sedih.

"Biar saya jadi umpan sharil"

"No , sayang mengandung. Abang tak nak terjadi apa - apa pada sayang ataupun baby" ayra tersenyum. Pantas dia mencapai kedua belah tangan tengku dayyan dan di usap lembut.

"Sharil nak ayra , jadi kalau ayra jadi umpan aku rasa semua nya akan berjalan dengan lancar. Sharil tak akan berani apa - apa kan ayra sebab dia sayangkan ayra" sampuk tengku faiz pula.

Tengku dayyan memandang tepat pada wajah isterinya , pandangan di alih kepada kedua ibu bapanya.

"Insha allah semuanya akan berjalan dengan lancar. Mummy yakin ayra kuat dan sharil akan tertangkap" pujuk tengku ayu pula.

Tengku dayyan mengeluh perlahan , lalu kekura tangan ayra di cium untuk menyalurkan rasa cinta pada ayra. Dia terpaksa izinka ayra melakukan hal berbahaya ini dan dia berharap sharil tidak melakukan hal bodoh pada ayra.

"Carefull , i love you" kata tengku dayyan , cukup perlahan hanya dia dan ayra sahaja yang mendengar. Ayra mengangguk laju sesekali dia mengusap lengan suaminya itu.

*******************

Jejak sahaja di klia malaysia tengku sharil tersenyum lebar. Dia baru sahaja mendapat teks dari ayra , ayra mengajak dia berjumpa di sebuah cafe. Tanpa membuang masa dia terus memecut ke cafe yang telah di tetapkan oleh ayra.

Hampir 30 minit , baru la tengku sharil tiba di cafe tersebut. Puas dia melilau sehingga ada satu tangan yang melambai ke arahnya dengan pantas dia ke arah itu.

"Maaf saya lambat , jalan jem tadi" kata tengku sharil dan melaburkan punggung dihadapan ayra. Ayra mengangguk faham , dia cuba tenangkan dirinya walhal dia turut rasa gementar.

"Ada apa nak jumpa saya ? bukan ke dayyan tak lepaskan awak keluar seseorang ?"

"Humm , boleh tak awak jangan cakap pasal dia ? saya rasa menyesal sebab bagi peluang kedua pada dia. Dia tipu saya lagi sharil , dia curang" jawab ayra.

Air mata mula mengalir itu di sekat dengan menggunakan tisu. Dalam diam sharil mengukirkan senyuman sinis , dia rasa gembira dengan khabar yang baru dia dengar.

"Senang cerita awak cerai je dengan dayyan dan kahwin dengan saya , saya janji saya tak akan sesekali sakit kan awak" ujar tengku sharil sambil memegang tangan ayra.

Ayra mahu sahaja menepis tapi dia perlu berlakon dan menjiwai wataknya , "Betul ke awak cinta kan saya ? betul ke awak upah camilla untuk hancurkan hubungan saya dengan dayyan ?" soal ayra.

Tengku sharil tergelak sinis , "Yes , betul saya cinta kan awak ayra. Cinta saya pada awak terlalu dalam sampai saya rasa saya dah mula obsess dengan awak dan tekaan awak sekali lagi betul"

"Saya berkerjasama dengan camilla dan upah orang untuk hancurkan rumah tangga awak dengan dayyan dan sekarang saya puas sebab rumah tangga awak dah hancut lebur. Saya juga yang upah orang untuk letak pilk perasang dalam minuman dayyan biar dia sentuh camilla tapi sayang , dayyan dapat tahan nafsu dia tapi saya suka bila awak percayakan gambar tu"

Ayra hanya mendengar sahaja sedikit sebanyak tikah laku sharil agak menakutkan sehingga dia terpaksa menarik tangannya dari pegangan sharil.

"awak pegang kuat sangat , tangan saya sakit" aduh ayra yang cuba menutup ketakutannya. "Sayang kita kahwin okey ? lepas awak cerai dengan dayyan awak duduk dengan saya sehingga awak bersalin dan anak tu kita bagi je orang sebab saya tak nak awak simpan anak dari benih si sial tu" ujar tengku sharil dan menarik tangan ayra supaya berada di genggaman nya.

"Sharil sakit" adu ayra. Dia memandang seorang anggoto polis yang menyamar menjadi orang awam dan duduk di belakang mejanya , isyarat mata di buat oleh ayra.

Dengan pantas dua orang polis itu bangun dan terus memegang bahu tengku sharil , "Apa korang ni ? korang siapa? " soal tengkus sharil.

"Diam dan ikut kami ke balai" tegas salah seorang anggota polis itu. Dia manahan badan sharil dan seorang lagi mengari pengelangan tangan sharil agak tidak lari dari mereka.

"Ayra apa awak buat ni ? kenapa awak buat saya macam ni ayra ? awak kata awak nak hidup dengan saya?" tanya tengku sharil.

Ayra hanya mengeleng dan alangkah terkejutnya dia bila tengku roslan dan tengku mariam melangkah ke arahnya. Wajah mereka , wajah yang di hiasi dengan riaksi kecewa , sedih dan marah.

"Bawak dia ke balai. Jantungkan hukuman yang sesuai dengan apa yang dia da buat pada mereka" kata tengku roslan dengan dingin.

Kedua anggoto polis itu terus membawa sharil ke kereta polis , jeritan tengku sharil di abaikan. Mereka turut rasa kecewa bila dapat tahu semua ini dari mulut anak mereka sendiri. puas mereka dengar dan menidakkan tapi ini semua kenyataan yang perlu mereka telan.

"Sayang" panggil tengku dayyan dan terus memeluk tubuh genit ayra. Wajah ayra di tekup sehingga pipi tembam ayra menjadi bulatan yang comel.

"sayang okey? tangan sayang , dia sentuh and i don't like him touching my property" ucap tengku dayyan. Jari - jemari ayra di kucup lama sehingga ayra tergela kecik melihat suaminya di kuasai cemburu.

"Alhamdulilah segalanya selesai , aku tak sangka sharil ada sifat macam tu pada sedara dia sendiri. Tapi roslan , aku nak cakap yang aku tak marah pada kau dan mariam. Hubungan kita masih baik - baik , inshallah sharil keluar sahaja dari sana aku yakin dia berubah" kata tengku halim dan menepuk bahu tengku roslan perlahan.

Ayra dan tengku dayyan hanya memerhatikan sahaja , dalam hati mereka mengucapkan jutaan syukur kerana masalah mereka sudah pun selesai dan hanya perlu tunggu hukuman yang akan di hadapi oleh sharil nanti....

*
*
*
*
*
*
Hai , Saya sahaja nak cakap yang hak milik ku ada lagi dua bab sahaja , selepas sahaja hak milik ku tamat saya akan berehat sekejap dari menulis dan bila comeback itu saya tak tahu tapi apa yang boleh saya cakap. Saya akan berehat sekejap sahaja dan kembali dengan novel baharu. Saya harap awak semua boleh menunggu saya dengan penuh kesabaran , Selamat berpuasa wahai pembaca yang setia dengan novel saya tanpa rasa bosan. HAPPY READING GUYS.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience