BAB 21

Romance Series 28783

"Leganya dah sampai rumah" kata wana lalu melaburkam punggungnya di sofa lembut itu badannya terasa penat selepas berjumpaan tadi mereka terus balik , rita memandang wajah wana sekilas lalu nafas beratnya di lepaskan...

"Kau rasa kita patut rahsiakan keberadaan ayra dari tengku dayyan ke?"

Wana memandang rita , "Habis tu? kau nak bgitahu pada tengku dayyan ke? kau tak kesian ke dengan ayra?" soalan di balas soalan

"Tapi kau tengok tadi kan? tengku dayyan betul betul sedih , mata dia sembab , dia macam tak bermaya je wana padahal belum seminggu lagi tpi dia dah macam tu, kalau seminggu kau rasa apa jadi dekat tengku dayyan?" ujar rita dan duduk di sebelah wana...

"Kita biarkan ayra tenang dulu dekat sana , aku tak nak ayra stress lagi lagi dia mengandung jadi aku tak nak ayra sakit" jawab wana pula..

Rita akhirnya mengangguk , dia kesian pada ayra dan turut simpati pada tengku dayyan yang seakan akan terpukul dengan kepergian ayra tanpa tahu dimana isterinya berada sekrang dengan keadaan mengandung lagi tak senang duduk di buatnya...

"Okey la kalau kau cakap macam tu , aku cuma kesian pada tengku dayyan tadi pun dia dah terangkam semuanya pada kita kan , dia sendiri tak tahu kena dia boleh bertindak macam tu"

Wana mencebik , "Kau tak rasa ke tu macam pil perangsang sebab gaya tengku dayyan cakap tu macam ya"

"Tiba tiba je nafsu dia boleh naik membuak kan?" tambah wana dan rita hanya diam tidak mengangguk mahu mengeleng...

"Entah la , kita siasat la dulu jangan la main tuduh je tak baik la" arah rita dan sekali lagi bibir wana dicebikkan...

Rita memang tidak suka bergosip mahu pun bercerita tentang orang , berbeza dengan wana yang suka bergosip manakala ayra pula berada di tengah tengah suka dan tak suka...

Dayyan melangkah masuk ke bilik dia bersama ayra , terasa sunyi akan tetapi bau ayra masih segar di bilik itu..... "Bau awak dapat menyenangkan abang honey , abang rindukan ayra" kata dayyan tubuhnya jatuh di hadapan pintu bilik mereka..

"Abang akan bagi honey masa , tpi please jangan lama sangat honey because i miss you so much" ucap dayyan sekali lagi...

Dayyan gagahkan dirinya untuk bangun langkahnya di bawah ke arah almari , dayyan terpandang satu baju berwarna hitam dan jelas itu ada baju milik ayra laju tangan dayyan menarik dan mencium baju itu..

"Abang tak kuat.....honey" bisik dayyan dan mencium baju itu lama , dia berharap dengan cara ini rindunya terubat paling tidak sedikit pun tak apa janji rindunya terubat kerana dia tak mampu nak menahan perasan rindu yang mengunung itu....

**************
Dayyan menarik nafas panjang sebelum dia melangkah ke arah camilla dan aiman yang menunggunya dalam cafe , ikutkan dia mahu sahaja menolak tpi bila melibatkan aiman dia lemah sedikit...

"Papa , aiman tunggu papa dah lama" kata aiman dan terus memeluk dayyan yang sudah duduk di sebelahnya camilla pula hanya tersenyum...

Selepas sahaja makanan mereka sampai , aiman terus melahap makananya dengan perlahan sempat dayyan memandang sekilas pada aiman sebelum pandangan dingin di lemparkan pada camilla..

"Kau ke yang hantar gambar gambar tu pada ayra? pasal video kau juga ke camilla?" soal dayyan tegas sahaja bunyinya...

Camilla menelan air liurnya payah , "Gambar? gambar apa ni? i tak faham apa yang you cakpa ni dayyan" nafi camilla...

"So bukan kau la yang hantar? kalau bukan kau siapa yang hantar semua tu pada isteri aku?"

"Mana la i tahu , you tak boleh nak tuduh i dayyan , i balik sini berbaik dengan you dengan ayra sebab i nak aiman tahu siapa bapak kandung dia dan i tak ada niat lain selain tu" jawab camilla dia beriak tenang walhal hatinya sudah berdegup kencang takut plannya kantoi...

Melihat kesungguhan camilla dayyan mengangguk pasrah , tapi dia percaya yang camilla turut terlibat cuma bukti belum ada dan dia akan siasat hal itu...

"I tak tahu masalah you dengan ayra , tapi i sentiasa ada di sisi you , you boleh kongsi dengan i"

Dayyan membuang pandangannya ke arah aiman , "I'm sorry, but I don't like sharing my problems with outsiders" balas dayyan sambil menatap wajah aiman...

"Ini baru sikit dayyan , lepasni you dengan ayra percerai you akan datang pada i dan time tu you akan hargai jasa i" bisik camilla sendiri lalu wajah dayyan di tenung dalam...

Makcik nora membawa ayra pusing pusing langkawi agar ayra dapat tenangkan fikirannya , dataran lang yang di banjiri pelancong turut di singgah oleh mereka sambil menikmati angin yang agak menenangkan itu...

Ayra berdiri di tepi itu sambil memandang indah ciptaan tuhan manakala makcik nora pula kembali ke keretanya kerana ada barang yang tertinggal...

"Kalau abang ada dekat sini kan best , kita boleh cipta kenangan yang indah" bisik ayra lalu telefon nya di buka dan nombor makcik sarimah di tekan..

Dia rindukan maknya rasanya sudah lama dia tidak bertanya khabar sejak hubungannya dan dayyan melanda masalah.... "Assalamuailaikum mak"

"Waalaikumusalam , ya allah ayra"

"Mak" panggil ayra entah kenapa setiap kali mendengar suara makcik sarimah perasan sebak melanda dia perlu kan seseorang untuk dia lepaskan tangisan...

"Ayra dekat mana sayang? dayyan telefon mak tanya pasal ayra , ayra dekat mana ? kenapa lari dari suami ayra , tak baik buat suami kamu macam tu" kata makcik sarimah lembut sahaja nada yang digunakan...

"Mak , ayra minta maaf sebab ayra dah susah kan mak , ayra tak ada niat pun nak lari dari dayyan tapi ayra perlukan ketenangan untuk diri ayra sendiri" terang ayra dan air matanya di kesat kasar...

Makcik sarimah memandang pakcik hassan yang turut memandang ke arahnya lalu pakcik hassan mengangguk , "Ayra tenangkan fikiran ayra dulu kalau ayra dah ada kekuatan , ayra kena balik pada dayyan , dayyan suami ayra" pujuk makcik sarimah..

Mendengarkan itu serta merta air mata ayra laju , dia tak dapat menahan air matanya dia terlalu sakit dan dia terlalu kecewa dengan dayyan tapi dia perlu menyelesaikan masalahnya bersama dayyan , apa sahaja yang akan berlaku dia redha...

"Mak satu satunya jalan yang ayra fikir adalah dengan perpisah , ayra terlalu kecewa dengan dia mak , dia sanggup tipu ayra dan dia mainkan perasan ayra"

"Ayra tak boleh fikir cara lain lagi jadi kalau dengan cara bercerai dapat selesaikan semua ni , ayra redha mak mungkin jodoh ayra dengan dayyan sampai sini sahaja" tambah ayra..

Ayra mendengar makcik sarimah beristighfar mungkin terkejut dengan apa yang di katakan oleh ayra , "Fikir semula ayra kesian pada anak kamu"

"Mak tahu ayra sayangkan dayyan dan dayyan pun sayangkan ayra , jadi ini semua adalah dugaan untuk ayra dan dayyan , satu je mak pesan sebelum buat apa apa keputusan fikir sehabis baik sebab mak tak nak satu hari nanti ayra sendiri yang terseksa" pujuk makcik sarimah...

"Mak nanti ayra telefon mak semula , ayra nak rehat" ucap ayra dan mereka sama sama mematikan panggilan itu lalu ayra menekup wajahnya..

Tanpa disedari ada seseorang yang mendengar semua luahan ayra , entah kenapa perasannya turut simpati pada gadis itu dan dia pasti wanita itu adalah isteri kepada tengku dayyan...

"Isteri dah cantik macam ni pun masih bodoh? kau dari dulu memang buta la dayyan" ujar harris sendiri..

Dia membetulkan jaket yang terletak di badannya lalu dengan segak dia mula menegur ayra , "Ambik la minum sikit mesti haus kan sebab terlalu banyak menangis" tegur harris sambil menghulurkan air mineral pada ayra..

Ayra tersentak dengan teguran itu , dia memandang air mineral yang dihulur lalu kepalanya digelengkan dia tak nak terima apa apa dari orang asing dia perlu berjaga jaga...

"Saya bukan orang jahat , saya tengok awak banyak menangis dari tadi sebab tu saya belikan air untuk awak , banyak menangis mesti tekak dahaga"

Ayra akhirnya mengambil jua sebab tekaan harris memang betul dia kini perlu basahkan tekaknya , "Maaf sebab saya tak sengaja terdengar luahan awak tadi"

"Alam perkahwinan mesti ada dugaan yang melanda , macam saya dan isteri saya" kata harris dan kini ayra menoleh memandang wajah harris dari sisi...

Tidak di nafikan harris mempunyai wajah yang kacak tapi pada ayra dayyan adalah satu satunya lelaki yang paling kacak di hatinya...

"Dia larikan diri bersama anak saya , saya boleh kata yang diri saya rapuh bila tahu isteri dan anak saya tinggalkan saya , kepergian isteri saya membuatkan saya rasa kosong , tanpa dia disisi saya , benda tu sangat sangat menyakitkan hati saya , saya menanggung rindu yang mengunung pada isteri dan anak saya"

Harris mengucapkan kata kata yang yang terlahir dari hatinya , tipu kalau dia kata dia langsung tidak merindui isteri dan anaknya , tipu kalau dia kata dia tak cintakan camilla...

Dia sayang dan cintakan camilla sebab tu dia tak mampu nak tahan perasan cemburunya bila melihat camilla bersama lelaki lain dan disebabkan perasan cemburunya itu la dia sanggup memukul camilla untuk buat camilla stay dengan dia tapi harris salah , malah camilla larikan dirinya dari harris sendiri...

"Awak larikan diri awak dari suami awak , jadi saya tahu macam mana perasan suami awak tika ni mesti dia sangat sangat down" tambah harris...

"Saya cuma perlukan ketenangan , bila saya rasa ketenangan saya dapat buat keputusan dengan betul kalau saya buat keputusan dengan keadaan serabut saya pasti keputusan tu akan menyeksa saya sendiri" jawab ayra..

Entah kenapa dia rasa agak mudah berkomunikasi dengan harris , walhal dia sendiri tidak mengenali harris , mungkin nasib mereka yang seakan akan sama cuma beza harris adalah suami , ayra pula ada isteri...

"Hmmm betul la apa yang awak cakap tu , ouh lupa kenal kan diri"

Harris menoleh ke arah ayra dan tersenyum kecik , "Saya harris"

"Saya ayra" balas ayra sambil membalas senyuman harris yang agak manis itu...

"Saya datang sini sebab ada urusan kerja , dah alang alang tu saya tenangkan fikiran saya sekali" ucap harris dan kini dia menoleh ke arah lain pula..

Ayra mengangguk , "Saya pergi dulu la , saya tak boleh lama hmm kalau ada rezeki kita jumpa lagi" ujar ayra dan terus beredar dari situ...

Harris menghantar kepergian ayra yang semakin jauh darinya , "Aku kena cepat bertinda sebelum rumah tangga diorang hancur disebabkan camilla" kata harris dan phone di keluarkan...

"Ya allah ayra , maafkan makcik tadi makcik pergi toilet tak tahan nak membuang sorry ya makcik tinggalkan ayra sendiri tadi" kata makcik nora pada ayra...

"Tak apa , ayra dah rasa lega sikit"

Makcik nora mengangguk pula , entah kenapa perutnya buat hal pula tika ini baru dia nak bawak ayra pusing dataran lang ni tapi apa kah daya perutnya tidak memberi kerjasama mungkin dia lambat sarapan itu sebab perutnya meragam...


****************


"Macam mana dapat?" soal ameer bila dayyan melangkah masuk ke dalam officenya , dayyan mengangguk lemah lalu rambut milik aiman di hulur pada faiz...

Faiz menyambut dengan berhati hati takut hilang nanti dia juga yang kena maki free dengan dayyan , helaian rambut itu di letak dalam bekas lalu bekas itu di letakkan atas meja...

Selepas sahaja makan bersama camilla dan aiman , dayyan mengajak aiman ke kedai mainan untuk mengaburi mata camilla dan bernasib baik waktu tu camilla mendapat panggilan jadi dia keluar dari kedai mainan tinggal lah dia bersama aiman....

"Kejap lagi aku pergi hantar benda ni dekat hospital , jangan risau orang yang akan uruskan hal kau ni doktor kepercayaan keluarga aku" ujar tengku faiz..

Dayyan hanya diam dia tidak berminat nak menjawab dahinya di picit perlahan , "Kes gambar tu pula macam mana kau nak settle?" soal ameer...

Dayyan mengangkat kedua belah bahunya menandakan dia tak tahu , fikirannya kini bercelaru jadi dia tak boleh berfikir dengan baik ketika ini...

"Aku tahu kau pening sekarang ni , tapi bagi aku baik kau settlekan hal dekat sini baru kau cari ayra , biarkan ayra tenangkan diri dia dulu jangan memaksa ayra untuk balik ke sisi kau semula , benda tu akan buat ayra rasa rimas dengan kau" pujuk tengku faiz..

Bukan dia tak tahu yang dayyan sibuk call dan hantar teks pada ayra , "Dia isteri aku jadi aku kena pastikan dia okey" jawab dayyan dan kini dia mencapai phonenya...

skrin phonenya di pandang , langsung tiada balasan dari ayra panggilannya pun tak di jawab nafas berat di lepaskan...."Balik tenangkan diri kau dulu , dah aku cau lu bye"

"Betul tu apa kata faiz , kau balik la rumah keluarga kau rehatkan minda kau mana tahu kot kot timbul idea bernas ha kau juga senang" ujar ameer pada dayyan...

Tengku faiz yang baru keluar dari bangunan gah itu tersenyum bila ternampak wajah kekasih hatinya rita , rita pula sibuk menilik jam tangannya......

"Assalamuailaikum bakal makmum" tegur tengku faiz pada rita..

"Eh awak , waalaikumusalam" jawab rita terkejut di buatnya bila di tegur sebegitu rupa nasib tangannya tidak pantas kalau tak tengku faiz dapat makan pelempang free...

"Jangan buat saya macam tu lagi terkejut tahu tak , nasib saya tak lempang awak tadi" kata rita dengan gaya comelnya itu...

Tengku faiz tergelak kecik , alahai bakal makmumnya ini comel betul rasa nak gigit gigit , lempang lempang je pipi tu ish nasib belum halal kalau dah habis lunyai pipi tu di kerjakan oleh nya...

"Sorry , okey lepas ni aku dah tak buat dah hmm kau tunggu siapa?"

"Saya tunggu wana , dia kata nak ambik saya nak bawak pergi lunch , sekrang kan dah masuk waktu lunch" jawab rita..

Tengku faiz mengangguk , "Hmm jom ikut aku , janji kau dengan wana cancel la"

Dahi rita di kerutkan , "Kenapa? nak kemana? wana nak bawak saya pergi makan laksa tempat baru buka tu , katanya sedap , hmm awak pergi la saya tk nak ikut awak" balas rita dan terus mengalihkan pandangannya...

Dia takut dengan pandangan dingin tengku faiz itu , "Jom la teman bakal suami kau ni pergi hospital , bakal suami kau ni ada sakit tahu tak? jadi kau sebagai bakal isteri aku perlu la teman aku ni ha dan tahu apa penyakit aku"

Penyakit? sakit? kini makin berkerut dahi rita , "Awak ada penyakit? penyakit apa? kenapa tak bagitahu saya awal awal , ha jom jom saya teman awak jom"

Lengan baju tengku faiz di tarik perlahan , tengku faiz pula hanya mengikut jejak langkah rita sampai la ke kereta miliknya baru la dia ketawa...

"Kenapa ketawa ni? ouhh awak ada penyakit mental ke?" tanya rita selamba sahaja soalannya itu...

Wajah tengku faiz di dekatkan pada wajah rita , sungguh dia beruntung sebab tak lama lagi rita akan jadi hak miliknya dan dia tak akan sesekali melepaskan rita...

"Kenapa kalau aku ada sakit mental? kau tak nak kahwin dengan aku ke?"

"Eh bukan macam tu , mesti la saya nak kahwin dengan awak cuma awak kena la berubat sampai pulih" balas rita..

"Aku tak ada penyakit mental la , aku cuma ada penyakit rindu , penyakit tu susah nak baik dan ubat dia hanya ada pada kau sorang je sayang"

Rita terkaku , sayang? arghh dia panggil aku sayang la rasa nak fly pergi dubai menjerit lepastu balik sini semula boleh tak macam tu?...

"Dah jom , teman aku kau bagi tahu wana cancel je plan tu dan bagi alamat kedai tu , selesai je urusan aku kita gi makan laksa tu"

Sekali lagi rita rasa terharu , kenapa tengku faiz pandai sangat mencairkan hati ya? kenapa dia boleh terbuai dengan setiap gerak geri tengku faiz padanya?...

"Hmm okey" jawab rita , dia malu dan dia hanya mampu cakap 2 patah perkataan sahaja lebih lebih takut dia pula pengsan nanti...

Dayyan yang baru selesai mandi itu menilik jam dinding kini tepat pukul 8.30 malam , malam ini dia masih berada di rumah nya sendiri , esok dia akan berdepan dengan mummy dan daddynya untuk ceritakan hal yang pernah terjadi dulu...

Dia perlukan sokongan dari keluarganya dan dia berharap esok akan baik baik sahaja , telefonnya yang berada di atas meja solek di capai dan pintu balkoni dibuka...

angin yang menyapa kulitnya terasa sejuk tpi dia sudah terbiasa , nombor ayra di tekan dengan harapan ayra menjawab padahal dia tahu bahawa ayra tidak akan menjawab panggilannya sama sekali tidak akan...

Ayra memandang kosong telefonnya yang dari tadi tidak henti bernyanyi , sekrang dah masuk 30 kali dayyan hubunginya tapi dia masih berkeraskan hatinya untuk mengabaikan panggilan dari dayyan...

"Dia suami kau ayra , tak baik kau buat macam ni sekurang kurangnya angkat panggila dia walaupun sekali je , jadi dia tahu kau selamat dan masih hidup" bisik ayra sendiri...

Kini panggilan yang ke 32 ayra mencapai telefonnya , button hijau di tekan lalu telefon di bawak ke telingganya.....Ayra yang baru nak membuka suara terhenti apabila dia terdengar esakkan dari dayyan sungguh menyayat hati tapi ayra menepis perasan itu...

"Ho...honey an..angkat te..telefon ab..abang" kata dayyan gagap bersama esakkan kecik itu...Tangannya cuba menghapuskan air mata itu dan dia cuba untuk tahan tangisannya tapi gagal kerana dia terlalu gembira apabila ayra menjawab panggilannya setelah sekian lama...

"Ada apa awak call? kalau awak nak tahu keadaan saya , saya sihat alhamdulilah , saya masih bernafas dan anak saya alhamdulilah sihat , itu je awak nak tahu kan?"

"Abang rind..."

"Kalau itu je saya mat.."

"Please bagi abang peluang untuk jelaskan apa yang jadi antara abang dan camilla , abang hanya perlu kepercayaan honey pada abang" cantas dayyan laju sahaja...

Ayra diam , "Honey trust me , abang tak pernah curang dan tak pernah permainkan perasan honey , i love you so much honey"

"Apa yang berlaku hari tu abang tak sedar , abang di kuasai oleh ubat yang buatkan nafsu abang tiba tiba membuak dan bila camilla sentuh abang , abang rasa lain macam tapi abang sanggup tahan dan cuba control diri abang sebab abang cintakan honey , apa yang abang perlu adalah honey seorang , percaya la lepas sahaja dari tu abang terus tinggalkan camilla dekat situ , perkara yang bermain dalam fikiran saya langsung tak terjadi" terang dayyan...

Ayra diam lagi , "Honey you trust me?" soal dayyan dan ayra masih kekal diam dia cuba proses apa yang di katakkan oleh dayyan dan sedikit sebanyak dia percaya kan dayyan tapi dia keraskan hatinya...

"Pandai awak ubah cerita kan? pandai awak susun ayat untuk buat saya percayakan awak semula? cantik permainan awak dayyan"

"Ya allah , honey" ucap dayyan tangan kirinya meraup kasar wajahnya , kalau ayra ada di depannya sudah tentu dia akan memeluk tubuh isterinya itu...

"Dayyan bagi saya fikirkan hubungan kita , sama ada hubungan ini boleh diteruskan atau pun kita berhenti sampai sini"

"Saya tak minta lebih dari awak dayyan" serentak itu dia memutuskan panggilan itu sepihak , telefonnya di offkan dan airmatanya terus mengalir laju tanpa penghadang...

"Ayra percayakan abang , tpi hati ayra berbelah bagi pada abang , please abang , cari bukti yang kukuh untuk buang perasan was was ayra dari abang" kata ayra sendiri...

Makcik nora yang baru nak mengetuk pintu itu terhenti apabila dia terdengar tangisan ayra , dia membatalkan niatnya untuk mengajak ayra berbual dan membiarkan ayra sendirian...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience