BAB 1

Romance Series 28783

Ayra batrisya seorang anak yang sangat taat pada kedua ibu bapanya , ia berusia 20 tahun dan niatnya untuk sambung belajar terhalang oleh kerana kedudukan keluarganya , dia terpaksa berjauhan dengan keluarganya untuk berkerja di kuala lumpur demi menyara kehidupan mereka sekeluarga....

"Ayra kau dah siap belum? cepat nanti jem pula" jerit wana iaitu kawan baik kepada ayra...

"Dah dah , ya allah aku terbangun lambat tadi nasib kau kejut kalau tak mesti aku terlajak" kata ayra sambil membetulkan rambutnya...

Wana hanya mampu mengelengkan kepalanya , "Ini first day kau kerja dah lambat ish kau ni" ayra tersenyum....

Ayra baru sahaja menjejakkan kaki nya di kuala lumpur dan duduk bersama wana dan juga rita , pada mulanya pakcik hassan tidak mengizinkan ayra untuk pergi tapi dengan pujuk rayu ayra yang mahu berkerja di KL akhirnya pakcik hassan mengizinkan...

"Dah jom la" ajak wana lalu mereka pun keluar dari rumah mereka , mereka menetap di kawasan rumah teres di dalam rumah tu ada 3 orang iaitu wana , ayra dan juga rita...

"Rita mana? dia dah pergi kerja ke?" soal ayra sambil memakai kasut sportnya , "Haah dia tu kerja pejabat mana boleh lambat nanti kena marah dengan boss playboy dia tu tapi ada seorang tu tak" kata wana dengan senyuman gatalnya

Ayra berkerut dahi , "Playboy? memang lelaki dekat KL ni playboy ke?" tanya ayra dengan muka polosnya itu...

"Boleh di katakan macam tu la , ha kau tu kena hati hati sikit kalau ada lelaki datang ngorat kau , kau buat bodoh je tak payah layan sangat" pesan wana dan ayra hanya mengangguk kan kepalanya menandakan dia faham dengan pesanan wana...

"Pinjm phone kejap aku nak call mak aku" wana terus memberi phonennya pada ayra , ayra sememangnya tidak mempunyai phone..

Panggilan pertama tidak di angkat oleh mak sarima , "Tak angkat ke? try lagi mana tahu kejap lagi angat" kata wana yang sibuk fokus memandu kereta vivanya itu..

Panggilan kali kedua jawapan masih sama dan sekrang dah masuk panggila ke lima baru la mak sarima menjawab...

"Assalamuailaikum , ya allah wana maaf makcik siapkan bungkusan nasi lemak tadi maaf ya" ujar makcik sarima dan senyuman di bibir ayra terbentuk..

"Waalaikumusalam mak , ini ayra"

"Ayra sihat sayang? macam mana duduk kl okey tak nak?"

"Alhamdulilah sihat , mak ayah macam mana okey? ayra mula kerja hari ni ayra minta mak tolong doakan agar urusan ayra berjalan lancar ya" ucap ayra dengan lemah lembut..

"Yelah , mak sentiasa doakan untuk anak mak , ayra satu satunya anak mak" balas mak cik sarima...

"Okey la mak , nanti ayra call mak lagi ya ini dah sampai dekat tempat kerja assalamuailaikum mak"

"Waalaikumusalam , hati hati" pesan makcik sarima lalu menamatkan panggilan mereka....Ayra tersenyum rasa macam ada kekuatan yang menyalur di dirinya...

Tengku halim yang baru turun dari tangga di tegur oleh anak sulungnya iaitu tengku yuhanis , "Daddy breakfast? i know you hungry" kata tengku yuhanis sambil menyuap anak nya itu...

"You know me well son" jawab tengku halim sambil menarik kerusi makan itu , "Hii my princess" tegur tengku halim pada cucunya zahara

Zahara yang di tegur oleh datuknya itu hanya menayangkan senyuman manis , "Mana dayyan? tak bangun lagi ke? bukan ke hari ni dia ada meeting penting?" soal tengku pada isterinya yang baru tiba di meja makan sambil menatang mangkuk berisi mee goreng...
"Semalam dia balik pukul 3.30 pagi , daddy kenal dia macam mana kan? perangai dia tu susah nak ubah , bila kita cakap dia tak terima pula" sampuk yuhanis sebelum tengku ayu...

Tengku ayu mengeleng kepalanya sambil mendengar berbualan mereka dua beranak , "Ish budak ni siap dia aku kerja kan" ucap tengku halim dan bangun dari duduknya...

"Eh eh daddy nak kemana?"

"Kejut budak tak guna tu la" jawab tengku sambil jarinya di tujukkan ke atas , "Daddy sarapan biar yuhanis yang kejut , mommy please suapkan zahara okey" mangkuk yang berisi bubur itu di paskan pada tengku ayu..

"Ha yela" tengku ayu pun mengambil mangkuk yang dihulurkan oleh yuhanis , "Daddy sit down and eat" pesan yuhanis lalu menekan tombol lift itu...

Tengku pun duduk semula , Sampai sahaja di depan bilik dayyan yuhanis terus menembusi pintu itu dengan kasar...

"Oii mak" latah dayyan dan terus terduduk dibuatnya akibat terkejut dengan tindakkan kakaknya , "Eh kau ni apahal kak? gila ke? meroyan sebab laki kau pergi overseas?" marah dayyan...

Dayyan melihat wajah kakaknya yang tiada senyuman itu terus berdiri , "Ok i know the face" guman dayyan perlahan...

Perlahan lahan kakinya melangkah ke arah bilik air tetapi apakah daya kakaknya lebih pantas darinya , "Kau ada meeting penting kan? apahal kau bangun lambat? kau ni memang nak kena tau" marah yuhanis lalu telinga adiknya di tarik kuat..

"Ya tuhan sakittttttt" jerit dayyan dan tangan nya terus memegang lengan yuhanis...

"Sakit? ha hati aku lagi sakit bila tengok daddy macam tu"

Tarikan terus menguat , "Auchhhhhhhhh , please la bagi aku mandi aku nak cepat la ha lepasla"

"Kalau kau tak lepaskan telingga aku , lagi lambat la aku nak ke office ngok" tambah dayyan dan terus pegangan di telingganya di lepaskan...

Yuhanis melepaskan keluhan , "Sampai bila kau nak macam ni? ish umur tu makin tua tau bukan makin muda cuba la berubah , cari isteri , umur kau tu dah 27 tahun dah dayyan"
Dayyan diam , "Kau ni kenapa susah sangat nak terima nasihat orang ha? hati tu dah hitam sangat sampai susah nak dengar kata"

Dayyan terus menyentuh dadanya , "Kau pernah bedah hati aku ke? macam mana kau tahu hati aku dah hitam ish tak baik menuduh tau berdosa kak" soal dayyan sambil buat muka bodohnya itu..

"Kauuu" jerit yuhanis , mendengar jeritan kakaknya itu terus berlari dayyan masuk ke bilik air takut telingganya menjadi mangsa lagi....

"Ish nasib aku sayang kau kalau tak aku dah upah orang untuk bunuh kau dah" bisik yuhanis langkahnya di buka untuk keluar dari bilik adiknya itu , kalau dia lama disitu boleh gila dengan perangai adiknya itu....


**************************************

"Okey wana saya nak awak ajar apa yang patut pada ayra , saya tak boleh nak tolong sebab saya ada hal" arah puan lin pada wana...

"Baik puan , apa apa saya akan bagithu terus pada puan"

Puan lin mengangguk , "Saya percaya kan awak lagipun awak dah kerja lama dengan saya" ucap puan lin.....Selesai sahaja berbincang puan lin meminta diri untuk keluar atas urusan pentingnya , wana terus mengajak ayra tentang cafe tersebut..

"Cantik budak baru tu , walaupun dia dari kampung tapi muka dia tu nampak macam orang bandar lawa nak mampus beb" bisik perkerja di situ sambil memandang ke arah wana yang sibuk mengajar ayra..

Ayra memandang ke arah kanannya apabila dia merasakan kurang selesa , "Wana aku tak selesa la , diorang tengok macam tu aku ada buat salah ke? risau la" bisik ayra perlahan..

"Oi kau apahal tengok macam tu , nak mampus ke?" jerit wana pada kedua dua lelak itu , "Eh aku ada mata boleh tengok mana mana lagipun ayra ni cantik" lawan andi..

Ayra diam , "Kau tunggu aku santau angin" balas wana dan terus menarik ayra ke luar dapur...

"Buat bodoh jer , diorang tu miang macam yang aku cakap la lelaki kl playboy"

Dayyan menoleh kiri dan kanan sebelum kakinya dikeluarkan dari lift , Dayyan melepaskan keluhan berat dan terus melangkah keluar...."Hoi budak , kau tengok jam dah pukul berapa?"

Mendengar suara itu dayyan terus berpusing dengan senyumannya , "Daddy sorry dayyan balik lambat semalam ada hal dengan ameer faiz ha tu sebab balik lambat sorry"

"Kau ingat aku tak thu kau buat apa? kau nak aku buang kau dekat loji ke?" marah tengku halim dan terus menapak ke anak teruna nya itu...

Dayyan hanya berdiri tegak sambil menunggu kedatangan daddy kesayangannya , "Daddy sorry lepasni tak akan berlaku lagi , tapi kalau terjadi lagi dayyan minta maaf la balik"

PAKK

"Aduhhh daddy sakit la" jerit dayyan selepas mendapat tepukkan pedih di belakang badannya , "Itu baru sikit"

"Daddy gila ke ? sakit tahu tak , kalau luka macam mana ha dah tak kacak anak daddy"

Tengku menjeling tajam , "Jeling jeling korek biji mata tu bagi anjing baru tahu" bisik dayyan perlahan tapi ia masih di dengari oleh tengku..

"Ish kau ni , sampai bila nak enjoy macam tu? kau tu dah 27 tahun dah tua dah ha tunggu masa nak masuk kubur jer , kahwin la aku pun teringin nak tengok anak kau mesti kacak macam kau"

Dayyan tersengih , "Yeah betul tu tapi tak ada perempuan nak dayyan so tak kahwin la dayyan , kalau daddy tak sabar sangat ha dayyan kahwin dengan ameer je la tak pun faiz"

PAKKK
"arghhhh" jerit dayyan sambil mengusap pipinya , "Kau gay ke? aku tak pernah ajar anak aku jadi gay"

Dayyan tersenyum sebiji macam kerang busuk , "Okey sorry , ye dayyan janji akan kahwin bila dayyan dah jumpa jodoh dayyan" jawab dayyan dan terus mengambil tangan tengku halim lalu di bawak ke bibirnya..

"Where mommy?" soal dayyan selepas bersalaman dengan tengku halim , "Keluar dengan yuhanis shopping biasa la tu" blas tengku dan dayyan mengangguk faham...

"Dayyan pergi dulu , pape dayyan call daddy but don't worry daddy dayyan akan dapatkan projek besar tu" ucap dayyan dengan yakin lalu keluar dari rumah agam itu....

"Eh mana boss awak ni jiha? dah lama diorang tunggu tau" soal ameer pada jiha iaitu pembantu peribadi dayyan..

Jiha terus memandang jam tangan miliknya , "Saya tak tahu puas juga saya call tapi langsung tak di angkat"

Ameer mengeleng kepala , "Susah la mamat ni ish kena cari istero untuk dia ni" ujar ameer perlahan...

"Ha tu tengku dayyan" kata jiha dan terus jalan ke arah dayyan , "Tengku semua dah ada dekat bilik meeting"

Dayyan tidak menjawab malah dia terus berlangkah ke bilik meeting , buka sahaja pintu sudah nampak orang - orang penting sudah ada di tempat mereka dan dayyan langsung mengukirkan senyuman...

"Sorry to be late, I had something important earlier so can we start now?" ujar dayyan dan mereka pun terus mengangguk....

Andi memandang ke arah wana yang sibuk di dapur pandangannya di alihkan pada ayra yang sibuk menyusun pingan mangkuk , "Hi ayra" tegurnya

"Hi" Jawab ayra yang sebenarnya malas mahu melayan tapi disebabkan dia first day situ dia terpaksa menjawab..

"Awak satu kampung dengan wana ke?" ayra mengangguk..
"Mesti awak fresh kan? maksud saya otak awak fresh sebab saya tengok awak cepat belajar"

Ayra hanya membalas dengan senyuman , "Boleh kita kawan?"

"Bo..boleh lagipun kita rakan sekerja kan" andi tersenyum lalu dia menghulurkan telefon miliknya ke arah ayra..

"Nak nombor phone boleh? senang untuk kita nak bermesej mesej jadi boleh rapat"

Ayra mengelengkan kepalanya , "Saya tak ada phone selama ni saya guna phone wana je" tolak ayra lalu dia membuka langkah untuk ke arah wana tapi andi menahannya..

"Awak tipu kan? sekarang ni dah zaman 2022 dah tak akan la awak tak ada phone?"

Ayra mengeluh perlahan , "Awak tk boleh nak sentuh saya sesuka hati awak je , berdosa" marah ayra dan menarik lengannya..

"chill la , saya bukanya buat bukan ii pun saya cuma sentuh sikit jer"

Ayra terus berpaling dan pergi dari andi sebab dia tak nak berlama lama dengan andi , ada perasaan takut bila andi sesuka hati menyentuh lengannya...

Selesai sahaja meeting dayyan terus balik ke biliknya , "Kau okey tak? asal aku tengok kau macam lain macam je? tak puas ke semalam enjoy?" soal ameer lalu duduk di kerusi berhadapan dayyan

Dayyan terus buka matanya lalu memandang ke ara ameer , "What? aku tanya je tak payah la marah marah" kata ameer dengan bersahaja...

"Semalam aku cuma minum je , aku tak ada mood nak sentuh mana mana perempuan"

Ameer mengangguk faham , "Daddy dia suruh aku kahwin" mendengar kan itu terus melopong mulut ameer....

"What? kahwin biar betul , wey dengan perangai kau mcam ni kau ingat ada ke perempuan nak?"

"Ada je , sekali aku petik jari confirm ramai dah beratur isi borang" Dayyan menujukan wajah bangganya , tidak menafikan bahawa dayyan memiliki wajah yang sangat tampan dengan hidungnya yang mancung dan matanya..

mata yang mampu membuat seseorang gadis itu terpukau , "Aku malas ah nak fikir , ada jodoh ada ah kalau tak ada sampai ke tua la aku tak kahwin" ucap dayyan lalu membuka fail fail kerjanya...

Ameer bangun dari duduknya sebelum menutup pintu dia sempat berpesan pada dayyan , "Lunch cafe biasa" kata ameer dan dayyan memberi isyarat okey dengan mengunakan jari sahaja....


**************************************

Ketiga tiga kawan baik itu masuk ke cafe tempat biasa untuk mereka lepak , pelanggan yang ada di situ tidak melepaskan pandangan mereka apabila mereka bertiga menapak masuk...

"Hensem kan diorng tu?" soal wana pada ayra sambil menuju ke arah ketiga orang lelaki itu , "Entah biasa je kot" jawab ayra dan terus mengambil langkah ke dapur..

"Eh kau nak kemana?" soal wana lalu menarik lengan ayra , "Ish apa kau ni aku nak buat kerja dah la aku baru dekat sini nanti apa pula diorang cakap"

Wana mengangguk lalu di ambik buku kecik dan juga pen , "Nah tugas kau pergi ambik order dekat meja tiga mamat tu" arah wana..

Ayra memandang wajah kawannya , "Apa betul la ni kira aku tengah ajar kau untuk ambik order oke"

Ayra mengeluh perlahan dan terus membuka langkah ke meja tiga mamat kacak , kacak di mata kawannya tapi bukan di mata ayra...

"Order cik?" soal ayra...

"Juice apple and spaghetti aglio olio" pesan ameer lalu memandang ke arah kawannya , "humm sama macam dia la" ujar faiz pula

"Oi beruk order" panggil ameer , Dayyan melepaskan keluhan berat penat juga ada kawan yang perangai serupa anjing ni....

"juice orange and.." dayyan terus terdiam apabila dia memandang ke arah ayra yang masih berdiri tegak di tepi meja mereka...

Ameer dan faiz berkerut dahi , "and apa kau nak apa?"

"Kau cantik" puji dayyan tanpa sedar , "Sorry encik" kata ayra naik seram pula dia tiba tiba dipuji oleh lelaki yang ada di depannya itu...

"Tak , maksud aku cafe ni cantik ha cafe bukan kau" dalih dayyan dan terus pesan makanannya , "Tu sahaja?"

"Ha tu je , terima kasih adik manis" puji ameer dan ayra terus pergi dengan senyuman kecil nya..."Kau ni apahal tiba tiba puji cantik sawan ke kau ni?" soal faiz

"Tahu la kau tu playboy tapi tak akan la tegak macam tadi tu , terkejut budak tu kau tahu" sampuk ameer pula..

Dayyan tidak pedulikan bebelan kawannya oleh kerana matanya sibuk memerhatikan gerak geri ayra dengan rambut gadis itu di ikat gaya ponytail , gadis itu sungguh manarik perhatiannya dari segi mata , bibir dan juga wajah comel nya itu , entah kenapa dia rasakan gantungnya mula berdebar apabila mereka melakukan eye contact dunia dayyan seakan akan terhenti seketika...

"Kau kenapa ni? okey tak?" soal wana bila dia melihat ayra yang macam cacing kepanasan , "Mamat tu ha tenung aku macam aku ni ada buat salah takut la"

Wana melarikak pandangannya ke arah tiga orang itu lalu wana menganggukkan kepalanya sebelum dia memandang semula ke wajah kawannya...

"Tu tengku dayyyan anak tengku halim , siapa je tak kenal dia tengok la tu wajah kacak dia tu boleh buat perempuan mengigau tau , hidung mancung ish idaman betul la" ujar wana...

"Entah entah dia tu suka kau kot? tapi kau jaga jaga la eh dia tu playboy suka tukar tukar perempuan" bisik wana lalu menepuk bahu ayra..

Ayra tunduk , "Suka aku? memang tak nak dunia dia dengan aku beza kot" bisik hati nya sendiri...Ayra merasakan agak mustahil untuk tengku dayyan suka padanya kerana dia orang yang biasa biasa sedangkan tengku luar biasa....

Sejak balik dari cafe wajah gadis yang dia melakukan eye contact asyik berlari lari di kepala dayyan , entah kenapa dayyan rasa tertarik dengan gadis itu dia pun hairan dengan dirinya tak pernah pula dia rasa sebegini pada mana mana perempuan....

"Gila ke kau ni dayyan? kau tak kenal dia dah tu buat apa kau nak ingat dia ish gila gila" bisiknya sendiri dan cuba untuk fokus pada kerjanya...

Tepat pukul 6.00 petang dayyan terus mengemas fail fail yang bersepah di atas meja , langkah nya kemudian di buka di bawah ke lift....

"Tengku selamat petang" tegur perkerja apabila mereka berselisih dengannnya...Dayyan terus masuk ke isi perut kereta lalu enjin di hidupkan dan terus melaju ke arah rumah keluarganya....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience