VP20

True Story Series 9700

Dalam sibuk Elly mengelamun , tanpa Elly sedar abang-abangnya pun sampai untuk melihat keadaan Elly yang masih dalam keadaan yang sama.
Tak Elly di rumah pokok tersebut setiap malam Elly akan keluar tanpa pengetahuan Atuk ,Nenek dan abang-abangnya.Hingga satu saat Elly diketahui oleh salah sorang abangnya dan mereka terlibat sama dalam aksi lumba kereta di jalan Padang sebelah kampung mereka tersebut. Pak Mail yang akhirnya mengetahui kelakuan cucu-cucunya tersebut pun menasihati Elly dan abang-abangnya .
Melihat Elly bersedih ,kelima-lima abangnya tersebut pun naik ke rumah pokok Elly tersebut tanpa bersuara dan duduk di sudut rumah pokok tersebut. Tak sampai hati melihat Elly bersedih Ren pun menyapa Elly dengan lembut.


" Dik ....adik abang kenapa menangis ni? " sapaan Ren membuatkan Elly serta merta membuat Elly terkejut dan menoleh .

" ab ....abang ..." Kata Elly terkejut .

" kenapa sedih tu ? jangan sedih kan abang ada..dah balik teman adik manja abang ni " kata Ren lagi lalu menghampiri Elly dan mengusap rambut kepala Elly.

" Kami pun ada ..." kata Micky dan Mika

" abang ....." kata Elly lalu memerluk ketiga abangnya itu.

" adik abang ni kenapa nangis ? " kata Mika merendahkan sedikit tubuhnya lalu mengusap air mata Elly dengan ibu jarinya.

" jangan nangis ...nanti adik abang ni tak comel .." pujuk Mika

" abang ...adik dah tak ada dia ..adik sayangkan dia .tapi dia tinggalkan adik " kata Elly menangis

" ala ....Takpa ya ...sabar..dia bukan tinggalkan adik tapi tuhan pinjamkan dia sementara ja untuk adik "jelas Ren sambil memerluk Elly dengan lembut.

" betul tu dik ...jangan sedih iya ...abang kan ada dengan adik ...adik sayangkan abang tak ? " kata Micky seraya bertanya. Tapi hanya menganggukkan kepalanya .

" amboi sayangkan abang tu saja ke ? Yang dua kat sini ni tak sayang lagi dah ke ? " sakat Irwan

" ala abang ...." kata Elly meronta manja

" hahaha ..tengok muka comot nangis " sakat ken pula

" abang ...." kata Elly malu lalu berjalan ke arah ken lalu memukulnya manja . Melihat Ken kena pukul dengan Elly semua orang ketawa.

Setelah lama berada di rumah pokok Elly tersebut , Elly dan abang-abangnya pun pula ke rumah .Tapi Elly tak disuruh oleh Mika untuk ke dapur kerana Mika bercadang ingin Elly berehat dan tenangkan diri .
Masa makan malam pula , Elly cuma duduk di antara Mika dan Irwan dan berdiam diri . Tak lama kemudian, Elly pun bangun dari tempat duduknya dan melangkah masuk ke biliknya . Belum sempat masuk ke biliknya Micky sempat bertanya kepada Elly tapi Elly hanya menoleh ke arah Micky dan menggelengkan kepalanya dan masuk ke biliknya.
Melihat Elly bersikap dingin begitu ,semua orang hanya terdiam , kerana mereka pun tak menyangka yang Elly akan berubah begitu sekali selepas kehilangan Clayton. Selesai makan malam , semua orang pun masuk ke bilik masing- masing- untuk berehat tapi tidak dengan Ren yang dari tadi duduk di sofa memerhatikan Elly mengambil kunci kereta dan ingin curi-curi keluar . Melihat gelagat Elly tersebut , Ren pun menegur Elly

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience