VP 31

True Story Series 9713

Mendengar apa yang dikatakan oleh Irwan tersebut membuat Ameera sedikit malu dan segan . Mak Timah yang dari tadi geram dengan perangai pelik Irwan mulai cekik pinggag dan tangan sebelah memegang pemukul lalat tanda ingin memukul Irwan .

" ampun nek .... " kata Irwan lalu bergegas masuk bilik Elly dengan membawa bag Ameera.

" Abang ..apa ni main terjah je bilik Elly ...ni bag sapa ? nak kemana ni ? Tanya Elly pula

" bag bidadari..ehh salah ...bag kawan awak ..."kata Irwan tersasul .

" kawan ? siapa ? " Tanya Elly ingin tahu lalu keluar dari biliknya untuk melihat siapa yang datang

Sekali Elly melihat sahabat baiknya Ameera yang datang . Dengan erat Ameera memerluk Elly kerana lama tidak berjumpa lepas tingkatan 5 dahulu hinggalah sambung belajar dan kerja .
Kini Ameera muncul semula lepas bertahun tak berjumpa . Masa kedatangan Ameera ke rumah , Elly pun mempelawa Elly untuk makan dan tidur satu bilik dengan Elly .
Malam pula Elly dan Ameera pun berdiri di koridor bilik Elly dan melihat Cleo yang sedang berdiri di koridor rumahnya . Ameera sangkakan Cleo adalah Clayton tapi Malangnya Elly dengan sedih menceritakan apa yang telah terjadi pada 11 tahun silam.

" seronok lah dekat awak sini sejuk " kata Ameera

" ya memang sejuk kalau malam,Tu lah saya lepak sini malam" kata Elly.

sekali pandangan Ameera teralih pada Cleo yang di rumah sebelah .

" Eh ..Tu Clayton kan...kacaknya dia ...untung awak dapat dia ..dahlah pandai , juara main bola lagi ..tambah lagi Hansem " kata Ameera memuji tapi Elly kelihatan mulai bersedih.

" Clay... Clayton dah lama meninggal Meera ...tu adik dia ..." kata Elly mulai mata yang mulai berkaca.

" ops ... sorry beb ..I'm so sorry ..saya tak tahu .." kata Ameera turut berduka cita until Elly , dengan lemah lembut Ameera memujuk Elly untuk bersabar .

" maaf ya ...Meera tak tahu " kata Ameera dengan rasa serba salah .

" tak apa beb ...awak tak tahu ..bukan salah awak ... it's ok " kata Elly sambil menyapu air matanya dengan tangan.

" Ni ..jom kita masuk rehat ..awak kan baru sampai hari ni ...mesti penat " kata Elly tersenyum pada kawannya itu.

" boleh lah ..penat sikit ...tapi kalau awak dah ajak masuk tu tak berani nak tolak ..takut lama- lama kat luar hilang juga kulit glowing awak tu nanti " kata Ameera menyakat Elly

" amboi ..sedapnya cakap kita...yang awk tu lagi banyakjaga kulit tau .." kata Elly pula membuat meraka berdua sama- sama ketawa.

Masa di bilik tidur ,bukannya terus tidur malah Elly dan Ameera banyak lagi bercerita dan menonton cerita Di laptop bagaikan menonton wayang di punggung wayang sehingga larut malam .
Keesokan paginya pula kedua-dua bangun dengan mata hitam macam mata beruang panda .Mak Timah yang melihat mata Elly dan Ameera yang tak cukup tidur tersebut hanya mampu menggelengkan kepala , manakala abang-abang Elly pula hanya mampu pasang muka terkejut melihat rupa Elly dan Ameera yang tak cukup tidur tersebut pada pagi itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience