VP 1

True Story Series 9700

Di malam yang dingin Elly seperti biasa ,duduk di koridor sambil membaca buku seorang diri . Elly duduk di bangku yang ada di koridor sambil fokus membaca .
Tanpa sengaja Clayton terpandang akan sosok Elly yang berbadan kecil molek dan berkulit putih halus . Clayton terbuai seketika saat memandang Elly dari kejauhan . Ingin menyapa tapi malu .Jadi Clayton pun memilih untuk berdiam diri.
Yang pada asalnya Clayton seorang kaki lepak , playboy dan kaki motor ,tapi tiba- tiba berubah saat melihat Elly yang seorang gadis yang baik pendiam dan sopan santun dari cara dan biaca.
Setelah melihat Elly , Clayton cuba menyiasat setiap latar belakang tentang Elly .Setelah menyiasat tentang Elly .Dapat diketahui oleh Clayton bahawa Elly adalah cucu pada seorang tokey ladang . Atuk Elly mempunyai 4 ekar ladang sawit ,3 ekar ladang lada dan 5 sawah padi .
Dikira Elly adalah cucu orang yang serba ada walaupun hanya tinggal di kampung . Meskipun hidup dengan harta yang banyak Elly masih tak ingin hanya tinggal di rumah .
Setiap pagi Elly akan ke ladang untuk melihat keadaan hasil kerja perkerja. Setiap kerja yang dilakukan oleh pekerja Elly akan pantau dengan teliti .
Mengetahui yang Elly berkerja di ladang Atuknya , Clayton pun pergi berjumpa dengan atuk Elly untuk memohon pekerjaan di ladang Atuk Elly.
Memandangkan rumah Atuk Elly dan rumah Clayton hanya jarak tak begitu jauh ,jadi senanglah kerja Clayton untuk cuba mendekati Elly. Setiap malam Elly akan membaca duduk di koridor rumah sambil ambil angin . Clayton pun saja menyapanya dengan cara bersiul kepada Elly dan menulis sesuatu pada kertas .
Keesokan paginya pula , Clayton cuba menyapa Elly tapi Atuk Elly datang ke ladang untuk melihat keadaan cucu kesayangannya berkerja seraya menghantarkan makanan untuk cucunya tersebut. Terbatallah hasrat Clayton untuk menyapa Elly .
Ketika ingin pergi , Elly sempat memanggil Clayton untuk mengajak Clayton untuk menemaninya memancing di danau belakang ladang tersebut . Pada mulanya Atuknya melarang kerana tiada siapa yang menemaninya memancing tapi Elly mengajak Clayton untuk menemaninya .

" Cucu atuk ..." tegur Pak Mail

" Atuk....Atuk kenapa ke sini ..kan Elly dah suruh atuk rehat " kata Elly yang mengiringi Atuknya untuk duduk Di kerusi .

" Salah ke Atuk nak jenguk cucu Atuk sorang ni " kata Pak Mail

" tak salah ..tapi Elly kesian dengan atuk " kata Elly lagi.

" tak apalah Elly ..Atuk tak ada apa ...ni Atuk ke sini pun sebab nenek kamu tu haa ...suruh hantar makanan untuk kamu" kata Pak Mail

" ish ...nenek tu..tak suruh masak pun nak masak .Kan pagi tadi Elly dah masak untuk Atuk dan nenek "jelas Elly

" tapi nenek kamu tu risau kamu tak makan " kata Pak Mail lagi.

" yalah Atuk ..ni Atuk nanti Elly nak pergi mancing boleh " kata Elly meminta izin.

" memancing ? dengan sapa ? kalau sorang Atuk tak izinkan" kata Pak Mail tegas.

" ala ...Atuk sekejap ja "pujuk Elly

" tak pun Elly bawa kawan " kata Elly lagi.

" kawan ? siapa ?" Tanya Pak Mail

" Clay ..sini "panggil Elly

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience