VP 37

True Story Series 9713

KALI kedua Ashraf dan Elly pula , dengan alasan Ashraf mengambil cuti tapi sebenarnya Ashraf ingin menemui Elly. Saat keluar dengan Ashraf , Elly selalu berada di belakang Ashraf kerana Elly tak berani dekat dan berpegangan tangan dengan Ashraf ,kerana Elly masih takut dan trauma karana masa lalunya ketika dengan bekas kekasih lamanya dulu.
Perasan akan Elly yang berada jarak jauh dengannya , Ashraf pun mendekat dan memegang tangan Elly dengan lembut sambil berjalan .Bahkan sambil memandu pun Ashraf tak ingin melepaskan pengangan tangannya kerana dia ingin Elly merasa selamat Di dekatnya.
Masa Ashraf menghantar Elly pulang , Elly sempat bertanya kenapa Ashraf tiba-tiba memegang tangannya . Dengan senyuman manis Ashraf tersenyum dan menjawab pertanyaan Elly membukakan Elly terdiam seketika.

" sayang ...kenapa awak berani pegang tangan saya ? " Tanya Elly

" kenapa ? Salah ke ? " Tanya Ashraf pula membuat Elly terdiam.

" Sayang....saya tak nak awak jauh tau dari saya ...saya nak awak sentiasa selamat dengan saya " jelas Ashraf

" tapi ....." jawab Elly gugup

" Dah jangan takut ..saya tak marah pun kalau awak nak peluk nak pegang tangan..saya tak kisah ,sebab saya sayang awak " kata Ashraf sambil memegang tangan Elly dengan lembut.

" tapi saya takut awak tak suka ..saya takut awak rimas nanti " kata Elly sambil menundukkan mukanya .

" sayang ...tak lah ...saya takkan rimas dengan awak ..bahkan sampai bila- bila pun saya akan tetap dengan awak " kata Ashraf dengan lembut dan tangan sebelah memegang tangan Elly dengan sebelah mengusap kepala Elly.

" Jangan sedih tau ...saya janji akan selalu ada dengan awak ..tak Kira apapun dan macam mana pun keadaan awak ...saya akan tetap pilih awak " jelas Ashraf lagi .

Mendengar penjelasan tersebut membuatkan Elly merasa terharu ,setelah sekian lama Elly menantikan kata-kata seperti itu dari orang yang dia sayang .
Tak lama kemudian , Elly pun meminta izin untuk balik tapi sebelum keluar dari kereta Ashraf sempat melepaskan geramnya pada Elly dengan mencubit-cubit pipi Elly dengan lembut dan memberikan satu ciuman pada bibir Elly membuat Elly termenung seketika.
Manakala Ashraf yang berbuat demikian pula , hanya tersenyum tertawa kecil bila melihat Elly sempat terdiam dan termenung.

Tak lama kemudian , Elly pun keluar dari kereta Ashraf dan sempat melambai Ashraf yang ingin berlalu pergi . Hilangnya bayangan kereta Ashraf , dari pandagan matanya , Elly pun terus masuk ke dalam rumah dan masuk ke biliknya.
Masa di biliknya Elly sempat membuka handphone miliknya dan melihat semula gambar yang mereka ambil masa mereka keluar jalan-jalan tadi. Sambil tersenyum Elly melihat gambar mereka berdua lalu dikirimkan pada Ashraf.
Setelah Elly mengirimkan gambar mereka tadi , Elly pun seketika merasa rindu akan bayangan Clayton yang dulu selalu menemaninya saat susah dan senangnya . Dengan perlahan Elly mengambil gambar arwah Clayton dan memerluknya dengan erat , dan menangis kerana merindukan arwah Clayton yang pergi membuatkan Elly merasa merasakan kosong yang amat dalam. Bila bersama Ashraf pula , mungkin rindu Elly tersebut sedikit terubat kerana Ashraf bagaikan Clayton yang dihidupkan semula untuknya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience