VP 15

True Story Series 9713

Rasa sakit yang Cleo rasa ketika itu amatlah dalam sampai rasa tak mampu untuk hidup bila melihat Elly gembira bersama Clayton. Setiap hari yang Elly ada hanya untuk Clayton .
Setiap hari Clayton dan Elly hanya akan pergi sekolah bersama ,balik sekolah bersama ,turun kerja bersama dan balik kerja bersama .
Waktu terluang pula , Clayton akan mengajar Elly memandu seperti biasa sehingga Elly makin makir belajar memandu,tak sampai sebulan belajar dengan Clayton . Clayton dan Elly pun turun ke kelas memandu untuk mengambil lesen .
Syukur semua dipermudahkan , mereka sama-sama lulus belajar di kelas memandu .Kini tinggal target mereka untuk memilikki kereta mereka sendairi untuk memudahkan urusan mereka .

**************

Setahun kemudian Elly dan Clayton masih lagi bersama , Dan masa menyambut hari kelahiran mereka untuk kedua kalinya pak Mail dan Mak Timah ,tiada di rumah kerana terpaksa melawat mak cik Elly yang telah dimasukkan ke hospital kerana bersalin .
Pada malam menyambut hari kelahiran mereka , Clayton seperti biasa menjemput Elly dan membawa Elly keluar untuk menyambut hari kelahiran mereka berrsama .
Tanpa diduga semasa dalam perjalanan ke termpat cafe yang dicadangkan , Clayton dan Elly pun terlihat dalam satu kemalangan jalan Raya . Cleo yang juga melintasi tempat kejadian terkejut melihat abangnya Clayton dan Elly juga terlempar keluar dari kereta .
Melihat abangnya dalam keadaan berlumuran darah , Cleo dengan menangis memerluk abangnya , Elly yang kejauhan pula sempat melihat dua beradik tersebut dan pengsan . Saksi yang menyaksikan kejadian tersebut ,sempat menelefon ambulan .
Sesampainya ambulan , Clayton dan Elly pun di kejarkan ke hospital untuk menerima rawatan kecemasan , Cleo pula mengabar berita buruk tersebut kepada ahli keluarganya dan keluarga Elly ,
Sampai di hospital Elly dikhabarkan koma dan Clayton pula meninggal dunia ,Untuk keesokan harinya pula , Clayton pun dikebumikan oleh keluarganya dengan dibantu oleh orang kampung .
Elly pula masih koma dan tak tahu lagi bila Elly akan sedar dari komanya . Pak Mail dan Mak Timah yang melihat keadaan cucunya itu hanya mampu bersedih , begitu juga ibu Elly yang tak berhenti menangis melihat anaknya jadi seperti itu .

" kesian Elly ,macam manalah dia terima semua ni nanti bila dia tahu Clayton dah tak Ada ..." kata Mak Timah sedih.

" berdiam sajalah ...agar Elly kuat hadapi cubaan ini" kata Pak Mail pula

" tapi kenapa semua jadi begini ...boleh ke Elly terima semua ni ayah ibu " kata ibu Elly sambil menagis melihat Elly terbaring kaku.

Tak lama kemudian, keluarga Clayton pun datang ke hospital selepas selesai acara pengembumian Clayton, semua orang pada saat itu merasa pilu selepas pemergian Clayton .Belum lagi bila Elly mengetahui yang dia telah kehilangan Clayton dalam masa yang amat panjang.
Tak tertinggal juga Cleo yang turut terpukul dengan hilangnya seorang abang dan dalam dalam masa yang sama melihat Elly terbaring lemah dan kaku di katil hospital dan tak tahu bila Elly akan pulih .Tak tahu juga apa yang akan jadi bila Elly mengetahui yang Clayton tak selamat ketika terlihat dalam kemalangan tersebut dan meninggal.

sorry sebab lambat update chapter baru ,sis sibuk sikit .btw enjoy ya

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience