VP16

True Story Series 9713

Sepanjang Elly koma di hospital , Cleo lah orang yang paling kerap menjenguk dan menjaga Elly meskipun setelah Elly sedar nanti Elly akan tetap ingat akan Clayton.
Saat masih koma Cleo yang banyak menghabiskan masa melawat dan menjaga Elly ,Pak Mail dan Mak Timah yang melihat Cleo bergitu perduli kepada Elly , merasa begitu berat hati .
Begitu juga ahli keluarga Cleo yang masih merasa berduka cita atas perginya Clayton, Cleo pula mustahil tak merasa hal yang sama bila terpaksa kehilangan abangnya. Melihat wajah Elly yang masih terbaring kaku ,Cleo makin merasa sedih bila melihat keadaan Elly dan berfikir bagaikan Elly selepas sedar nanti bila mengetahui Clayton telah meninggal dunia masa kemalangan pada tersebut terjadi .
Cleo menangis sambil mengusap rambut Elly dengan lembut dan menggengam tangan Elly sebelah dengan erat .
Tak lama kemudian , keluarga Elly pun datang menjenguk dan memujuk Cleo untuk terus bersabar dengan ujian yang tuhan telah berikan .

" El ...sampai bila awak nak macam ni ? bangunlah ..saya tak nak awak macam ni " kata Cleo menangis
" saya tahu awak kuat , saya tak nak hilang awak macam saya hilang abang saya ..saya sayangkan awak .tapi kan El ,kalau awak sedar nanti ..saya harap awak tabah dengan ujian ni , sebab kita semua sama-sama kehilangan Clayton " kata Cleo dengan air mata yang mengalir di pipi.

Dengan Elly yang masih terbaring kaku ketika itu pun ,mula mengalirkan air mata . Cleo yang menyedari Elly seperti mendengar keluhannya tersebut pun menyapu air matanya dengan lembut.

" El jangan sedih ya ..saya kan ada teman awak ... walaupun saya tahu awak tak mungkin suka saya...sebab saya bukan abang saya ..." Kata Cleo lembut.

**************

Tak lama kemudian , Pak Mail dan Mak Timah pun sampai untuk melawat cucunya tersebut . Cleo pula pergi makan dan balik sekejap ke rumah untuk membersihkan diri dan turun semula melawat dan menjaga Elly.di hospital ketika Pak Mail dan Mak Timah balik ke rumah.
Sampai di hospital Cleo pun duduk di kerusi sambil memerhatikan wajah Elly yang masih lagi ada sedikit bekas Luka akibat kemalangan tersebut.
Tak lepas juga tangan Cleo dari memegang tangan Elly yang lembut tersebut dan sambil berdoa di dalam hati agar Elly kembali sembuh seperti dahulu .
Tak lama kemudian ,tak terasa Cleo mula terlelap di kerusi tempat dia duduk dengan tangannya tak lepas Dari memegang tangan Elly yang masih tak tahu lagi bila akan sedar dari komanya.
Hari pun berganti hari , Elly masih dalam keadaan yang sama, Cleo pula tak putus- putus dari menjaga Elly Di hospital , walaupun Cleo sedar bila Elly sedar nanti Elly tak mampu menerima Cleo di dalam hidupnya seperti dia menerima Clayton dahulu.
Di hospital ,Cleo menjaga Elly dengan sebaik mungkin bercerita pada Elly meskipun Cleo tahu Elly tak mampu membalas kata-katanya tersebut ,tapi Cleo harap Elly sudi mendengar cerita dan segala luahan Cleo kepada Elly ,satta Cleo merasa tak tahu ingin berbual apa .
Cleo tahu Cleo tak mungkin tandingi arwah abangnya untuk mengambil hati Elly tapi Cleo berusaha untuk menjaga Elly sebaik mungkin.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience