VP 56

True Story Series 9713

Dalam sakitnya Elly perlahan mulai diam , dalam sakitnya Elly pendam semua hal dalam hati Dan fikirannya. Hanya mengharapkan waktu malam yang menengakannya . Setiap malam Elly akan menangis sendiri sambil menyembunyikan dirinya antara beruang besar pemberian arwah Clayton dan boba pemberian Ashraf. Bagi Elly bukan susah nak menyorok ,badan Elly bukan besar sangat pun ,jadi senang Elly menangis secara sembunyi .
Setiap malam Elly akan lakukan hal yang sama , sampailah Elly penat dan ingin sekali Elly berhenti berharap tapi Elly selalu gagal ,kerana saat Elly ingin cuma melangkah melupakan Ashraf , Elly selalu gagal dan merasa sakit yang amat sakit di dalam hatinya .

" Kenapa ? kenapa rasa ni sakit sangat sedangkan luka ni Tak kelihatan ? kenapa saya ? kenapa saya rasa sesakit ni ? kenapa saya sehancur ni ? Kenapa saya lalui semua ni ? Clayton kenapa awak pergi ? kenapa tinggalkan saya seoarang diri ? .
Ashraf kenapa kita dipertemukan dan jatuh cinta dan akhirnya berpisah seperti ni ? awak tahu rasa ni sakit sangat? rasa ni macam cuba bunuh saya secara perlahan .Kalau saya tahu awak hanya tetamu pada hidup saya ,sedah pasti saya akan bagi awak secawan kopi bukan sebentuk hati .
Kalau saya Tak terima awak dulu ,mesti saya tak sesakit ni . kalau saya tak kenal awak dulu dah mesti saya Tak sehancur sekarang ni ..sekarang saya yang tanggung rasa sakit ni . Mungkin ni balasan pada saya sebab terima awak dalam hidup saya .Saya sakit Clay ...saya sakit Ashraf , saya sakit . " Luah Elly pada patung boba dan beruang besar pemberian arwah Clayton sambil Elly menangis dengan teruk .

Mika yang dari tadi memerhatikan Elly dari luar celah pintu bilik peribadi Elly yang terbuka sedikit itu ,turut merasa sedih melihat adiknya seorang itu selalu bersedih setiap malam . Mika berusaha Tak mengganggu Elly , tapi Mika tak kuat melihat adiknya itu sentiasa bersedih dan menangis dan mengurung diri di biliknya. Nasiblah tunangnya Mila kerja pada malam tu ,kalau tidak mesti Mila juga turut menangis bila melihat Elly menangis dengan teruk pada setiap malam .
Di rumah bahkan Elly selalu menangis , belum lagi di tempatnya berkerja di sebuah kelab malam sebagai seorang DJ . Kawan yang sering melihat Elly bersedih dan menangis dalam tandas jadi tak sampai hati kerana Elly Tak mahu ceritakan masalahnya pada sesiapa .Bila ditanya pula Elly akan berkata yang dia okey .
Tak luput juga , seorang lelaki yang berbangsa cina yang sama tempat kerja dengan Elly yang bernama Jay. Jay selalu memberikan perhatian pada Elly , tapi selalu ditolak oleh Elly tapi Jay tetap memberikan perhatian pada Elly. Bahkan Jay selalu membelikan Elly makanan dan minuman , bukannya dimakan malah diberikan oleh Elly pada orang lain . Tak sampai disitu , Jay selalu cuba berbual dengan Elly tapi selalu tak dijawab oleh Elly dan selalu mendapat perlakuan dingin dari Elly.
Pada mula Jay cuba mendekati Elly , tapi Elly banyak mengelakkan diri darinya Jay menyangka Elly seoarang yang sombong ,tapi hakikatnya Jay ketahui saat Elly sedang mabuk berat di sofa , Jay tanpa sengaja melihat gambar Elly bersama Ashraf di wallpaper handphone Elly.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience