VP 33

True Story Series 9700

TIGA bulan kemudian ,kerja Ameera pun hampir selesai . Pada malam tersebut Ameera pun bercadang untuk meminjam handphone Elly sekatika.
Bukannya meminjam dengan baik tapi Ameera sempat kenakan Elly ,Ameera sengaja buka apps cari pasangan dan pilih pasangan untuk Elly. Sekali kena pada seorang jejaka yang tak kurang tampannya. Lalu tak lama lelaki itu pun chat pada Elly dan memberi tahu namanya Ashraf.
Dalam sesi mengenali antara satu sama lain , Ameera yang banyak membalas chat Ashraf .Manakala Elly pula tak berapa ingin melayan Ashraf. untuk chat si applikasi wassap pula Ameera yang memberikan nombor handphone Elly pada Ashraf.
Seminggu kemudian ,Ameera pun balik semula ke tempat tinggalnya . Kini Elly dan abang-abangnya saja lah yang tinggal bersama Atuk dan nenek mereka . Tiga hari kemudian , Elly dan abang-abangnya pula dijemput oleh ibu masing- masing- untuk tinggal bersama kini tinggal Pak Mail dan Mak Timah saja lah yang tinggal di kampung .
Masa tinggal bersama ibunya , Elly seperti biasa sentiasa berkurung di bilik selepas selesai membuat kerjanya . Masa tinggal dengan ibunya Puan Sandra , Elly hanya membuat bisnes secara online bila ada menghantar barang untuk pelanggan pula , Elly akan COD sampai ke malam seorang diri .
Selesai kerjanya Elly pun membuka handphone nya dan tanpa sengaja melihat profile Ashraf .dengan teliti Elly memerhati iras wajah Ashraf mirip wajah arwah Clayton terdahulu . Tanpa sengaja pula Elly melihat status wassap milik Ashraf ,dan dengan perasaan was-was Elly mengucapkan tahniah kepada Ashraf .Tapi Ashraf menafikan yang dia belum berkahwin dan hanya main -main .
Elly merasa sedikit lega tak tahu kenapa , seketika Elly mangabaikan perasaannya dan mencari gambar anjing dan kucing kesayangannya dan upload pada status wassap .Terus dibalas oleh Ashraf lalu ashraf pun menunjukkan kucing-kucingnya pada Elly.
Tanpa sedar Elly mulai tersenyum sendiri .tapi sedar dirinya senyum sendiri Elly pun menepuk mukanya sendiri

" apa aku ni sendiri..?? milik orang lah tu Elly " kata Elly cakap sendiri.

Sekali Elly bangun dari tempatnya lalu mengambil bingkai gambar yang ada gambar dia bersama Clayton dahulu .dan perlahan Elly kembali ke tempat tidurnya dan terus tidur memerluk bingkai gambar yang ada gambar mereka berdua .
Untuk anak patung beruang pemberian terakhir dari arwah Clayton pula Elly jadikan tempat sebagai untuk baring tidur kerana pemberian arwah Clayton tersebut membuat Elly selalu merindukan arwah Clayton setiap hari saat tak dapat melawat ke makam arwah Clayton.
Menjelang pagi pula , Elly bangun dan membersihkan dirinya lalu pergi menghantar barang seperti biasa , Ibu Elly pula iaitu Puan Sandra pula awal pagi sudah keluar bekerja . Tengah hari pula , Elly balik ke rumah lalu melihat Aina iaitu adik perempuan kepada Ren datang untuk menemani Elly sepanjang dia menyambung belajar dan membantu Elly untuk membuat bisnesnya dan keluar menghantar barang .

Pada masa cod tersebut , Mereka sempat ke tempat orang jual barang dan makanan . Masa keluar berduan ketika , Tangan Aina tak lepas dari menggengam tangan Elly dengan erat . Masa itu juga Elly mengambil gambar tangan mereka berdua yang masih berpegangan erat dan upload ke status wassap .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience