VP 40

True Story Series 9713

BEberapa bulan lepas Elly dan Ibunya pindah , Ashraf seringkali datang menemui Elly dengan alasan yang tak lari kata rindu . Begitu juga Elly yang turut merasakan hal yang sama tapi Elly memilih untuk diam dan tunggu Ashraf Yang ungkapkan rasa rindunya.
Bila bertemu Ashraf tak habis dengan menyakat Elly puas-puas membuatkan Elly geram dengan pantas mencubit-cubit Ashraf dengan manja. Dengan lembut Ashraf memerluk Elly dan menyakat Elly sampai Elly tak tahu nak kata apa . Tak nak kalah juga Elly tenung muka Ashraf tanpa berkedip membuat Ashraf tak tenang dan tak tahu nak jawab apa bila Elly memandangnya tanpa berkedip sambil tersenyum.

" Sayang ...satu tambah satu berapa ? " Tanya Ashraf menyakat Elly sambil memerluknya dan menatap mata Elly

" emmmm ...emmm ...tah tak tahu " Itu lah jawapan Elly pada Ashraf membuat Ashraf ketawa

*Ishhh ..sayang ..nanti awak " kata Elly dengan manja

" hahahaha ...ala comel ..sayang dia ..." kata Ashraf sambil mencubit-cubit pipi Elly dengan manja .

" tapikan sayang ...saya happy tau bila awak ada dekat saya ...rasa macam tak pisah dengan awak " kata Ashraf

" Okey ...lepas Tu ...? " kata Elly pula sambil bertongkat dagu sambil memandang muka Ashraf tanpa berkedip

" saya rasa macam...." kata Ashraf terhenti disitu.

" rasa apa tu sayang? " Tanya Elly lagi masih dengan reaksi yang sama.

" rasa ...rasa ...aduh tak tahu nak kata apa dah sayang ...awak terlalu comel pada saya " kata Ashraf gelisah

"comei ?? comel macam mana tu sayang ? macam ni ke " kata Elly sambil mengkedip- kedipkan kedua matanya serentak .

" aduh ...kenapalah awak dilahirkan comel sangat " kata Ashraf makin gelisah sambil menutup mukanya dengan tapak tangan.

Sekatika Elly ketawa kegembiraan saat dapat membalas balik gurauan Ashraf sebentar tadi . Melihat Elly gembira , Ashraf pun turut merasa gembira Masa Ashraf balik pula Elly pun rasa sunyi seketika .Tapi bukan halangan untuk Ashraf membuat Elly untuk tetap tersenyum.
Sampai Ashraf dirimahnya ,Ashraf terus call untuk memaklumkan pada Elly yang Ashraf telah sampai di rumahnya untuk mengelakkan Elly tak curiga dengan dia . Sampai di rumah juga ,Ashraf terus baring di tempat tidurnya sambil chat dengan Elly.
Tak lama kemudian Ashraf tak lagi membalas chat dari Elly kerana sempat tertidur ,tanpa banyak berfikir Elly cuba fokus dengan kerjanya tapi Elly tetap memikirkan tentang Ashraf yang tak lagi membalas chatnya ketika itu kerana telah pun terlelap .
Pada waktu tengah hari pula barulah Ashraf memberitahu Elly yang Ashraf sempat tertidur masa chat dengan Elly. Tanpa fikir panjang Elly hanya dengan biasa saja membalas chat Ashraf. Pada Elly , cukup Ashraf berlaku jujur padanya dan menyanyanginya Sama seperti dia sayangkan Ashraf .Dah cukup untuk membuat Elly bahagia dengan hal sekecil dan semudah itu.
Setiap kali rindu pula boneka boba pemberian Ashraf lah tempat Elly bercerita bila Ashraf lambat membalas chatnya . Bila gaduh pula boneka boba tu juga tempat Elly menangis , melepas amarahnya dan melepaskan geramnya pada Ashraf . Bila makan pula Elly selalu berkepit dengan boneka bobabya sampai tertidur.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience