Habis waktu kerja , Elly dan Clayton terus pulang ke rumah untuk membersihkan diri terdahulu dan keluar semula untuk membayar gaji pekerja .
Lepas membayar gaji pekerja , Elly dan Clayton pun mengajak Pak Mail untuk membeli stock makanan . Kemudian , membawa Pak Mail dan Mak Timah keluar makan.
Lepas makan pula , Elly dan Clayton pun menghantar Pak Mail dan Mak Timah pulang ke rumah dan keluar semula untuk mengajar Elly memandu .
Clayton mengajar Elly dengan lemah lembut , hingga sikit demi sikit Elly sudah pun pandai memandu kereta . Masa balik belajar pula , Clayton yang memandu keretanya semula , Elly pula hanya duduk sebelahnya .
" macam mana ? Okey ? " Tanya Clayton
" masih takut sikit .." jawab Elly
" relax ...jangan takut , masa baru belajar memang takut dah biasa nanti tu ..Okeylah " jawab Clayton dengan tersenyum
"Okey awak ..tapi tak apa ke awak ajar saya memandu ? " Tanya Elly
" tak apa ...saya seronok ajar awak ,biar satu hari nanti awak boleh jalan kemana awak nak bila awak dah pandai " kata Clayton lalu mengusap kepala Elly .
Sampai di rumah , Elly terus masuk ke rumah , manakala Clayton pula terus balik ke rumahnya selepas menghantar Elly .
Lepas makan malam pula , Elly terus duduk di koridor rumah sambil memegang buku , rumah sebelah pula, Clayton keluar sambil bawa gitar . Elly hanya tersenyum melihat Clayton yang selalu nyanyian lagu untuk dia .
Suasana pada malam itu terasa sangat romantis , Elly merasa sangat beruntung saat mengenali Clayton kerana sangat menyanyanginya , begitu juga Clayton yang merasa adalah yang terbaik untuknya ,kerana memahaminya dari segi kerja dan keadaan.
************
Untuk esoknya pula Clayton dan Elly hanya duduk di rumah kerana esok adalah Hari cuti ,Menjelang petang barulah Clayton mengajak Elly untuk keluar belajar memandu .
Dari pagi sampai petang , Clayton hanya membantu Elly dan Pak Mail membersihkan pesekitaran rumah dan membuang barangan yang tak dapat digunakan .
Selepas semua kerja siap , Pak Mail pun memghidupkan api untuk memanggang ayam , dengan dibantu oleh Clayton yang mengumpulkan kayu until Pak Mail. Elly pula membantu Mak Timah untuk menyediakan bahan masakan yang lain di dapur .
Selesai kerja di dapur,barulah Elly keluar dengan membawa ayam yang telah diperap lalu memberikannya pada Pak Mail. Tak lama setelah itu Elly berjalan menuju ke arah pohon jambu untuk mengambil beberapa biji jambu untuk diulam .
Selepas semua kerja selesai pula , Elly dan Clayton pun duduk di pondok Di tepi pohon jambu mereka , dengan pantas Elly mengambil gitar milik Clayton dan cuba memainkannya walaupunasih sumbang .
Tak lama kemudian , Clayton pun duduk di sebelah Elly dan mengajarnya bermain gitar ,sambil menyanyikan sebuah lagu . Pak Mail dan Mak Timah pula hanya memerhatikan gelagat dua orang tersebut . Tersedar juga Mak Timah akan kehadiran Cleo yang memerhatikan Clayton dan Elly yang sedang kelihatan mersra ketika itu.
Melihat babak tersebut , Cleo hanya mampu terdiam tanpa kata ,jika bersuara sekalipun Elly belum tentu dapat menerimanya seperti Elly menerima Clayton sebagai orang yang paling istimewa dalam hidup Elly.
Share this novel