VP 29

True Story Series 9713

Dalam perjalanan ke tanah perkuburan , Irwan sempat menelefon Ren dan memaklumkan tempat Elly sedang berada.Tanpa melengahkan masa semua orang pun pecutkan kereta menuju tempat yang telah Irwan maklumkan sebentar tadi.
Sampai di perkuburan ,semua orang sempat terdiam melihat Elly sendang bercerita seorang diri sambil menangis dengan tangannya memegang dada. Tanpa berganjak dari tempat mereka berdiri , Irwan berserta yang lain hanya mendengar luahan Elly pada Clayton.

" Prince ....saya sakit ...kenapa semua ni jadi pada saya ...kenapa juga saya saya kehilangan awak ..Why do I have to face all this? why me ..Prince tapikan ay rindu awak ... merindukan awak terasa terlalu sakit ...Rasa sakit ni saya tak tahu nak luahkan dekat siapa . Prince kalau waktu no boleh diputarkan semula semestinya saya ingin sangat ada awak ...saya tak nak jauh dari awak . Tak Alasan saya dari dulu sampai sekarang dan sampai bila-bila nak gantikan awak dengan orang lain ..sebab hati ni memang milik awak ..bahkan akan selalu jadi milik awak seorang ..kalau pun saya jumpa orang baru nanti semestinya dia bukan awak dan takkan sebaik dan setia macam awak . Prince saya akan selalu ingat awak ,saya akan selalu sayangkan awak ..Terima kasih pernah jaga saya ..saya rindu awak sepanjang hayat saya " Ucap Elly sambil menangis teresak-esak.

Tak sampai hati, Mika pun menyapa Elly dengan lembut dan dengan mata kelihat merah berkaca .Perlahan Mika mendekati Elly dan menyandarkan Elly Di dadanya . Dengan diikuti oleh ,Ken dengan yang lain juga turut memerluk Elly .Cleo yang merasa terharu dan sedikit iri melihat kesetiaan enam beradik tersebut berusaha menahan air matanya tapi akhirnya jatuh juga .
Mereka sama- sama tak mampu menahan air mata mereka hanya mampu menangis bersama Elly yang menderita kesepian selepas kehilangan Clayton .
Dalam dalam keadaan sedih bercampur sakit kehilangan ketika itu ,hanya Elly yang diperdulikan ,Cleo pula hanya mampu menahan cemburu melihat kasih sayang antara Elly dan abang-abangnya..
.Tak lama kemudian, Irwan mengucapkan terima kasih pada Cleo kerana membantu Irwan akan keberadaan Elly .Tanpa membuang masa , Elly dan abang-abangnya pun balik ke rumah dengan menggunakan satu buah kereta dan Cleo pula hanya keseorangan menggunakan keretanya sendiri.
Dalam masa Cleo bersendirian memandu, Cleo terfikir kenapa dia harus kehilangan Clayton abangnya .Dan harus tinggal keseorangan tanpa mampu bercerita dan bergurau dengan abang sendiri seperti Elly dan abang-abangnya lakukan .
Cleo merasa mungkin Elly rasa lebih beruntung kerana Elly masih mempunyai abang sedangkan dia hanya keseorangan tanpa Clayton menemaninya saat sedih dan gembiranya seperti mereka waktu kecil dahulu.

Dulu Cleo lah orang yang paling gembira kerana Clayton selalu ada menemani dan menghiburkan hati Cleo , saat Cleo sakit dan kesunyian pula hanya Clayton lah tempat Cleo mengadu .

Sampai di rumah pula , Cleo terus masuk ke bilik arwah abangnya dan menangis sejadi-jadinya atas kehilangan abangnya .Hinggalah Cleo sempat tertidur di bilk abangnya itu. Puan Zubaidah yang melihat anaknya tersebut asyik berkurung di bilik abangnya itu merasa sedih kerana Puan Zubaidah tahu yang Cleo pasti merindukan arwah Clayton yang telah 11 tahun lebih meninggalkan mereka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience