VP 17

True Story Series 9713

DUA bulan kemudian , Elly mulai sedarkan diri komanya. Tanpa Cleo sedar Elly mula menggerakkan tangannya dan hinggalah Elly memanggil nama Clayton . Bila Elly tersedar dari komanya ,Cleo dengan cepat memanggil doktor dan terus menelefon keluarga Elly dan dan keluarganya.
Mendengar khabar Elly yang telah sedar dari komanya , Pak Mail dan Mak Timah pun terus pergi ke hospital dan keluarga Cleo pun turut ke hospital untuk menjenguk Elly..

" Clay.... Clayton..." kata Elly dalam keadaan lemah

" El ... Elly awak dah sedar ? " kata Cleo memanggil nama Elly dan bergegas memanggil doktor untuk mmeriksa Elly.
selepas menerima rawatan dan periksaan , Keluarga Cleo dan Elly pun sampai .

" Atuk ....Clay mana ? " Tanya Elly ingin tahu. tapi pertanyaan tersebut tak dijawab melainkan semua orang memandang satu sama lain .

" Atuk ...nek .... Clayton mana ? " Tanya Elly lagi

" Aunty ... Clayton mana? " Tanya Elly pada ibu Clayton.tanpa menjawab sepatah pun ,Puan Zubaidah mula menitiskan air mata

" Aunty .. Clayton mana ? " kata Elly dengan mata yang mulai berkaca .

" Cleo ... Clayton masih baik-baik Kan ? Clayton sihat Kan " kata Elly lagi dengan suara yang terketar-ketar ,dengan kekuatan yang tersisa Elly bangun berjalan mendekati Cleo .

" Cleo ... tolonglah bagi tahu ..mana Clayton " kata Elly mulai sebak dan dengan kuat mengoncang bandan Cleo.

" Abang Clay ....Abang Clayton dah tak bersama kita El..." kata Cleo sambil menahan air matanya Yang mulai jatuh.

" Ap ...apa ? " Tanya Elly mula menangis

" Abang Clayton dah tak ada El...abang Clayton dah meninggal masa kemalangan tu " mulai menangis

" tak ..no ...tak mungkin " kata Elly melangkah satu langkah ke belakang .

" Betul Elly... Clayton dah meninggal masa kemalangan tu " kata Puan Zubaidah pula

Dengan terduduk lemah Elly menangis selepas tahu Clayton telah pun meninggal masa kemalangan tersebut. Sminggu kemudian , Elly pun keluar dari hospital dan terus menziarahi makam Clayton.Disitu juga Elly menangis meraung meratapi pemergian Clayton . Masa pergi menziarahi makam Clayton ketika itu , Cleo lah yang menemani Elly.

" Prince ...kenapa awak pergi macam ni ? kenapa awak tinggalkan saya ...? " kata Elly mula menangis

" awak dah janji takkan tinggalkan saya ...kenapa awak buat macam ni ? " kata Elly lagi sambil mengusap batu nisan makam Clayton.

" Awak kata awak sayangkan saya ..kenapa awak buat macam ni pada saya " kata Elly menangis .tanpa sedar ketika itu juga hujan mulai turun .

Cleo cuba memujuk Elly untuk balik tapi ditolak oleh Elly kerana Elly tak ingin meninggalkan makam Clayton. Dalam derasnya hujan yang turun Elly hanya mampu bersedih dan meratapi pemergian Clayton sehingga hujan mulai reda barulah Elly dan Cleo balik dalam keadaan basah kuyup .

Belum sempat melangkahkan kaki , Elly pun rebah pengsan disamping makam Clayton. Dengan cepat Cleo pun mengangkat Elly masuk ke dalam kerata dan membawanya pulang dalam keadaan basah kuyup .
Sesampainya mereka di rumah , Elly pun terus di gendung oleh Cleo masuk ke dalam rumah .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience