VP 11

True Story Series 9713

Sampai di rumah , Pak Mail dan Clayton pun mengeluarkan buah yang mereka kumpulkan tadi dan membawanya masuk ke rumah .
Tak lupa juga Pak Mail membahagikan bahagian untuk Clayton kerana seharian penat berkerja tapi tetap membantunya pergi ke dusun dan mengutip buah.
Tak lama kemudian , selesai membantu Pak Mail , Clayton pun meminta izin untuk balik ke rumah ,kerana takut ibunya mencari.
Sampai di rumah pula , Clayton memberikan buah yang diberikan oleh Pak Mail tadi ,kepada ibunya .sempat juga ibunya bertanya,tapi Clayton hanya menjawab sepatah lalu masuk ke biliknya untuk rehat sekejap untuk membuat rasa penatnya.
Akibat terlalu lama baring di katilnya , tak terasa Clayton pun terlelap hingga ke pagi. Dan bangun awal pula sebab kerja. Tanpa membuang masa Clayton terus bersiap dan menjemput Elly.
Sampai di rumah Elly pula , Mak Timah membertahu yang Elly telah pun pergi ke ladang bersama Clayton,tapi yang sebenarnya yang menjemput Elly tadi adalah Cleo . Dengan bergegas Clayton pun terus memecutkan keretanya hingga sampai di ladang.
Bila sampai di ladang ,semua pun terbongkar kerana yang menjemputnya tersebut bukanlah Clayton melainkan Cleo. Cleo cuba menjelaskan motofnya tapi di halau oleh Elly dengan tegas.
Mahu tak mahu , Cleo terpaksa akur dengan apa yang Elly katakan kerana Elly takkan menyukai Cleo . Sebelum Cleo pergi Elly sempat memberikan amaran keras kepada Cleo agar menjauhinya kerana Elly tak ingin diganggu Olehnya .

" Dah ,awak boleh balik " Kata Elly.

" ta ..tapi kenapa ? " Tanya Cleo

" orang lain awak boleh perbodohkan dengan penyamaran awak ,tapi saya tak .Sebab saya kenal Clayton " jawab Elly dengan memandang Cleo dengan tajam .

" maaf ..tapi ....? " kata Cleo terhenti disitu.

"Saya kata balik ...!!! " tengking Elly membuatkan semua pekerja memandang ke arah Elly dan Cleo .

" saya ingatkan awak sekali lagi ...saya takkan sukakan orang macam awak ni ,Dan jangan Cuba muncul depan saya dan pura-pura " kata Elly dengan memberikan amaran kepada Cleo.

Dengan berat hati dan sakit kena tolak , Cleo terpaksa pasrah , kerana Elly berkeras bertahan dengan Clayton abangnya dan tak mungkin akan menerimanya .
Dalam perjalanan ke ladang , Clayton sempat terserempak dengan Cleo tapi Clayton tak ingin menyapa Cleo , selain memikirkan Elly yang ada di ladang ketika itu .
Sampai di ladang , Clayton terus mencari Elly dan memerluknya dan merasa sedikit lega kerana Elly tak apa-apa .
Dalam waktu kerja ,mata Clayton tak lepas tadi memandang ke arah Elly yang sedang fokus membuat kerjanya .
Perasan akan tingkah laku Clayton tersebut , Elly pun menegurnya kerana tak mahu pekerja lain ,perasan akan hubungan mereka .Masa rehat juga Elly masih kerja , Clayton pula ,terpaksa makan sorang tanpa ditemani oleh Elly.
Selesai kerja, barulah Elly makan dan rehat sampat tertidur di meja kerjanya . Kesian dengan Elly yang tertidur di meja kerjanya , Clayton pun menyusun fail yang Elly sedah siapkan tadi tempat sebelah Kiri meja . Bagi yang belum siap , Clayton tolong siapkan dengan sebaik mungkin dan menyusun semula fail tersebut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience