VP 57

True Story Series 9713

Pada pukul 2 pagi baru lah waktu kerja Elly habis , masa balik Mika dan tunangnya pula masih kerja , Elly pula terpaksa pulang sendiri ,tambah pada waktu itu hari hujan lebat . Masa Elly ingin membuat permesan grab untuk balik , dengan tiba-tiba Jay datang dengan keretanya dan mempelawa Elly until masuk ke keretanya . Tapi Elly enggan menerima pelawaan Jay tersebut .
Bila melihat Elly menolak pelawaannya , Jay pun pergi Dan balik lagi dan membawa paying Elly lalu menarik Elly masuk keretanya dan lock pintu .Dengan crmas Elly mula sesak nafas membuatkan Jay pun turut cemas melihat Elly ketakutan. Dengan cepat Jay memberhentikan keretanya dan memberikan Elly sebotol air mineral .

" hei ...awak okey tak ? " tanya Jay pekat berbahasa cina .tapi Elly hanya terdiam menggelengkan kepalanya dan menangis.

" ssshhhh ...semua okey ..jangan takut " kata Jay lagi masih pekat dalam berbahasa cina .

Bila tangis Elly mulai reda , Jay pun menghidupkan enjin keretanya ingin melanjutkan perjalanan menghantar Elly pulang ke rumah.Tapi dalam perjalanan pulang , Elly melarang Jay meneruskan perjalanan kerana hujan .Jay menghentikan keretanya dan terdiam memandang Elly yang kelihatan comel memakai headset telinga kucing dan megenakan kasut ,seluar hitam dan baju t-shirt berlapiskan baju jacket hitam .
Di dalam kereta , Jay dengan cepat memasang lampu dalam keretanya , kerana Jay tahu Elly takut akan gelap. Dalam kereta Jay sementara menunggu hujan reda , Elly sempat memainkan lagu pada handphonenya Dan sambung pada Bluetooth headsetnya . Jay pula cuma diam memandang Elly yang dingin dan pandangan mata Elly yang tajam dan kosong. Ingin sekali Jay mengajak Elly berbual tapi takut Elly tak memberikan respond padanya . Tapi Jay tetap ingin cuba mengajak Elly berbual walaupun sekrjap .

" emmm Elly..awak memang macam ni ke ? " tanya Jay ingin tahu tapi tak dijawab oleh Elly

" sorrylah kalau saya macam menyibuk ..tapi sejak saya tengok awak ,saya cuba nak kawan dengan awak " jelas Jay

" saya rasa tak perlu ...saya ada hati yang nak jaga " jawab Elly tiba-tiba membuat Jay terbeliak memandangnya

" Saya dah ramai kawan ,saya tak perlu lebih banyak kawan dan jangan letak harapan terlalu tinggi pada saya ..takut nanti diri sendiri yang sakit " jelas Elly dan cuba keluar dari kereta Jay tapi ditarik semula oleh Jay

" Elly ...awak ke mana ? " tanya Jay menarik tangan Elly yang cuba keluar dari kereta. Tapi ditepis oleh Elly lalu keluar dari kereta Jay.

Melihat Elly ingin pergi Jay pun menghalang Elly .Pada malam itu mereka sama-sama basah kuyup kerana hujan. Di bawah hujan Elly masih kelihatan dingain dengan Jay . Takut Elly sakit sebab hujan , Jay pun cuba memujuk Elly untuk masuk ke keretanya dengan cara baik ingin menghantar Elly pulang ke rumah .
Lepas hujan reda, Jay pun terus memecutkan keretanya dan menghantar Elly pulang ke rumah. Masa dalam perjalanan , Jay hanya memerhatikan Elly yang terdiam di sebelahnya . Sampai di hadapan rumah Elly pula , Jay pun mengikuti Elly keluar dari kereta.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience