VP 9

True Story Series 9713

Merasa terlampau risau Elly , Clayton pun tak dapat menahan diri lalu bergegas keluar dari rumah dan berlari ke rumah Elly dan terjaga masuk ke bilik Elly , membuatkan Elly terkejut dan tersedar lemah .
Melihat keadaan Elly terbaring lemah , Clayton pun dengan cemas mendekati Elly ,lalu menyentuh dahi Elly yang terasa panas .

" Elly ....awak okey tak ni ....panasnya badan awak ..." kata Clayton cemas. Dengan serta-merta Clayton mendukung Elly dan membawanya ke klinik.

Sampai di klinik doktor memberikan ubat pada Elly dan balik rumah .Sampai di rumah , Clayton membaringkan semula Elly di katil dan keluar semula untuk ke dapur mengambilkan air. Setelah itu kembali semula ke bilik Elly dan memberi Elly makan ubat dan rehat.
Tak lama kemudian , Nek Timah dan Pak Mail pun sampai .dan terkejut melihat Clayton ada di rumah .

" ehh clay...bila kamu ada disini " Tanya Pak Mail.

" Atuk .....em tadi ,saya risau Elly tak jawab call tu yang saya jenguk tu " jelas Clayton.

" Emm...Elly demam, Atuk dan nenek nak hantar klinik tak nak..nasiblah kamu ada hantar dia . Maaflah Clay menyusahkam kamu " kata nenek timah.

" tak apa nek ...saya dah hantar dia tadi ,dah makan ubat juga Elly tu ." jawab Clayton.

" yalah clay..ni untuk kamu ..beli minyak kereta " kata Pak Mail pula lalu menghulurkan wang seratus ringgit untuk Clayton membeli minyak keretanya.

" ehh tak apa tuk ....Saya ikhlas tolong ,lagipun saya risau tadi " Kata Clayton menolak.

" tak apa ...saya ikhlas bagi ..ambil" Kata Pak Mail.

Dengan segan Clayton mengambil wang yang Pak Mail hulurkan . Selapas itu, Pak Mail pun mengajak Clayton untuk masuk ke rumah dan minum kopi dengannya.
Masa di dapur, Pak Mail dan Clayton kedengaran rancak berbual sambil ketawa .Bila sebut pasal Cleo pula Clayton hanya terdiam.
Melihat reaksi wajah Clayton berubah ,Pak Mail pun menasihati Clayton agar tidak memusuhi adiknya sendiri hanya gara- gara seorang perempuan.
Sebaiknya , Pak Mail mencadangkan Clayton dan Cleo untuk berbincang dengan baik daripada bermusuhan ,percakapan tersebut lalu di potong oleh Elly yang tiba- tiba keluar dari bilik tidurnya.

" betul kata Atuk tu Clay ...jangan sebab saya awak dan Cleo bermusuhan " kata Elly

" Elly " kata Clayton terkejut dan menoleh .

" bergaduh macam mana pun awak berdua , awak berdua tetap adik beradik . Saya ni hanya orang asing " kata Elly lagi.

" tapi saya tak boleh biarkan Cleo rampas awak dari saya " kata Clayton.

" rampas atau tak itu satu pilihan .Macam Elly juga , Elly pun berhak menentukan pilihan dia " kata Pak Mail

" lagi kamu bertiga bukan budak kecil lagi ...kamu bertiga dah besar panjang , kami faham perasaan kamu Clayton ,tapi kami pun tak bolehnak kata apa " kata Nek Timah pula.

Mendengar kata yang diucapkan oleh Elly, Pak Mail dan Nek Timah , membuatkan Clayton tersedar bahawa tindakan yang dia lakukan pada Cleo tempoh hari adalah salah. Bila balik Clayton masuk ke biliknya dan berfikir semula.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience