VP19

True Story Series 9713

Dalam masa beberapa hari Elly masih murung ,suka menyendiri dan menjauh dari orang sekeliling kerana,tak sanggup melihat Elly semakin murung , Irwan dan Ken
pun berpakat untuk membawa Ren,Mika dan Micky untuk memantau keadaan Elly.
Mungkin dengan kedatangan tiga orang lagi abangnya Elly boleh pulih dari kemurungan dan depresinya .Tapi ternyata tak semudah itu, kerana Elly tak mudah untuk melupakan tentang arwah Clayton yang selalu ada saat Elly dalam keadaan sedih.
Dalam masa Elly parut dalam kesedihannya , Irwan cuba menghiburkan Elly dengan lawaknya ,tapi tetap tiada tindak balas dari Elly . Tak sehingga tiga orang lagi abangnya datang menyapa Elly dengan disusuli oleh kedatangan Ken yang menjemput Micky ,Mika dan Ren untuk datang menemani dan menghiburkan Elly.
Dalam masa yang sama Elly duduk di rumah pokok yang dibina oleh Clayton untuk meraka selalu luangakan masa bersama sambil belajar dan dahulu Clayton selalu menyanyikan lagu untuk Elly. Disitu hanya Elly dan gitar milik arwah Clayton yang tinggal , Elly menangis saat teringat akan kenangan saat bersama Clayton terdahulu.

[FLASHBACK]

" Princess ... kenapa awak terima saya ? " Tanya Clayton mengejut membuatkan Elly terkedu.

" maksud Prince ? " Tanya Elly pelik

" yalah ...Cleo yang suka awak tu ..awak tolak ..tapi saya awak terima " kata Clayton.

" emmm ...yang tu ..macam mana ya nak cakap " kata Elly sambil memegang dagunya .

" cakaplah ..nak tahu " kata Clayton lagi .

" emm ...macam ni lah prince ...senang cerita dia tak macam awak ..." kata Elly lalu bersandar di dada Clayton yang berada di sebelahnya .

" tak sama ? tak sama macam mana tu ? " Tanya Clayton ingin tahu .

" tak sama ..Cuba awak hulur tangan awak ..." kata Elly sambil tersenyum ,tanpa curiga Clayton menghulurkan tapak tangannya .

Dengan sekali tengok Elly dah tahu Clayton orangnya bagaimana . Dengan kelebihan Elly yang ada Clayton merasa sangat teruja kerana Elly adalah orang yang istimewa pada Clayton. Selesai Elly meramal Clayton dengan kelebihan indigonya . Clayton cuba menguji Elly untuk menyebutkan rahsia yang pernah Clayton simpan .Tapi ternyata Elly tetap tahu akan rahsia Clayton membuatkan Clayton merasa makin teruja .

" wahh bestnya ... Princess tahu semua tentang saya , bestnya ada kelebihan " kata Clayton teruja .

" best ? mana ada? banyak lagi orang yang tak suka saya tau...orang anggap saya hantu " jelas Elly kecil hati.

" ala...mana ada...perdulilah orang kata apa yang penting awak istimewa pada saya . Saya sayang awak tau" kata Clayton dengan tangannya mengusap rambut Elly dengan lembut.

" ya ke awak sayang saya ? " Tanya Elly bergurau ..

" betul lah ...saya sayang awak sangat , saya janji akan jaga awak seumur hidup saya ..saya juga janji takkan tinggalkan awak.. " kata Clayton sambil tersenyum memandang Elly dengan romantis lalu mengucup pipi dan kening Elly.

" Prince ..terima kasih ..sebab sayangkan saya ...saya pun sayangkan awak ..saya tak nak hilang awak walaupun sesaat. Saya nak selalu ada awak .." kata Elly dengan wajah gembira lalu memerluk Clayton dengan manja .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience