VP 24

True Story Series 9713

Sampai di kolam memancing Elly dengan pantas mengambil joran dan mula memancing sambil termenung jauh . Karna disitu kenangan Elly dan Clayton dulu bermula.
Masa memancing dengan Clayton , Elly yang mengajar Clayton untuk memasang umpan ,bila dapat ikan pula , Clayton selalu geli dengan ikan keli yang dia dapat . Elly yang merasa Clayton kelihatan comel masa gelikan ikan keli , Elly cuba untuk mengacah-acah ikan keli pada Clayton.
Bila mendapat hasil pancing yang banyak Elly pun membawa Ken untuk membuat jerat . Pada jerat pula Elly selalu mendapat ayam kampung dan membawa balik ke rumah .
Untuk hasil tangkapan tersebut akan dijadikan lauk pada makan malam. Seperti biasa juga bila menjelang waktu makan malam , Elly hanya makan sedikit dengan alasan tiada selera untuk makan malam.
Siap mencuci pinggannya , Elly terus masuk ke biliknya dan duduk di tengah-tengah anak patung beruang besar pemberian terakhir dari arwah Clayton.
Bila dekat dengan patung beruang besar tersebut Elly bagaikan sedang merasakan kehadiran Clayton berada di dekatnya . Bila baring diatas patung beruang besar tersebut Elly merasa begitu hangat. Saat itu juga Elly mula menitiskan air mata kerana terasa terlalu merindukan arwah Clayton. Elly mula menangis kerana merindukan arwah Clayton hingga tak sedar yang Elly tertinduk dia dalam pelukkan patung tersebut.
Ketika itu juga , Ken yang ingin melihat keadaan Elly pun merasa kasihan lalu menutupi badan Elly dengan selimut dan membiarkan Elly tidur . Masa Elly tidur Ken sempat mengusap rambut Elly dan mengucup kening Elly seraya mengucapkan selamat malam.

******************************

Keesokan paginya , Elly bangun tak seperti biasanya ,bila keluar dari bilik tidurnya Elly melihat abang-abangnya tengah sibuk membantu Mak Timah dan Pak Mail membersihkan pesekitaran rumah dan memasak
Tanpa membuang masa Elly terus pergi mandi sebelum Mak Timah menegur Elly untuk mandi . Selesai mandi , Elly pun turut ingin membantu abangnya membuat kerja tapi ditolak oleh Ken ,sebaliknya Ken menyuruh Elly untuk rehat .
Tak lama kemudian , Elly cuba untuk membantu Pak Mail tapi turut ditolak oleh Pak Mail kerana Pak Mail mahu Elly cuma duduk berehat . Melihat Elly tak digalakkan terlibat dalam aktiviti membersihkan pesekitaran rumah , Elly pun masuk ke biliknya dan duduk di jendela sambil bersandar di bahu anak patung beruang yang dihadiahkan oleh Clayton padanya .
Sekali lagi Elly mulai bersedih dan mengurung dirinya di dalam biliknya sehingga hampir 3 minggu dan tak ingin menemui sesiapa .
Makin lama , Elly bukan jadi makin ceria malah lebih kerap mengasingkan diri dari ramai orang dan lebih suka sendirian . Dalam masa Elly suka menyendiri Elly selalu melawat ke makam arwah Clayton ,kadang-kadang dari pagi Elly keluar Menjelang senja baru balik ,tak pun Elly keluar pagi, malam baru balik . Bila ditanya Elly hanya diam dan kembali mengurung diri biliknya .
Kelima abangnya yang melihat tingkah laku Elly tersebut merasa risau kerana Elly bukannya semakin pulih ,melainkan menghukum diri sendiri . Ken pernah berapa kali mencuba untuk mengajak Elly keluar dan ambil angin walaupun sekejap ,tapi Elly seringkali menolak ajakan tersebut dan terus memilih untuk terus berkurung lagi dan lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience