BAB 17

Romance Completed 29026

Menyirap darah Tan Sri Bohari mendengar pengakuan berani mati anak tunggalnya. Satu orang anak pun tak dapat dididik dengan sempurna. Macam manalah kalau dia dengan arwah isterinya mempunyai ramai anak.

“Papa nak kamu berdua kahwin malam esok jugak!” perintah Tan Sri Bohari tegas. Berdiri bulu tengkuk Jehan mendengar voltan suara Tan Sri Bohari.

“No!” bangkang Linda. Tiba-tiba perutnya terasa senak. Pucat bibirnya menahan ketidakeselesaan itu.

“Pa!” bantah Faris. Bukan dia tak setuju untuk dinikahkan dengan Linda, dia menerimanya dengan hati yang terbuka, tetapi Linda masih belum sihat benar. Dia tak mahu Linda keguguran kerana stress.

“I don’t care! What ever it’s, your akad nikah will be tomorrow night, titik!”

“Please, tunggu Linda sihat dulu. Im promise…”

“Tunggu sihat sampai bila?! Sampai perut ‘bini simpanan’ kamu tu membuyung? Eei, kamu tak malu ke orang tahu yang
anak Tan Sri Bohari mengandungkan anak orang?! Kamu tak malu?!” perli Tan Sri Bohari. Ingatkan dihantar belajar
tinggi-tinggi dapatlah jadi manusia, tapi jadi syaitan!

Perlahan-lahan Linda membaringkan semula tubuhnya dengan batuan Faris. Tersekat-sekat nafasnya menahan sakit
tersebut. “Saya nak tidur.” Linda memejam matanya dengan kesakitan diperutnya.

“Sah?”

“Sah.”

“Sah.”

“Sah.”

Wali hakim itu menggangguk. Selesai membaca doa upacara membatalkan air sembahyang dilakukan.

Selesai menyarung cincin di jari manis Linda, wanita itu terus menyalami tangan Faris. Beberapa kali cahaya kamera Nikon milik Jehan berkelipan. Tiada acara besar-besaran dan hanya keluarga terdekat dan Zaniel sahaja
diundang. Macam mana mamat ni boleh tersesat? Hurm… lelaki ni yang sibuk nak menyibuk walaupun dah berkali-kali
dihalang Jehan. Tujuan utama buaya Sungai Selangor itu adalah mencari awek yang dia terserempak dihospital hari
tu. Bongok punya alasan!

“Cantik kau pakai baju kurung. Ayu gitu…” puji berbaur usikan oleh Zaniel yang berdiri di sebelah Jehan yang
sibuk mengambil gambar. Sengaja dipijak kaki lelaki itu.

“Alamak, sorry sorry sengaja.” Jehan masih ralit dengan kerjanya, langsung tak menolong lelaki yang mengiau
kesakitan tadi. “Nah kau ambil pulak,” suruh Jehan. Kamera itu dihulur kepada Zaniel. Jehan duduk bersimpuh disebelah pengantin Cowboy itu. Oppa Gangnam Style! Mana tak kahwin cara Oppa Gangnam Style, tak rancang apa-apa dah kahwin. Tambahan lagi, rupa-rupanya Linda dari keluarga yang tidak mempunyai adik beradik lelaki dan ayahnya pula sudah meninggal dunia dan mereka langsung tidak mengenali saudara sebelah ayahnya! Malahan lebih menyedihkan, semua kakak adik serta ibunya tak mahu datang meraikan majlisnya. Kesedihan sungguh terpancar dimuka Linda. Tulah, terlajak kereta boleh direvert, terlajak perbuatan macam mana nak revert? Tak mainlah perahu…

Saat bibir Faris hampir ke dahi Linda sempat dia berkata. ” Maafkan abang, sayang.” Serentak itu air mata Faris jatuh menuruni pipi lelaki itu. Cuma Jehan sahaja yang berada di sebelah Linda ketika itu, tersentuh hatinya. Dia ingin mengutip tisu dan alat solek di tepi Linda. Nanti orang pijak, pecah bedak mahal aku! Malam itu dialah mak andam dan dialah yang menyiapkan segalanya. Haish, sejak bila aku tukar karier ni?

Majlis pada malam itu berjalan lancar. Jam didinding rumah digerling sekejap. Sudah pukul sebelas suku tetapi kereta Zaniel masih terpakir dilaman rumahnya.

“Hoi, Jehan!” Kedua-dua belah bahu Jehan ditepuk.
Terhenjut bahu Jehan, cepat dia memusingkan tubuhnya. “Bengong kau! Longgar jantung aku!”
Zaniel tersengih. Bibirnya didekatkan ditelinga Jehan. “Longgar lagi jantung aku tengok kau…” bisik Zaniel lembut.

Gugur bulu ketiak Jehan mendengarnya. “Geli bongok!” marah Jehan sambil ketawa. Tapi dalam hati dah sekebun bunga
cinta ditanam untuk Zaniel. Ahaks?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience