BAB 20

Romance Completed 29026

“Tak bolehlah dekat sini.”

“Habis tu dekat mana?”

“Jom!” tangan Jehan dipimpin dan diheret gadis itu mengikut jejak Zaniel.

“Lepaslah!” ronta Jehan. “Ish! Aku tendang kau nanti nangis pulak!” marah Jehan. Malu pulak orang tengok dia kena
tarik macam lembu dicucuk hidung. Tangannya di dalam gengaman Zaniel ditarik tarik. “Niel, aku cakap lepas!”
berontak Jehan. Tanganya direntap sekuat hati. Jauh betul Zaniel mengehetnya. Sibuk je! Baru masuk Suria dah kena
keluar balik. Naik lif pun belum sempat tau!

“Okey okey!” Zaniel mengangkat dua tangannya separas bahu. Zaniel memusingkan kepalanya lalu mengangguk kecil ke
arah sekumpulan lelaki berbaju jeket varsiti kelabu. Laju mereka meninggalkan kawasan taman yang cantik tersebut.

“Kau nak apa lagi ni?”

“Aku nak cakap sikit ni.”

“Cakap jelah. Macam rahsia negara je, nak bagi tahu sorok-sorok!” gerutu Jehan sesedap rasa.

“Ala bukan dekat sinilah. Bahaya!”

“Habis tu dekat mana?”

Bahu Jehan ditolak lembut dari belakang untuk menuju ke tepi jalan. “Taraa…!” Zaniel berhenti menolak bahu Jehan apabila dibelakang deretan remaja berbaju jeket kelabu. Dia berdiri di sebelah Jehan.

“Ta… ra? Apa yang ‘tara…!’ sangat tu?

Zaniel tepuk dahi. Slowlah minah ni! Tak reti baca ke? “W.I.L.L Y.O.U B.E M.Y F.I.A.N.C.E?” Zaniel mengeja satu
satu huruf yang tertera besar di belakang baju jeket itu.
Jehan menoleh lelaki di sebelahnya dengan jongketan kening kirinya. “What…?” tanya Jehan blur.

“Nah, gelang kau tercicir dekat hospital hari tu”. Gelang silver yang bercorak menara eifel itu dihulur kepada

Jehan.
Jehan masih tercengang.

“Okeylah okelah. Kau nak terus jadi isteri aku kan?”

“No way!” Jehan menapak pergi. Bunga yang hampir layu di dalam hatinya bagai disembah baja tahi ayam! Terus segar-
bugar dan mengeluarkan haruman yang sungguh wangi.

“Nantilah. Jehan!” laung Zaniel.

“Aku tak percayakan cinta kau. Cinta kau tu hanya pada rupa. Kau cintakan aku sebab rupa aku. So, just please stop
it!”

“Tak aku tak main-main!”

Jehan terus melangkah. Zaniel mengekor. Sekali Jehan melangkah sekali itu jugalah Zaniel melangkah. Tiba-tiba
bahunya ditepuk seseorang.

“Sikit-sikit I merajuk. You selalu sabar pujuk. Tapi sebenarnya I cuma testing saja.”

“Let me tell you that I love you and I never wanna wrong you take my hand baby, came go thought with me. Let me
tell you that I miss you and I won’t na lost you, you my heart baby. My life isn’t complete without you…”

“Pada dalam I gembira, some time I feel so sad juga. Coz, you dah berpunya but I always wanna you be mine
forever… Please be mine forever…”Habis sahaja lagu dari penyanyi Youtube iaitu Tasya Manshahar dan Syed Syamin lelaki itu tersenyum kepada Zanial. Ini bukan kali pertama dia melihat pasangan kekasih melamar pasangannya dihadapan KLCC.

“Dia merajuk tu,” beritahu lelaki menepuk bahunya tadi. Penyayi jalanan itu tersengeh kepada Zaniel. Zaniel tercengang. Ini tak ada dalam list!

“Leyaaa!!! I love you sooo muchhh!!! Full of my soul!!!” laung Zaniel kuat. Semua manusia memandang lelaki yang menjerit lantang itu. Jehan semakin malu. Laju dia meningalkan pekarangan bangunan pencakar langit Malaysia itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience