BAB 1

Romance Completed 29026

‘DUPPP TAPPPP DUPPPP DAPPPPPP!

Sinaran lampu berkelipan membuatkan pandangan matanya silau, bunyi lagu yang bising dan membingitkan telinga cukup buat gegendang telinga kau rosak, tubuh-tubuh berdansa mengikut irama lagu dihadapannya membuatkan langkahnya sedikit perlahan namun ia tidak menggangu fokusnya untuk mencari sosok yang harus ditemuinya di kelab malam terkemuka Kuala Lumpur ini.
Kalau bukan sebab kawan, jangan mimpi dia nak memcah duli ke tempat penuh maksiat ini!

Nun di sana kelibat seorang lelaki berbaju kemeja hitam berjalur kelabu yang sedang duduk di atas sofa kulit di suatu sudut di perhati lama.
Dia harus pastikan itulah lelaki yang dicarinya, karang salah orang haru biru dibuatnya.

“Woi Zaniel!”

Sengaja lelaki itu buat tak tahu saja. Dia dah agak dah manusia pra-lelaki berlagak macho itu pasti mencarinya di sini.
Botol kaca yang dari tadi di dalam tangannya diletakkan di atas meja kaca di hadapannya secara kasar. Kus semangat! Nasib baik tak pecah.

“Daddy kau suruh balik,” beritahu Jehan.

Dia berdiri di hadapan lelaki itu. Benci betul dengan perangai Zaniel yang satu ini. Asal frust putus cinta datang sini. Asal putus, datang sini. Tak boleh agaknya cari ketenangan dengan cara lain. Cubalah mamat ni bawak-bawak berzikir atas tikar sembahyang kan bagus. Percuma dan pahala pun berganda.
Sudah tak terkira dengan jari berapa kali Zaniel datang ke tempat ini dalam satengah tahun. Kalau sebulan tu boleh dikatakan dua tiga kali! Bila ditanya ‘kau tak serik ke asyik kena tipu dengan perempuan?’ Selamba sahaja dijawab. ‘Aku nak cari yang gempak.
So, kenalah cari dari sekarang. Nanti umur aku dah 27 boleh aku kahwin terus tak pun lagi awal. Kau tahukan aku ni umur dah 25 tahun tapi kerja pun tak lagi. Kalau aku serik sampai bila baru aku jumpa?’
“Kalau aku tak nak?”

Jehan mengeluh. Alah, mengada-ngada pulak malam ni. “Wei bangunlah… Aku tak larat nak kendong kau yang dah macam bapak orang ni.”

“Aku tak teringin pun nak ada anak buat masa sekarang ni…”

Jehan mengangkat keningnya. Apakah yang awak merepek ni Encik Taufiq Zaniel woii… “Bro, boleh tolong tak?” Jehan menyapa seorang lelaki berbaju t-shirt hitam bergambar harimau. Harimau bintang bukan Harimau Malaya aa… !
Selamanya, selamanya, selamanya Harimau Malaya Elelelelelela aaaaa eleleleleaa HARIMAU MALAYA, HARIMAU MALAYA…

?? ??

“Tolong apa cik adik?” Hai cik abang, macam perli je?

Jehan bengang sendiri. Dia tersenyum sumbing. Karang tak senyum kena penyepak! “Tolong saya angkat brother ni.
Saya tak larat nak angkat bapak orang ni.”

“Boleh! Boleh miss…”

Lelaki itu terus menarik tangan Zaniel yang sudah terlentok di atas sofa. Sesampai sahaja di luar kereta Honda Civic berwarna kelabu melintasi mereka. Jehan mengangguk kecil kepada lelaki itu menyuruh lelaki itu meninggalkan mereka, tangan Zaniel yang berada di atas bahu lelaki berbaju harimau itu diletakkan di atas bahu Jehan. Jehan menahan sahaja. Yah… berat sungguh!

“Jehan aku tak buat…” meleret suara Zaniel. “Tu bukan aku punya…” Zaniel muntah. Jehan kegelian. Eee… serabai! Zaniel mengelap bibirnya dengan sapu tangan di dalam koceknya lalu dicampak jauh darinya. Ait, tahu pulak
nak lap?

“Niel… I mintak maaf. I tahu I salah.” Perempuan yang keluar dari tempat duduk pemandu kereta sedan itu terus
meraih tangan Zaniel.

“You nak apa Sofie!” Bahu perempuan berdress hitam paras peha itu di tolak jauh darinya. Tangannya yang berpaut di bahu Jehan diturunkan. Dia berjalan terhuyu-hayang menuju kearah kereta yang terpakir diseberang jalan.

“Zaniel!” jerit Sofie.

“Sof, kau balik jelah!” marah Jehan.

“Wei pengkid kau diam!” marah Sofie semula. Jehan angkat kening. Sofie mengejar Zaniel yang sudah berpaut pada
bonet kereta. “Niel, I love you,” Pipi Zaniel diampu dengan kedua-dua belah tangannya. “Niel I mintak maaf.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience