BAB 4

Romance Completed 29026

Jehan duduk dilantai bilik air. Dadanya di pegang. Degupan jantungnya tak normal. Begitu kuat dan berdetak sehingga orang lain pun boleh dengar. Jehan mengeleng kepalanya berkali-kali. “Lelaki tu bukan lelaki yang kau cari. Kau kena cari anak pak Imam. Kau kena cari calon suami yang macam imam muda tu.” Jehan berdialog sendiri. Tak sanggup dia bersuamikkan lelaki itu. Tak sanggup? Hurm, siapa yang cakap tu? Hati atau mulut?

“Moning mother,” sapa Zaniel.

“Hurm… morning,” acuh tak acuh sahaja Datin Zalina membalas sapaan anak sulungnya itu.

“Kenapa ni mom?”

“Kita berbual nanti ajelah.” Datin Zalina melangkah meninggalkan Zaniel. Zaniel mengangkat bahu. Cawan di sudut
meja di capai dan dituang air nescafe. Dihirup perlahan-lahan air kegemaranya itu.

“Sakit lagi?” Mahu tersembur air di dalam mulutnya.

Zaniel duduk diatas kerusi yang mengelilingi meja makan buatan Itali milik mothernya. Cawan di tangannya
diletakkan di atas meja.

“Sakitlah. Kau ingat apa? Boleh lumpuh aku ni.”

“Biarlah lumpuh, tak banyak buat dosa,” sindir Jehan.

Zaniel mencebik. “Kau ke yang bawak aku balik semalam?” tanya Zaniel.

“Kalau bukan balaci kau ni siapa lagi? Nak harapkan adik kau tu jagan haraplah. Nak lalu tempat tu pun jangan
harap. Beza betul kau dengan adik kau. Sorang baik sorang lagi terejal,” kutuk Jehan.

“Amboi sesedap rasa je kau kutuk aku kan. Kalau tak disebabkan Sofie kau tu, tak adanya aku dekat situ semalam,” betah Zaniel.

“Haahlah aku yang salah. Kau yang bercinta aku jugak yang salah…”

“Merajuk ke?”

“Mana ada aku tengah happy ni, salah orang aku yang tanggung.” balas Jehan. Dia menayang giginya kepada Zaniel.

“Janganlah marah, nanti kena jual…”

“Kau ingat aku GRO? Please…!”

“Abang Qal pun ada?! Wah, rindunya dekat abang!” Lengan Jehan dipaut Zehra. “Zera, rindu dekat abang. Abang apa
khabar? Sihat?” Orang suruh panggil Jehan ngada-ngada nak panggil Qal. Konon nak kelainan.

“Ha… abang pun ‘rindu’ dekat Zera tapi tak ada masa nak jumpa Zera. Zerakan sibuk,” balas Jehan acuh tak acuh.
Eleh baru puji tadi. Tarik baliklah pujian tadi.

“Tak apa, kalau abang rindu dekat Zera abang call je Zera nanti kita keluar sama-sama.”

Jehan mengagguk sahaja. Seboleh boleh dia tak mahu selalu keluar bersama Zehra. Dia tahu yang gadis berumur 18
tahun itu ada menyimpan perasaan terhadapnya. Ish, tak mungkin dia mahu bercinta dengan jantina sejenis. Gila, I not lesbian okey! Cukup-cukuplah orang mengelarnya pengkid, dahlah tak tahu cerita main terjah je! Ingat ni Nas Ahmad ke? Jom kita terjah! Bikin panas betul!

“Zera nak pergi mana ni? Pergi joging ke?”

“Haah, alang-alang abang dah ada dekat sini jomlah taman Zera pergi jog ea. Ea… please…”

“Ha? Ha… abang … abang kena balik rumah abang. Pakcik abang call pagi tadi. Ada… ada hal famili. Abang
memang betul-betul tak boleh teman Zera,” bohong Jehan.

“Alah bang, kali ni je. Zera bukan dapat jumpa abang selalu. Bolehlah…” rengek Zehra.

Jehan membuat isyarat muka ke arah Zaniel yang sedang enak menyuap nasi lemak buatan Datin Zalina.

“Apa? Diakan baik. Aku ni terejal, nak buat apa manusia terajal ni nak nasihatkan manusia yang baik…”

Jehan geram. “Jomlah abang, kali ni je…” pujuk Zehra.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience