BAB 10

Romance Completed 29026

“Cubalah kau tanya aku soalan yang bernas sikit. Cuba tanya dia ambil jurusan apa ke. Tinggal dekat mana ke, ni tak! Tanya pasal dressing dia pulak! Buaya betu!” gerutu Jehan. Sakit hatinya.

“Yelah-yelah. Dia study dekat mana?”

“MSU,”

Zaniel mengangguk. “Dia tinggal dekat mana?”

“Sebelah rumah aku,”

“Cun! Bolehlah aku datang melawat selalu!”

“Gedik. Kau jangan berani-berani nak buat benda tak baik dekat dia. Sekali dia mengadu dekat aku aku ‘lipat’ kau
masuk dalam kotak kasut Zalora.”

“Arrr….” Zaniel menjerit gedik. Ala-ala iklan Zalora tu, si posman yang hantar kasut tu.

Jehan mecebik. Kereta mewah milik Zaniel terus memasuki perkarangan villa mewah millik Jehan. Bagi Zaniel, Jehan
sagat bertuah kerana mampunyai harta yang ditinggalkan orang tua Jehan. Rumah villa ini pun atas nama Jehan dan
penama kedua barulah pakcik Jehan iaitu Tan Sri Bohari.

“Okey, thanks a lot bro,” ucap Jehan. Penumbuk mereka saling berlaga. “Aku bla dulu,” Jehan membuka pintu kereta
milik Zaniel, serentak itu Jehan disapa oleh Julia.

“Kak Qal!” sapa Julia riang. Baju kurung kain kapas berbunga kecil cantik tersarung ditubuhnya.

“Hai Lia. Ada apa ni?”

“Siapa yang hantar Kak Qal balik tu? Macam kenal je kereta tu. Abang Zaniel ea?”

“Haah,” jawab Jehan malas. Cemburu ke…? Mana ada!!!

“Kak Qal tak nak bawak Lia jumpa dia ke?”

Jehan tersengeh cuma. Ni dia malas melayan Julia. Gediknya lain macam. Sopan menaglah sopan, tapi… Entahlah
Julia yang beria ia ingin berkenalan dengan Zaniel.

“Esok Kak Qal bawak jumpa dia. He’s got to go.” Bunyi hon yang sedikit perlahan itu membuatkan kedua-dua pasang
mata gadis yang rancak itu mengalih kearah kereta merah menyala yang masih tercongok di situ.

“Jehan, beg kau!” Dibaling beg lusuh itu kepada Jehan melalui tinggap kereta. “Hai!” cepat sahaja Zaniel menyapa
gadis bersama Jehan. Dia melemparkan senyuman yang menawan lagi menggoda.
Julia tersenyum manja. Merah menyala mukanya. Alamak, handsome siot! “Ha… hai! tergagap Julia membalas sapaan
Zaniel.

“Dahlah Julia balik dulu. Dah maghrib ni. Tak elok anak dara duduk melanguk maghrib ni. Nanti papa Lia nampak naya
akak.”

Julia mengangguk sahaja. Dia percaya dengan kakak Qalnya. Jirannya itu tak pernah menghampakannnya walaupun
sekali.

“Dah kau Niel, pergi balik tadi bukan main rushing! Bla!” halau Jehan.

“Pergh, kau halau aku? Tak apelah,” suara Zaniel seakan akan merajuk. Umur dah sebaya bapak budak ada hati nak
merajuk. Sekali aku ‘bagi’ kang ea! “Bye sayang…” ucap Zaniel bernada gatal. Jehan mencebik. Bukan tuju pada aku
tapi pada Julia. Eee… menyampahlah!

“Kak Qal!” bahu Jehan ditepuk Julia.

“Oh, pret…pret… Vrommm!” latah Jehan. Terangkat-angkat tangannya seperti memulas handle motorsikal. Ayooo,
pengkid melatah bunyi motor! Piweet!

“Eee… Kak Qal ni. Dahlah Julia masuk dulu. Assalamualaikum.” Julia terus melangkah masuk ke dalam kawasan
rumahnya.

“Waalaikumussalam.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience